Memaparkan catatan dengan label Blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blog. Papar semua catatan

Ada Blogger Muntah Darah Sebab Header Aku?

Fuh! Takut aku.. Ada sorang blogger semalam..Muntah dan terkejut melihat header aku.

Begini kisahnya.

Pada petang semalam. Semasa sedang ziarah-menziarahi blog rakan-rakan. Tiba-tiba blogger itu tersesat ke sini. Entah bagaimana blogger itu boleh tersesat ke sini. Mungkin tertarik dengan aura ku yang kuat. AURA ye. Bukan aurat yang macam kebanyakan blogger duk tayang-tayang tue tetapi kerana auraku.


Kemudian, hendak dijadikan cerita..Dia pun sampai ke blog ini dengan selamat dan apabila dia terlihat header blog aku yang ni... Tiba-tiba..


Dia kata..

"Hahahha. saya hensem saya ok, Muntah disini"

Sebagai seorang blogger yang perihatin. Aku risau jugak dengan keadaan beliau yang sakit tenat sebab muntah kedarah. Aku tidak tahu apakah silapnya header ku ini (ayat sedih). Mungkin kerana aura aku terlalu kuat sampai ada yang nak muntah.

Aku rasa kalau blog perempuan yang duk tayang muka mereka yang cute miut (eeee..nak cubit tau!!) Lagi la ramai yang muntah kot..Sebab cute sangat.. Hahah..

Nak tahu tak siapa beliau itu? Terjah ar sendiri. aku rasa dia dah okay kot.. Dah sihat wallafiat.. Tekan sini. (jangan pula korang terjah dia marah2). Nak promote kawan baru ni. Hehe. Mia namanya..kan??? Jangan salah paham sudah.

Jadi, memandangakan aku nak ubah perpeksi mereka-mereka yang datang ke blog aku yang hina dina ini. Aku ubah dah header aku..tadaa!!

Amir Izzat.com

Amacam? Baru ar orang tak kata aku riak.. Hahah..Tapi ok lagi kan dari.. "Saya Gay, Saya Ok!"

Alamak! Aku tak gay ...

Nota:

1. Guara-gurau je ni.. Hehe.. Relaks ye.
2. HUrm, kadang-kadang apa yang terpampang itu bukan kebenaran.'
3. Hidup..lebih baik diam dari berkata-kata.
4. Apsal korang senyap je? Hurm...
5. Perut lapar....
6. Ada gak yang slow nak faham cerita aku yang tak best ni.


Kepada Yang Memang Slow, Tak Paham Cerita Aku.. Aku Gurau Je La!


-.-'!
jom baca lagi

Seronok Pula Baca Blog Kereta Mayat | Jom Sedarkan Diri Yang Terlena . Demi Akhirat Mendatang

Kereta Mayat? Pertama kali mendengar nama blog ini. Mungkin ada yang terfikir.

"Eh! Nie blog seram ke? Cerita pasal apa ek?"

Tapi kita jangan salah sangka. Rupanya blog yang bernama Kereta Mayat ini sebenarnya membicarakan agama. Artikel yang menarik yang ditulis oleh En Hamka. Menarik serta kena mata hidung sendiri.

Apabila aku mula membacanya blog beliau semalam. Aku sedar..Aku sedar kesilapan aku. Tapi kan, En Hamka sebenarnya bukan Ustaz.. Entrinya juga tidak berat mata memandangan dan tidak berat kepala berfikir. Bagus untuk tumbesaran anak-anak. Eh! Blog Kereta Mayat tidak sesuai untuk tumbesaran anak-anak. Umur 18 sahaja ke atas tetapi blog beliau bagus untuk tumbesaran pemikiran anak-anak.

Entri yang ringkas tapi panjang membuatkan kita berfikir sejenak..dua jenak dan seterusnya.  Sebagai seorang blogger,kadang-kadang kita juga melakukan blogwalking. Jadi, selepas kita blogwalking. Mari lah sama-sama kita singgah sebentar di blog Kereta Mayat untuk muhasabah diri. 

* Iyalah. Sambil kau blogwalking tu,kau ada juga kutuk-kutuk. Marah-marah. Baik pi muhasabah. Lihat diri balik. Bertambah gak pahala.

Oleh yang demikian, aku menyarankan kepada anda singgahlah selalu di blog Kereta Mayat. 

*Aku bukannya apa..takut ada yang tidak tahu. Sekali tahu,pasti melekat punya.

Akhir kata, jika rasa ingin hilangkan tekanan.. Boleh la pergi ke Kereta Mayat. 

* Sumpah aku cakap ngan kau..Lawak gila blog nie.. Tak kering gusi beb!

Akhir Nur Kalam, renung-renungkan lah..Selamat beramal.

Nota:

1. Aku belum baca habis lagi Kereta Mayat.
2. Demi masa depan(akhirat)
3. Kalau yang tak tutup aurat, bacalah! Bagus!
4. Nak photostate sijil beranak mak.Eh! Sijil nikah..

Assalamualaikum warahmatullah...
jom baca lagi

Saya Masih Bersekolah Dan Juga Seorang Blogger


Assalamualaikum kawan-kawan. Apa khabar? Terima kasih kepada yang berkunjung ke Amir kali ini. Pada kali ini, Amir buat satu entri khas yang bertajuk "Saya masih budak bersekolah dan juga seorang blogger" yang dianjurkan oleh Ben Ashaari.

Sebelum kita meneruskan lagi ke bahagian seterusnya. Marilah kita berkenalan dulu. Sesuai dengan syarat segmen ini.

Namaku Amirull Izzat. Berumur 17 pada Januari 2011. Nama korang pula apa?/ Huh? Minah? Joyah? Tak dak standard. Orang Melayu zaman sekarang mesti canggih (kononnya) baru hebat seperti David Bakam,Danish Daniel...(ayat perli nie). Baiklah.

Latar belakang persekolahan.




Aku bersekolah di Sekolah Menengah Vokasional Kuching. Mengambil jurusan Katering yang membolehkan aku belajar memasak serta menjadi seorang pramusaji. Sebenarnya aku ambil kursus Katering ini bukannya untuk menjadi seorang Chef atau tukang masak sepenuh masa tetapi sebagai landasan untuk aku meneroka dunia yang penuh pancaroba ini. Siapa tahu dengan ilmu yang aku pelajari ini akan ku buka sebuah restoran sebagai pendapatan sampingan. Tiada siapa yang tahu? kan? kan? - moral disini sediakan payung sebelum banjir.

Jawatan di sekolah.


Percaya atau tidak...Aku sebenarnya Ketua Pengawas SMV Kuching. Gila babi...(ayat Lisa terlepas cakap). Memang sukar untuk dipercayai.. Aku rasa aku tidak mampu untuk mananggung tanggungjawap yang sungguh besar ini. Bayangkanlah, seorang budak yang jahat..paling jahat menjadi Ketua Pengawas. Gila babi...(maaf..terpengaruh dengan artis. -sindir

Walaubagaimanpun, aku berfikiran positif.. InsyaAllah..aku akan laksanakan tugas ini dengan amanah pada tahun hadapan. -moral disini adalah jaga percakapan.


Aktiviti di sekolah.


Tahukah korang aku sebenarnya ahli kadet bomba. Haha! Dah la ketua pengawaas, jadi komander kadet bomba. Sakit jiwa macam ini. Silap haribulan, hospital bahagia pun tutup. Erk? Selain menjadi ahli kadet bomba, aku juga seorang atlet. Hari-hari main gim (dulu la).

Apa? Korang ingat Ben Ashaari je ke main gim? Aku pun main juga la. Haha tetapi badan aku tidaklah seketul macam Abang Ben kita tu. Body untuk menketulkan badan sedang dalam 'pembinaan. Hehe.

Baiklah. Sudah habis kita bercerita pasal AKU. Jadi,mari kita ke soalan kedua.

Kenapa ada blog?


Agak-agak korang la. Kenapa boleh terciptanya blog ini? Sebenarnya kan. Ada seorang yang mendorong kenapa aku boleh terlibat dalam dunia blogging. Hendak tahu siapa? Jom ke sini.

Pada masa sekarang kenapa aku ada blog ialah kerana aku ingin meluahkan padangan dan pendapat aku. Kenapa? Kerana aku rakyat Malaysia. Sebab itulah nama blog aku Aku Pembebel Jalanan. Korang tahu tak? Sebenarnya kan..jiwa aku nie jiwa rakyat (ayat tak leh blah!). Senang cerita laa..blog aku kadang-kadang ke arah politik dan sedang menuju ke arah itu. Selain itu, blog tempat menambah kenalan di Malaysia serta menajamkan lagi pemikiran aku serta melalui blog aku mampu mengasah karangan BM menjadi lebih baik. 

Jom ke soalan terakhir.

Apa pendapat aku tentang dunia blog?



Dunia blog? Penuh dengan kekejaman... "wah!!! Ayat frust ke ni bang?" Haha. Tidak lah! Dunia blog sangat indah...memang indah tetapi indah lagi sekarang daripada dulu. Untuk pengetahuan blogger baru, dahulu kan.. Dalam dunia blog nie, kalau kita maju sikit pasti ada  yang dengki. Betul kan Abang Ben? Abang Ben pun pernah rasa dan aku sendiri pun pernah rasa.

Tetapi sekarang..aman..tenang..dan damai.. Putih dan suci. Hehe! 

Apa lagi ek? Dunia blog sebenarnya banyak kategori. Sukar untuk aku memberikan pendapat tentang dunia blog sebab setiap kategori blog itu mempunyai perpeksi yang berlaian.

Politik..kotor...
Peribadi..syok sendiri (0rang cakap)
Berita... ilmu...

dan....banyak lagi lah. Walaubagaimanapun, dunia blog memang best tetapi jagan sampai tak makan berblogging.

Baiklah.Setakat ini sahajalah tintaku pada hari ini. Petang nanti mahu ambil ibuku di lapangan terbang Kuching. Beliau baru balik dari Kelantan. Sekian.

Nota: Terima kasih En Ben Ashaari.
jom baca lagi

Ada Blogger Nak Belajar Cara Mengedit Blog Supaya Menjadi Cantik Tak?

Bismillahirahmanirrahim.

Selamat datang ke blog "aku pembebel jalanan". Seperti biasa, jawaplah salamku dahulu. Assalamualaikum! Dan korang sepatutnya jawap dalam komen ialah "Waalaikumussalam wbt". Hehe. Terima kasih sangat-sangat kerana sudi menjengah blog ini walaupun seketika. Sudah lama kita tidak bertemu kan? Almaklumlah, sekarang ini aku sedang sibuk berkerja mencari nafkah. Eh! Bukan mencari nafkah tetapi mencari duit untuk membeli DSLR. Usaha tangga kejayaan. Di mana ada kemahuan disitu ada jalan.

Baiklah. Bercakap soal tajuk diatas. Korang pasti sudah tahu apa jawapan yang aku hendak,bukan? Jadi, aku tanya sekali lagi. Korang hendak ke aku ajar cara macam mana hendak mengedit blog menjadi cantik? atau korang hendak ke aku ajar pasal asas-asas dalam edit mengedit blog ini? Senang sahaja.

Mungkin ramai yang kata susah hendak edit blog ini walhal ianya senang jika ada semangat tidak berputus asa. Hendak ke tidak? Kalau nak, aku boleh ajarkan. Mungkin pada entri akan datanglah.

Blog aku pun tidaklah bagus sangat atau tidaklah cantik seperti header Ezhan Artwork yang cun. Tetapi aku ada sedikit pengetahuan tentang edit mengedit ini lah. Sebenarnya kan, kalau korang hendak pandai dengan lebih cepat. Korang boleh pergi ke blog maribinablog yang mempunyai begitu banyak tutor yang boleh korang pelajari tentang blog ini. Lagipun, apa yang aku hendak ajarkan nanti adalah perkara yang mudah dan ringkas.

Apa yang akan ku ajarkan adalah berkenaan...Hurm..berkenaan blog lah. Pasal apa lagi. Tak apa. Nanti aku fikirkan dan akan aku ajarkan andai ada yang sudi. Oh ya! Sebenarnya macam ini. Aku akan bagitahu korang macam mana korang hendak belajar edit blog dan macam mana nak edit blog. Macam itu lah. Ok? Baiklah. Izinkan aku mengundur diri. Semoga kita berjumpa lagi.

Amirull: Ilmu yang ada sekarang belum  cukup untuk menyamai air di lautan...




jom baca lagi

Aku tak sangka aku dah berblogging hampir 10 bulan

Cepaatnya masa berlalu. Baru sahaja terasa berumur 16 tahun. baru sahaja terasa aku berada di awal bulan 1. Tapi kini...Sukar untuk percaya aku sudah berada dalam bulan 10. Memang tak sangka..Cepat kan masa berlalu..

Ingat lagi dulu pada mula-mula aku berblogging.. Tak silap aku pada bulan 2. Masa itu aku berada dalam keadaan terumbang ambing. Apa itu blog? Untuk apa aku berblog? Blog nie best ke? Bermacam-macam lah soalan yang timbul.. Sebenarnya aku tak tahu yang aku pernah buat blog. Memang tak tahu.

Masa tue.. Ada seorang kawan aku nie Eyza. Dia ada blog. Cun blog dia. Siap ada lagu. "Wow! Menarik gak blog dia.." Selepas itu,aku tanya ar dia macam mana nak buat blog. Memang susah bagi aku pada permulaaanya.Namun alhamdulillah..Aku dah kenal apa itu HTML dan sebagainya. Aku dah pandai edit blog. Belajar dan belajar.Dulu aku pernah buat blog pada tahun 2008 dan tak siap.  Masa itu memang susah nak buat template. Then,aku kembali belajar di Kelantan. Selepas belajar semula di Kuching,aku kembali meneruskan kembali...

Saban hari..aku menaip dan terus menaip.. Sudah berjam-jam masa dihabiskan.. Namun semua itu berbaloi dengan Nuffnang.  Aku rasa duit Nuff tue bawak keluarga aku enam orang makan KFC cukup kot. Hehe.InsyaAllah..Aku akan guna duit itu sepatutnya.. hajatnya nak beli DSLR. Haha..Berangan je lebih.

Kini..9.11.2010 aku masih berblog. Kadang-kadang terasa lama berblogging..Kadang-kadang terasa sekejap.. Aku dah tahu tentang asam garam blogging ini serba sedikit namun aku bukanlah otai. (oit,kalau otai mesti popular ke?)

Aku masih perlu belajar dalam dunia blogging. Hobi berblogging ini akan diteruskan hinggalah aku puas. Hehe.
jom baca lagi

Kenapa Blog Anda Mesti Cantik




Blog? Ia ibarat nyawa kita. Eh bukan! Nyawa aku..tiada blog tiadalah luahan hatiku. Tiadalah tempat untuk aku mengumpat,menyumpah serta bergosip. Dengan adanya blog,kita pasti bahagia. Siingaa..Menawan Keluarga Bahagia.. Erk?


Adakah anda seorang perempuan? Apa yang paling penting pada diri anda? Aset anda? Apa yang saya tahu,perempuan pentingkan kecantikan. Betul ke tidak? Kalau tak betul,saya sanggup terjun katil. Ada bran? Memang benar bahawa perempuan pentingkan kecantikan. Kalau perempuan tidak pentingkan kecantikan,saya berani tabik spring 14 kali depan perempuan itu dan memohon maaf serta berkata " Ya..saya mengaku awak tidak pentingkan kecantikan dan awak amat HODOH sekali.." 

tapi kan..sebaik-sebaik ciptaan adalah manusia. Jadi,kita semua cantiklah! Bangganya.



Baiklah. Anda ada blog? Bagaimana rupa blog anda? Adakah seperti rupa blog saya yang cantik ini? Yang warna pink? Yang memang cun dan gempak lah orang kata..(maaf,aku memang perasaan). Anda tahu tak kenapa blog kita mesti cantik? Kalau tahu,baguslah. Kalau tidak tahu. Mari sini kejap. Saya nak kasi tahu.. Nak jerit nie!!!



Pertama.

Untuk kepuasan diri anda.. Kenapa? Bila anda ada blog yang cantik. Pasti anda akan tersenyum setiap kali menatap blog anda. Pernah lihat blog cik Irine Nadia Marcello? Fulamak! Blog si gadis ini memang cantik la. Ditambah pula header yang ada muka sendiri..tersenyum pulak tue. Memang gempak lah! Jadi,apabila anda ada blog yang cantik. Anda akan berpuas hati dan bergembira.



Kedua.

Untuk keselesaan anda..serta pengunjung. Blog ini seperti rumah. kalau rumah itu selalu berantakan..bersepah sana sini. Kalau masuk bilik tu,masyaAllah.. Bau tikus mati. kalau tengok ruang tamu. Ya Allah! Berrselerak..Silap hari bulan.. Makan tido berak pun kat situ jugak. Mesti tidak selesa kan?

Jadi,apabila anda ada sebuah blog yang cantik. Anda dan pengunjung blog anda pasti rasa tenang sahaja. Tidak ada rasa marah,serabut dan rimas dengan wajah blog anda yang cantik. Selain itu,apabila blog anda cantik dan kemas. Pengunjung senang hati membaca hasil penulisan anda tanpa ada masalah mata.

Kadang-kadang ada blog yang berserabut nie,susah sangat nak baca dia punya tulisan. Takut gempak..Entri baik punya..tapi nak baca tidak dapat. Rugi bukan?

Ketiga

Menarik ramai pengunjung. Sama juga seperti yang di atas. Pernah dengar blog AIz Batu Campur? Blog ini memang cantik dan cun la. Dulu cantik jugak..tetapi selepas blog dia makin GEMPAK..Makin ramai dia punya follower. Follower? Yang nie ramai yang kejar. Pengunjung juga akan tertarik dengan blog yang cantik dan kemas serta cun. Betul wa cakap sama lu..

Keempat.

Semua orang akan gembira. Erk? Ya la kan..Apabila blog anda cantik dan kemas. Semua orang akan gembira termasuk anda. Apabila seseorang itu sudah kemas,pasti tiada masalah yang muncul seperti 

1.Tulisan terlalu kecil.
2.Blog terlalu berat.
3.Tiada pengunjung atau tiada follower.
4. The End. Haha.

Setakat ini sajalah berkongsian saya. Saya cakap benda asas sahaja. Blog anda mesti cantik untuk KESELESAAN ANDA SERTA PENGUNJUNG DAN DAPAT MENARIK RAMAI LAGI ORANG UNTUK BERTANDANG KE BLOG TANPA ADA KELUH KESAH.

Nota kaki: Disamping blog yang cantik..Entri pun mesti cantik. Hanya orang yang sukakan kecantikan je faham benda ini,kan? Psst...kalau Amir tayang wajah Amir macam blog gadis lain. Fofular tak Amir? Ahaks(macam sial). Oit,blog nie cun tak? Hehe.

jom baca lagi

Aku Menilai Seorang Blogger Melalui Tulisannya Bukan Melalui Rupa

Mukaddimah? Tak ada.

Aku hanya menilai seorang blogger itu hanya melalui penulisannya atau aku dapat mengambarkan sesuatu perkara yang diceritakan itu hanya melalui tulisan. Aku bukan menilai dari rupa,bukan dari badan tetapi dari tulisan itu. Pandangan pertama la kira nie..

Kalau baik cara penulisannya,maka baiklah yang aku terima. Kalau penyampaian yang blogger itu ingin sampaikan tidak tercapai. Maka,setakat itu sahajalah yang aku faham.

Faham tak? Sebenarnya begini,aku kenal korang(blogger) melalui blog. Melalui penulisan di blog. Bukan di alam nyata. Aku tidak tahu bagaimana gaya seseorang itu ketika menulis. Tidak kira lah entri marah,sedih,sakit jiwa dan sebagainya.

Aku nilai blogger itu dari pandangan pertama(tulisan). Walaupun gaya penulisan aku tidak baik tetapi itu sahajalah yang aku termampu. Sama juga dengan blogger lain kan? Itu sahajalah yang dia mampu untuk menulis entri atau karyanya,kan?

Tetapi..seseorang blogger itu patut menerima apa yang pembaca terima. Tidak semua pembaca faham apa yang anda nyatakan hanya melalui tulisan. Aku(aku seorang pembaca) ,kadang tidak faham juga apa yang ingin disampaikan seorang blogger itu. Jadi,kalau tersalah dapat info dari tulisan kau itu. Maafkan saja lah.

Jangan pula melenting tidak tentu pasal. Kalau aku(yang duk baca entri kau) tersalah faham,kau terangkanlah dengan lebih jelas sedikit dengan lebih berhemah. Diulangi! Dengan lebih BERHEMAH. Bukannya marah tidak tentu pasal.

Aku tidak faham langsung dengan segelintir blogger(seorang je) yang tidak beretika dan beradab. Kalau kau ingin menjadi seorang blogger,kau patut menerima hakikat ini. Kau patut sedar. Tetapi apa yang dapat aku nilai tentang diri kau(blogger itu) adalah kau seorang yang KURANG AJAR.

Ingat tak pepatah "Jangan berumah di tepi pantai,kalau takut dilanda ombak"?  Jadi,kalau kau takut di 'landa ombak' dalam dunia blogger ini. Janganlah jadi blogger!! Faham? Walaupun kau seorang yang sudah lama berjinak di dalam dunia blogger tetapi kau tidak pandai menghormati pandangan blogger lain. Tidak ada gunanya juga.

Aku dah cukup baik menasihati dengan cara baik tetapi kau pula berkata-kata biadap. Patutkah seseorang blogger bercakap lepas mulut tanpa memikirkan hati orang lain? Patut ke? Bersikap profesional la sikit.

Argh! Tidak guna juga aku berbicara panjang lebar kalau diri tidak mahu berubah. Datanglah ombak lautan,ribut dan taufan..tetapi kalau diri tidak mahu berubah. Tidak ada gunanya juga. Bagai mencurah air ke atas daun keladi.

Nasihat aku,berhentilah menulis kalau tidak mahu menerima pandangan blogger lain. Berhentilah menulis kalau tidak tahu beradap dalam berblogging. Berhentilah menulis kalau tidak mahu entri diplagiat

Aku kecewa dengan blogger itu. Lantak kau lah brader! Aku hanya menilai kau dari pandangan pertama melalui tulisan. Selepas itu,barulah aku nilai tuannya(selepas berkenalan). Tetapi aku  tidak menilai seorang itu melalui rupa. Adakah rupa penting? Tidak! Yang penting hati beb!


Nota: Aku bukan marah tapi blogger itu agak bangang. Kalau terasa,silalah marah. Aku sudi menerima cacian itu lagi.Terima kasih.
jom baca lagi

Mood Berblogging Sudah Hilang Ke Laut..

Salam guys... Ha,aku nak ucap terima kasih la sudi bertandang ke blog ini. Terima kasih banyak-banyak la yer. Nanti tak usah la datang sini lagi..Takut kau kecewa pula dengan aku. Manalah tahu kalau aku tak sempat nak lawat blog kau. Kau sedih.. Selepas itu, kau tak nak datang lagi. Kau kecewa.. Aku tak mahu macam itu...

Alamak! Gurau sajalah. Aku terharu kau datang blog aku nie.. Blog yang entah apa-apa. Nak kata bermanfaat,tidak juga. Hendak dikatakan banyak faedah. Habuk pun tak ada,kan? Jadi,ada apa dengan blog nie ha? Hairan aku....

Tapi kan..aku ada perasan sesuatu laa.. Follower blog nie dah bertambah..Jadi 500 pulak. Alhamdulillah..Terima kasih la follow ye.. Nanti belanja makan...Sebenarnya nak cakap..Modd blogging dah hilang dah..Sebab? Sebab mak tak nak bayar broadband..Hurm..Nasib lah kan..tapi tak apalah.. Blogger bukan kerjayaku..

Amir: Aku..letih ...
jom baca lagi

Blog Amir Izzat Akan Menjadi Blog Rojak!|Memang Rojak Pun..

Hurm..Aku tak tau dah bak buat apa dengan blog nie..Tak tau dah nak tulis apa..Kadang-kadang aku pun tak tahu nak fokus pasal apa tentang blog aku nie..Kadang-kadang terasa nak buat macam blog bapak aku.. Ya la..Blog nie memang blog aku..Kih3.. Ada sesiapa yang membantah? Amaran! Jangan sesekali sombong di blog.. Dengan penggunaan ayat "Kalau tak suka blog aku,blah ar..","Blog aku,sukati aku ar!"," Ada aku habiskan berah ko ke ngan blog aku?" dan " Tak suka sila tekan button close.." Penggunaan ayat ini boleh digunakan tapi agak kureng sikit..

Aku rasa la..Selepas nie aku nak buat macam-macam cerita..Dari A-Z. Tak kira ar orang marah ke tidak. Asalkan kita tidak melanggar hukum syarak. Ingat! Prinsip harus dipegang walaupun ribut datang melanda sekalipun.. Walaupun diacu pistol.. Apa prinsip aku? Prinsip aku.. Berpegang pada janji.. Ye kot..Hehe.. 

Tadi kan..Aku terfikir la.. Apa kata aku buat blog aku nie separuh politik..separuh personal..separuh info. Amacam? Okay ar..Sebenarnya,aku lebih suka berbicara soal politik. Wey..politik Malaysia tak teruk mana..kalau ko tak undi kerajaan yang sedia ada..ko tak kan dapat kecapi kehidupan yang aman damai nie..Tapi ya lah kan.. Semua orang melakukan kesilapan..sama gak ngan menteri-menteri politik(Umno ke Pas Ke PKR ke DAP? yang berlagak..

Tapi tak apalah..aku nak buat blog aku blog rojak..Macam-macam..Harap-harap korang jangan terkejut..ok??? Hehe.... Jangan marah kalau blog ini sentiasa berupdate.. Dalam hati "Ko sapa nak marah aku?" Hhee.. gurau saje...Rojak sedap dimakan wey..sebab itu ramai yang suka rojak..Apa pula pendapat korang?
jom baca lagi

Sakit Jiwa Weyh Tak Dapat Komen...

Alamak! Rasa frust jugak apabila tak dapat komen nie..Hurm.. Susah kan? Aduhai..kenapa la masalah Intense Debate nie tak mahu selesai..Menyesal ku guna..Huhu..Dah buntu giler dah nie..Rasa lemah semangat.. Ye lah kan.. Tadi,ramai giler yang online kat sini..Hehe.. Amir dah jumpa teknik dapatkan ramai pelawat..


Ha,korang klik lah..berapa banyak yang online..durian runtuh tue beb.. hehe. Hurm..tapi kan..satu je yang kuran..iaitu KOMEN. Argh! Memang frust pabila tak dapat komen ie..sakit jiwa pun ada.. Erk? Adoi.. Macam mana la nak buang Intese Debate nie.. Semangat berblogging pun jatuh... Tapi tak apa..Komen tak penting pun.. Tak penting? Eh! Penting apa..aku tahu mesti korang nak komen kan..tapi tak dapat? Tak apalah..lain kali je..Nanti amir buat blog baru..korang boleh komen la..hehe..

Jujurlah..memang tak boleh hidup tanpa sepatah perkataan yang dipanggil komen..hehe.. Aku tipu je..Boleh hidup..cuma tak tahan.. Korang pun tahu la macam mana kan? Oklah...nak jalan-jalan ke blog kawan-kawan sat... hehe
Enhanced by Zemanta
jom baca lagi

"Tak Ada Komen Bukan Bermakna Tak Ada Orang Baca Blog Kita"|Kenyataan Ben Ashaari Kot.

Komen? Penting ke? Kalau dapat berjuta-juta komen..Korang rasa gembira tak? Wow! Mestilah gembira kan? Manusia mana yang tak gembira pabila dapat komen banyak. Dapat komen bermakna kita dapat respons dari seseorang. Fuh! Terujanya.. Oh ya! Blog Amir tak leh komen. So,pandai-pandailah korang cari jalan tinggal mesej.Frust nie.. Kenapa frust? Bacalah entri ini(jom klik)

Tadi,dalam keadaan tertekan. Aku pi la jalan-jalan ke blog sahabat blogger.erti kata lain. Blogwalking.. Maka,tibalah aku di blog Eeblobor..Tak silap aku..Entri baru dia Minggu Yang bertuah. Fuh! Memang bertuah beliau..Dalam entri tue,dipinjam dari Ben Ashaari. "Tak da komen tak semestinya tak ada orang baca blog kita"

Sepatah dua kata dari Eelobor yang ku petik dari Blog Ben Ashari..
" Mengapa perlu mencari kesempurnaan jika diri juga tak sempurna. Mengapa perlu mencari kejujuran jika diri juga tak pernah jujur. Kita tak perlu mencari seseorang insan yang sempurna untuk menjadi TEMAN, Cukuplah mempunyai seorang TEMAN yang menjadikan kita cukup sempurna bila bersamanya..."


Dalam entri tue,dipinjam dari Ben Ashaari. "Tak da komen tak semestinya tak ada orang baca blog kita" Ya! Betul tue.. Tapi kan..ada juga orang yang frust sebab tak ada komen. Siapa ye? Angkat tangan cepat..Hehe. Ada juga blogger yang terlalu mengharapkan komen.. Dalam hati "awat tak dak komen nie?" Ekeleh..macam mana nak ada komen kalau kita tak beri komen kat blog orang lain. kan? Ha,jadi aku nak bagi tips. Komenlah di blog blogger lain..Nanti,korang akan dapat banyak komen macam bloggger sorang nie.. Nash namanya..

Oleh itu,jangan berputus hati kalau takdak komen..Hehe. Oh ya! Korang nak tahu rahsia terbesar Ben Ashaari? Jom ke sini..Rugi woo kalau tak baca...
jom baca lagi

Kalaulah Aku Tidak Kenal Blog..

Blog? Menatang apakah itu?Boleh dimakan atau tidak?Boleh ditampar dan ditumbuk untuk meluahkan perasaan ke idak?Boleh dibuat teman atau tidak?Adakah blog itu sejenis benda?Atau kawan?


Salam guys,

Relaks..Relaks..Mukaddimah yang entah papa laa.. Hurm.. Blog? Korang tahu tak apa itu blog? Alaa..Kalalaulah selama ini korang berblog tapi tak tahu apa makna blog. Baik korang pi papan pemuka dan korang tekan log out. Lepas tue,pergi pejabat celcom atau Telekom suruh berhentikan perkidmatan jalur lebar korang.


Fuh! Ada ke yang sanggup buat macam tue? Ahaks. Relaks brader. Sila baca entri aku dengan santai.. Sambil hisap rokok(kalau nak mati cepat),minum air cola(kalau nak potong kaki..),dan baca sambil berfikir(terbaik bro!).. Haa.. Ok! Ok! Korang tahu tak makna blog? Tak tahu? Samalah kita..Kih3..Lupakanlah pasal blog.. Sebab tak da orang yang tahu..kan? kan?

Hurm..kalaulah aku tidak kenal blog.. Apa agaknya yang aku buat sekarang ye? Oh ya! Mak suruh mandi..Mesti aku tengah mandi masa nie.. Hehe.. Selain mandi? Ha,aku duk depan tv. Layan citer best-best.. Lagi best dari layan blog.. Tapi tak leh..Tak leh.. Blog gak yang best.


Kalau aku tak kenal blog nie kan,mesti aku tengah mesej dengan awek atau kengkawan aku..lebih bagus dari aku blogwalking dan tinggal mesej di shoutbox. Alamak! Tak leh gak.. Kawan alam maya lebih sporting!(korang sporting ke?).

Entah la belalang.. Aku pun tak tahu nak cakap apa.. Nanti aku sambung. Lagipun,korang nak pergi blogwalking kan? Tentu tak sempat nak tinggal komen. Kalau aku taip panjang-panjang,nanti mencuri masa blogwalking korang pula. Hehe. Good luck my friends. Blogwalking elok-elok ye. Pasal post nie..Aku sambung selepas aku balik dari dinner. Selamat maju jaya.. W'salam.
jom baca lagi

Semangat Berblogging Kian Membara Kerana JustKhai {dot} Com

Assalamualaikum guys,

Korang perasan yang Amir dah tak macam dulu? Update post pun sekali sekala. Itu pun memang malas giler. Kalau korang tengok siput,Amir lagi slow dari tue kot. Ahaks. Eh! Apa kaitan dengan siput nie? Tak ada lah..Saja je.


Bosan dan boring

Ha,korang tahu tak? Semangat berblogging Amir kini semakin membuak-buak. Tak boleh tahan dah. Semakin bersemangat dah bertenaga. Kalau sebelum ini, memang tak ada harapan dah. Tersangat lah putus asa. Namun, tanpa usaha kita tak akan berjaya,kan? Oleh itu,Amir berusaha jugak nak cantikkan blog ini selepas menerjah blog Justkhai.com.Dulu pernah jugak singgah di Justkhai.com. Tapi Amir wat dek je sebab Amir tak kenal lagi siapakah gerangan empunya blog itu dan apakah isi tersurat dan tersirat yang ada dalam blog Justkhai.com.




Namun,selepas membaca entri Justkhai. Tiba-tiba Amir rasa bersemangat. Bukan tipu ye. Bukan bodek tetapi memang benar. Amir macam dapat satu inspirasi. Kalau orang putih cakap,inspiration. Bila dah ada inspirasi,barulah mood nak berblogging kembali ada.

Macam juga dengan makan. Hari-hari makan nasi putih je. Apabila sudah makan benda yang sama, mood nak makan itu pun menurun,kan? Tetapi,apabila ada seketul ayam KFC depan mata..Ada beaf stick,chickon chop,salad dan semuanya yang lazat-lazat. Kompem dengan lahapnya kita makan. Sama la dengan berblogging nie..Perlu ada kelainan yang membakar semangat kita.

Satu faktor yang buat Amir bersemangat ialah keadaan blog atau layout blog Amir yang semakin menarik. Ha! Menarik tak? Citarasa Amir sejak dulu memang warna pink. Korang pun tahu kan? Kalau idak tahu,tanya rakan-rakan. Hehe.

Sedap tak mata korang pandang blog Amir nie? Haha. Sedap? Erk!.




Baca betul-betul

Korang nak tahu apa yang penting apabila berblogging nie yang Amir kenalpasti? Ok!


Niat

Niat nie penting woo. Cikgu Amir selalu cakap,kalau nak buat sesuatu,mestilah disertai dengan niat. Niatnya pula macam mana? Ok. Ikut Amir ye. "Sahaja aku berblogging untuk berkongsi ilmu selagi termampu kerana Allah Taala" Amacam? Mudah bukan? HEHE.

Minat

Ya,minat amat penting. Bak kata Juskhai.com. Minat mesti ada..tapi bakat? Letak tepi dulu. Kalau korang tak ada minat,baik toksah la berblogging. Betul wa cakap lu.. Kalau berblogging memang tak tahan lama. Ha,minat? Amir dah ada. Bagaimana pula dengan korang?


Usaha

Usaha juga penting bai. Kenapa penting? Sebab..mak Amir cakap.. Usaha tangga kejayaan. Ahaks. Betul pe. Kalau tanpa usaha,kita tak akan berjaya. Betul tak? Nak kaya,nak mewah,nak senang tapi hanya angan-angan. Bila tanya,apa kau buat untuk jadi kaya? Pasti jawap,tak buat apa-apa. Alaa..duit dan kesenangan tak kan datang bergolek..Jatuh dari langit ada tak? Hehe.


Istiqamah

Faham ke tidak apa makna Istiqamah? Istiqamah nie bermakna membuat setuatu benda secara berterusan kerana Allah. Ya,secara berterusan. Kalau berblogging nie,janganlah sekerap jalan ye. Jangan harap hari nie baru berblogging,esok dah mahu jadi popular. Tak mungkin,jadi berblogging secara terus dan menerus. ok?

Setakat ini saja lah..Yang penting. Kita berblogging sebab nak berkongsi ilmu atau pengajaran dan sebagainya. Amir pun baru je berblogging. Tidak tahu sangat. Namun,Amir ikut resmi padi je. "Semakin berisi semakin tunduk". Jangan pula 'berisi' yang lain. hehe.. Tapi,ingat! Setiap perkara memerlukan pengorbanan zahir dan batin. Zahir? Ok..faham.. Batin? Apa ek? Hehe. Korang fikir la sendiri. W'salam.



Nota kaki: Selepas ini Amir nak memantapkan entri pula..

jom baca lagi

Wahai Princeduyong Empunya Blog Warkah Tinta Hati.|Awas! Blog Anda Mungkin Terkena Virus

Assalamualaikum Prince. Prince! Amir tak dapat masuk blog Warkah Tinta Hati laaa..Sejak petang tadi lagi,ingatkan sementara je. Baru tadi nak masuk sebab Prince ada post baru Pintu Kasih. Amir tekan link Prince tetiba keluar macam nie...


Ha,macam mana nie? Apa yang Amir baca kat atas tue..bukan dari blog Prince laa..tapi dari blog orang lain. Blog sapa tue? Mungkin Prince pun tahu kan..? Amir nak masuk pun tak berani nie..Huhu..Rugi tak dapat baca entri Prince..Kalau Amir tak cakap,susah laa... Kalau cakap,senang sikit Prince nak settle hal nie..kan? 

Oh ya! Virus nie mungkin Malware. Sebab tue ar tak masuk.. Bahaya sikit.. Blog Prince yang terkena nie...Cepat-cepat la Prince settle nie..Fuh! Memang bahaya ar benda nie...
jom baca lagi

Kisah Kenapa Blogku Berwarna Pink..


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Korang hairan tak kenapa blog Amir nie berwarna pink ala-ala ungu? Hairan tak? Mesti harian kan..Ops! Saya bukan pondan ye. Haha. Baik! Baik! Amir nak cerita la nie kisahnya..



Kisahnya bermula begini..

Dahulu kala..Ada seorang wanita yang agak anggun..Wanita itu selalu memakai pakaian yang bewarna pink.. Sejak pertama kali daku melihatnya,hati mula berdetik..Inilah cintaku yang sejati..Saban hari,aku mula skodeng aweks ini. Entahlah apa namanya tidak ku ketahui kerana tidak berpeluang untuk bersua..

Tiba-tiba suatu hari..aweks itu sudah hilang..Berpindah entah kemana.. Tidak ku ketahui. Akibat terlalu mencintainya walaupun sebelah mata..Aku mula kemaruk..Aku mula jatuh sakit.. Demam… Tetapi..Sejak daku mempunyai blog. Daku abadikan warna pink menjadi background..Lihatlah seperti sekarang..Membuktikan cintaku padanya…

Cops!! Haha..Itu rekaan semata-mata.

 Sebab suka pink;
  • Warna pink begitu menarik.. Cantik!!
  • Nak memikat perempuan bertandang ke blog ini. Betul! Hehe..
  • Warna pink lebih mesra alam..Rasa lembut je..Tiada kaitan dengan warna biru atau hijau.
  • Sebab aku minat pink laa!!! Haha.
  • Ha,korang perasan semua blog perempuan. Mesti ala pink..kan? Amir tiru ar nie..Kih3..
  • Ini blog saya,sukati saya lah! Erk?
  • Warna pink mesra alam...Haha.
Ha,itu saja lah kot..Korang rasa kenapa ek Amir suka warna pink? Amir pun tak tahu..Nak suka warna apa..ikut mood laa,kan?
Warna memainkan peranan yang penting..Perasan kita dapat digambarkan melalui warna,kot. Pembaca suka kita pun suka!!! Kan?
jom baca lagi

Saya Suka Darkbatman,Awak?

paparan blog Dartbatman

Fuh! Siap jugak versi saya suka blog. Ini blog kedua pula yang saya suka. Saya suka pun ada sebab tau.. Oh ya! Dah baca Saya Suka Ben Ashaari,Awak?. Kalau belum,pi baca nun.Rugi woo..

Hurm.Kenal Batman tak? Aku rasa..semua orang kenal..kan? Tapi ini bukan Batman Forever tetapi seorang blogger yang lebih dikenali sebagai Darkbatman. Dah la Dark.. Batman pulak tue.,cun la.

Ha,kenapa ek aku suka Darkbatman? Entah laa..Mungkin sebab dia peramah kot. Betul aku cakap nie..Hari tue,pada malam yang indah..kami berdua berbual di bawah sinaran bulan..Fuh! Romantik!! Eh! Dah melalut nie..Hehe.

Ada laa..satu hari tue aku komen kat blog Darkbatman..lepas tue,kami berbalas komen kat blog Darbatman..Peramah ek Dartbatman..Kira berborak la sikit-sikit masa malam tue..Kan malam ngah bosan..Tak ada orang…

Lagi satu,aku ada mintak pandangan dia tentang blog aku..Jadi,dia cakap kena header. Aku pun terus buat header..Hehe.. Terima kasih la ye.

gambar hiasan

Entri dia pun okay..Best semua!!! Aku baca la entri lama-lama tue..Godek-godek sikit.. Kalau korang pi blog Dartbatman..Baca la kat Entri KantoiAda apa kat situ?? Ha! Pergi tengok sendiri… Huhu..tapi kan..Dartbatman demam laaa….Kesian dia...Huhu..tapi dah okay! hehe..
jom baca lagi