Memaparkan catatan dengan label Diriku Seorang Blogger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diriku Seorang Blogger. Papar semua catatan

Sudah Setahun Menjadi Blogger



Tak ku sangka sampai hari ini aku bertahan.. Cepat sungguh masa berlalu...seakan baru saja aku belajar menulis blog..kini dan selamatnya akan ku terus belajar dan belajar untuk menulis. Bermacam-macam dugaan ku hadapi namun aku tetap akan teguh di persada blogging ini.

Hiraukan saja apa orang kata. Yang baik diambil, yang buruk buang jauh-jauh. Benda tak tahu, kena tanya. Benda yang tahu, harus dikongsikan. Menjadi blogger bukannya senang. Mental dan rohani perlu kuat. Andai lemah, cepatlah melenting dan rosakkan jiwa. Gelaran blogger itu ibarat anugerah yang terulung yang harus di jaga agar tak tercemar dek kerenah diri yang melampui.

Dalam setahun ini banyak yang ku pelajari. Banyak ilmu yang aku dapat..banyak kawan yang ku dekati. InsyaAllah.. Takkan ku mengalah selagi belum berjuang. Tak akan ku berundur selagi hayat dikandung badan...Terima kasih pembaca! Terima kasih kawan-kawan! Terima kasih Allah! Tanpa kalian semua pasti aku tak berada disini mungkin sudah tersungkur sebelum berjuang. Kini,aku masih teguh berdiri dan menulis sebagai seorang bloggerr...

Amir: Apa yang penting?? Kerjasama!!!
jom baca lagi

Blogger Itu Meluntur Semangatku.

Tadi, aku terbaca blog blogger itu. Siapa tidak kenal dia? Seorang blogger yang aku rasa hebat. Seorang yang aku hormat.

Blogger itu hebat..kerana dia terkenal.
Blogger itu hebat..kerana trafik tinggi.
Blogger itu hebat..kerana banyak tips berguna yang diberi.

Namun, aku pasrah. Blogger yang hebat itu meluntur semangatku untuk berblogging. Mentang-mentang sudah lama dalam arena ini. Dia memandang rendah akan diriku. Aku sedar...siapalah aku..

Tiada ada tempat dan nama dalam arena ini. Aku..cuma bermain di tempatku sahaja. Di sekeliling kawan-kawan.

Bersama mereka ini ..


Dan lagi.. Siapakah aku dimata mereka tidak penting yang penting siapakah mereka di mata aku.

Aku pasrah..aku sedih. Blogger itu sudah menunjukkan 'taring'. Sebab itu selama ini aku diam. Aku diam dan membiarkan blogger itu sahaja yang memonopoli arena ini.

Oh! Aku terlupa bahawa aku blogger picisan yang tidak dipandang tinggi..Siapalah aku...penulisan aku hanya tulisan seorang budak yang meningkat remaja. Siapalah aku..yang mempunyai blog hina dina ini.

Jika dibandingkan aku dengan blogger itu. Banyak perbezaannya. Dia otai..aku? Baru setahun jagung...memang aku baru setahun jagung dalam arena ini. Biarpun bertahun tahun aku berada dalam arena ini..aku pasti aku akan berasa diriku baru lagi.

Bukan seperti blogger yang... Argh! Pusing aku memikirkannya. Lebih baik diam dari berkata-kata. Tetapi kata-kata blogger itu tadi..memang menusuk kalbu..hilang semangatku.. Hilang... Biarlah aku hanyut..dalam dunia yang tak kenal erti persahabatan.

Selama ini aku sedar..bahawa aku tidak pun dipandang oleh dia. Aku sedar kehadiran aku ini seperti melukut di tepi gantang. Siapalah aku kan dibanding dengan dia?

Apa sahaja yang dikatanya. Semuanya betul. Kata kataku? Semuanya dusta. Ah! Aku pasrah dengan dunia ini. Namun, blogger itu membuka mataku bahawa tidak semuanya indah. Tidak semua orang sempurna.

Mungkin salah aku juga apabila blogger itu berkata demikian. Ah! Biarkan..biarkan.. Biarlah dia dengan madahnya...Janji aku tetap aku.

Benda yang tidak pernah aku sedar adalah aku baru setahun jagung! Hahaha! Aku rupanya baru setahun jagung? Masih mentah lagi. Masih tidak punya apa-apa! Erti kata lain, aku ini budak yang baru hendak mengenal ABC.

Bodoh dan terukkan aku? Aku tidak layak untuk menasihati sesiapa. Aku tidak layak untuk memberi apa-apa kerana di dalam jiwa aku ini kosong..Bak kata blogger itu. Aku sedar..

Entah laa..aku rasa serba salah. Macamlah semua orang ingin menjadi seperti dia. Hendak buat macam mana..itu rezeki dia..
jom baca lagi

Laaa...Ada Blogger Yang Terasa Ke?

Bismillahirahmanirahim..

Maaf! Maaf! Maaf! Andai ada yang termakan hati dengan kata-kataku pada entri lepas. Aku menyusun jari. Betul la kata orang kan..Bila kita bercakap tak ingat batas dah..Tak ingat dah hukum agama. Tak ingat dah perasaan orang lain. Hish! Aku nie terlalu emosi. Maaf ya wahai blogger sekalian. Janganlah terasa dengan daku. Anggaplah ia ujian bagi daku dan ujian bagi dirimu. Semoga kita tidaklah bermasam muka dan berkecil hati.

Tak dak niat pun nak melukai dengan komenku itu.. Tak dak niat cuma pandangan. Kadang-kadang pandangan itu tercampur dengan emosi. Biar la kita..Manusia biasa yang lemah dan tak lepas dari kesilapan. Asyik-asyik tersilap. Andai tersalah langkah,malu seumur hidup. Biasa la kan masyarakat kita. Kalau ambil tahu tepi kain orang kadang-kadang terlalu melampau.

Yang baik tak dikenang..Yang buruk sampai mati pun asyik ingat,kan? Jadi...maafkan aku.. Pujian itu kadang-kadang berbisa. Kritikan itulah yang menjadi pendorong. 

Oh ya! Berkenaan header free.. Sudah ada seorang yang telah membuat entri iaitu Cik Fatiehah. Sebenarnya Amir mencari seorang lagi yang sudi dan berani mengambil risiko suruh Amir buat header blognya. Hehe! Amacam? Sila terjah sini untuk tahu lebih lanjut.
jom baca lagi

Blogger Itu Semakin Maju

Dulu..ketika aku mula mengenal blogger itu. Dia baru sahaja bergelar blogger. Baru sahaja membuat blog. Latar belakangnya berwarna hitam. Blog dia serba hitam.

Tapi dia seorang yang rajin. Kemana sahaja dia pergi.Pasti dia akan meninggalkan link blognya. Bagus untuk promosi kan.

Hari semakin pantas berlalu. Saat berganti minit. Jam berganti hari. Tadi,aku terjumpa blog dia. 

"Wah! Dah makin maju la blog dia.."

Memang aku kagum dengan blog dia. Dah semakin maju.  Tapi aku tengok lak blog aku. Masih di takuk yang lama. Tak berubah-berubah.

"Argh! Kecewanya hati.."

Memang kecewa tapi apakan daya. Aku tetap aku..

"Psssssssttttttttttttttttttttt!! Apsal lak emo nie brader?"

Mana ada emo cuma mengenang nasib diri je. Aku tengok blogger itu dah maju setapak dari aku. Baguslah. Tahniah aku ucapkan!!

Oh ya,kepada blogger baru. Jom tinggalkan link kat bawah ini. Kalau sudi lah. Hehe! Aku pun baru gak..Masih merangkak.. 

Nota; Jangan pandang belakang.
jom baca lagi

Mencari Identiti Blogger Yang Hilang

Aqnaim punya gambar.

Assalamualaikum! Entri marah nie..entri marah. Terasa tak bahang aku tengah marah nie? Ahaks.  Sebenarnya tidak lah marah. Ok! Aku sebenarnya kena tag lah. Pasal MEMCARI IDENTITI BLOGGER YANG HILANG. 

Korang tahu tak kenapa tag kali ini menarik? Sebab ada tiga blogger yang tag aku. Gila bapak lembu beranak anak sebelas. Betul wa cakap u.. Sal? Lu tak caya? Nie ha wa kasi tau.

3 blogger yang tag aku ialah


1. Afiz. Tuan tanah blog Memori Seorang Muda. Hendak tahu pasal Afiz? Jom serbu dia ramai-ramai. Klik Memori Seorang Muda. Seorang yang friendly..sebaya aku.



2. Tengkorak Emas. Siapa tidak kenal Tengkorak Emas? Baik kau cakap! Kalau tidak ,aku korek lubang hidungmu. Ahaks. Tengkorak Emas pula orang kedua yang tag aku. Seorang blogger yang tersangat baik hati.


3. Aq Naim. Selepas TE,dia pula yang tag. Alamak! Aq Naim...blogger sebaya aku yang ku kenal sejak zaman berzaman.. Jom Serbu!!!

****

Nah! 3 orang tag sekaligus. Gila lah kalau aku kena buat 2 entri. Naya aku. Haha. Walaupun jiwa malas hendak menulis malam ini kerna esok aku ada exam. Tapi ku kuatkan nafsu batinku.. Ops! Ku kuatkan tanganku untuk menulis..Demi kawan bah.


"Once you have been tag , you are supposed to write a note with 25 random things , facts , or goal about you . In the end , choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tags you. If I tag you , its because I want to know you more."

*****

Baiklah. Meh aku nak cerita pasal diri aku nie. 25 perkara ye? Jangan korang terus blah lak. Baca dulu. Mana tahu kita boleh jadi suami isteri selepas berkenalan dengan daku. Haha!

Jom layan...

1. Nama sebenarku Muhammad Nor Amirull Izzat.  Amirull bermakna pemimpin. Izzat bermakna Mulia. Terpuji Cahaya Pemimpin Mulia. Pandai mak bapak aku pilih nama. Tetapi yang paling lemahnya,nama aku panjang giler. Rasa malas sahaja hendak menulis nama penuhku pada kertas OMR,surat atau dimana mana sahaja.

2. Berumur 16 tahun. Lahir pada 6 Januari 1994. Kalau mak aku tak tahan 6 hari,mesti aku dah tingkatan 5 sekarang nie. Hehe!

3. Anak sulung. Ya,aku anak sulung. Tanggungjawap yang sangat besar sekali.

4. Anak lelaki tunggal. Semua adik beradik aku perempuan. Siapa nak masuk meminang boleh la. Silakan. Masukkan RM1 juta deposit dulu. Ops! Aku bukan mata duitan. Tapi semua benda memerlukan duit. (mesti korang cakap. "Gila apa! Ini jual adik namanya..")

5. Bersekolah di  Sekolah Menengah Vokasional Kuching. Aliran Katering.

6. Aku ambil Katering tetapi aku lebih sukakan berkenaan komputer,designer dan photographer.

7. Aku sedang mengumpul duit hendak beli DSLR. Sekarang baru ada 100 henget dalam bank. Duit Nuffnang lak cukup beli hp satu. Aduhai...

8. Aku seorang panas baran. Kalau korang tumbok aku sekali. Aku tumbok balik 100 kali. Ada bran? Ahaks.

9. Jiwang. Nak kata jiwang tidak lah..Tapi boleh la.. Tak percaya jugak? Susah ar nak cakap.

10. Aku suka makan budu. Jangan tanya kenapa. Haha.

11. Aku suka makan makanan yang pedas. Biar berair mata asalkan perutku kenyang.

12. Tak suka perempuan gedik atau 'geleya'. Memang aku tak suka. Mula-mula kita just kawan tapi dia lak lebih-lebih. Pernah kena.. Aduhai..

13. Aku rasa aku ada resdung lah. Mewarisi dari ibuku kot.

14. Oh ya! Aku berasal dari Kelantan tetapi tinggal di Sarawak.

15. Aku susah nak mesra alam dengan orang kecuali alam itu memang dah mesra. Hehe!

16. Kuat makan. Mungkin kot sebab bila aku lapar. Aku akan makan biarpun jam menunjukkan jam 2 pagi. Betul wa cakap lu..

17. Ketagih membeli DVD cetak rompak tetapi video baik punya. Ya,aku kalau ada filem baru. Aku akan beli. Malas nak pi wayang. Mak tak kasi.

18. Anak yang soleh. Soleh ke? Haha. Siapa nak pinang aku? Sila dail 014..576.. yang belakang carik sendirik. Hehe.

19. Aku suka edit blog. Buar header untuk ku. Nanti aku kongsikan kesemua headerku sejak dari dulu.

20. Aku tak suka orang yang mudah tacing. Aku sendiri tak tacing. Yang ang nak tacing itu apa pasal bai?

21. Aku sebenarnya tengah cari calon isteri. Ada sapa nak?

22.  Tinggi lak 167 cm. Tinggi lagi Afiz.. Gila lah...

23. Aku suka bawak motor slow. Lebih kurang 110 km/j. Siapa JPJ kat sini? Bang..jangan saman saya. Highway saya main..Long punya.. Hehe.

24. Aku sebenarnya dah tak dak idea.

25. Habis dah.. (tiru naim). Haha.

Baiklah..Itulah dia serba sedikit pasal aku. Haha.. Amacam? Terharu tak baca ? Kalau tak terharu,hantuk kepala kat dinding sat. Kasi kuar air mata. haha!

*****

Masa untuk mengtag.

Sekarang nie aku nak tag.

Abang Dkosong Lapan (ak tak tahu nama sebenar)
Abang Blogger 20 Sen. Unik tak namanya?

Dan koranglah yang lurus bendul pi baca entri nie. Apsal la korang baca. Ahaks. 
jom baca lagi

Aku Sudah Cukup Beradap di Blog Dan Dengan Blogger Lain!

Assalamualaikum kawan!

Aduhai..mengeluh nie.. Malam ini sungguh sepi.. Hajat di hati mahu tidur tetapi tidak terlelap. Entah apa lah yang difikirkan oleh minda gua. Nak kata teringatkan makwe,tak ada makwe. Nak kata teringatkan skandal dulu,ada la sikit-sikit...

Bila bosan tengah malam begini. Ditimpa pula dengan perkara yang meresahkan jiwa. Jiwa gua memang kacau beb. Tak ada orang ke nak biarkan hati gua dan minda gua nie tenang sekejap? Sesaat pun cukup lah. Kasi gua bahagia sikit.

Merujuk kepada tajuk skema yang gua buat kat atas itu. Gua hangin betul nie..Bukan marah tetapi gua tak sedap hati. Kalau hati ayam sedap jugak tapi hati gua asyik mengeluh..

"Senah...kenapa kau tinggalkan aku..kenapa????" keluh hati gua.

Erk? Siapa senah?

*****

Sebenarnya kan,gua nak kasi tau lu orang semua bahawa gua berblogingg ini hanya untuk suka-suka sahaja. Gua tak da niat langsung mahu sakitkan hati lu orang. Lainlah kalau lu orang hati jenis emo. Mudah terasa...Gua minta maaf beb! Gua bukan jenis yang suka pujuk orang..

" Alaa..bucu! Bucu! Meh sini.. Intan payung.. Janganlah merajuk.. Meh sini.." Takkan gua nak cakap ayat nie sambil peluk orang tue.. 

Aiya..Susah la nak cakap. Gua rasa la kan.. Gua memang dah cukup beradap di blog serta dengan blogger lain gua rasa..lebih tua dari gua. Gua dah cukup hormat beb.  Gua mahu kasi tahu lu ar,hati gua tak senang kalau panggil orang yang lebih tua dengan panggilan namanya. Itu biadap!

Tapi mak gua ada bagitahu.

"Anak ku sayang..Hormatilah orang yang lebih tua. Nescaya berkat hidup.." Yup,gua ikut nasihat mak gua tapi entah mengapa orang yang lebih tua zaman sekarang tidak pandai menghormati pandangan remaja macam gua. Gua hairan der!

Dalam dunia blog,gua cukup respek itu orang. Sama itu blogger. Yang tua gua pangil abang,kakak,cikgu dan kata ganti diri yang sesuai lah. Kalau yang rapat-rapat,gua guna "bro". Keakraban itu terjalin dan kemaluan itu tidak ada lagi bila sering berhubung.

Entah laa.. Kadang-kadang hati gua terdetik untuk memberontak. Mak gua cakap "Buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sesekali.." 

Memang betul kata mak gua. Lain kali buat buat jahat lah. Means,gua takkan hormat lu orang. Dalam entri wa,gua tulis yang HARAM lah. Entri sumpah seranah orang macam blogger sorang tue. Baru orang respek sama gua? Okayh! No hal brader.

Merepek panjang-panjang pun tidak guna jua melainkan perbuatan yang sia-sia. Gua rasa dah cukup baik dah..

" Woi Amir,dah la tue..dah cukup..orang yang baca nie pun menyampah dah ngan lu!!" jerit hati gua..lawan tokey nampak?

Mungkin juga. Sekian terima kasih. Minta maaf kalau ada silap. Apa yang ku minta dari kau hanya kehormatan,bukan kemaluan. OPs! Hormatilah pandangan remaja macam aku.

Nota kaki bau bucuk: Aku redha..dan pasrah.. Aku cuba untuk menjadi kurang ajar dan biadap. Deal?

jom baca lagi

Blogger Seorang Penipu..Tidak Pernah Menyiarkan Fakta Yang Tepat!

 
Kan aku dah cakap..Blogger nie kan..Kalau nak siar berita ke atau apa-apa benda..Mestilah benar dan sahih. Jangan duk kelentong memanjang..Lihatlah pada komen seorang rakyat di ruangan berita harian.. Macam mana??

"Blogger sebenarnya cuba untuk mempengaruhi PERSEPSI atau tanggapan orang ramai. Hakikatnya blogger tidak pernah menyiarkan fakta yang tepat.."

Wah! Ini tuduhan melulu..Eh! Eh! Nanti dulu.. Nak tanya. Betul ke??? Pernah tak korang siar berita yang tak benar..Saja je nak kelentong? Harap-harap tak ada lah ye..

Tapi kan..Komen di atas (gambat tue).. Wujud sebab..Namewee yang tak bersekolah nie.. Si Namewee Tiu Na Bu (Aku tak paham maksud benda nie..) tue ar menyebabkan blogger dipandang seorang. Dia kan seorang blogger gak... (Blogger kepala hotak ko!) Jadi,orang dah mula pandang serong..Tambah-tambah lagi ada blogger yang suka mengapi-apikan...

Korang fikir-fikir sendirik lah...

Kesian aku...Huhu..Aku blogger gak... Bila la perkara ini akan selesai...(Actually,aku tak terasa pun sebab aku di pihak yang benar...) Erk?

Nota: Lapar la pulak
jom baca lagi

Revolusi Pembebel Jalanan|Penghijrahan Dalam Berblogging

Assalamualaikum w.b.t

Awak semua apa khabar? Bagaimana dengan ibadah puasa? Semakin hari semakin baik atau semakin hari semakin lemah? Lemah? Yup,sebab apa lemah? Sebab malas.. (ramai pelajar buat alasan puasa malas nak belajar.)

Baiklah. Berkaitan dengan tajuk di atas " Revolusi Pembebel Jalanan,Penghijrahan Dalam Berblogging"

Tentu anda sekalian yang pernah bertandang ke blog ini agak hairan.. Hairan dengan nama blog ini. Sebenarnya,inilah yang ingin saya katakan. Dulu,nama blog ini Amir Izzat yang merujuk kepada diri saya. Tetapi,pada saat ini. Pada masa ini,saya ingin melakukan penghijrahan yang bermaksud berpindah.


Berpindah dari yang lama kepada yang baru.. Mungkin dengan penghijrahan ini. Saya akan lebih serius dalam berblog walaupun pada dasarkan kewujudan blog ini adalah kerana perasaan ingin tahu. Namun,saban hari saya merasakan yang berblogging ini ternyata menarik minat saya untuk menulis dan terus menulis. Walaupun kebanyakan hasil tulisan adalah karut marut,merapu sana sini tetapi dengan penghijrahan ini. InysAllah saya akan memantapkan lagi penulisan di blog ini. 


Sesuai dengan saranan Ayie yang menyarankan saya fokus pada penulisan. Terima kasih!



Pemilihan nama blog Revolusi Pembebel Jalanan adalah berdasarkan pengertian saya sendiri. Apa yang saya faham akan makna Revolusi ini bermakna perubahan. Betul tak? Pembebel Jalanan pula merujuk kepada diri saya..Bahawa saya hanya membebel di blog dan mungkin saya seperti orang-orang biasa di tepi jalan yang tidak punya keistimewaan namun saya hanyalah pembebel jalanan. Mungkin dipandang,mungkin dicemuh atau terpinggir.


Gambar di atas pula ialah header yang saya gunakan. Macam mana? Cantik ke tidak? Saya harap,dengan penghijrahan ini. Saya dapat berubah dan anda pun akan berubah apabila membaca tulisan saya..Pembebel Jalanan.."Akan ku membebel sampai termuntah.." Sama ada saya yang termuntah atau awak yang termuntah.. Saksikan Revolusi Pembebel Jalanan!!!


Nota: Ayat macam nie..ku rasakan terlalu skema. Apa pula pendapat korang? Berhijrah di blog dan di alam nyata sekaligus..
jom baca lagi

Mood Berblogging Sudah Hilang Ke Laut..

Salam guys... Ha,aku nak ucap terima kasih la sudi bertandang ke blog ini. Terima kasih banyak-banyak la yer. Nanti tak usah la datang sini lagi..Takut kau kecewa pula dengan aku. Manalah tahu kalau aku tak sempat nak lawat blog kau. Kau sedih.. Selepas itu, kau tak nak datang lagi. Kau kecewa.. Aku tak mahu macam itu...

Alamak! Gurau sajalah. Aku terharu kau datang blog aku nie.. Blog yang entah apa-apa. Nak kata bermanfaat,tidak juga. Hendak dikatakan banyak faedah. Habuk pun tak ada,kan? Jadi,ada apa dengan blog nie ha? Hairan aku....

Tapi kan..aku ada perasan sesuatu laa.. Follower blog nie dah bertambah..Jadi 500 pulak. Alhamdulillah..Terima kasih la follow ye.. Nanti belanja makan...Sebenarnya nak cakap..Modd blogging dah hilang dah..Sebab? Sebab mak tak nak bayar broadband..Hurm..Nasib lah kan..tapi tak apalah.. Blogger bukan kerjayaku..

Amir: Aku..letih ...
jom baca lagi

Aku Bukan Blogger Friendly

Tumblr_l5x5t3amz31qctksd_large


Assalamuaalaikum,




Wah! Sudah lama kita tidak bertemu..rasa rindu di hati..kan? Hehe...Sebenarnya kan..aku nak cakap sesuatu nie..Aku nak cakap yang..yang aku nie sebenarnya bukanlah blogger friendly.. (Wey! Korang terkejut tak?) Haha. Percaya tak? Kalau korang yang selalu datang sini,mesti korang akan faham..Betul...Aku memang susah nak mesra-mesra alam nie..Tak tahulah kenapa.. 


Tapi kan..aku rasa bersalah pula kepada blogger yang friendly nie..terlalu friendly sesangatlah..(Musykil..Friendly tue natang apa? Kah3)..Blogger yang mesra alam nie memang bagus laa.. Blogger yang aku rasakan ialah..Kaizen Shinobi,Kak Nabilah,Tengkorak Emas, (siapa lagi?) dan banyak lagi laah....Aku dah tak ingat...Huhu..


38444_1230177254726_1837954614_450195_2368568_n_large

Kadang-kadang aku rasa bersalah pula bila  blogger lain terlalu baik dengan aku.. Tapi aku bersyukur kerana meraka baik dan sudi 'bersama' aku.. Bagi aku laa..Susah untuk aku berubah diri ini menjadi semesra alam..Tak percaya? Kalau korang tanya orang yang pernah jumpa aku..mesti diorang cakap.. "Wey..ko toksah ar tegur Amir tue..nahas ko.." Erk? Nahas? Yup,korang nak tahu..kalau orang yang tegur aku.. Nah! Penumbok sebijik singgah dimuka mu..Haha..Tak ada lah..Gurau je..

4030341609_2fed0d7f07_z_large

Tapi benar..Memang aku susah buat diri aku nie mesra.. Seperti gak ngan dunia realiti..Dulu,aku pernah gak buat-buat 'friendly'..tapi tak bertahan lama..Sebab ramai blogger yang tak 'friendly'. Jadi,aku blah ar..Buat apa menangguk di air yang keruh lagi kan? Haa.. Ok lah..Tak guna aku tulis panjang-panjang..Sebab tulis panjang-panjang wat penat tangan je.. Ahaks... Tips menulis entri..Taiplah sependek mungkin asalkan tujuaannya tercapai..

4110384938_32b01285aa_large

Nasihat aku laa..Korang tak payah la berbuat mesra akan diriku ini..Aku takut pisang akan berbuah dua kali..Aku takut apabila seorang sahabat keciwaaa... Huhu..Seram weyh. Kalau boleh,jauhilah aku..Biarlah aku hanyut dalam angan-angan aku sendiri... Eh! Macam frust je? Tak da lah..Cuma tak nak korang menyesal je!! Bai Bai!! (bai -bai tue..orang lambai tangan laa!!)

Nota: Aku pasrah dengan dunia blogger..
jom baca lagi

Kalau Buat Entri Auto Publish Dikira Kejar Trafik Ke?

Assalamualaikum para pembaca sekalian. Sudah menjelang pagi..Masa kian pantas berlalu.. Baiklah. Beberapa hari yang lepas,saya ada buat entri yang auto publish. Entri itu saya tulis apa yang saya lakukan di sekolah. Entri itu ialah


Saya terpanggil untuk menulis entri dan menjelaskan bahawa entri yang saya taip di atas bukan ditaip disekolah. Diulangi! Bukan ditaip di sekolah tetapi di rumah. Saya taip sebelum pergi sekolah. Namun,saya hairan dengan sikap blogger yang prejudis terhadap blogger lain. Ada seorang bloggger komen di blog saya, "Amir,kamu kan budak sekolah. Macam mana kamu menulis entri di sekolah? Nak kejar trafik ke?"

MasyaAllah..Ceteknya ilmu dan pengetahuan. Biarkanlah dia..Mungkin dia tidak tahu. Namun,soalan dia pada saya amat mengguris hati. Hati mana tak sedih kalau orang asyik bersangka buruk. Dunia blogging tak akan aman kalau blogger asyik bertelagah sesama sendiri. Dengki laa.. Usaha la kalau nak dapat seperti orang lain. Kita hidup mestilah berusaha.

Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum selain kaum itu mengubah diri mereka. Baiklah. Tidak guna saya menulis panjang-panjang. Cukuplah sepatah dua kata untuk menjelaskan perkara ini bahawa entri berkenaan saya taip terlebih dahulu di rumah dan buat auto publish. Saya sebenarnya ingin bercerita apa yang saya lakukan di sekolah. Kalau yang tidak mahu tahu,tidak apa lah. Button close sedia menanti anda.

Sedih dengan sikap orang Melayu.....
jom baca lagi

Menulis Di Blog Bukan Untuk Mencari Musuh

Assalamualaikum wahai pembaca sekalian. Semoga anda terus diberkati Allah sentiasa. Apa yang hendak saya katakan disini adalah saya menulis bukan untuk mencari musuh. Dari tajuk pun anda sudah mengetahuinya.

Sebenarnya saya agak kecewa sedikit dengan sikap pembaca di blog ini. Bukan hendak merendahkan anda atau marah dengan anda tetapi ada segelintir pembaca di blog saya mudah mentafsir yang negatif dari apa yang saya tulis. Mungkin ada pembaca yang tidak dapat memahami apa yang hendak saya sampaikan.

Sepertimana yang anda tahu..Atau ada yang belum tahu. Blog ini blog biasa sahaja. Blog yang ditulis oleh seorang remaja yang sedang meningkat dewasa. Blog yang ditulis oleh seorang pelajar sekolah menengah. Kadang-kadang apa yang budak tulis mungkin tidak diterima oleh orang dewasa. Biasalah itu. Di dalam dunia realiti pun,orang dewasa kadang-kadang susah nak menerima pendapat budak-budak remaja.  Tidak percaya? Bacalah biodata(wajib klik)  saya.

Kata mereka, buah fikiran budak sekolah atau yang remaja tidak matang. Susah lah kalau begini,kan? Selama ini,saya cuba untuk menulis dengan sebaik mungkin. Walaupun ada entri-entri saya yang penuh emosi itu. Biarkanlah..Disini sahajalah  tempat untuk saya luahkan segala-segalanya.

Biarlah apa orang nak cakap. Ada orang cakap.."Ini blog saya,suka hati sayalah!". Tetapi saya tidak berpendapat demikian, walaupun ini blog saya. Saya ada follower..Blog saya juga dibaca oleh pelbagai lapisan umur. Mungkin. Jadi,saya agak keberatan untuk membuatkan blog ini seperti blog saya sepenuhnya. Macam tulis entri yang bukan-bukan. Buat entri marah-marah. Kutuk orang. Kalau saya buat begitu,mungkin saya akan dipandang serong. Biasalah lah kan..Orang tak pandang pun budi pekerti kita. Manusia hanya suka mencari kesalahan orang daripada membantu.

Dalam menulis entri,saya suka berikan pendapat. Tak semua orang suka pendapat kita. Jadi,saya ingin tegaskan disini yang saya menulis bukan untuk mencari musuh. Ramai yang bersangka buruk..Saya tahu dari komen mereka. Kecewa pun ada...Sedih pun ada..

Setakat ini sajalah kata-kata dari saya..Seorang budak yang mungkin tidak matang...Tapi ingat! daku bukan seperti remaja lain..Daku hidup kerana Allah...Hajat dihati ingin membela bangsaku..Memperjuangkan hak-hak kita orang Melayu..Daku punyai semangat namun semangat itu hilang apabila bangsaku seperti tidak mahu mengubah nasib sendiri.... Hurm...
jom baca lagi