Memaparkan catatan dengan label Bebelan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bebelan. Papar semua catatan

Kenapa Mereka Ingin Menukar Nama Harimau Malaya kepada Harimau Malaysia? Tersinggung kononnya.

Sebelum ini aku ada terdengar yang ada orang  ni tersinggung dengan perkataan Harimau Malaya. Pelik bukan? Kesian Harimau Malaya yang kian pupus.

Jadi, marilah sama-sama kita pergi ke kandang Harimau Malaya. Bawa surat beranak Harimau Malaya dan suruh Harimau Malaya tukar nama dia jadi Harimau Malaysia. Hahaha!

Mari kita tanya Harimau Malaya.

Aku: Pak rimau. Pak rimau kena tukar nama jadi Harimau Malaysia la lepas ni.

Pak rimau: Aik.(hairan). Kenapa pula? Salahkah nama Harimau Malaya?"

Aku: Begini, sebenarnya ada yang tersinggung dengan nama Harimau Malaya. Diorang cakap, tak menggambarkan 1Malaysia la. Rasis la. Melukakan hati orang sana la.

Pak rimau: Huh? Ye ke? Kau ingat aku sesuka hati ke pakai nama Harimau Malaya? Dah aku lahir kat Malaya(semenanjung). Mesti ar pakai nama tumpah darahku. Kalau aku lahir kat Pulau Bangang, aku akan pakai nama Harimau Bangang. Bodoh betul lah! Ko pi marah nenek moyang aku la!

Aku: Rileks pak rimau..jangan telan saya dulu. Hehe! Saya tahu pak rimau tersinggung. Tapi nak buat macam mana. redha je la. Kita ni hidup berbilang kaum . Jadi sebagai bangsa yang memang baik hati. Sekarang kerajaan mempertimbangkan nama Harimau Malaysia ini. 

Itulah perbualan yang aku reka sendiri sebab aku tak puas hati. Kenapa nama Harimau Malaya ini dipolitikkan???

Aku cukup faham kenapa mereka ingin nama MALAYA itu dinyahkan. Aku dah faham dengan situasi ini. Aku sudah lama berada di 'sini' dan melihat tingkah laku mereka terhadap 'kami'. Hairan... Sebelum ini tak pernah pula timbul isu ini? 

Aku cabar mereka yang ingin menukar kepada Harimau Malaysia ini memberi sebab yang munasabah kenapa perlu tukar nama Harimau Malaya ini? 

Bagi aku, satu je sebab diorang nak tukar.

Diorang tidak senang akan nama MALAYA itu. Ada yang kata Malaya sudah terkubur..tapi bila aku pergi ke 'sana'. Ada yang bertanya. 

"Kau orang Malaya ka?"

Pelik dan hairan..siapa yang terguris dan siapa yang terhiris? Aku memohon maaf jika ada yang terasa dan aku tak maksudnya nama sesiapa yang siapa orangnya cuma aku tak puas hari sahaja.


Aku takut suatu hari nanti anak cucu aku tanya. 


"Tok,kenapa nama pasukan bola sepak kita nama Harimau Malaysia yang tak ada sejarahnya?"


"Sebab..ada orang tersinggung dulu..Jadi,kena tukar lah sebab 1Malaysia kononnya.."


Tak ke nampak janggal?? Aduhai..

Nota:

1. Tukar nama Orang Utan je la. Tak dak orang kisah kot?
2. Rasis kah aku pabila aku cuba bertolak ansur?
3. Wajar ke nama Harimau Malaysia?
jom baca lagi

Andai Anda Blogger Malaysia. Sila Baca Entri Ini. Sedar-Sedar Lah Diri Sikit!





Anda seorang seorang blogger? Dari Malaysia? Mengapa anda menjadi seorang blogger? Jadi blogger dengan rela atau paksaan? Bak kata cikgu saya,

" Cikgu tak suruh kamu datang sekolah nie. Habis itu kenapa kamu datang?"

Sama makna dengan,

" Aku tak suruh kamu jadi blogger, kenapa kamu masih mahu jadi blogger?"

Yang pasti seorang blogger itu ada matlamat masing-masing.

Mari kita lihat perjalanan seorang blogger.

Peringkat awal:

Mula-mula mengelani dunia blogger dunia kita terasa asing. Semua benda tidak tahu. Erti kata lain kita ibarat tin yang kosong. Pembaca pun kurang. Karya tulisan yang dihasilkan pun tiada siapa yang baca. Bab kata istilah blogger... kita baru blogger "newbie".

Peringkat pertengahan:

Diri kita dan blog kita mula dikenali. Semakin hari semakin terkenal. Selepas sekian lama berblogging. Blog kita pun semakin ramai pengikut dan pembaca. Blog yang dahulunya sunyi kini sentiasa ada kunjungan.

Peringkat klimaks:

Bila sudah terkenal. Kita rasa diri kita otai. Kiranya kita sudah mencapai tahap tertinggi dalam blog. Blogger yang baru pasti datang ke blog kita. Apa saja yang kita katakan di iya iya kan.

Peringkat Penghujung.

Walaupun diri rasa otai..Kiranya kita ini menjadi pujaan blogger newbie. Kira rasa megah. Kita rasa lebih dalam semua hal. Iya lah.

"Aku blogger lama. Kau blogger baru. Follower sikit"

Kita memandang rendah pada blogger baru padahal blogger baru dah buat blog masa kita belum diberanakkan lagi. Kiranya blogger tua-tua la ni. 

Sahabat blogger yang lain..yang sama naik dengan kita semakin hari semakin jauh. Kita semakin lupa. Iya, kita lupa dalam ingat. (faham tak?). Kita ingat tapi kita terlupa. Masa semakin pantas berlalu...

Pengajaran:

Blogger yang rasa femes dan otai rasa mereka lebih. Erti kata lain..bangga ke?
Entah lah. Aku pun tidak pernah menjadi blogger yang rasa femes dan otai. Apa saja yang newbie buat kadang-kadang tidak mendapat sambutan,kan? Dialah blogger pujaan hatiku.

Bagi aku. Setiap blogger itu sama. Walaupun kadang-kadang wujud perbezaan antara kita(blogger). Kalau gitu,lebih baik pentingkan diri sendiri,kan? Entah la labu...

Anda tahu apa yang aku hendak ketengahkan disini? Apa yang hendak aku sampaikan adalah kurangkan perbezaan antara kita.

Contohnya seperti kisah dibawah. Bacalah anakku! Haha!

Untuk lebih memahami. Baik anda baca entri dibawah.

Sepanjang almost setahun aku blogging, aku terperahsan there are some differences between blogger baru-baru and blogger yang famous and otai giteww.. psttt, agak-agak ko rasa kurang setuju, boleh la bantah! heee~


Pertama

Blogger otai bebas berentry! dorang boleh cakap anything.. tak kesah la kadang-kadang benda tuh sangat la contradict dengan apa yang semorang rasa tapi sebab beliau otai, okkk tulis sampai lebam! 

Blogger otai jugak boleh jek nak tulis entry yang terkadang tu tersangat laa bosan, but still ramai jugak nak komen. ye lah pengaruh dah ribu-riban kan? try si newbie yang buat?? jangan kan kata komen, nak ado reader pon belom tentu... kan? that is why, selagi kita belom famous, produce la entry yang dapat memberi impak lalu memberi kan follower as well as pengaruh....

Anda tidak berpuas hati? Sila teruskan pembacaan anda di sini.

Nota:

1. Aku menulis dalam keadaan demam.
2. Aku yakin tiada yang terasa.
3. Kalau terasa baguslah. Haha. Bukannya apa. Aku pun sedar diri.
4. Blogger baru ke otai ke tiada bezanya. Semuanya bermula dari bawah.

Sebelum otak rasa bergelora. Jom senyum.



jom baca lagi

Wahai Pihak TV3 Malaysia. Anda Sedar Atau Tidak Cerita Alissa Yang Merepek Apa Entah Itu Membosankan!!!!

Entri ini entri yang penuh emosi dan rasa kebosanan serta rasa meluat dan menyampah.

Entri ini bukan untuk pihak TV3 tetapi aku ingin meluahkan rasa ketidakpuasan aku. Begini, aku tahu bahawa Tv3 merupakan syarikat swasta serta siarannya pula percuma tetapi janganlah kerana TV3 ini percuma. Cerita atau drama yang disiarkan pun HENTAM sahaja. Contohnya drama Alissa. Aku tidak pasti sudah berapa lama Alissa ini melekat di kaca Tv3. Sudah lama rasanya,kan?

Oh TV3, sedarlah..Atau lebih tepat lagi. Bukalah matamu dan mindamu. Tidakkah pihak TV3 sedar bahawa drama Alissa itu membosankan jiwa-jiwa rakyat Malaysia? Cerita entah papa. Membazirkan masa. Kalau iya pun tidak mahu siarkan drama yang gempak-gempak. Sekurang-sukarang pada pukul 3 petang itu. Siarkan sahaja cerita Senario yang lawaknya boleh menghilangkan tekanan jiwaku apabila pulang ke rumah.

Ini tidak, balik rumah. Bukak tv,indon! indon! dan indon! Aku tahu la TV3 ini ramai peminatnya. Jadi,korang Tv3 berlagak lah? Sebabnya pilihan rakyat Malaysia..Kalau macam ini, aku lebih rela layan cerita dvd cetak rompak hari-hari. Ops! Bukan salah aku membeli DVD cetak rompak tetapi salah TV3.

Alah..Mesti korang(TV3) tanya. "Kenapa salah kami?" 

Aku jawap yea.

"Kerana drama yang disiarkan banyak dari Indonesia. Korang perasaan atau tidak TV3? Dalam Jom Rileks itu apa? Sinetron Indonesia juga kan? Buka lah mata oiii!!!! Cerita entah papa.."

Kalau aku cakap pihak Tv3 B***H. Nanti aku pula kena saman. Iya lah,pandangan dan pendapat rakyat tidak diterima. Aku tahu bahawa TV3 Malaysia tidaklah berani. Contohnya facebook TV3 Malaysia sekarang ini tidak lagi membenarkan kami rakyat Malaysia meluahkan pandangan dan pendapat di ruangan komen dan hanya boleh komen di ruangan posting TV3 Malaysia sahaja. Pengecut bukan?

Entah ar. Sebenarnya banyak lagi ketidakpuasan aku seperti masa iklan yang ditayangkan namun aku tidak kisah sangat kerana TV3 Malaysia kepunyaan pihak swasta. Jadi,anda berhak untuk menyiarkan iklan. Tetapi ingatlah..

Apa yang TV3 siarkan itu bukan ditonton oleh anggota Tv3 sahaja tetapi seluruh rakyat Malaysia. Jadi,janganlah siarkan drama yang anda(Tv3) minati sahaja seperti drama dari Indonesia. (Mentang-mentang peminat tegar sinetron Indonesia..habis seluruh rakyat Malaysia terpaksa menontonnya).

Akhir kata, kalau TV3 masih 'tidak sedarkan diri'. Aku pun tidak tahu hendak buat macam mana sebab aku tidak kuasa untuk mengubah pihak TV3 supaya mendengar luahan kataku ini. Aku percaya rata-rata rakyat Malaysia pun setuju   dengan kata-kata ku ini supaya menghentikan sinetron dari seberang. Kalau disiarkan kadang-kadang boleh la tetapi kalau setiap hari. Mahu muntah darah.

Itu sahajalah.Sekian terima kasih.

Nota: Akan dihantar ke page TV3. Yang pasti aku tidak menyakiti hati sesiapa.


jom baca lagi

Aku Cuba Untuk Tegakkan Bahasa Melayu Tetapi Banyak Halangan! Kenapa Hanya Bahasa Cina Dan Inggeris?

Pada beberapa minggu yang lepas, aku dan keluargaku pergi ke Bangunan Sultan Iskandar Kuching,ke bahagian Jabatan Pendaftaran Negara kat tempat orang buat pasport. Bahagian Imigresen kot. Kami kesana untuk memperbaharui pasport yang baru sahaja taat tempohnya. 

Memandangkan aku ini rakyat Malaysia yang perihatin serta anak Melayu yang inginkan Bahasa Melayu yakni Bahasa Kebangsaan menjadi Bahasa yang agung di tanah air sendiri kesal dan sedih apabila Bahasa Melayu dipinggirkan.

Kenapa? Kerana pada papan tanda "Dilarang menggunakan telefon bimbit" itu hanya tertulis bahasa Cina dan Inggeris sahaja. Dimanakah Bahasa Melayu??? Dimanakah terletak perkataan "Dilarang Menggunakan Telefon Bimbit?" Tetapi apa yang tertulis di situ "please do not use your handphone" (macam ini kot ayatnya). 

Oh ya! Andai ada yang berfikir bahawa aku ini rasis, memang betul. Aku rasis dengan Melayu, Cina, India atau lebih tepat lagi dengan rakyat Malaysia yang malu menggunakan Bahasa Kebangsaan di negara ini. Terpulang pada anda untuk menilai diriku.

Apa yang jelas disini, pihak berkuasa tempatan memang tidak peka akan hal ini padahal dalam agensi kerajaan sendiri. Dimanakah silapnya? Ikutkan hati pada hari  itu, mahu sahaja aku berjumpa dengan pegawai atasan di situ agar menukarnya balik ke Bahasa Melayu. Kita tinggal di Malaysia jadi kita seharuskan memartabatkan Bahasa Kebangsaan. 

Apa yang aku tahu, bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu bukannya bahasa lain. Jadi, semua warga Malaysia harus..bukan harus tetapi wajib fasih berbahasa Melayu. Lupakah kita akan perlembagaan negara? Lupakah kita syarat untuk menjadi rakyat Malaysia? 

Kalau lupa, sila pergi ke pejabat pendaftaran negara. Lucutkan status warga negara Malaysia. Senang sahaja. Sebenarnya baru aku sedar, hanya aku seorang sahaja yang ingin memartabatkan bahasa Melayu, Bahasa Kebangsaan. Siapa lagi bersama aku??? Aku tidak sanggup Bahasa Melayu yang mempunyai keunikan tersendiri lenyap dari tanah airnya sendiri.

Amirull: Andai mahukan bukti. Sila pergi ke Bangunan Sultan Iskandar bahagian jabatan imigresen tidak silap saya. Cuba lihat di sekelilingnya.
jom baca lagi

Sejak Berkerja Nie...Macam-Macam Manusia Aku Jumpa...| Adakah Aku Berada Dalam Negara Islam?

Pada 2 minggu lepas, aku mengambil keputusan untuk berhenti berblogging. Haha. Ye ke? Hari itu aku ada cakap yang aku hendak bersara dari jadi blogger. Tak boleh la. Berblogging ini telah menjadi darah dagingku. Aku mesti buka blog. Aku mesti..wajib kerana aku rindu akan kawan-kawan blogger. Selama dua minggu aku meninggalkan arena blogging semata-mata untuk mencari duit membeli kamera DSLR yang hargnya RM4 ribu. 

Untuk pengetahuan korang, semasa aku berkerja nie. Bermula dari jam 3 petang hinggalah jam 12 tengahmalam. Macam-macam jenis manusia yang aku jumpa.

Ada yang suka meminta-meminta. Minta orang belanja makan dan minum tetapi duit ada. Itu yang aku hairan. Ada la seorang pakcik ini nama Pak Mail. Setiap malam dia akan datang bertenggek di gerai tempat aku kerja lah. Kiranya dia hendak mencari mangsa. Mula-mula Pak Mail nie berbual-bual dulu dengan 'mangsanya'. Selepas itu, mulalah minta belanja makan. Aduhai..Orang macam ini pun ada ke? Aku mula-mula pun kesian dengan Pak Mail nie tetapi bila kita hendak memberi itu rasa macam tak ikhlas je. Baik toksah..kan?kan?

Satu lagi..ada yang jenis pesan makanan banyak (makan berdua) tetapi tidak dihabiskan semua makanan itu. Memang banyak lah makanan tak habis. 1/3 sahaja disentuh. MasyaAllah. Kan membazir itu amalan syaitan. Tetapi itulah manusia. Bila ada duit banyak, semua dipesan.. Perut memang kata tak nak tetapi mulut duk mintak bermacam-macam. Kalau belanja orang susah tak pa jugak..

Sebab itulah aku terapkan atau aku ajar adik aku bila makan di kedai. Habiskan makanan itu, kalau tidak dapat habiskan. Aku akan cuba habiskan... Ada sesiapa yang pernah buat macam aku? Hehe. Jujurlah..aku memang benci pembazirah makanan. Bila tiada duit.. Nak makan apa? Nanti teringatlah dulu semasa makan di kedai.. Pesan banyak..ikut sedap hati...tapi tak habis... Bila dah kebulur..kebulur lah.. Huhu..

Nak lagi ke aku cerita?? Nantilah...Kadang-kadang aku terfikir juga. Peramah ke rakyat Malaysia??? Dan aku terfikir.. Remaja perempuan Melayu yang beragama Islam sudah 'pupus' ke? Tapi aku yakin aku berada dalam negara yang Melayunya beragama Islam..Yang majoritinya penduduk beragama Islam..

Pssst..segan bila aku nak ambil pesanan sebab........... (ehem2) :)

jom baca lagi

Laaa...Ada Blogger Yang Terasa Ke?

Bismillahirahmanirahim..

Maaf! Maaf! Maaf! Andai ada yang termakan hati dengan kata-kataku pada entri lepas. Aku menyusun jari. Betul la kata orang kan..Bila kita bercakap tak ingat batas dah..Tak ingat dah hukum agama. Tak ingat dah perasaan orang lain. Hish! Aku nie terlalu emosi. Maaf ya wahai blogger sekalian. Janganlah terasa dengan daku. Anggaplah ia ujian bagi daku dan ujian bagi dirimu. Semoga kita tidaklah bermasam muka dan berkecil hati.

Tak dak niat pun nak melukai dengan komenku itu.. Tak dak niat cuma pandangan. Kadang-kadang pandangan itu tercampur dengan emosi. Biar la kita..Manusia biasa yang lemah dan tak lepas dari kesilapan. Asyik-asyik tersilap. Andai tersalah langkah,malu seumur hidup. Biasa la kan masyarakat kita. Kalau ambil tahu tepi kain orang kadang-kadang terlalu melampau.

Yang baik tak dikenang..Yang buruk sampai mati pun asyik ingat,kan? Jadi...maafkan aku.. Pujian itu kadang-kadang berbisa. Kritikan itulah yang menjadi pendorong. 

Oh ya! Berkenaan header free.. Sudah ada seorang yang telah membuat entri iaitu Cik Fatiehah. Sebenarnya Amir mencari seorang lagi yang sudi dan berani mengambil risiko suruh Amir buat header blognya. Hehe! Amacam? Sila terjah sini untuk tahu lebih lanjut.
jom baca lagi

Dua Hari Aku Tunggu Nak Online... Lama Gilerrrrrrrrrr Beb! Ini Semua Salah Broadband!

Assalamualaikum kawan-kawan blogger sekalian. Rindu ar dengan korang. I miiiiiiiiiiiiiiiiiiis you so much dear.. Eh! Eh! Ueuuuwww! Apsal gedik plak aku nie? Ahaks. Tak ar..Aku nie kemaruk nak online..Rindu korang ar.

"Huh? Siapa?"

Alaa..korang yang baca entri nie ar..Yang hidung tengah berkembang nie. Yang tengah pakai baju tidur. Pi tidoq nun. Ahaks.

Ok! Ok! Nie ha.. Korang tahu tak. Lama betul aku nak online. Dua hari aku tunggu depan laptop mengharapkan ada line wireless melekat pada laptop aku. Biasar ar..Orang ada broadband tapi macam tak da broadband.

"Huh? Macam mana tue?" mesti soklan macam nie..kan? (cakap ya kalau tidak mahu basikal anda diluar rumah dibakar saya.)

Macam nie adik-adik sekalian. Aku ada broadband. Siapa cakap aku tak da broadband. Aku pakai celcom punya beb! Mantap! Tapi sayang. Mak aku tak mahu bayar...

"Pasal apa tak mahu bayar?"

Pasal aku tak kasi adik aku guna broadband nie. Ya la kan. Bila dah broadband nie ada ngan aku..Susah untuk aku melepaskannya. Broadband dan laptop bagai isteri pertama aku. (tapi tak seindah malam pertama). Ini semua salah broadband.. Mahal sangat cas. HUhu. Itu pasal mak tak mahu bayar...(kesian)

Itu la sebab aku terpaksa bergantung kepada kepada wireless semata-mata. Kalau hari pekerja cuti,aku pun cuti. Aku pun tak pasti la dapat online ke tak time cuti kelak. Huhu. Bertuah korang yang dah kerja. Boleh jugak bayar broadband. Aku nak kerja tapi mak aku tak kasi..Kerja waiter di hotel. Entah la ngapa dia tak bagi.

Sebagai anak yang soleh,(kononya)..Terpaksalah aku turuti.. Hari ini banyak yang hendak aku bebelkan. Korang tunggu saja...Terima kasih. Renung-renungkan..Selamat beramal!!! 

P/s Hey kamu! Cuba tengok belakang kamu..Ada apa tuuuuuuuuuuu? Haaaaaaaaaaaaaaaaan.......tuuuuih!
jom baca lagi

Saya Dah Dapat Hafal Bra Warna Apa Yang Awak Akan Pakai..

Setiap hari awak pergi sekolah. Saya dah tahu apa warna apa yang awak akan pakai. Saya sebenarnya tak kisah pun pasal warna bra awak nie. Saya tak pandang pun tetapi maafkan saya. Saya tertengok je.

Mesti korang cakap.

" Budak Amir nie memang gatal la..mak bapak tak ajar ke.."

Aku sebenarnya tertengok der.. Dah baju sekolah yang dia pakai itu nipis. Jadi nampak ar.

Saya tahu saya salah .. Tapi kan. Saya dah dapat hafal la warna bra awak.

Hari Isnin: Kuning.
Hari Selasa: Hitam
Hari Rabu: Biru
Hari Khamis: Putih
Hari Jumaat: Pink

Gila kan? Warna bra awak pun saya nak hafal? Itu la awak. Siapa suruh awak tunjuk kat saya. Awak tahu bukan saya seorang sahaja yang tengok awak punya tali bra itu.  Semua jejaka kat sekolah nampak. Bila dah nampak,ghairah la tengok. (der..aku tak gatal).

Awak tahu tak kalau saya nie perogol bersiri dan gila seks. Dah lama saya rogol awak. Siyes saya cakap. Tapi alhamdulillah. Saya masih mempunyai akal yang waras.  Saya pun ada adik perempuan. Yang saya hairan,awak tak kisah pulak lelaki cakap macam nie..

" Peeewit..pink kaler tue.."

Awak pun tersipu malu. Bukannya nak marah. Ooppps! Buat apa nak marah kan? Dah memang niat awak nak tunjuk? Kan? Kan? Alaaaaaaaaa..awak nie. Kalau nak tunjuk,sila lah tunjuk jelas sikit. Setakat bra je nampak. Mana syiok. Dosa tetap dosa. Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan. (aku bukan suruh kau tunjuk payudara ye wahai lelaki. erk?)

Saya kadang-kadang nak tegur tapi saya malas dah nak cakap. Dah awak tak kisah..kadang-kadang saya tegur gak. Macam gitu gak perangai. Tak tahu lah apa yang nak jadi dengan awak... Entah la labu..

******

Kat sekolah aku..hari-hari diorang tayang. Baju sekolah diorang buat nipis. Nak belajar pun tergugat iman. Salah siapa? Ntah la. Nak tahu tak? Aku dah boleh tahu saiz berapa diorang punya. Gila lah aku nie.... MasyaAllah... 

Suasana pembelajaran kadang-kadang terganggu kerna hal ini. Hish!

Nota; Saiz brapa you mahu? Semua ada. 33B? 46D? 50D? Aik..Saiz apa tue?? Korang tahu tak bra itu apa? Hehe.
jom baca lagi

Ada Gak Update Kat Facebook Percaya Kiamat Berlaku Pada 2012

"
Ramalan:2012/ada satu laungan yg boleh membuatkan semua org mendengar


ramalan:121212/hari kiamat.tercatitnya dlm kamus yg mendalam dan d ramal oleh seorang rakyat US.


*sembahyang,bertaubatlh anda sblm d sembahyangkan,d taubatkan.ALLAHUALAM-.-

****

Yang update ini seorang muslim mengikut infonya. Hairan dan pelik aku. Kan kita sebagai orang muslim sudah tahu bahawa hari Kiamat pasti akan berlaku dan kita tak tahu bila akan berlaku.kan? Hari Kiamat itu perkara ghaib.

Aku disini bukan nak mencemuh atau mengaibkan status si dia di atas tetapi kalau kita percaya akan ramalan itu? Macam mana ya ek? Syirik ke? Aku tidak lah pandai sangat tentang agama tetapi aku tahu yang kita tidak boleh percaya ramalan -ramalan macam nie. Terutamanya dari orang yahudi.

Allah itu Maha Mengetahui. Hari Kiamat itu hanya Allah sahaja yang tahu. Walhal Nabi Muhammad pun tidak tahu bila kiamat akan berlaku,kan? . 

Oh ya,apa yang aku tahu. Orang akhir zaman yang tinggal adalah seburuk-buruk umat(ketika berlakunya hari kiamat). Betul ke? Wallahualam. 

Semoga kita terpelihara dengan rahmat Allah. 

Nota: Benda yang paling rapat dengan kita adalah MATI.
jom baca lagi

Hari Raya Haji | Aidiladha pada 17November|

"Mir..bila raya haji ek?" soal Akmal.

"Entah ar..aku pun tak tahu.." jawapku balik.

Ha,semalam aku belum pasti lagi bila Hari Raya Haji. Tapi hari ini aku dah tahu.. Bila Hari Raya Haji?



Haa.. Kawan-kawan,Hari Raya haji akan disambut pada 17 November ini. Jadi,susah mula cuti sekolah la kita ya. Bersorak sakan laa.

Tapi kan..Bila dah cuti sekolah nie.. Aku rasa bosan la pulak.. Aku lebih suka pergi ke sekolah dari cuti. Masa cuti? Apa yang aku lakukan? Tido, makan,berak. Makan berak tido. 

Lain pula kalau hari sekolah. Best dan tidak bosan. Lagipun,tahun depan mungkin pindah semenanjung..Hurm..Malang-malang. Sudah ku pinta pada ibuku agar ditangguhkan..Namun apakan daya.. Melawan nanti menjadi anak derhaka. 

Nota: Alang-alang aku disini..biarlah habis sampai SPM... Hurm..

Kaki: 17 November ini Hari Raya Haji.
jom baca lagi

"Bukan Cantik Pun Kau Edit..Poyo La Lu Beb!"- Budak Kampung| Haha! Header Yang Aku Buat Pun Tak Cantik La..Aku Akui..

Komen seorang yang berani.. daripada budak kampung.

"bukan cantik pun kau edit. poyo la lu beb" dalam entri ini.

Haha..lawak la budak kampung nie. Aku rasa dia nie blogger jugak. Aku rasa aku tahu siapa dia. Tapi malas la nak syak wasangka. 

Memang aku akui..Header yang aku buat nie tak cantik langsung.Memang tak syok langsung. Memang tidak menghairahkan korang melihatnya.Memang nafsu korang tak kan terangkat pun..Namun,apakan daya..itu sahaja yang mampu aku buat. Maksud mampu disini aku buat yang simple. 

Oh ya. Apakah definisi cantik? Cantik pada pandangan setiap orang berbeza. Tidak apalah. Suatu hari nanti pasti kau akan terkejut melihat pencapaianku. 

Semua orang bermula daripada bawah..barulah berjaya. Namun aku menghargai komen budak kampung ini. Membangkitkan semangatku untuk terus menjadi lebih ke hadapan. Terima kasih daun keladi kalau komen lagi bawak lah telor sekali. Lelaki ke ? Haha!

Teringin juga nak kenal siapa budak kampung ini? Mana la tahu boleh pinta pendapat pasal edit mengedit nie. Dia kan "hebat".

Baiklah. 

Berkenaan header yang aku akan buat. Dah ada blogger yang dipilih. Bagi yang tak dapat,tak mengapalah. Ramai lagi blogger yang menyediakan servis membuat header. Lagi cun.  Selepas ini rasanya malas la nak buat header untuk kamu orang. Header aku tak cantik..huh.. (jawapan frust giler. Ahaks).

Namun,saya tidak akan mengecewakan mereka ini.

1. Ladymiaka.-dah buat entri. Terima kasih!

Untuk urusan lanjut sila emailkan ke amirullizzat[at]gmail[dot]com. Terima kasih atas sokongan sekalian.

Nota: budak kampung..boleh ajar aku cara buat header yang gempak dan cun mcm professional tak? Aku nak tido.... salam!!
jom baca lagi

Jangan Anggap Aku Budak Kecil

Assalamualaikum!

Aku tak tahu dah nak bagitahu macam mana. Aku pun sedang kekurangan idea. Idea tidak sampai ke otak lagi. Otak pun kekurangan oksigen. Barang sesiapa yang ingin melakukan CPR,boleh sahaja. Terhad untuk perempuan sahaja. Lelaki diharamkan melakukan CPR kepada saya. Ahaks. Erk?

"CPR itu apa ?" mungkin itu soalan kamu.

CPR itu daripada pemahaman saya ialah bercium dari mulut ke mulut untuk memberikan oksiden bukan untuk menikmatinya. Haha! Aku pun tak tahu lah der..

Baiklah.. Meh sini telingat tue. Ops! Meh sini..Dekatkan mata kamu ke skrin. Aku nak membebel sikit kepada kamu.

Tahukah kamu bahawa aku ini berumur 16 tahun? Sudah besar bukan? Sudah boleh berfikir dengan logik akalnya kan? Tetapi kan..kenapa ada yang masih menganggap aku ini budak kecil? Di alam maya lah. Hairan aku.

Aku nak kasi tahu bahawa aku sebenarnya lebih suka kamu menganggap aku seperti orang dewasa. Biarlah aku memanggil kamu Abang,Kakak,Pakcik dan Makcik tetapi berilah peluang untuk aku menulis seperti orang dewasa. Faham tak?

Maksud aku.. segala pendapat aku dan luahan hatiku di blog ini dipandang serius sikit. Itu sahajalah. Aku tahu mungkin ada yang menganggap aku ini blogger budak-budak. Ya,aku budak budak tetapi kadangkala hidup perlu serius.

Apa guna asyik main-main sahaja?

Apa yang aku inginkan ialah anggaplah aku sebahagian darimu. Umur tidak membataskan pemikiran. Jangan nilai seseorang melalui umurnya tetapi nilailah melalui tintanya.


Walaupun tintanya tidak sehebat kamu tetapi hormatlah. Kerna kehormatan itu penting. Tidak ku minta lebih darimu cuma sedikit rasa hormatmu buat diriku ini. Terima kasih
jom baca lagi

Yang Penting Duit...Orang Tak Pandang Dah Hati


"Aduhai..bila lah nak jadi metered nie..Dah berbulu aku tunggu. Tak jadi-jadi jugak. Nuffnang nie macam tau tau je yang aku nak cashout bila sampai angka 2++.++ nie.. Aku perlukan RM3 je. Baru best cashout..Nuff oh Nuff.."

Alamak! Maaf. Hati tengah pilu..Maaf kakak,abang. Amir tak dak tips nak dapat earnings nie..Yang penting adalah


1. Edit survey kat Nuffnang.
2. Kena cari trafik yang tinggi sikit. 
3. Kena berusaha. Bodek En. Nuffnang sikit. Macam mana? Join kontest.
4. Usaha tangga kejayaan. Kesabaran itu penting.
5. Tiada tips yang khusus.


Apa yang perlu korang tahu. Setiap orang akan dapat duit. Yang penting letak ketiga tiga iklan Nuffnang di tempat yang sepatutnya. Okay? (actually,aku pun tak tahu tips yang memang -memang berkesan. Jujur dan ikhlas.)

Baiklah. Hari ini kita akan berbincang soal duit. Duit? Apa itu duit?


Tak kenal maka tak tak cinta... Ha,inilah duit..

"ala..budak tecik pun kenal apa itu duit..korang yang besor dah berbulu(kat rambut) pun masih tak tahu? Hish..Hish.." mengeluh.

" Aku sebenarnya seorang yang tidak pentingkan duit. Aku bukan materialistik..Bukan kejar duit.. tetapi masalahnya. Semua benda memerlukan duit."

Ya,semua benda memerlukan duit. Kalau kita ini jenis yang tak pandang duit tetapi kita terpaks agak pandang benda halal jaddah nie. Erk?

Iya la bang oi..kakak oi.. Takkan la nak beli susu untuk anak-anak kena buat macam ini.

"Tokey...tolonglah sama saya. Itu saya punya anak sudah kelaparan. Istri saya punyia susu tidak mahu keluar lagi. Saya sudah picit banyak kali tapi tidak keluar. Tokey,bagilah setin susu ini.." nak ke buat simpati macam ini? Sah ! Sah! Orang takkan layan.

Tapi kan..Akibat orang lebih pandang duit ini bahaya gak. Lihatlah pada zaman sekarang. Perempuan muda sekarang lebih sukakan lelaki tua. Apa pasal? Itu DUIT punya pasal lah.kan?

Terpaksa la lelaki muda yang bujang ini mencari yang tua sikit..Sikit je..Hehe.

" I amik Datuk O sebab i nak masa depan anak i terjamin..I tak mau anak i susah.." untuk masa depan beb! Haha!

Tetapi itulah.. Kalau kita ada duit,kita akan dihormati. Mungkin sebab itulah yang berlaku pada masa kini.

Yang miskin dan berhati mulia pulak macam mana? Kompem kita(kita ke?) tak pandang.. Betul tak?

Bab berkawan pulak. Kalau kawan tak da duit..jauh ditinggalkan...kan? kan?

Realiti hidup. Hendak hidup kena ada duit. Hati saja tidak cukup. Simpati pun tak cukup. Kalau ada tanah? Cukup..Kita jual. Ahaks.

Susah..susah...

Nota: Sebenarnya aku nak cakap pasal duit daari Nuffnang nie..Asal keluar duit itu penting??? 

Kaki: Korang faham tak apa yang aku hendak sampaikan?

Apa yang hendak aku sampaikan ialah:

1. Duit itu segalanya. No money no talk.

2. Perempuan tak pandang dah lelaki sesak(pokai) macam aku nie. (ye ke?)

3. Kalau tidak ada duit,susah la hidup. Sebab itu kita kena rajin cari duit sara anak isteri.

4. Sebenarnya berblogging juga boleh dapat duit. Hehe. From Nuffnang.

5. Bapak mertua zaman sekarang letak 'harga' anak dia mahal giler. (tak sempat la aku kawin.. )

Itu sahajalah. Maaf.terpesong. Comform korang blur. Aku pun sama daa.. haha!
jom baca lagi

Aku Sudah Cukup Beradap di Blog Dan Dengan Blogger Lain!

Assalamualaikum kawan!

Aduhai..mengeluh nie.. Malam ini sungguh sepi.. Hajat di hati mahu tidur tetapi tidak terlelap. Entah apa lah yang difikirkan oleh minda gua. Nak kata teringatkan makwe,tak ada makwe. Nak kata teringatkan skandal dulu,ada la sikit-sikit...

Bila bosan tengah malam begini. Ditimpa pula dengan perkara yang meresahkan jiwa. Jiwa gua memang kacau beb. Tak ada orang ke nak biarkan hati gua dan minda gua nie tenang sekejap? Sesaat pun cukup lah. Kasi gua bahagia sikit.

Merujuk kepada tajuk skema yang gua buat kat atas itu. Gua hangin betul nie..Bukan marah tetapi gua tak sedap hati. Kalau hati ayam sedap jugak tapi hati gua asyik mengeluh..

"Senah...kenapa kau tinggalkan aku..kenapa????" keluh hati gua.

Erk? Siapa senah?

*****

Sebenarnya kan,gua nak kasi tau lu orang semua bahawa gua berblogingg ini hanya untuk suka-suka sahaja. Gua tak da niat langsung mahu sakitkan hati lu orang. Lainlah kalau lu orang hati jenis emo. Mudah terasa...Gua minta maaf beb! Gua bukan jenis yang suka pujuk orang..

" Alaa..bucu! Bucu! Meh sini.. Intan payung.. Janganlah merajuk.. Meh sini.." Takkan gua nak cakap ayat nie sambil peluk orang tue.. 

Aiya..Susah la nak cakap. Gua rasa la kan.. Gua memang dah cukup beradap di blog serta dengan blogger lain gua rasa..lebih tua dari gua. Gua dah cukup hormat beb.  Gua mahu kasi tahu lu ar,hati gua tak senang kalau panggil orang yang lebih tua dengan panggilan namanya. Itu biadap!

Tapi mak gua ada bagitahu.

"Anak ku sayang..Hormatilah orang yang lebih tua. Nescaya berkat hidup.." Yup,gua ikut nasihat mak gua tapi entah mengapa orang yang lebih tua zaman sekarang tidak pandai menghormati pandangan remaja macam gua. Gua hairan der!

Dalam dunia blog,gua cukup respek itu orang. Sama itu blogger. Yang tua gua pangil abang,kakak,cikgu dan kata ganti diri yang sesuai lah. Kalau yang rapat-rapat,gua guna "bro". Keakraban itu terjalin dan kemaluan itu tidak ada lagi bila sering berhubung.

Entah laa.. Kadang-kadang hati gua terdetik untuk memberontak. Mak gua cakap "Buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sesekali.." 

Memang betul kata mak gua. Lain kali buat buat jahat lah. Means,gua takkan hormat lu orang. Dalam entri wa,gua tulis yang HARAM lah. Entri sumpah seranah orang macam blogger sorang tue. Baru orang respek sama gua? Okayh! No hal brader.

Merepek panjang-panjang pun tidak guna jua melainkan perbuatan yang sia-sia. Gua rasa dah cukup baik dah..

" Woi Amir,dah la tue..dah cukup..orang yang baca nie pun menyampah dah ngan lu!!" jerit hati gua..lawan tokey nampak?

Mungkin juga. Sekian terima kasih. Minta maaf kalau ada silap. Apa yang ku minta dari kau hanya kehormatan,bukan kemaluan. OPs! Hormatilah pandangan remaja macam aku.

Nota kaki bau bucuk: Aku redha..dan pasrah.. Aku cuba untuk menjadi kurang ajar dan biadap. Deal?

jom baca lagi

Cek Nuffnang Tidak Dapat Ditebus!

Burung-burung di langit terbang dengan begitu asyik. Angin-agin sayu membelah jiwa..(erk?) Petang ini ku rasakan begitu indah sekali walaupun hari begitu terik sekali. Kadang-kadang terasa juga bahangnya.

" Panas sungguh di Kuching nie,nasib baik banyak pokok-pokok kat sini. Teduh la sikit.." ngomel gua sendirian.

Di Kuching ini,memang banyak pokok-pokok di tanam. Di sepanjang jalan,ada sahaja pokok-pokok yang tinggi menjuntai. Kalau hari panas terik pun tidak apa. Yang pasti,kulit gua tak kan terbakar. Api neraka lagi panas der!

****

Berbalik kepada Nuffnang. Gua mula berdaftar dengan Nuffnang pada bulan 4. Itupun gua daftar untuk suka-suka. Masa gua daftar itu hari,gua tak sedar langsung pasal Nuffnang nie. Benda apakah Nuffnang ini? Ternyata ketika itu gua agak bengap sikit. Namun,bengap lagi Sarip Dol.(sedara lu ea?)

Selepas gua mendaftar Nuffnang ini..serta menjelajah blog-blog otai yang memang arif berkenaan hal ini. Gua terus setia bersama Nuffnang. Kerana apa? Kerana Nuffnang dapat menjana pendapatan. 

Orang tua dulu-dulu kata.."Sambil menyelam sambil minum air..",kan?

****
Ok! Tadi,mak gua ajak gua pergi tebus cek Nuffnang nie. Beliau takut cek Nuffnang ini tidak dapat ditebus gelak. Memang agak risau la emaknya..

"Eh! Anaknya buat dek je ke?"

"Kadang-kadang gua sibuk,lagipun gua tak tahu nak tebus bank mana.."

Tepat jam 1.00 petang. Gua ngan ayah dan mak gua serta adik gua pergi ke HSBC Bank. Nasib baik bank ini ada. Kalau tidak ada,memang tak tahu lah nak tebus dekat mana.

"Aduhai..macam mana nak tebus cek nie. First time nie..." gua mula risau.

Selepas seketika..gua pun sampai. Gua dan mak gua pun berjalan-jalan ke dalam itu bank. Agak besar juga lah bangunannya. Tapi lagi besar CIMB Bank. Hehe!

*****

Sampai di depan pintu,gua tarik dan kasi mak gua masuk dulu. Almaklumlah,anak yang soleh. Orang tua didahulukan. Tapi kan..Gua segan hendak masuk itu bank. Sebab gua pakai selipar jepun warna kuning itu jam. Memang gua malu..namun apakan daya. Kerana mahu tebus itu cek. Gua terpaksa jugak pakai. Bapak gua kebas gua punya selipar..(ekceli selipar dia yang gua kebas..)

Apabila menjejakkan kaki ke dalam itu bank. Gua cari itu kaunter.

"Ha,jumpa pun.."

"Mak,ha tue kaunter.." tunjuk ku pada mak.

" Hurm..kena ambil nombor giliran dulu nie.." omong beliau..(merujuk mak aku)

Itu jam gua agak blur lah. Tak nak buat apa.. Kalau gua cerita. Memang panjang ar. Gua ringkaskan la.

****

Selepas tercengang seketika di situ. Datanglah seorang kakitangan bank.

" May i help you?" tanya beliau.

" Oh ya. Saya datang nak tukar cek nie.. Macam mana ye?"

"Ohh.ok..Mintak tengok ceknya.."

Mak aku pun kasi lah...

Selepas itu,dia bawak kami orang ke kaunter..Gua ikut sama lah. Gua kasi mak gua saja berbicara sebab gua segan. Haha!

Kakitangan bank tadi pun tanya..

"Ada buat akaun kat sini tak?"

Aku cakap tak ada.

" Akaun bank yang lain?"

"Tak da jugak."

Ya lah.. Gua memang tak da akaun mana-mana bank.Mak gua belum buat lagi. Huhu. Jadi,selepas berbicara sedikit. Dia cakap cek itu TIDAK DAPAT DITEBUS sebab gua tak ada akaun.

"Hurm..melepas lah..Nak guna akaun mak..tak boleh pulak.." keluh gua.

****

Itulah ceritanya... sebab gua tak da akaun. Gua tak dapat tebus itu cek lah? Aiya. Banyak pening. Gua sangka cek Nuffnang boleh ditebus macam itu sahaja. Rupanya tidak boleh. Sengal betul!

Tidak boleh ditebus tunai kerana cek Nuffnang itu cek berpalang. Kalau tiada palang,memang dapat tunai lah tadi. Tapi..itulah nasibnya.. Ekoran kejadian yang menyayat hati gua ini..yang meresahkan gua untuk cash out sekali lagi. Mak gua nak bukak akaun BSN hari Jumaat nie.

"Yeaay!! Gembiranya..."

Hehe. Jadi,selepas bukak akaun. Boleh la gua ambil itu duit. Selepas akaun nie siap,gua nak tekan butan CASH  OUT selepas mencapai target. RM****. Gua tal mahu dah simpan itu duit lama-lama. Takut berlaku perkara yang tidak diingi,kan?


Perasaan Marah!


Yang paling gua marah, Blogger otai tak pernah kasi tahu macam mana mahu tukar itu cek la. Bikin gua panas betul lah!

Nota: Apasal aku guna "gua" lak nie? Kekekeke!


jom baca lagi