Memaparkan catatan dengan label Nasihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nasihat. Papar semua catatan

Esok Dah Puasa? Terima Kasih Allah!



Assalamualaikum wbt.

Kaifa halukum? Apa khabar pembaca sekalian. Alhamdulillah. Alhamdulillah! Alhamdulillah.

Terima kasih kepada Allah yang Maha Mulia kerana masih memberi kita kesempatan untuk bertemu Ramadhan yang mulia ini.

Terima kasih kepada Allah yang Maha Agung lagi Maha Besar  kerana masih memberi kesempatan kepada kita untuk terus bernafas dan beribadat kepadanya.

Terima kasih kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana masih mengurniakan nikmat dan rahmat kita walaupun kita kadang-kadang berpaling tadah daripadanya. (kufur nikmat).

Terima kasih kepada Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Berkuasa kerana masih memberikan kita akal yang cerdas untuk kita berfikir mana yang baik dan mana yang buruk walaupun kadang-kadang kita terlalu menurut nafsu.

Terima kasih tidak terhingga kepada Allah kerana tidak mematikan kita dalam keadaan yang penuh dengan dosa, dalam keadaan yang penuh dengan noda, dalam keadaan yang belum berkesempatan untuk bertaubat dek merasakan mati masih jauh, dalam keadaan berlaku maksiat, dalam keadaan derhaka kepada ibubapa, dalam keadaan melawan guru, dalam keadaan menipu, dalam keadaan tidak solat, dalam keadaan mencuri dan dalam keadaan membuat kemungkaran.

Dan sesunguhnya Allah Maha Pengampun kerana mengurniakan bulan Ramadhan dan malam Lailatulqadar untuk kita membersih dosa dan menyucikan diri serta menambah lagi pahala. 

Semoga pada bulan ini kita akan berpuasa dari segi mata, telinga , kaki, tangan, seluruh anggota badan dan minda daripada perkara-perkara mungkar. 

Mulai malam ini, kita tentukan niat dan azam untuk bermunajat dan beribadah sepenuh hati kepada Allah yang tidak pernah jemu memaafkan hambaNya melainkan hambanya sahaja yang jemu untuk bertaubat.

Akhir kata,gunakanlah peluang ini sebaik mungkin kerana Ramadhan ini mungkin yang terakhir untuk kita kerana mati tidak mengenal usia dan waktu. ( Orang yang bijak , selalu ingat mati. Jadi, korang dan aku bijak lah. hehe)

Pesanan: Beribadatlah kerana Allah bukan kerana benda lain. Bukan kerana malam lailatuqadar, bukan kerana Syurga, bukan kerana bidadari Syurga tetapi kerana Allah.

******

Korang teruja tak korang masih hidup dan ada peluang lagi untuk bertemu Ramadhan? Korang dan aku adalah insan yang bertuah woo!! Teruja tak? Hehe.

Dalam banyak-banyak manusia, korang dan aku je hidup. Yang lain sudah masuk kubur, bila sudah masuk kubur..mana boleh puasa lagi. Jadi, masa inilah kita kena guna peluang sebaik mungkin. Tetapi takut tak sempat je nak guna sebab mana tahu bila tidur malam ini, korang dan aku akan menjadi mayat pagi esok! Maka korang terpaksalah panggil KeretaMayat. Haha.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK 1432 HIJRAH.

p/s: Lapar..
jom baca lagi

Design #1 : Wallpaper Prefect/ Pengawas



Untuk menjadi seorang pelajar dan pengawas kita haruslah:


1. Berilmu.
2. Berdisiplin.
3. Berbakti.


Pegang pada prinsip ini anda akan menjadi seorang pengawas yang berjaya!


Apabila kita berilmu maka kita akan berdisiplin dan apabila kita berdisiplin maka kita akan berbakti untuk sekolah, bangsa dan negara.


Ingatlah tugas seorang pengawas adalah sangat besar kerana ia adalah satu amanah. Jika anda menjadi pengawas untuk glamer, glamer lah anda dapat tetapi jika kerana Allah maka anda akan dekat dengan Allah. Wallhualam! Selamat maju jaya wahai pengawas sekalian!


Lakukan tugas ini dengan AMANAH! Dan jadilah orang yang BIJAKSANA!


Berikan yang terbaik!
Nota kaki: Baru sahaja pulang dari Kursus Kepimpinan Dan Kemahiran Ketua Pengawas/Penolong Ketua Pengawas Ahad lalu. :)


Perhatian: Desain di atas direka oleh Amir Izzat.Jadi, jangan curik! Haha. Tapi ambil boleh. hehe.


***********
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum cik adik, kakak, dan abang-abang sekalian serta pembaca yang budiman. Apa khabar anda semua? Semoga sihat selalu nyer pon. Haaa! Amir tahu yang korang rindukan Amir ye? Baik korang cakap korang rindukan Amir kalau tak Amir merajuk! Haha.


Amir ingin memohon maaf kerana tidak dapat mengemaskini entri di blog ini kerana kesibukan yang melanda sejak kebelakangan. Lagipun, siapalah yang hendak baca penulisan blog Amir yang entah papa ni. Huhu.


Amir doakan pembaca blog ini sentiasa diberkati Allah. Doakan Amir menjadi orang yang rajin menuntut ilmu kerana Allah ye!!! 
jom baca lagi

Siapakah Yang Paling Sesuai Untuk Kita Luahkan Perasaan?

Bismillah. Assalamualiakum wbt. Apa khabar Cik Kak, Makcik , Pakcik??? Sihat belaka ka?? Hehe.

Ok! Apa topik kita hari ini ye? Ha! Jom kita bercakap tentang  Siapakah yang paling sesuai untuk kita luahkan perasaan?

Dalam hidup ini, kita ada bermacam-macam pertalian. Ada ayah, ada ibu, ada adik, ada kakak, ada abang, ada adik, ada nenek, ada atok dan banyak lagi lah. (ulang sampai muntah). Yang paling penting, pertalian sesama Muslim dan setiap Muslim adalah bersaudara. *Amaran keras! Jangan putuskan silaturrahim.

Tetapi antara ramai-ramai manusia yang ada kat bumi ni. Agak-agak siapa yang paling sesuai untuk kita meluahkan perasaan yang terbuku di hati. Contohnya lah.

1. Kau sedang putus cinta, pada siapa kau nak luahkan?
2. Kau sedang mengalami tekanan jiwa, pada siapa kau nak luahkan?
3. Kau kena tolak dengan awek, pada siapa kau nak luahkan?
4. Kau kena buang kerja, pada siapa kau nak luahkan?
5. Kau ada masalah yang banyak sangat, pada siapa kau nak luahkan?

Mari kita tengok kalau kita luahkan padaaa......

1. Kawan.

- Amir rasa kalau korang menceritakan masalah anda pada seorang kawan yang kononnya lah dianggap kawan baik walhal lelaki atau perempuan. Belum tentu dia memahami. Betul Amir cakap. Sudah tentu masalah korang akan bertambah bila kawan-kawan gelak beramai-ramai dek masalah itu. " Ha! Ha! Ha! Itu lah kau..muka macam tembikar pecah. Ada hati nak mengorat..) - kes kena tolak dengan perempuan.

2. Teman Lelaki / Teman Wanita.

- Amir tak pernah luahkan perasaan Amir dekat awek Amir (cover takdak awek sebenarnya.haha) sebab Amir tahu kalau lelaki luahkan perasaan kat perempuan. Nampak janggal disitu. Seorang teman lelaki/wanita belum tentu faham masalah korang. Korang titiskan lah air mata darah akibat masalah korang tetapi tetap tidak selesai. Paling kurang pun teman lelaki/wanita akan cakap " sabarlah lah sayang...saya tetap disini awak.." - Haktuih. 

3. Ayah.

- Siapa yang pernah luahkan perasaan kat ayah sila angkat tangan?? Dalam ahli keluarga, yang paling Amir takut adalah ayah Amir. Garang tuuu. Iya lah kan, kalau buat salah mesti lah kena rotan. Hehe. Amir rasa kalau hendak luahkan perasaan kat ayah memang berat sikit kot. Kalau tak kena marah, kena tegur lah. Kalau tak kena tegur, kena rotan lah. Hehe. Itu zaman budak-budak. Mungkin kerana sikap tegas seorang ayah itu membuatkan anak-anak sukar untuk mendekati mereka tetapi anak-anak perlu tahu bahawa di sudut hati mereka, mereka sayang kita! Hehe! Ayah...memang seorang penyayang tetapi masih ada seorang lagi yang paling sesuai. Iaitu ibu.

4. Ibu/Mak/Ummi/Amma/Indai.

- Iya! Ibulah tempat yang paling sesuai untuk kita luahkan perasaan. Ibulah yang menjaga kira sejak dari kecil lagi. Dari jauh pun ibu sudah tahu apa masalah kita. Tidak kira lah kita ni anak derhaka ke, tak dengar kata ke, perangai macam Dajjal laknatulllah ke, buat kerja jahat nauzubillah ke...seorang ibu pasti menyayangi anaknya seperti yang kita lihat dalam drama.

Ibu mana tak sayang anak. ( Ibu HARAM tak sayang anak..- celah Jamil). Bagi Amir, lebih selesa meluahkan segala-galanya pada seorang ibu. Ibu adalah orang yang paling memahami kita. Ibu adalah orang yang dapat menaikkan motivasi kita. Tidak ada duit, dia bagi. Tidak ada semangat, dia bagi.

Amir teringat kata-kata Cikgu Dahuda antara ingat tak ingat. " Mirul, kamu ada masalah ke? Kalau kamu ada masalah, luahkan je la kat mak. Jangan pendam atau luahkan dalam facebook, luahkan pada awek.takdak gunanya. Luah kat mak ayah. Merekalah tempat yang paling baik untuk meluahkan perasaan. Mereka lah orang yang paling faham tentang anak-anak. Jangan malu..."

Aku yang mendengar hanya tunduk dan mengiyakan saja. Terima kasih cikgu tapi kan..cikgu macam tahu je aku ada masalah ketika tu. hehe.

*******

Jadi, kawan-kawan. Kalau ada masalah, berjumpa lah dengan ibubapa masing-masing. Luahkan segala-galanya pada mereka.Tak payah nak malu, pegang tangan perempuan tak malu pulak! Tengok awek tak malu pulak! Ini nak jumpa mak ayah sendiri pun malu. Adoi! (mengeleng kepala 12 pusingan). - tak lawak. :)

Wahai teman seusiaku, remaja remaja yang sedang meningkat dewasa. Aku faham bahawa kalian memerlukan perhatian ibubapa. Maka, andai kalian ada masalah. Kalian kongsilah dengan ibubapa kalian agar masalah kalian akan selesai dengan segera. Aku yakin kalian akan berlapang hati sejurus itu.

Sahabat, aku menyeru, menangislah sepuas-puasnya disisi ibu dan ayah andai ada masalah dan sayangilah mereka sebanyak mungkin sebelum mereka pergi meninggalkan kita atau kita yang meninggalkan mereka terlebih dahulu.

Jangan malu!
Jangan segan!
Kelak menangis tak berlagu.

Tetapi apa yang daku lihat pada hari ini. Ibubapa semakin dijauhi. Rakan dan pasangan menjadi tempat untuk meluahkan segala-galanya. Ibubapa dilupakan..aku kesal. Dimana silapnya teman? 

Dapat satu komen tadi dan baru teringat.


Tempat yang paling afdal kita luahkan ialah kepada ALLAH swt. Iya, berdoa dan merintih lah pada ALLAH swt yang Maha Melihat lagi Maha Mendengar. Ingatlah Allah ketika senang dan susah. DIA lah sebaik sebaik tempat untuk kita luahkan segalanya..



-maaf atas kekhilafan diri ini-

Persoalan: Andai korang ada masalah, korang luah kat siapa ye? Hehe. ^.^
jom baca lagi

Cintaku Padamu Hanya Kerana Nafsu

Assalamualaikum wbt.

Hari ini tiada cerita yang menarik yang harus ku ceritakan pada kalian cuma cerita antara cinta yang bermekar di hati saja mampu ku luahkan. Cintaku pada nya membuatkan aku teringatkan dia siang dan malam. Cinta yang membuatkan aku lupa untuk makan dan minum. Cinta yang membuatkan aku menempah satu lot neraka.



Jiwang? Tidak! Sekadar menjadikan ia mukaddimah sahaja. Mengapa? Adakah kalian terganggu dengan kata-kataku bahawa cinta yang berteraskan nafsu yang kalian sedari atau tidak itu membuatkan kalian hanyut ke lembah maksiat. Adakah kalian sedar bahawa ungkapan sayang dan bermanja-manja dengan kekasih kalian membuatkan nafsu kalian terangsang?  Wahai kaum Adam, kalian berdusta andai menyatakan bahawa kalian tidak terangsang langsung! (takkan tak tegak kot...)

Andai kalian mengatakan bahawa cinta yang kalian agungkan itu sebenarnya suci dan murni serta bersih dari anasir- anasir syaitan laknatullah. Mengapa kalian harus bermanja-manja dengan kekasih kalian? Andai kalian menyatakan bahawa kalian merupakan pasangan yang baik tidak akan membuat perkara yang melampaui batas agama seperti berzina dan sebagai tetapi perasankah kalian bahawa saat kalian memegang tangan kalian pasangan bukan mahram itu berdosa? 

Perasankah?

Mula-mula kalian akan memanggil pasangan kalian dengan panggilan "sayang" atau " hubby" atau " papa dan mama" atau " Baby".

Kemudian kalian akan bersentuhan tangan. Memang nikmat bukan? Saat pertama kali kalian memegang tangan pasangan kalian, terasa jantung berdegup kencang sekali. Terasa lembut tangan si dia. Maka, terangsanglah nafsu kalian berdua di dalam panggung wayang dengan tiada sesiapa pun yang melihatnya kecuali Allah swt yang Maha Melihat.

Selepas itu kalian akan mula berlaku mesra maka hinggaplah satu kucupan disisi gadis itu. Reaksi yang mampu diberikan gadis itu hanya diam dan tersipu malu. Seolah-olah merelakan perbuatan itu. Tidak cukup di pipi,kalian mula meminta untuk merasa kemanisan bibir si gadis yang mana kalian secara tidak langsung juga ingin merasa kepedihan api neraka. 

Si gadis pula tidak berkata apa-apa. Hanya merelakan kalian berbuat apa sahaja padanya. Begitu murah sekali maruah si gadis apabila perasaan malu mula hilang dalam diri. Sepatutnya perasaan malu itulah benteng untuk si gadis namun dek kemodenan. Semuanya boleh.

Tidak cukup dengan ciuman dibibir. Kalian mengajak pula si gadis ke ranjang. Kata kalian, bibir sahaja tidak cukup untuk membuktikan cintamu padaku. Kalian kejam! Kalian sanggup menurut hawa nafsu tanpa memikirkan akibatnya. Maka bersenggama lah kalian berdua di hotel murahan yang mana semalam hanya RM10. Biarpun katilnya rapuh. Kalian tetap meneruskan adegan kalian bertunjang cinta yang penuh dengan gelora nafsu.

Maka tibalah saat dimana sang gadis datang pada kalian dan mengadu bahawa anak dalam kandungan ini anak kalian. Anak yang dikandung ini hasil cinta yang kalian berdua luahkan pada malam itu. Anak yang kononnya menjadi bukti bahawa cinta kalian itu benar. Ya, memang benar kerana cinta kalian hanya kerana nafsu.

Hampir sembilan bulan sang gadis menyembunyikan perutnya yang semakin membesar maka seluruh negara mula gempar dengan kehadiran bayi yang tidak bernyawa yang baru sahaja dilahirkan dibuang di dalam tong sampah. Itulah bukti cinta gelora nafsu kalian.

Kerana nafsu, kalian katakan itu cinta.
Kerana nafsu, kalian lupakan agama. 
Kerana nafsu, kalian sanggup berbuat maksiat.
Kerana nafsu, kalian menghalalkan yang haram.


Sedarlah bahawa apa yang kalian lakukan hanyalah keseronokan sementara sedangkan apabila mati kelak kalian akan bersenggama dengan bidadari yang jauh lebih cantik dari pasangan kalian. Kalian akan bersama dengan bidadari yang sentiasa harum wanginya. Kalian akan bersama dengan bidadari yang sentiasa dara walaupun hari-hari buat projek. (aduh! rosak ayat)

Namun bukan mudah itu mendapatkan semua itu (syurga) jika kalian masih sayangkan dunia tetapi jika kalian berusaha untuk mendapatkkannya(syurga) maka kalian harus menurut perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya kerana Dara yang kalian nikmati hanya sekali tetapi seksa api neraka yang kalian akan rasa kelak berkali-kali. Mana yang bagus? Fikir dan renungkan lah.

Andai kalian benar benar sayangkan si gadis itu.

Kalian tidak akan merosakkannya tetapi kalian akan membimbingnya.

Satu saja nasihat daripada hamba Allah ini. Saat kalian tewas pada nafsu, ambillah mancis atau ligher. Dan bakarkanlah jari kalian. Andai kalian mampu menahan kepanasan api itu. Teruskan! Jika tidak, berhentilah dan ambillah wuduk untuk mengekang nafsu kalian yang bergelora itu.

*********

Kalianlah yang harus membimbing wanita bukannya merosakkan mereka. Bangkitlah pemuda pemudi agar menegakkan syiar Islam.

*********kenikmatan itu hanya sekali sahaja dan tidak berbaloi dgn balasannya*********


jom baca lagi

Biarlah Ada Beza Sikit Kita Orang Islam Dengan Orang Kafir!

" Biar ada beza sikit kita orang Islam dengan orang kafir!!!!" marah Ustaz Hassan (bukan nama sebenar) pada pelajar perempuan yang tidak dapat menjawap persoalan asas solat tadi.

Aku yang  baru sahaja habis solat Zohor tersentak seketika dan akalmu mula berfikir sesuatu. 

" Betul jugak kata Ustaz..kita orang Islam mesti ada perbezaan. Baik aku tulis dalam blog" kata hatiku.

******

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualiakum wbt. Semoga antum semua diberkati Allah sekalian.

Ana cuma hendak bertanya kepada antum pembaca blog ini satu soalan. Apakah yang membezakan kita dengan orang kafir?? Sila jawap.

Apa jawapannya? Agama? Salah. Huh? Perilaku? Salah. Haa...jawapan makcik Senah tu..betul. Makcik Senah cakap SOLAT kan? Ia, solat. Betul. Sila tuntut hadiah selepas 20 tahun ye. Hehehe.

Jadi, yang membezakan antum dan ana dengan orang kafir adalah SOLAT. Tahu tak apa itu SOLAT? Kalau tidak tahu, belajarlah agama betul-betul dan janganlah jadi orang yang bodoh lagi jahil. Solat dalam Islam ada lima waktu. Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ingat ye! Ada lima waktu solat.

Cuba kita fikir balik. Kalau kita tak solat. Sama tak kita dengan orang kafir? Mestilah sama kan..jadi, kalau orang yang tak solat tue kafir lah ye? Yup, kafir lah. Sebab kebenaran telah datang kepada mereka. 

Orang kafir ni banyak jenis. Orang Islam yang tidak mengikut perintah Allah itu dipanggil kafir lah.

Ana tak mahu sentuh bab itu cuma apa yang ingin ana tekankan kali ini adalah perbezaan antara kita orang Islam dengan orang kafir. Mari kita renungkan pastu hantuk la kepada kat dinding kalau terasa. 

Nak tanya...

Tak malu ke kita orang Islam dengan orang kafir ?

Cuba kita lihat pakaian anak muda kita sekarang. Sama tak dengan orang kafir?
Cuba kita lihat perangai anak muda kita sekarang. Sama tak dengan orang kafir?
Cuba kita lihat kehidupan anak muda kita sekarang. Sama tak dengan orang kafir?
Cuba kita lihat akhlak anak muda kita sekarang. Sama tak dengan orang kafir?

Cuba kita tanya anak muda kita bacaan al-fatihah. Tahukah mereka? 
Cuba kita tanya anak muda kita bacaan iktidal. Tahukah mereka?
Cuba kita tanya anak muda kita bacaan semasa sujud. Tahukah mereka?
Cuba kita tanya anak muda kita bacaan tahiyyat akhir. Tahukah mereka?
Cuba kita tanya anak muda kita niat solat lima waktu. Tahukah mereka?

Cuba kita tanya ibubapa zaman sekarang. Apa yang lebih penting pelajaran akademik ataupun pelajar agama Islam?
Cuba kita tanya ibubapa zaman sekarang. Adakah mereka memberi anak-anak didikan agama yang kukuh?
Cuba tanya ibubapa zaman sekarang. Adakah mereka mununjukkan teladan yang baik terhadap anak-anak?
Cuba tanya ibubapa zaman sekarang. Adakah mereka menekankan aspek akidah dalam jati diri anak-anak?
Cuba tanya ibubapa zaman sekarang. Adakah mereka mengambil berat akan ibadah anak-anak?

Dan..

Cuba kita tanya diri kita sendiri. 
Adakah kita benar-benar menurut perintah agama?
Adakah kita sudah menegakkan agama Islam?
Adakah kita berbeza dengan orang kafir??

Jika...jika kita sudah melaksanakan apa yang Allah suruh. Pasti banyak perbezaan kita dengan orang kafir. Banyak..begitu banyak sekali. Namun, apa yang kita lihat pada hari ini semuanya sama. Cara kehidupan, berpakaian, akhlak dan sebagainya sama seperti orang kafir.

Jadi, apa bezanya orang ISLAM dengan orang KAFIR kalau akhlak dan perangai kita sama dengan mereka?? 

Marilah kita sama-sama berubah supaya ISLAM tampak GAH pada penganut bukannya menjadi seperti buih di lautan.

Nota:

1. Renungkanlah..kita hidup tak lama.

Berubahlah! Berubahlah! Biarlah ada beza sikit kita orang islam dengan orang kafir..





jom baca lagi

Alangkah Indahnya Jika Masjid Dipenuhi Umat Islam

Bismilllahirahmanirrahim. Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Khaifahal ya sodiq? Bersyukur ke hadrat ilahi kerana kita masih diberi kesempatan untuk meneruskan hidup ini agar beribadah kepadanya.

Perkara yang ana hendak bincangkan disini adalah berkaitan dengan masjid. Suasana masjid pada zaman ini dengan zaman Nabi jauh berbeza. Masjid hari ini berdiri dengan gahnya kerana kecantikannya. Masjid pada zaman Nabi berdiri dengan gahnya kerana umat Islam mengimarahkan masjid.

Alangkah indahnya masjid kita ia menjadi tempat tumpuan segala aktiviti.

Apabila masjid ini menjadi tempat tumpuan aktiviti seperti menuntut ilmu dan sebagainya. Secara tidak langsung masjid kita akan meriah dan rumah Allah kembali hidup.

Dan..orang-orang yang malas ke masjid pun akan ke masjid.

Contohnya jika masuk sahaja waktu Zohor. Kita terus ambil wuduk dan solat. Namun, pada hari ini jika terdengar azan pun belum tentu hendak ke masjid kerana masjid dan surau terlalu jauh. 

Alangkah indahnya jika masuk waktu Zohor. Umat Islam yang datang ke masjid bukan dua saf sahaja tetapi penuh. Namun, apa yang ana lihat hanya dua saf sahaja.

Alangkah indahnya jika masuk sahaja waktu solat. Masjid dikerumi sepertimana pada hari Jumaat.

Alangkah indahnya melihat suasana ini dan terasa keagungan Allah swt.

Jika perkara ini berlaku maka ISLAM akan bersinar kembali.

Ya Allah, hambamu memohon kepada. Dikau kuatlah jiwa dan raga ku agar aku sentiasa sihat untuk mengerjakan segala perintahmu dan mengimarahkan masjidmu. Ya Allah, berikanlah aku petunjuk dan hidayat agar aku menjadi orang yang beriman dan bertakwa.

Alangkah indahnya jika pembaca blog Amir Izzat semuanya ahli masjid. Jadi, marilah kita solat berjemaah bila terdengar azan. Haiya! Haiya! Haiya alas sollah..!

Marilah solat! Marilah menuju kejayaan! 

Pahala solat di majid dapat 27 kali ganda. Solat kat rumah dapat 1 je pahala. Mana antum nak? Mestilah nak banyak,kan?

Itu sahajalah untuk hari ini. Assalamualiakum. Oh ya! Tegurlah ana jika ana menulis perkara yang salah.

P/s: Pahala terbentang luas tadi namun ana mensia siakannya. Huhu.

jom baca lagi

Kenapa Kita Perlu Ikut Budaya Barat?

( Ini kelemahan panca inderaku yang menulis menggunakan tangan yang melihat menggunakan mata. Maaf, aku geram)

Bismillahirahmanirrahim..

Saban hari kita semakin terpengaruh dengan budaya barat. Tidak kira lah daripada aspek mana. Tentu saja ada elemen barat yang dibawa oleh kita.

Aku memang pantang dengan orang yang menolak budaya timur kita. 
Aku memang pantang dengan orang yang menolak cara orang Melayu( cara Islam ajar) berbicara.
Aku memang pantang dengan orang yang menolak budaya Islam tetapi mendewakan budaya barat.

Baiklah. Baik aku terus terang. Kalau aku beri contoh banyak-banyak kan susah pulak korang sebab ada pembaca yang jenis otak lambat "pick up" susah nak faham. Nanti jadi salah faham.

Kita orang Melayu yang beragama Islam ada adap dan tatasusila. Entri aku ini berhubung dengan sikap orang Melayu yang aku nampak pada blogger tertentu.

#1.
Contoh!

Isi entri si blogger itu. " Kenapa tak straight to the point je? Kenapa perlu berkias-kias dalam percakapan bila kau nak kutuk orang tapi kau bagi ayat yang sedap dulu pastu baru kritik. Itu namanya hipokrit.?"

Hello ngek!!! Kita orang Melayu ni kenalah beradap dalam tegur menegur. Hari tu aku terbaca kat blog mana entah dia cakap orang yang macam nie.. (yang tak terus terang dalam percakapan dalam tegur menegur ni) hipokrit. Tak ke namanya bodoh? Aku tak kata bodoh tetapi aku tanya tak ke namanya bodoh? Pasal apa aku tanya tak ke namanya bodoh? Sebab kita ini ada tatasusila sebagai rakyat Malaysia yang kononnya berbudi bahasa itu kita kena jaga lah adap dan tutur bicara.

Mana boleh hentam keromo je.

" Woi minah, tetek ko besar lah!! Pigi tutup dengan kain!!" (padahal nak kata baju minah nipis)
" Eh Man, ko punya burung terkeluar lah." (padahal nak kata seluar zip terbuka)

Inilah orang kita. Inilah rakyat Malaysia. Inilah akibatnya semua benda nak ikut barat. Kemon beb! Kita ada budaya jadi kena la ikut budaya. Tak mahu ikut budaya tidak apa. Kita ada agama. Orang Melayu setahu aku beragama Islam. Mengikut perlembangaan lah. Dalam perlembagaan pun kata orang Melayu kena tutup aurat. 

Tapi kalau hukum Allah pun boleh langgar. INi kan pula peraturan manusia.

Nak kata bodoh tak. Tapi memang. Ops! Aku tak kata.

Iyalah.. Bila tv dan akhbar pun ikut barat. Pakaian pun ikut barat. Kehidupan pun ikut barat. Lalu agama Islam yang suci dan murni ini ditinggalkan maka jadilah Melayu Keparat. Eh! Melayu tak sedar diri.

Aku tahu tak ada gunanya memperjuangkan bangsa tetapi aku menggunakan atas dasar Islam yang menuntut umatnya berakhlak mulia serta mengikut sunnah Rasul.

Meh nak  cerita sikit. Aku dulu memang terkejut lah jumpa wanita Melayu (malas nak guna muslimah) pakai skirt. Ya Allah..seksi bebenor. Dalam tv lagi la banyak. Kau ada tengok Melodi tadi. Ada la artis tua yang kurus-kurus tu. Pakaiannya fulamak! Dasyat!!! Tapi anak dah enam. Gilo lah.

Aku tak tahu dah nak tegur apa. Kalau cakap mak bapak tak ajar. Memang ajar tetapi masalahnya mak bapak pun sama. (terjumpa seorang ibu bertudung tapi pakai t-shirt ketat. Malu weyh)

Aku bukan hendak merendahkan orang Melayu tetapi kalau nasihat lembut2 pun tarak guna. Aku...aku guna cara lembut apa nie. Hahaha! Aku tak mahu nanti orang Melayu kita hilang identiti Islam ini. Melayu memang bertuah mendapat Islam tetapi adakah Islam bertuah mendapat Melayu? Jom jadikan kita umat Islam yang bertatasusila. Jangan cakap main lepas. Jangan buat benda yang melampui batas syarak. 

Ingat! Allah ada bersama kita. Allah lihat apa kita buat dan Allah akan tanya kita kelak.

Korang nak tahu tak apa kunci utama untuk membendung masalah ini?? Nak tahu tak?

Ok! Kunci utamanya adalah SOLAT!!! Iya, sebab solat mencegah kemungkaran dan jangan tinggalkan al-quran dan sunnah.

Ok lah! Aku dah mengantuk. Assalamualiakum.

* lepas ni kalau aku ada kekuatan aku nak tegur perempuan seksi macam ni*

" Kak! Nak tengok tetek boleh?? Lagipun cik kak dah buat saya stim. " 

Korang rasa dia bagi tak? Hahahhaha! Alang-alang tayang, bukak terus.

(alamak!!!) Gurau je ye.



*****************

Melayu itu tenang, mencintai kedamaian, menyukai kecantikan mengkagumi kebersihan.

Melayu itu bertindak, pantang dicabar, menghapus musuh, mengkeji keburukan.
 
Melayu itu pandai, berilmu, rajin, kreatif, inovatif.

Melayu itu hilang tanpa sukan, seni, budaya dan hiburan. Inang, Zapin, Joget, Gamelan, Mak Yong, Dikir Barat, Rock, R&B, Hip-Hop, Rap, Blues, Country, Metal, Alternative, Nasyid; bersatu, berasimilasi, membentuk identiti diri.

Melayu itu kerana bahasanya, budi pekertinya, budayanya, adatnya.

Melayu itu berkata, “Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah. 

Melayu itu boleh hidup beraja dan boleh hidup tanpa beraja.

Melayu itu bencikan rasuah. Rasuah adalah dosa yang MAHA dosanya, dosanya 
mengatasi membunuh dan berzina.

Melayu tidak sukakan kongkongan politikus dan agamawan. Melayu menolak politikus dan agamawan yang mempergunakan tempat mereka untuk kepentingan diri. Melayu tidak mahu mati kerana Politik dan Agama.

Melayu itu berdiri melangkaui agama. Melayu dulu maju kerana Hindu dan meneruskan kelangsungan kerana Islam. Agama adalah hak hidup masing-masing. Bangsa tidak akan terancam kerana Agama.

Melayu itu bangsa dan negara. Sesiapa sahaja boleh menjadi Melayu tidak kira apa kaum asalnya dia. Asalkan dia berbahasa Melayu, mengikuti tata cara hidup Melayu, berfikir cara Melayu dan mencintai Melayu 

************sumber di atas ini sahaja dari************
http://melayuliberal.wordpress.com/about-2/


jom baca lagi

Blog ini sekadar nota untuk aku menambahkan ilmu

" Tidaklah kamu beriman sehingga kamu diuji"

Aku teringat sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud

" Agama itu nasihat"

Aku teringat pula kata-kata sahabatku bahawa " Allah akan bersama dengan orang yang sabar"

Kemudian, aku mengenang kembali hadis-hadis Nabi..

Dari Umar bin Khathab r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya.

Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehnya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah.”
 

" Innamal a'mal lubinniat"
Setiap perkara harus disertai dengan niat. Jadi, kalau ana berbuat sesuatu. Pasti ana teringat kata-kata ustazah ana bahawa apa benda yang kita buat mestilah kerana Allah. Kalau tidak, tak dapat pahala. Dan jangan pula buat benda yang jahat.

Dari Abdullah r.a : Rasulullah saw bersabda, "Memaki orang muslim adalah derhaka (fasik) dan membunuhnya kafir."

Memaki orang muslim adalah derhaka? Lihat! Pada zaman ini ramai orang Islam yang tidak menganggap bahawa orang Muslim itu  saudara sendiri. Alangkah indahnya apabila bertemu kita mengucapkan salam dan tidaklah sombong seperti yang berlaku pada hari ini? Dan alangkah indahnya apabia kita orang Muslim bersatu padu.... Apa faedahnya memaki saudara se Islam kita, kan?
****

Dewasa ini, kalau kita cakap benda yang betul pasti kita akan disanggah sebab apa yang kita sampaikan tidak menepati seleranya. Benda ini betul-betul terjadi pada ana apabila cuba mengajak ke arah kebaikan.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a : Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw, “Orang Islam yang bagaimanakah yang paling baik?”
 
Jawab Rasulullah saw, “Ialah orang-orang yang menjaga orang-orang Islam lainnya dari bencana lidah dan perbuatannya”
 
Susah hendak menasihati manusia apabila ada yang lebih suka menggunakan logik akal padahal sunnah dan al quran lah yang perlu dijadikan panduan. Lihat hadis di atas bahawa orang Islam yang baik adalah orang yang Islam yang menjaga orang Islam yang lain dari bencana lidah dan perbuatannya. Jadi, tidak salah kan menegur benda yang salah supaya orang Islam itu sedar bahawa perbuatan dia salah.

Dari ‘Abdullah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tidak dapat masuk neraka seseorang yang terdapat iman di dalam hatinya walaupun hanya seberat biji bayam; dan tidak akan masuk syurga seorang yang terdapat di dalam hatinya kesombongan walaupun hanya seberat biji bayam.
 
Tahukah kita bahawa tidak masuk neraka orang yang sombong? Apa itu sombong? Ana rasa kita semua sudah tahukan. Jadi, janganlah bersikap sombong. Apabila datang kebenaran kepada kita, janganlah pula kita menolak mentah- mentah dan merasakan diri kita sahaja yang betul.
 
Aku sengaja letak hadis ini supaya bertambahlah ilmu sedikit. Kalau hendak membaca hadis Nabi boleh beli mana-mana buku ataupun baca kat blog  http://koleksihadisnabi.blogspot.com 


******

Blog ini hanyalah nota dunia dan akhirat ana. Mungkin minggu lepas ana tersalah langkah dan teremosi kot (orang itu cakap ana emosi dalam entri ana sebelum ni) . Mungkin kerana manusia zaman sekarang sudah mempunyai akal yang bijaksana sampai apabila berbicara pun tidak mahu diselitkan agama. Bukankah agama itu nasihat? Tidakkah pelik apabila ada manusia yang mengatakan bahawa kita mempermainkan agama apabila menggunakan agama dalam setiap perbuatan kita?

Kita kena faham apa makna menggunakan agama dalam kehidupan kita. Macam kalau ana hendak menasihati orang lain, ana kena guna agama. Tak boleh hentam keromo. Kalau ana hendak buat apa-apa sekalipun, ana kena ingat ALLAH. Sebab ALLAH sentiasa melihat ana walaupun apa duduk dalam lubang cacing sekalipun.  
 
Maaf lah ye wahai pembaca sekalian. Ana bukan Ustaz bahkan tidak layak untuk menasihati sesiapapun tetapi ana sentiasa ingat bahawa tugas setiap orang Islam adalah berdakwah. Iya, ana tahu bahawa blog ini bukanlah medium yang sesuai untuk berdakwah tetapi apa salahnya menggunakan teknologi untuk menyampaikan benda yang baik.

Kalau hendak ikut cara Nabi dari rumah ke rumah mungkin ana masih tidak layak. Sekadar menulis apa yang dipelajari. Jangan pula kita menjadi orang yang berilmu tetapi tidak menggunakan ilmu ke jalan yang benar. 

Sebelum ana mengundur diri, tegurlah ana walaupun sebaris ayat. Yang baik datangnya daripada Allah, kalau ada yang terkhilaf datangnya daripada ana. Assalamualaikum.

p/s: Diam lebih baik kot.
jom baca lagi

Syarat Dan Peraturan Untuk Membuka Aurat Di Khalayak Ramai

( Hari ini sangat penat. Hari -hari pun penat)

Bismillah. Dewasa ini, kalau kita berjalan-jalan di mana-mana sahaja pasti kita akan terlihat pelbagai gaya pakaian yang dipakai. Kalau yang bukan Islam itu tidak kisahlah kerana mungkin mereka tidak mengetahui berkenaan AURAT. Tetapi yang beragama ISLAM ini, dedah sana dedah ini.

Umumnya mengetahui bahawa mendedahkan aurat kepada yang bukan muhrim(khalayak ramai) itu berdosa dan haram. Jadi, kalau buat, maka dosa akan bertambah. Bila dosa bertambah, maka peratus untuk masuk NERAKA itu tinggi. Tetapi yang peliknya, bila ditanya "Awak nak masuk Syurga ke Neraka?" Jawap si dia " Mestillah Syurga.:" Dan bila ditanya " Apa awak buat untuk masuk Syurga?"  Terkebil-terkebil kebil pulak nak jawap. Aiyaaa..

Huh? Tak faham lagi ke?

Macam ini la. 

Ada seorang budak nama Ali, dia nak makan burger Kak Limah. Tapi Ali tak mahu keluar rumah nak pergi kedai Kak Limah. Adakah burger itu akan datang bergolek kepada Ali? Tidak bukan!

Macam itu dengan Syurga, kalau hendak Syurga, jadi kita cari jalan macam mana nak masuk Syurga. Nak nak Syurga pun tak apa. Allah itu Maha Adil. Kalau orang itu tidak mahu Syurga, Allah kasi Neraka. Adilkan Allah? Tapi kena ingat Neraka ini untuk mereka yang mengingkari perintah Allah, kan? kan? Rasa macam Ustaz Amir la pulak. Hehehe!

Kalau berbincang pasal AURAT ini memang tak habis lah sebab pemikiran rakyat Malaysia(orang Islam) kita yang kononnya bijaksana serta berwawasan serta pemikiran maju ke depan ini sukar hendak terima bahawa aurat perempuan ialah seluruh tubuh badan kecuali tapak tangan serta muka dan aurat lelaki dari pusat sampai ke lutut. Tapi itulah kalau kita cakap apa-apa pun mereka yang dangkal ini pasti akan menegakkan benang yang basah. Allah cakap jangan dedah aurat, jangan dedah ler. Ini tidak, makin tunjuk adalah.

Tetapi aku memang tabik(songsang) la dengan mereka yang berani mendedahkan aurat sebab mereka ini beraninakmampus melawan kalam Allah. Apatah kali nasihat manusia yang hina dan dina seperti aku ini. Lagi la tak makan saman. Ok! Meh kita tengok syarat-syarat dan peraturan yang mesti korang(yang suka buka aurat) ikut sentiasa. 

Syarat- Syarat.

1. Jangan hidup di bumi dan alam cakerawala Allah.

2. Badan mestilah kalis api Neraka yang panasnya tidak terperit.

3. Sila cari Tuhan lain selain Allah kalau ada. ( Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah)

Peraturan.

1. Mestilah berbogel. Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan.

2. Jangan membeli pakaian untuk menutup badan. Bakar semua pakaian.

3. Jangan jejak kaki di alam ini.

Jeng jeng. Itu ke lah syarat dan peraturannya. Kalau korang rasa mudah, sila ikutlah. Aku tak cakap yang korang mesti ikut tetapi itulah peraturan. Aku tidak menyalahkan sepenuhnya mereka yang membuka aurat mungkin kerana belum sampai lagi hidayah kepada mereka. Mungkin salah mak bapak.(memang pun!)

" Ya Allah, hamba memohon kepadaMU. Berikanlah hidayah dan petunjuk dalam jiwa-jiwa kami agar kami sentiasa mengikuti suruhanMu dan meninggalkan laranganMu."

Aku harap sesangat mereka yang suka mendedahkan aurat ini kembali ke jalan yang benar agar suasana masyarakat kita ini benar-benar membuktikan gaya perpakain orang Islam. Aku hairan la kenapa orang Melayu mudah sangat terikut gaya berpakaian dan perangai orang bukan Islam di tempat aku dan dimana mana sahajalah. Tapi orang bukan Islam tak pun terikut dengan kita (sifat orang Islam). 

" Ya Allah, kau tabahkanlah jiwaku menghadapi dugaanmu"

Jadi, kalau rasa diri hendak membuka aurat sila ikut syarat itu ye. Kalau rasa syarat dan peraturan itu ketat sangat, jadi tak usahlah membuka aurat kan senang... 

Nota fikiran:

- Apa motif perempuan pakai baju nipis lepas itu nampak bra warna biru???
- Tak boleh ke kalau bermain bola sepak pakai seluar pendek lepas lutut????
- Tak boleh ke ikut hukum Allah?
- Siapa kita nak lawan Allah? Ada kuasa ke kita?
- Kalau yang jahil, kita bagitahu tetapi yang bodoh sombong??? Macam mana?
- Perempuan zaman sekarang berlagak nak mampus terutama yang remaja di tempat aku la. Tak semua.
- Kalau aku renung buah dada gadis yang berpakaian seksi yang mampustempahneraka patut ke aku yang bersalah? Kalau aku dapat tahan tak apa lah, ini susah ler. Tapi yang hairan lelaki yang dipersalahkan.

Dunia oh dunia. Walaupun zaman sekarang sudah maju, manusia makin mundur. Suka benar menegakkan benang yang basah. Hendak kata bodoh tidak, tetapi bukankah bodoh kalau begitu??? 

Nota: Aku tulis sebab aku nak menulis. Kalau ada terkasar bahawa, maafkanlah aku dan aku tahu bahawa blog bukan tempat untuk berdakwah tetapi ia sekadar catatan dan nasihat untuk orang yang tidak mengetahui.

Nabi ada bersabda " Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat"

Kalau aku tak nasihat orang yang Jahil ni tentu aku akan masuk Neraka sebab aku pun ada tugas berdakwah.


jom baca lagi

Barangsesiapa Yang Menjaga Aib Saudaranya, Maka Allah Akan Menjaga Aibnya Di Akhirat Kelak.

( Aku terlalu sibuk sehinggakan tiada masa untuk berak.)



Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahibawaraktuh. Terima kasih Pak Imam yang membenarkan saya memberi sepatah dua kata dalam majis ilmu ini.

Apa khabar kalian? Sudah ka bermandi hadas? Sudah ka solat Subuh? Sudah ka sarapan? Yang paling penting dari pukul 6 pagi hingga sekarang pernah ka anda berfikir tentang Allah? Kalau sudah, alhamdulillah. ( Kelihatan Pak Meon sedang menggarukan kepala yang tidak gatal. Mungkin sedang berfikir sesuatu.)

Ikhwanal muslimin, kali ini saya ingin berbicara tentang satu hadis yang diriwayatkan oleh Muslim.

"Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit niscaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu senantiasa menolong saudaranya. Barang siapa menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan baginya menuju surga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya bersama-sama, melainkan akan turun kepada mereka ketenteraman, rahmat Allah akan menyelimuti mereka, dan Allah memuji mereka di hadapan (para malaikat) yang berada di sisi-Nya. Barang siapa amalnya lambat, maka tidak akan disempurnakan oleh kemuliaan nasabnya."(HR Muslim)

Pak Meon, apa yang Pak Meon faham tentang hadis ni? 

" Eerr.. hurm..kalau kita jumpa orang yang sedang orang yang tak tutup aurat. Kita pi amik kain kita tutupkan je laa, kan? kan?"

" Betul Pak Meon! Tapi tak tepat! Tapi bagus jugak kan, kalau Pak Meon terjumpa gadis-gadis yang tak tutup aurat. Pak Meon tolong tutupkan aurat mereka je la."

Kelihatan Pak Meon tersipu-sipu malu. Malu dengan anak gadis zaman sekarang kot.

Sebenarnya gini, apa yang saya faham tentang hadis itu seperti kisah Nabi Muhammad yang menjaga aib sahabat. Saya bukan ustaz ye. Andai tersalah cerita sila betulkan saya ye Pak Imam.

(Pak Imam anguk anguk geleng-geleng)

" Alkisahnya begini, semasa sahabat Nabi duk dalam masjib. Tiba-tiba datanglah satu bau yang 'tersangatlah wangi". Kalau wangi macam bunga kasturi tak apalah. Ini tidak, baunya macam kentut. Sah! Ada yang berkentut. Kalau kentut sekali gus tak apa, ini tidak. Ini kentut sepoi-sepoi bahasa. ( Preet..prut..prap..prruuuuut..prok..preet)

Maka, sahabat-sahabat yang lain pun naik berang lah. Iya lah, bau sudah macam mahu pecah idung, sapa boleh tahan. kan? 

Maka, bangunlah seorang sahabat dan berkata " Orang yang kentut tadi tue, sila bangun.."

Fuh! Kalau saya la pak Hamid, saya tak bangun. Pak Hamid mengaku tak? Kompen tak jugak,kan? Hahah! (para hadirin pun ketawa tak tentu pasal). Jadi, hendak diringkan cerita. Bila nak masuk waktu Isyak tu, mereka berkata " orang yang keluar untuk amik wuduk lepas ni. Orang tu lah yang kentut"

Lepas tue, semua sahabat pun pandanglah ke belakang nak tengok sapa-sapa yang keluar. Tunggu punya tunggu, tak keluar jugak. Kalau saya, memang malu nak keluar. Kalau solat tanpa wuduk, haram. Jadi, bilal pun bangun untuk menkumandangkan azan.

Tapi Nabi Muhammad kata tunggu dulu dan berkata. " Aku masih ada wuduk, tapi aku hendak amik air sembahyang. Jadi, aku ajak kalian semua marilah amik wuduk bersamaku." Jadi, para sahabat pun amiklah wuduk dan tidak diketahuilah sampai mati pun sapa yang kentut masa tu. Maka, terselamatlah si polan itu. 


Hadirin yang dimuliakan Allah, kalau nak kentut, kentulah kat luar ye. Alhamaklumlah, kentut tue bukannya wangi. Ingat ye..

Ehem! Ehem! (aku kehausan menceritakan cerita ini. Fuh ! Nasib baik ada air mineral. Aku tuangkan di dalam gelas lantas meneguknya.)

Jadi, saya mengajak kalian semua marilah sama-sama kita contohi sikap Nabi Muhammad rasulullah yang terpuji dan marilah sama-sama kita menjaga aib saudara muslim kita. Janganlah kita mendedahkan keaiban orang lain kalau kita tak nak keaiban kita dibongkar oleh Allah di akhirat kelak.. Pak Hamid nak ke?? 

" Tak nak..." jawap Pak Hamid dengan muke selamber dek. 

Tapi apa yang kita lihat pada hari ini tidak begitu. Kalaulah Pak Imam yang kentut dalam surau ni. Sah! Sah pasti ahli surau akan tahu sapa yang tentu lalu hebohlah satu kampung " Pak Imam kentut masa dengar ceramah la!!!" Maka buruklah nama pak iman,kan Pak Imam? (merah padam muka Pak Imam)

(hadirin pun gelak gelak manja. Ki,ki,ki)

* Nota untuk blogger - kepada blogger yang suka membuka aib blogger lain seperti seorang blogger itu. Bertaubatlah dan kembalilah ke jalan yang benar. Tak dak faedahnya,kan? Dapat dosa adalah. Kebodohan akhlak juga terserlah. Otak bijak tapi akhlak? Hancur...

Akhirnurkhalam, hentikan gegala membuka aib yang banyak berlaku sekarang. Benda yang baik kita hebohkan, benda yang tak elok kita diam-diam dalam menjaga aib dan maruah seseorang. Kalau berjumpa pasangan kekasih tua duduk dalam gelap, kena khabarkan kepada tok kodi lah. Senang nak kawinkan..Hehe... Jadi, sebelum Allah membuka aib kita di akhirat kelak, maka kita tutup dahulu aib orang lain yang pernah kita bukak.. Saya akhiri ucapan saya dengan tasbih kifarah dan wabillahitaufid walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabaraatuh.

(Pak Imam pun bangun)

Terima kasih kepada En Amir Izzat yang sudi memberikan nasihat yang berguna untuk kita semua. En Amir, ada lori ada bas, lepas Isyak nanti, saya akan balas.. (Alamak! Pak Imam terasa ke? Lariiikkkkkkkkkkkk)

* Orang yang berlagak alim tetapi sebaliknya. Dia amat hina disisi Allah di akhirat kelak. ( ilmu yang aku ada cuma mampu memberatkan timbangan Al- Mizan sebanyak 1gram sahaja. Bahkan tidak layak untuk memasuki Syurga-Nya namun aku mampu menahan siksa azab neraka. Wallahualam)
jom baca lagi