Memaparkan catatan dengan label Pendapat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pendapat. Papar semua catatan

Siapakah Yang Paling Sesuai Untuk Kita Luahkan Perasaan?

Bismillah. Assalamualiakum wbt. Apa khabar Cik Kak, Makcik , Pakcik??? Sihat belaka ka?? Hehe.

Ok! Apa topik kita hari ini ye? Ha! Jom kita bercakap tentang  Siapakah yang paling sesuai untuk kita luahkan perasaan?

Dalam hidup ini, kita ada bermacam-macam pertalian. Ada ayah, ada ibu, ada adik, ada kakak, ada abang, ada adik, ada nenek, ada atok dan banyak lagi lah. (ulang sampai muntah). Yang paling penting, pertalian sesama Muslim dan setiap Muslim adalah bersaudara. *Amaran keras! Jangan putuskan silaturrahim.

Tetapi antara ramai-ramai manusia yang ada kat bumi ni. Agak-agak siapa yang paling sesuai untuk kita meluahkan perasaan yang terbuku di hati. Contohnya lah.

1. Kau sedang putus cinta, pada siapa kau nak luahkan?
2. Kau sedang mengalami tekanan jiwa, pada siapa kau nak luahkan?
3. Kau kena tolak dengan awek, pada siapa kau nak luahkan?
4. Kau kena buang kerja, pada siapa kau nak luahkan?
5. Kau ada masalah yang banyak sangat, pada siapa kau nak luahkan?

Mari kita tengok kalau kita luahkan padaaa......

1. Kawan.

- Amir rasa kalau korang menceritakan masalah anda pada seorang kawan yang kononnya lah dianggap kawan baik walhal lelaki atau perempuan. Belum tentu dia memahami. Betul Amir cakap. Sudah tentu masalah korang akan bertambah bila kawan-kawan gelak beramai-ramai dek masalah itu. " Ha! Ha! Ha! Itu lah kau..muka macam tembikar pecah. Ada hati nak mengorat..) - kes kena tolak dengan perempuan.

2. Teman Lelaki / Teman Wanita.

- Amir tak pernah luahkan perasaan Amir dekat awek Amir (cover takdak awek sebenarnya.haha) sebab Amir tahu kalau lelaki luahkan perasaan kat perempuan. Nampak janggal disitu. Seorang teman lelaki/wanita belum tentu faham masalah korang. Korang titiskan lah air mata darah akibat masalah korang tetapi tetap tidak selesai. Paling kurang pun teman lelaki/wanita akan cakap " sabarlah lah sayang...saya tetap disini awak.." - Haktuih. 

3. Ayah.

- Siapa yang pernah luahkan perasaan kat ayah sila angkat tangan?? Dalam ahli keluarga, yang paling Amir takut adalah ayah Amir. Garang tuuu. Iya lah kan, kalau buat salah mesti lah kena rotan. Hehe. Amir rasa kalau hendak luahkan perasaan kat ayah memang berat sikit kot. Kalau tak kena marah, kena tegur lah. Kalau tak kena tegur, kena rotan lah. Hehe. Itu zaman budak-budak. Mungkin kerana sikap tegas seorang ayah itu membuatkan anak-anak sukar untuk mendekati mereka tetapi anak-anak perlu tahu bahawa di sudut hati mereka, mereka sayang kita! Hehe! Ayah...memang seorang penyayang tetapi masih ada seorang lagi yang paling sesuai. Iaitu ibu.

4. Ibu/Mak/Ummi/Amma/Indai.

- Iya! Ibulah tempat yang paling sesuai untuk kita luahkan perasaan. Ibulah yang menjaga kira sejak dari kecil lagi. Dari jauh pun ibu sudah tahu apa masalah kita. Tidak kira lah kita ni anak derhaka ke, tak dengar kata ke, perangai macam Dajjal laknatulllah ke, buat kerja jahat nauzubillah ke...seorang ibu pasti menyayangi anaknya seperti yang kita lihat dalam drama.

Ibu mana tak sayang anak. ( Ibu HARAM tak sayang anak..- celah Jamil). Bagi Amir, lebih selesa meluahkan segala-galanya pada seorang ibu. Ibu adalah orang yang paling memahami kita. Ibu adalah orang yang dapat menaikkan motivasi kita. Tidak ada duit, dia bagi. Tidak ada semangat, dia bagi.

Amir teringat kata-kata Cikgu Dahuda antara ingat tak ingat. " Mirul, kamu ada masalah ke? Kalau kamu ada masalah, luahkan je la kat mak. Jangan pendam atau luahkan dalam facebook, luahkan pada awek.takdak gunanya. Luah kat mak ayah. Merekalah tempat yang paling baik untuk meluahkan perasaan. Mereka lah orang yang paling faham tentang anak-anak. Jangan malu..."

Aku yang mendengar hanya tunduk dan mengiyakan saja. Terima kasih cikgu tapi kan..cikgu macam tahu je aku ada masalah ketika tu. hehe.

*******

Jadi, kawan-kawan. Kalau ada masalah, berjumpa lah dengan ibubapa masing-masing. Luahkan segala-galanya pada mereka.Tak payah nak malu, pegang tangan perempuan tak malu pulak! Tengok awek tak malu pulak! Ini nak jumpa mak ayah sendiri pun malu. Adoi! (mengeleng kepala 12 pusingan). - tak lawak. :)

Wahai teman seusiaku, remaja remaja yang sedang meningkat dewasa. Aku faham bahawa kalian memerlukan perhatian ibubapa. Maka, andai kalian ada masalah. Kalian kongsilah dengan ibubapa kalian agar masalah kalian akan selesai dengan segera. Aku yakin kalian akan berlapang hati sejurus itu.

Sahabat, aku menyeru, menangislah sepuas-puasnya disisi ibu dan ayah andai ada masalah dan sayangilah mereka sebanyak mungkin sebelum mereka pergi meninggalkan kita atau kita yang meninggalkan mereka terlebih dahulu.

Jangan malu!
Jangan segan!
Kelak menangis tak berlagu.

Tetapi apa yang daku lihat pada hari ini. Ibubapa semakin dijauhi. Rakan dan pasangan menjadi tempat untuk meluahkan segala-galanya. Ibubapa dilupakan..aku kesal. Dimana silapnya teman? 

Dapat satu komen tadi dan baru teringat.


Tempat yang paling afdal kita luahkan ialah kepada ALLAH swt. Iya, berdoa dan merintih lah pada ALLAH swt yang Maha Melihat lagi Maha Mendengar. Ingatlah Allah ketika senang dan susah. DIA lah sebaik sebaik tempat untuk kita luahkan segalanya..



-maaf atas kekhilafan diri ini-

Persoalan: Andai korang ada masalah, korang luah kat siapa ye? Hehe. ^.^
jom baca lagi

Haruskah Ku Turuti Nafsu Ini?

Aku dalam dilema.
Tersepit antara dosa dan pahala.
Tersepit antara kata-kata aku dulu.
Tersepit antara Syurga atau Neraka.

Mana yang harus ku pilih....
Aku keliru....

Dan aku tewas pada nafsu ini.
Ibarat menjilat ludah sendiri..aku turuti jua.
Ingin benar aku lepaskan ia tetapi hati ini terasa berat sekali.
Takut ada pihak yang terluka.

Tapi dosa tetap dosa.
Haram tetap haram.
Mana mungkin aku hidup begini.

Ya! Dulu bertekad tidak akan mengikuti jejak kawan-kawan ku...
Namun aku tewas jua..
Apakah yang harus aku lakukan??

Ya Allah,
Masih adakah kesempatan untukku memohon ampun kepadaMu setelah apa yang ku lakukan?
 Bantuilah aku ya Allah..

Erm...

Nafsu ini...hanya keseronokan di dunia. 
Aku tahu kebenarannya tetapi aku ingkar.

Aku dalam dilema..hendak lepaskan ia..terasa payah sekali...
Aku takut....
Andai saat maut menjemputku...
Aku belum sempat memohon ampun...
Aku takut......

Dimanakah tempat tinggalku kelak.
Syurga atau Neraka?
Andai Syurga..layakkah aku?
Andai Neraka..masihkan ada kesempatan itu??
Nafsu ini..terus memerangkap aku..
Dan syaitan terus berkata " Tidak apa...dunia belum kiamat lagi. Kau enjoy lah puas-puas!"

Argh! Itu hanya omongan kosong! 
Aku yakin aku mampu berubah!

Dan aku tahu akan perjanjian aku dengan Allah Penguasa Sekalian Alam. Pemilik Langit dan Bumi ketika manusia mula dilahirkan.
Aku akur dan patuh...

Nyah kau nafsu!
Aku tidak akan turuti kau lagi.....
jom baca lagi

Jangan Jadi Blogger Kalau Jiwa Mahu Ditatang Bagai Minyak Yang Penuh atau MANJA!

Bismillahirahmanirahim.

(Hari ini sangat sedih sebab laptop terpaksa diformat balik akibat aktiviti menternak virus terus berlaku tetapi hati tetap setia pada Windows XP. Hahaha!)


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Apa khabar pembaca blog Amir Izzat yang budiman? Maaf ler tidak balas komen korang sebab ana sekarang online guna laptop mak. Nanti lah terjah balik. InsyaAllah andai ada masa. Harap-harap antum semua tidaklah berkecil hati seperti sesetengah blogger yang MANJA yang mudah berkecil hati (kononnya,padahal mahu perhatian).

***sila celik mata anda pada perkataan MANJA***

Bercakap tentang blogger yang MANJA ini, ana amatlah terasa malu sebab blogger sebegini tidak patut menjadi blogger. Betul bah! Kerna mereka ini sentiasa mahukan perhatian dan belaian daripada blogger-blogger yang popular,terkenal dan yang telah lama bertapak dalam arena ini. Namun begitu, aku tidak hairan dengan sikap sebegini kerana dalam kehidupan yang nyata pun ada juga orang macam ini. Mahu perhatian setiap masa. 

Kenapa tetiba sahaja aku bercakap pasal blogger yang MANJA ini? Sebab mereka ini amat menjengkelkan dan banyak songeh. Walaupun hati dan jiwa ana yang kiut ini tidak mahu meneruskan penulisan ini tetapi akal yang waras ini tetap juga memaksa agar dunia blogging ini terus aman.

Ok! Jom kita serius sikit.

Kita sebagai seorang yang beragama Islam kena faham apa itu budi bahasa, sopan santun dan tatasusila kita sebagai orang yang beragama Islam. Kita kena faham adab-adab dan nilai murni yang Islam terapkan. Janganlah kita memperbodohkan diri kita kerana hal yang remeh temeh seperti kisah di bawah.

Kisah Pertama.


Seorang blogger yang bernama si A telah membuat satu entri berkenaan Perbezaan Blogger Yang Terkenal. Maka, di dalam entri itu terluahkan segala isi hati si blogger A yang tidak berpuas hati dengan blogger ,B,C,D dan E sebab tidak kena layan. Maka, tampalan(entri) itu dibaca pula oleh blogger G yang memang sudah tidak berpuas hati dengan blogger yang dinyatakan oleh blogger A. Kemudian, berkatalah blogger G dalam komennya.

"Iyalah Nyah, i memang setuju dengan u seratus peratus... Blogger B,C,D dan E memang perangai gitu. Dulu i pun peminat mereka tetapi selepas mereka tak layan i. Terus i tak follow dia. Menyampah tol nyah!"

Lalu, mengumpatlah mereka berkenaan blogger B,C, D dan E. Lantas, terhasillah satu dosa iaitu dosa mengumpat.

Selepas itu, datanglah seorang blogger yang bernama Amir Izzat dan mengomen pada tampalan blogger A.

" Assalamualaikum. Nama awak *** kan? Kalau nama awak Melayu tentu awak beragama Islam. Kita sebagai orang Islam kita kena tegur dengan cara yang baik. Guna cara lembut. Kalau boleh awak tegurlah secara persendirian. Tidak perlulah membuat entri sebegini. Kan ia mengaibkan. Blaa..blaa... Kalau saya buat entri " Blogger yang paling bodoh adalah awak, awak marah tak? Mestilah marah kan..macam itu juga dengan entri awak."

Macam itulah komen blogger yang bernama Amir Izzat. Kemudian, Amir Izzat telah diserang oleh blogger lain yang mengatakan Amir Izzat ini peminat blogger yang blogger A katakan itu dan menentang Amir Izzat.

Tidak lama kemudian, ramailah blogger yang menyatakan ketidakpuasan masing-masing pada ruangan komen pada tampalan blogger A. Ada macam-macam komen lah pasal blogger berkenaan. Pasal tak kena layan kat twitter lah, kat facebook lah, blogger itu sombonglah dan macam-macam lah diorang mengumpat.

WTFish!!! (ikut style Melayu skrg.)

***
Jadi, apakah pendapat antum semua? Siapalah yang memulakan perkara ini? Siapa yang salah? Adakah blogger A? Blogger B,C,D,E ? Ataupun Amir Izzat yang cuba menasihati blogger A?

***
Apa yang cuba ana sampaikan disini adalah:

1. Sikap blogger sendiri yang menulis menggunakan hati tetapi berbicara menggunakan otak. Sepatutnya kita menulis menggunakan akal fikiran dan meletakkan asas agama dalam penulisan kita agar tidak menimbulkan huru hara. Berbicara pun mestilah menggunakan akal. Ingat! Jagalah hati masing-masing.

2. Sikap blogger sendiri yang amat MANJA dan mahu ditatang bagai minyak yang penuh. Kita kena faham bahawa blogger lain juga adalah manusia.

3. Sikap blogger sendiri yang lupa ajaran Islam bahawa Islam menganjurkan pendamaian. Tidak puas hati, berdamai saja.

4. Sikap blogger sendiri yang mudah melenting apabila ditegur kerana merasakan diri adalah betul. Datanglah malaikat sekalipun apabila hati tidak bersih pasti ditentang juga. Inikan pula ana yang hina dina ini.

5. Sikap blogger sendiri yang tidak memikirkan perasaan orang lain tetapi hanya memikirkan perasaan diri sendiri sahaja.


***setakat itu sahajalah***

Namun begitu, tidak semua blogger bersikap sedemikian. Hanya segelintir sahaja yang mengeruhkan keadaan. Kita kena ingat Allah. Bila kita ingat Allah tentu kita tidak akan melakukan kemungkaran.

Kita kena terima hakikat bahawa benda yang kita rasakan betul itu salah. Niat tidak menghalalkan cara.

Ingat! Bila kita jadi blogger janganlah kita jadi MANJA sebab kalau mahu ditatang bagai minyak yang penuh, disini bukan tempatnya. Blogger juga manusia. 

Janganlah kita jadi blogger yang:
1. Yang sikit-sikit nak kutuk blogger lain.

2. Yang sikit-sikit nak tacing dengan blogger lain.

3. Yang sikit-sikit nak dengki dengan blogger lain.

4. Yang sikit-sikit nak blogger popular layan dia.

5. Yang sikit-sikit mahu diberi perhatian.

6. Yang sikit-sikit jadi bukit. Apa tue? Dosa ler. Wallahualam.

Kemon ar!!!! Kemon!

Ana sudah letih. Malas mahu membebel lagi. Ana mengundur diri dahulu. Yang pasti ana sedang serius.

" Man jadda wajada, waman zaraa hasada!"

- Usaha itu tangga kejayaan. Siapa yang berusaha dialah yang akan berjaya.

" Innasolatantaha anilfakhsah iwalmungkar" 

- "Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan fasik dan mungkar"

**luahan ikut hati**

" Sikit-sikit tacing  baik toksah jadi blogger."

Nota: Tegurlah aku dalam penulisan ini kadang-kadang nafsu amarah mempengaruhiku. Ambillah yang baik dalam tampalan ana ini. Yang buruk jangan ikut. Kalau antum tidak berpuas hati dengan ana, boleh sahaja berhubung di email ini. amirullizzat [at] gmail.com.

**********

Boleh tolong tak????

Dari Hans.


"Saya amat berharap agar kalian semua sudilah meluangkan sedikit masa untuk membantu saya menjawab soalan - soalan di bawah nih atau pun mempromosikan link Online Survey ini -> http://kwiksurveys.com/online-survey.php?surveyID=ILOLJL_cb9dd9b4 supaya lebih ramai lagi blogger akan tahu dan dapat menjawab soalan - soalan tersebut. Harap anda semua sudi membantu."
jom baca lagi

Kita Kena Ingat Bahawa Blog Kita Bukan Dibaca Oleh Kita Seorang Saja

Entri khas untuk blogger dari seorang budak sekolah yang baru sahaja belajar bertatih.

Dewasa ini, semakin hari semakin ramai anak-anak muda hinggalah yang tua membuat blog. Maka, bergelarlah mereka sebagai seorang blogger. Blog ini ada bermacam-macam kategori. Ada yang buat blog peribadi. Ada blog berkenaan sukan, info semasa dan macam-macam lah. Tetapi kita kena ingat bahawa setiap tinta kita dalam blog ini bukan kita seorang sahaja yang membacanya. Lainlah bagi mereka yang membuat blog peribadi. Diri sendiri je yang baca.

Walaupun ada yang ingat bahawa blog dia tidak ada pembaca tetapi kita kena ingat bahawa dalam dunia alam maya ini tiada batasan. Taip sahaja di google perkataan "mak limah kahwin dengan pak jabit" Tup tup. Terkena entri kita yang kutuk Pak Jabit jiran sebelah rumah ada skandal dengan Kak Joyah. Tak ke malu Pak Jabit. Lebih teruk lagi, Pak Jabit itu Ketua Menteri Negeri Pasola. Ramai orang yang kenal. Lagilah malu. Dah bertambah la dosa kat situ.

Kita kena ingat bahawa kita menulis mestilah menggunakan...menggunakan apa wahai pembaca? Huh? Menggunakan otak? Oh tidak. Kita menulis mestilah menggunakan akal fikiran yang waras. Kita kena fikir risiko atas apa yang kita tulis. Aku pernah kena hentam akibat salah memberi pendapat. Biasalah kan. Orang kita. Kalau kita cakap "  Tak tutup aurat berdosa.." Nanti mereka cakap " Orang yang tutup aurat dengan kami urang tak da beza pun. Orang yang bertudung ada lagi yang jahat." Itu kata mereka yang dangkal apabila mereka cuba mengetengahkan bahawa semuanya boleh asalkan niat betul. LOL! Niat tidak menghalalkan cara. Faham tak?


Begitu juga dengan penulisan di blog ini. 

Kisah Satu.

Contohnya begini. Si A tidak puas hati dengan Si B. Lantas si A menulis di blognya bahawa perangai si B yang buruk kemudian di hujung entrinya " Maka, jangan lah kita mencontohi Si B". Aku nak tanya. Boeleh ke kita buat macam itu? Mengikut apa yang aku pelajari. Aku rasa tak boleh sebab itu dikira ingin menjatuhkan si B dan mendedahkan aib si B walhal itulah kebenarannya. Faham tak? Tak faham lagi?

Kisah kedua.

Ali ni jiran sebelah rumah kita. sebenarnya bekerja sebagai pelayan kelab malam. Entah kerja sebagai apa entah aku tidak tahu sebab Ali bukannya jiran aku. Maka, kita pun terhegeh-hegeh la di dewan rakyat kawasan kita. 

" Kita janganlah mencontohi si Ali yang bekerja di kelab malam itu. Jauhi diri anda daripada Ali yang tingggal di sebelah rumah saya takut nanti anak-anak kita akan terpengaruh dengan Alil lalu menjual maruah." jerit kita pada hadirin yang datang ke dewan rakyat itu walhal penduduk di sekitarnya tidak tahu pun Ali ni pelayan kelab malam. Maka, ramailah yang bersangka buruk kat Ali. Walhal rahmat Allah masih terbuka untuk Ali.



Jadi, apa pendapat korang? Wajar ke tindakan dalam kisah kedua itu walaupun ia FAKTA?!!

Maka dengan itu saya memohon para blogger supaya menjaga perasaaan blogger-blogger lain, menjaga perasaan jiran sebelah rumah, menjaga perasaan sesiapa sahajalah. Dan tegurlah aku andai ada silap sebab aku ni kadang-kadang terlepas cakap jugak. Oleh itu, marilah sama-sama kita menjadi umat Islam yang cemerlang, gemilang dan terbilang!!!


LETAKKANLAH AGAMA DALAM PENULISAN BARULAH TIDAK TERSILAP LANGKAH! DAHULUKAN AGAMA, PASTI HIDUP AKAN CEMERLANG!

*kisah ini tiada kaitan dengan sesiapa*
jom baca lagi

Apabila Sikap Hormat Menghormati Hilang...

Kata orang tua itu antara dengar atau tidak " Kita rakyat Malaysia yang berbilang kaum, janganlah kita membuang bangsa..." 

Aku seorang pemimpin.
Aku seorang pelajar.
Aku seorang anak.
Aku seorang manusia.
Aku seorang saja di sini. (hehehe)

..dan aku hamba Allah yang tidak punya apa-apa.

Hidup kita andai tiada rasa hormat ibarat kambing yang meragut rumput tanpa mengira ia kotor atau tidak.

Hidup kita andai tiada rasa hormat ibarat kereta BMW yang tidak mahu menghidupkan enjin.

Hidup kita andai tiada rasa hormat ibarat rumah yang tidak bertiang. Mana mungkin dibina sebuah rumah andai tiada tiang.

Hidup kita andai tiada rasa hormat ibarat seorang murid cuba mengajar gurunya cara mengajar.

Hidup kita andai tiada rasa hormat ibarat air sungai yang tidak mahu mengalir lagi mengikut arusnya.

Hidup kita andai tiada rasa hormat ibarat jam dinding yang tidak mahu berputar mengikut arah jam.

Hidup kita andai tiada rasa hormat ibarat matahari yang tidak mahu terbit di sebelah barat. Mana hancurlah dunia.

Hidup kita andai tiada rasa hormat ibarat sebuah kapal yang terumbang ambing di tengah lautan kerana kelasinya keras kepala(kepala apa ha?).

Hidup kita andai tiada rasa hormat ibarat anak itik yang tidak mahu lagi pulang petang. (erk?)

Hormat itu penting. Iya, kehormatan itu penting. Hilang kehormatan maka hilanglah mahkota.

Yang mudah menghormati yang tua. Bagaimana pula dengan yang tua?

Kita rakyat Malaysia hidup berbilang kaum mestilah saling menghormati. Tetapi bagaimana hendak ku pecahkan tembok perkaumana di antara kita yang mana seorang yang layak dianggap PEMIMPIN BANGSA bersikap perkauman?

Bukankah yang tua patut menunjukkan teladan yang baik kepada yang muda? Tetapi bagaimanakah generasi yang muda akan maju apabil ada generasi lama bersikap sedemikian? Apatah lagi jika dia seorang PEMIMPIN(guru) yang mengajar BANGSANYA menulis serta mengajar membaca.

Entah laa..Biarlah aku menjadi air sungai yang akan mengikut arusnya kemana sahaja. Biarkanlah.. Hendak ku berjuang seorang diri tidak mampu kerna tiada siapa pun memahami aku.

Sudah ku laksanakan tanggungjawap..biarlah Yang Berkuasa sahaja menentukannya.
jom baca lagi

Bagaimanakah Caranya Untuk Menasihati Perempuan Supaya Menutup Aurat?

Ketika sedang mengagihkan baju sukan untuk pelajar yang menyertai Kejohanan Antara Teknik. Tiba-tiba aku tersentak. Bukan kerana terberak tetapi kerana jerkahan Ustaz Hisyam yang menengking dua orang pelajar perempuan yang tidak memakai tudung. Seorang daripada mereka pula memakai baju yang ketat kemudian menyelak pulak kain sarung sekolah yang dipakainya. MasyaAllah.

" Hey! Gi pakai tudung! Cepat!!!" tengking ustaz. Pada waktu itu aku rasa sangatlah takut.

" Kami ada latihan olahraga ustaz!" jawap mereka. Berani betul mereka menjawap kerana enggan memakai tudung tetapi Ustaz Hisyam tetap memaksa mereka. Iya lah. Mereka pelajar Muslim. Apa tanggapan orang kelak? Sudah la tidak bertudung, kain pula diselak. Mungkin ada pembaca yang tertanya-tanya. Mengapa aku tak tegur?

Jujur aku cakap. Aku memang nak tegur namun apakan daya hanya dengan hati sahaja aku dapat mencegahnya. Bukan kerana aku tiada kuasa. Aku ada kuasa tetapi benda sebegini sudah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat disni. Pelajar perempuan Muslim ada yang tak bertudung, pakai skirt, dedaj aurat sana sini. Kalau cakap bab solat. Jauh panggang dari api. Ya Allah, maafkan aku.

"Innasolatantaha anil faksah iwal mungkar". Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar. Entah la, kalau aku tegur mereka takut bermasam muka. Nanti mengumpat belakang. Amat berat untuk aku menegur walhal hati ini ingin saja menengking mereka. Hendak saja ku tarbiahkan. Tapi aku belum ada kekuatan lagi.

Apa hendak dihairankan? Ibubapa di rumah sendiri tidak melarang anak-anak inikan pula orang luar,kan? Jadi, bapak-bapak di luar sana perlu fikir la sikit agar anda tidak masuk neraka dengan percuma.

Kadang-kadang aku terpikir. Apakah cara yang terbaik untuk aku nasihati mereka supaya berubah? Supaya mereka menutup aurat? Bagaimana agaknya???

Yang lelaki pasal aurat lelaki. Yang perempuan pasal auratnya. Semua sama je tetapi aurat perempuan ni. Susah sangat hendak dijaga. Hendak kata tak belajar agama, rasanya pelajaran Pendidikan Agama Islam diajar. Mungkin hati belum terbuka kot. Aku doakan mereka yang masih mendedahkan aurat tak kira lelaki dan perempuan cepat berubah dan diberi hidayah oleh Allah. Bukan Taufik Hidayat ye.

Tapi kan..mungkin sebab mereka ni bodoh kot. Iyalah, budak umur 5 tahun pun tahu apa itu ABC. Kita ni yang sudah diajar sejak kecil apa itu AURAT pun masih tak tahu... Hish..hish. (kena tegur dengan kasar baru terasa,ada terasa tak diri bodoh? Untuk mereka yang tak tutup aurat je. Hahah!)

Nota:

1. Minta maaf jika terkasar bahasa. Kalau tegur dengan lembut,budak dek je. Baik tegur cara kasar.

2. Ambillah iktibar dan pedoman. Renung renungkan, selamat beramal. Hehe!

3. Solat lah kerana solat itu tiang agama. Solat tak pagi tadi? Subuh? Zohor? Asar? Maghrib? Isyak??


4. Sapa makan nasi mesti rasa ayam. Eh! Sapa makan cili, dia la yang terasa. Bukan aku! Hehe! Padan muka kalau terasa. :)
jom baca lagi

Kalau Awak Fikir Positif, Positif lah Jadinya. Kalau Awak Fikir Negatif, Negatif lah Jadinya.

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum wbt kepada semua pembaca Amir Izzat [dot] com. Apa khabat kalian semua? Sihat walafiat ? Syukur ke hadrat ilahi kita masih diberikan kesempatan untuk hidup. Masa cuti sekolah beginilah selalunya kita menternak air basi hingga ke petang maka itu janganlah bazirkan masa kamu dengan tidur. (dalam hati dah gelak dah nie..apa da menternak air liur. haha).

Sebelum saya meneruskan lagi topik kita pada hari ini. Saya hendak bertanya satu soalan. Sudah makan ke belum? (apa da soalan tak mencabar minda pun). Hehe!

Baiklah. Tanpa  membuang masa saya yang agak terhad ini (den tak kisah masa korang) maka marilah kita meneruskan agenda pertama.

"Kalau awak fikir positif, maka positif lah jadinya. Kalau awak fikir negatif, negatif lah jadinya".

Kita yang hidup di muka bumi Allah ini haruslah berfikiran positif serta bersangka baik. Mari kita lihat satu gambar ini. 

Sumber: facebook http://ohmedia.my/

Skema ar ayat aku kat atas. Ok! Aku nak tanya korang? Apa yang korang lihat kat atas? Selipar atau benda lain? Cuba korang fikir....Mula-mula korang guna permikiran positif kemudian beri jawapan.Kemudian, sila fikri negatif. Hehe Apa yang korang nampak?

Selipar kan? ataupun...

Sebab itulah aku cakap. Kalau kita fikir positif, maka positif lah jadinya. Kalau tak? Tak berjayalah hidup kita. Pasal apa aku kata begitu? Kerana untuk berjaya dalam hidup ini kita perlu berfikiran positif.

Aku pernah mengalami satu situasi dimana ada lah seseorang ni. Aku bagi nama dia Samad. Samad ini seorang yang berani. Dia sanggup melakukan apa sahaja tetapi satu sahaja masalah dia. Dia suka berfikiran negatif. 

Contohnya. Kalau ajak dia pergi naik gunung. Dia tak mahu sebab takut jatuh. Kalau suruh dia buat benda yang berisiko sikit dia tak mahu. Ini contoh dan aku paling pantang dengan orang yang berfikiran positif. Semua benda jadi negatif.

(ada ke orang takut daki gunung sebab takut jatuh? haha)

Aku bagi korang situasi ini.

1. Kalau seorang guru asyik berfikiran bahawa pelajarnya ini budak nakal. Maka itulah jadinya. Betul wa cakap lu. Habis semua pelajar dimarahnya atau lebih tepat guru yang tidak mesra alam. (ada ke?)

Betul kan apa yang aku cakap? Pernah tak korang fikir negatif dalam melakukan apa-apa kerja?  Ha, nak tanya. Adakah pembaca aku yang dikasihi Allah ini faham apa yang aku hendak sampaikan? Faham kan? Tak apa,aku bersangka baik kat korang. Pasti korang faham punyer,kan? kan?

Persoalannya: Adakah sesuatu tindakan kita dipengaruhi oleh minda kita yang kata benda baik itu negatif dan benda itu positif walaupun tidak? Renung renungkan lah. 

Dan lagi parah kalau yang kaki blue tu tengok gambar nie. 


Apa yang korang fikir ha????? Dah tahu dah. hahaha! Ini pokok kan? 

Kesimpulannya:

1. Kalau kita asyik berfikiran negatif, kita tidak akan maju kehadapan jadi berfikiran lah anda dengan pemikiran yang sihat-sihat. Hehe!

2. Hidup takkan maju kalau dikelilingi orang yang berfikiran negatif. (Contohnya jika dia seorang bos.)
Ada nak tambah kesimpulan?

3. Apa yang kita fikir itu mencerminkan diri kita. Betul tak? Entah la.

Ada yang nak tambah tak???

AM: Hujan lebat pulak dah....

sumber gambar: Facebook Oh!Media. Jika anda inginkan hiburan untuk menghilangkan stress. Sila lah like facebook Oh! Media

jom baca lagi

Ajar La Pendidikan Seks Di Rumah.


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sepertimana yang kita tahu. Sekarang ini mungkin hangat dengan isu mata pelajaran Pendidikan Seks. Ada yang mahu dilaksanakan..Ada yang membantah.. Tuan Guru Nik Aziz pula berkata.. "Ajar seks ibarat ajar pencuri mencuri" itulah yang aku baca didalam suratkhabar..

Setahu aku,pendidikan seks ini sebenarnya sudah ada dan diajar dalam Pendidikan Agama Islam dan Sains. Aku pun pelajar. Jadi,aku tahu. Semasa tingkatan 3,tidak silap aku bab 4 dalam matapelajaran Sains ada menyentuh soal seks. Ya,semua orang pun tahu.

Dalam pendididkan Agama Islam pun ada,kan? Pada pendapat aku,eloklah diajar pendidikan seks ini di rumah oleh ibu bapa masing-masing. Ibubapa kan lebih dekat dengan anak-anak. Mendengar kata. Orang kata hubungan itu lebih utuh lagi dari cikgu lebih-lebih lagi dengan ibu,kan?

Jadi,proses pembelajaran itu lebih berkesan laa..kot. Belum cuba belum tahu. Apa pula pendapat korang? Sebenarnya aku tak setuju pendidikan seks diajar di sekolah. Salah satu sebabnya,pelajar main-main ketika belajar soal ini. Semua ayat tak senonoh keluar..aiaya. Memang bagus diajar tapi mentaliti pelajar yang otak kuning..Ades. Susah nak cakap...

Oleh hal yang demikian,eloklah pendidikan seks diajar di rumah. Ambil 2 atau 3 jam ke. .Ibubapa beri penerangan kenapa anak-anak. Tapi kan..boleh ke ibubapa kat Malaysia nak ajar kat rumah? Boleh kot kalau usaha. tak boleh kot kalau ada sifat MALU. Kalau dah malu dan segan,susah jugak.

Oh ya! Pendidikan seks bukan ajar buat seks laa.. Banyak aspek yang merangkumi di sebalik pendidikan seks. Contohnya,akibat buat seks rambang.. Kena HIV la..gini-gini dan sebagainya..kan? Jangan asyik fikir pendidikan seks itu buat seks. Aduhai..Rendahkah mentaliti rakyat Malaysia?

Didiklah anak bangsa kita sekarang menjadi ibubapa yang berguna kelak.
jom baca lagi

Umur 16 Tahun Masih Budak-Budak Ke??


Kadang-kadang ada sesetengah orang beranggapan orang yang berumur 16 tahun ini tidak matang..masih kebudak-budakkan..Aku tak paham ar..Perkara ini terjadi kepada diri aku sendiri.. Mengapa? Mengapa  aku tidak diberi peluang untuk berbicara seperti seorang yang dewasa??? Dilayan seperti kanak-kanak..

Kadang-kadang apa yang kita suarakan..Dianggap remeh..Hairan aku..Ada orang nasihat la macam-macam.. ''Awak kena berfikir matang....'', ''Jangan bersikap kebudakan..umur dah 16 tahun'' dan lain-lain.. Nasihat itu bagus tetapi tindakan orang yang menasihat itu apa? Nasihat je ke? Kalau nak menasihat tetapi asyik memandang remeh..tak tak payah...

Mungkin apa yang aku luahkan ini tidak mencerminkan ''kebijaksanaan''..Aku dah rasa..Kalau aku cakap umur aku 16 tahun..Macam orang yang konon-konon dewasa tue tak selesa pulak..Jadi,aku merendah diri laa..Nak buat macam mana..Manusia mudah mengukur seseorang tanpa melihat yang sebenar..Mata hati dah tertutup kot..ahaks.

Entah laah..aku pun tak tahu apa yang aku tulis...Hentam je.Nak meluahkan ketidakpuasan di dalam diri ini...Tak bagus pendam..nanti jadi nanah di dalam jiwa..kan? Jadi,apa pendapat anda? Umur 16 tahun nie masih kanak-kanak atau boleh berfikir sendiri? Hurm....Akhir sekali...budak tue memanglah..tapi cara dilayan tue.. entah lor..:)
jom baca lagi

Pendapat Atau Kutukan Yang Diberi??

Pendapat? Apa itu pendapat? Pandangan atau kritikan atau kutukan? Kadang-kadang..ada orang suka memberikan pandapat..dan kadang-kadang ada orang tak suka menerima pendapat dan mudah melenting..Melenting bukannya apa sebab pendapat yang diluahkan itu menyakitkan hati. Memang bagus memberi pendapat itu,tetapi kalau tidak menghormati orang lain. Tiada gunanya juga.

Ada orang..memberi pendapat bagaikan kritikan.. Yang nie paling bahaya..Dia nak kita terima pendapat dia tetapi pabila kita meluahkan pendapat kita. Dia pula melenting. Kalau sekali dua tak apa lagi,ini tidak. Berkali-kali..Manusia mana tak sakit hati kalau orang asyik mencemuh dia. Macam lah dia nie bersalah sangat.

Dalam satu-satu kumpulan,tidak semuanya “sebulu”. Ada yang menyokong ada yang membantah. Begitu juga dalam penulisan di blog ini. Ada orang tak suka apa yang kita tulis dan ada orang suka apa yang kita tulis. Yang tak suka tue,selalunya memandang dari sudut yang negatif. Tak kira lah apa yang kita tulis,semuanya salah. Semuanya dibangkang! Apa yang dia tulis,semuanya nak diterima..

Inilah orang kata “mata pena itu lebih tajam dari mata pedang”. Walaupun ia hanya kata-kata namun menyakitkan. Manusia..pabila ditegur mudah sangat melenting..Macam mana nak maju? Beri pendapat seperti nasihat..tetapi nasihat yang tidak ada kena mengena dengan isi. Contohnya,kalau kita berbicara soal perilaku seseorang. Kita nak berdakwah..nak menasihati dia..tetapi kita pi kutuk dia dulu baru menasihati. Tak boleh la macam nie..Tak ada sikap menghormati perasaan orang lain langsung walaupun nasihat itu berguna.

Sukar kan untuk menasihati dan dinasihati? Pendapat itu kadang-kadang boleh diterima..kadang-kadang tidak boleh diterima. Ia dipengaruhi oleh emosi. Kalau emosi tak stabil,mulalah melaluk tak tentu pasal. Apa yang ingin saya tegaskan adalah sikap saling menghormati di antara kita. Tak kira lah siapa anda. Yang penting,hormat-menghormati antara satu sama lain.

Kalau dia dalam dunia blogger,sikap itu penting kerana dapat mengekalkan keamanan dan ukhwah di kalangan blogger. Kalau sifat ini hilang,maka pincanglah ia. Faham apa itu pincang? Rosak(kot). Apa yang baik kita jadikan teladan,yang buruk kita jadikan sempadan…Selalu memandang dari sudut positif..sekian.. Mungkin awak tak paham apa yang saya tulis..tak apa lah..terima kasih..

p/s: ini bukan pendapat..ini ketidakpuasan..terima kasih.
jom baca lagi

Boikot Barang Yahudi..Mampukah Kita??




Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam 1Malaysia wahai saudaraku. Semua sudah sedia maklmum bahawa Israel laknatullah telah menyerang kapal yang membawa bantuan kemanusian ke Semenanjung Gaza beberapa hari yang lalu. Memang panas telinga aku mendengar berita ini. Ketika aku mendengar berita bahawa kapal Mar Marmara yang membawa bantuan ke Semenanjung Gaza,aku dalam perjalanan pulang ke tanah airku Kelantan dari Sarawak. Kalau ada laptop depan mata,sudah pasti aku menulis perkara ini tetapi keadaan tidak mengizinkan. Baiklah! Berkenaan dengan tajuk,’’Boikot Barangan Yahudi..Mampukah Kita??’’

Disebabkan serangan Israel ke atas Kapal Mar-Marmara,ramai pihak yang bersuara…ada yang suruh dunia kecam laa..Ada yang marah laa..Ada yang kelar badan sendiri. Rujuk surat khabar Berita Harian tarikh 2 Jun 2010. Ada rakyat Palestin yang mengelar badan sendiri semasa demonsrasi membantah serangan itu di depan Keduataan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur. Macam-macam lah ragam manusia nie. Ada pula yang suruh boikot. Baik..mari kita berbicara hal ini.

Sejak dulu lagi aku dengar bahawa nak boikot barangan Yahudi nie. Tak silap aku ketika aku sekolah rendah lagi. Memang lama la perkara ini namun ia bagaikan sementara,tidak kekal alam atau lebih tepat lagi tak pernah dilaksanakan. Betul tak? Korang pun tahu… Aku rasa laa..nak boikot barang Yahudi nie,susah la. Memang susah. Cuba korang fikir..setiap benda yang kita guna sekarang nie ada gak kaitan dengan Yahudi. Jom kita rungkai dengan lebih lanjut. Apabila membaca tulisan aku..baca dengan positif..tak mau jadi macam Khai..


Facebook

Facebook atau ‘’Mukabuku’’ dalam bahasa Melayu amat terkenal sekarang. Semua lapisan umur mesti mempunyai Facebook. Tidak kira tua atau muda..semuanya memiliki akaun facebook. Tak sah hidup kalau tak mengakses Facebook dalam satu hari. Tidak terkecuali juga dengan aku,dulu aku juga ketagih dengan Faceboook. Tidak kira siang atau malam aku akan cuba mencari jalan untuk online Facebook. Memang ketagih sangat-sangat. Namun semuanya dah berubah. Facebook itu sejarah silamku.. Oh ya! Tak silap aku..hampir 3 juta atau lebih rakyat Malaysia menggunakan Facebook. Dah jadi fenomena..

Persoalannya..Mampukah kita memboikot Facebook? Aku rasa boleh..Sekarang kita sudah mempunyai MillatFacebook. Ini berita baik untuk kita..Kenapa kita sanggup join Facebook,tidak pula MillatFacebook? Andai kata semua rakyat Malaysia dan seluruh Dunia yang menentang keganasan Israel@Yahudi join MillatFacebook,kita mampu melumpuhkan laman social Facebook itu. Kita mampu mengubahnya.




Kentucky Fried Chicken(KFC),MDonald Dan Makanan dari Syarikat Yahudi.

Makanan nie sudah tidak asing lagi bagi kita. Kalau ibubapa ajak anak-anak makan kat luar,mesti KFC atau McDonald menjadi keutamaannya. Tak da tempat lain lagi. Sebenarnya kita boleh mengubah cara pemakanan kita. Jangan asyik duk makan KFC je..aku tahu KFC nie sedap dan memang aku teringin sangat nak makan KFC nie. Dulu,kalau ayah ajak makan. KFC ar aku cakap. Tapi itu dulu..sekarang nie aku makan kat restoren biasa je. Makan Laksa Sarawak,Mee Kolok, dan macam-macam. Yang penting kita tak payah lagi makan kat kedai dari syarikat Yahudi. Dimana ada kemahuan di situ ada highway jalan. Kita boleh ubah perkara nie.

Kalau pagi-pagi tak payah ar pergi McDonald ke KFC ke. Meh kita makan Nasi Lemak. Memang sedap..Nasi Kerabu ke..Fulamak!!! Sedap sehingga menjilat ibu jari. Disamping itu,kita membantu ekonomi rakyat kita..bangsa kita. Amacam? Jangan hanya sementara..makan la kat warung-warung..lagi sedap dari KFC dan McDonald…

Barangan Elektrik

Ha! Barang elektrik.. Aku sebenarnya tak tahu sangat barang-barang dari syarikat Yahudi. Kalau tahu pun hanya sedikit je. Baik! Apa kata mulai hari ini kita guna barang buatan Malaysia? Barang buatan Malaysia pun bagus jugak..terbukti kualitinya.. Ramai rakyat Malaysia yang tak nak guna barang buatan Malaysia sebab tak de kualiti. Tak da standard ah.. Alahai..jangan malu..Tak bangga ke dengan barang buatan Malaysia? Barang buatan Yahudi nak pulak.. Ha! Inilah masanya untuk kita memboikot..nak kata tak da barang dari Negara lain..tak leh jadi alasan sekarang.

Secara tidak langsung kita membantu industri barangan di Malaysia.. Nak ke tak?? Terpulang kepada korang..


Apa lagi yang hendak ku katakan...setakat ini sajalah.. Kalau kita betul-betul serius nak boikot barang Yahudi..Kita boleh..Jangan pula manis di bibir saja..tapi buat tak..Aku ada baca komen Kat surat khabar BH..banyak la perkara..Apa lagi ek? Oh ya!



Pakaian

Budak-budak zaman sekarang semuanya nak yang berfesyen la..itu la ini laa..semuanya buatan barat kan? Yakni Yahudi...Levi's? Prada? Gucci? AV? Haa..kalau boikot benda nie kan bagus..kita beli pakaian buatan Malaysia pulak..tapi jenama apa ek?? Aku pun tak tahu. Kalau bab pakaian nie..aku main hentam je. Apa yang mak aku beli,itulah yang aku pakai. Yang penting bukan buatan Yahudi. Kalau buatan Malaysia pula,tak berjenama..tak da kelas orang kata. Susah-susah...




Kasut

Adidas..Nike..apa lagi jenama kasut? Yang mana buatan Yahudi tue..sama-sama lah kita boikot..Tok sah beli lagi. Meh pakat-pakat kita beli Made In China...haha.. Tak da lah. Kita pergi kasut buatan Malaysia.. Adipas..Nikki... Jenama nie memang ada. Kat pasar malam. Dah banyak kali aku jumpa.. Lawak betul nama ciplak. Apa-apa pun,belilah kasut yang tak da kaitan dengan Yahudi. Boleh tak???? Boleh kot..kan?






Kereta

Belilah kereta Proton yang memang tak tahan lama..Dah la mahal.. Cops! Bukan nak kutuk..tetapi begitulah realitinya..Ada jugak rakyat Malaysia yang beli kereta import..Pergi la jual balik..kita beli kereta buatan Malaysia. Belilah kereta yang berkualiti. Banyak kereta buatan Malaysia yang bagus. Kita mampu mengubahnya..




Jangan Bekerja Di Syarikat Orang Yahudi. 

Hurm..kalau berhenti kerja. Merosot ekonomi nie. Tapi nak buat macam mana..terpaksa la korang berhenti..nak boikot kan? Bagus ar..berenti kerja kat syarikat Yahudi..kita kerja pulak kat syarikat Malaysia. Jangan memilih kerja..nanti menganggur macam penganggur kat Malaysia nie. Aku tengok kat airport mat bangla je kerja. Mat Malaysia pi mana?? Duk merayau ka? ish..ish.. Tapi kan..susah  jugak nak berenti nie..hurm...

Baiklah..setakat ini sajalah  yang dapat aku katakan..Korang baca korang fikir..Kalau ada yang salah..maafkan.. Oh ya! Mampu tak kita boikot barang Yahudi nie?? Sila beri pendapat korang.... Setiap pendapat korang amat aku hargai..
jom baca lagi