Memaparkan catatan dengan label Design. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Design. Papar semua catatan

Design #1 : Wallpaper Prefect/ Pengawas



Untuk menjadi seorang pelajar dan pengawas kita haruslah:


1. Berilmu.
2. Berdisiplin.
3. Berbakti.


Pegang pada prinsip ini anda akan menjadi seorang pengawas yang berjaya!


Apabila kita berilmu maka kita akan berdisiplin dan apabila kita berdisiplin maka kita akan berbakti untuk sekolah, bangsa dan negara.


Ingatlah tugas seorang pengawas adalah sangat besar kerana ia adalah satu amanah. Jika anda menjadi pengawas untuk glamer, glamer lah anda dapat tetapi jika kerana Allah maka anda akan dekat dengan Allah. Wallhualam! Selamat maju jaya wahai pengawas sekalian!


Lakukan tugas ini dengan AMANAH! Dan jadilah orang yang BIJAKSANA!


Berikan yang terbaik!
Nota kaki: Baru sahaja pulang dari Kursus Kepimpinan Dan Kemahiran Ketua Pengawas/Penolong Ketua Pengawas Ahad lalu. :)


Perhatian: Desain di atas direka oleh Amir Izzat.Jadi, jangan curik! Haha. Tapi ambil boleh. hehe.


***********
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum cik adik, kakak, dan abang-abang sekalian serta pembaca yang budiman. Apa khabar anda semua? Semoga sihat selalu nyer pon. Haaa! Amir tahu yang korang rindukan Amir ye? Baik korang cakap korang rindukan Amir kalau tak Amir merajuk! Haha.


Amir ingin memohon maaf kerana tidak dapat mengemaskini entri di blog ini kerana kesibukan yang melanda sejak kebelakangan. Lagipun, siapalah yang hendak baca penulisan blog Amir yang entah papa ni. Huhu.


Amir doakan pembaca blog ini sentiasa diberkati Allah. Doakan Amir menjadi orang yang rajin menuntut ilmu kerana Allah ye!!! 
jom baca lagi

Tempahan Header Blog RM10

Assalamualaikum. Hehe! Saya rasa hendak bukak tempahan header blog lah. Untuk tolong korang yang belum ada header ni. Saya kira berapa kali dah saya bukak tempahan header ni. Haha! Sekejap letak sekejap buang. Ok! Sebelum itu, saya nak tunjukkan header ciptaan saya. Kebanyakan header lebih kepada ciptaan header blog ini. Jom layaaan.














Amir Izzat

Haa..gambar yang last itu amir buat sendirik. Simple sahaja header amir. Jadi, kalau korang rasa Amir mampu buatkan header blog korang. Sila hubungi amirullizzat [at] gmail.com. Harga serendah RM5- RM10. Emailkan dulu..cakap berminat. Jadi, kita boleh terus ke agenda yang ke seterusnya..Hehehe!!!


Oh ya!






Lebih senang lagi korang add facebook Amir. klik sini. Lagi senang kat facebook dari email dan ingat. Kalau korang bagi respons yang cepat, maka cepat siaplah header tue..kalau lambat, lambat. Sila serius. Haha! 


Tempahan Ditutup!
jom baca lagi

Header Terbaru Amir Izzat..Ada Tengkorak Laah

Amir Izzat

Assalamualaikum.

Terima kasih la kat korang wahai pembaca sekalian yang sudi menjengah kat blog aku yang hina dina ini lagi hodoh serta tidak kekuatan yang akan membuatkan korang muntah bila membaca serta kebosanan yang teramat sangat sampai boleh pengsan lalu dihantar ke hospital untuk rawatan selanjutnya maka datanglah aku untuk menjenguk kamu. Lalu berkata "hish! Kau ni menyusahkan aku je. Awat pengsan masa baca blog aku... " Hahaha! (sila baca tanpa henti)

Ok! Ok! Nak cerita pasal header baru aku. Ada nampak tak? Amacam? Cantik tak? Kalau cantik, sila jeles. Hahaha! Kalau tak cantik dan cool sila kutuk. Hehehe!


Maka,jadi beginilah rupa blog aku. Hehe! Footer blog pun ada sekali tau... Apa kata korang? Okay ke tak? Hehe!


jom baca lagi

Artwork: Wallpaper "Katakan Tidak Pada Maksiat" Versi Amir Izzat


Assalamualaikum wbt. Apa khabar saudara? Sudah lama kita tidak bertemu. Baiklah. Kali ini saya ingin menghadiahkan satu wallapaper destkop khas untuk anda. Walaupun tampak ringkas tapi isinya padat. Hehe!

Tahu tak kenapa wallpaper "Katakan Tidak Pada Maksiat" ini terhasil? Sebab....Amir Izzat punya laptop tiada wallpaper. Jadi, bagi meluangkan masa yang terbuang..Amir Izzat pun menciptalah wallapaper ini. Bagaimana? Cun tak? Cuba copy dan letakkan sebagai wallapaper destkop korang. Pasti cun lah. Lagipun, bila korang tengok wallpaper ini korang tak kan buat maksiat alam maya. Faham kan?

Selamat beramal...Haha! Lepas korang letak kat laptop/komputer ini wallpaper. Sila komen... menarik atau tidak? 

Nota:

1. Tahun ini tiada mood hendak menulis.
2. Hari ini sangat penat memasak Rendang Daging, Kerapu Kacang Panjang dan Nasi Minyak.
3. Blogging itu untuk keseronokan.

*Iklan- Barangsesiapa yang ingin menempah header blog boleh la menghantar permohonan kepada amirullizzat at gmail dot com.
jom baca lagi

Artwork: Header Keliru Identiti?

Header 1

Header 2


Software : Adobe Photoshop CS5
Durasi : Setengah Jam

Assalamualaikum kawan-kawan. Lama betul jiwa tidak mengodek PS yang sudah lama terperap dalam laptop ini. Andai ditinggalkan begitu lama, nanti hilang pula skill yang baru hendak meningkat ke arah kemajuan. Hahaha! Ada orang cakap. Header ini melambangkan keperibadian tuan blog . Betul ke? Betul kot sebab ia pandangan pertama yang pelawat tengok.

Jadi, bagaimana dengan header Amir Izzat kali ini? Adakah melambangkan diri Amir Izzat dan blognya? Saya kira, ada la sikit melambangkan identiti blog ini seperti perkataan "keliru identiti lagi?". Bagi sesiapa yang selalu mengikuti blog Amir Izzat pasti tahu makna di sebalik perkataan itu. (Bajet ada pembaca setia la nie..Hoho).

Untuk membuat header tidak susah tapi untuk mencari idea itu yang susah. Memerlukan masa. Lagipun, header di atas sekadar memenuhi kriteria sebuah blog yang memerlukan header kerana header saya yang lama semua buruk dan tidak menarik. Sudah masuk tong sampah. Hahaha!

Apa komen anda? Oh ya! Header 1 tidak cun sangat dengan blog jadi terpaksa lah menggunakan header 2. Selepas ini mungkin akan terhasilnya header baru mengikut keadaan semasa. Jujurlah saya cakap yang saya memang tidak berpuas hati sangat dengan sesuatu yang belum 'lengkap'. Ilmu photoshop banyak lagi yang perlu dipelajari. 

Lainlah dengan saudara blogger kita yang baru ini. Af Sembilan tuan blog D' Antara 9 Akal yang mempunyai design yang menarik dan tertarik. Tidak percaya? Jom terjah blog beliau di sini. (klik)


*Iklan : Ada yang ingin menempah header blog?? Kalau berani, cubalah! Emailkan kepada amirullizzat at gmail dot com.

jom baca lagi

Artwork : Header Cartoon & Tamannya

Amir Izzat

Software: Photoshop CS5
Durasi : 3 jam.

Assalamualaikum. Lama betul aku tidak menyapa korang. Apa khabar semua? Sihat semua ke? Baiklah. Dulu, sebelum aku berhenti berblogging selama beberapa hari kerana mempunyai tugas yang harus diselesaikan..aku telah mereka satu header yang cukup ringkas untuk blog aku. Temanya mudah sahaja iaitu Gembira dan Ceria. Ada nampak tak kegembiraan di wajah di kartun itu? Kalau tak nampak, nampaknya anak luar nikah yang ang ni. Hahahaha!

Ok! Ok! Sekarang ni aku cuma hendak bertanya pendapat korang. Apa korang rasa tentang header rekaan aku kali ini? Untuk pengetahuaan korang, kartun dan bunga bungaan itu aku reka sendiri. Amacam? Ok tak? Sila komen untuk penambahbaikan. Zasssssssssssss....

*Iklan : Ada yang ingin menempah header blog???
jom baca lagi

Artwork : T-Shirt Aku Budak Blogger


Assalamualaikum wahai pembaca blog Amir Izzat sekalian. Apa khabar kalian? Sudah makan atau belum? Kalau belum jom makan! Hehe. Sebelum itu, amir hendak tunjuk kat korang t-shirt "Aku Budak Blogger' yang Amir hasilkan sebentar tadi selepas beberapa jam mengerah idea. Sebenarnya ringkas sahaja. Oh ya! Aku sebenarnya konpius nak susun design tu. Jadi, nampak kebawah sangat. Sila tegur ye. Hehehe!

Pada mulanya hendak hasilkan stiker "Aku Budak Blogger' tetapi jadi T-Shirt pulak. Haha. Lain kali pula nak design stiker blogger atau button. Nanti boleh tempah dan pakai. Hehe. Amacam? Apa kata korang? Kalau ada idea atau apa-apa yang kurang. Sila nyatakan. Nanti boleh buat yang lebih bagus kan? Okeyh? W'salam.

p/s: bersyukut ke hadrat ilahi kita dapat hidup hari ini.
jom baca lagi

Poster Jom Senyum Macam Saya | Amir Izzat Artwork


Assalamualaikum. Terima kasih kepada korang yang sudi datang ke blog Amirull yang yang tidak seberapa ini.

Baiklah. Korang dapat lihat tak poster di atas? Macam mana? Boleh tahan la kan. Itu la hasil kerja aku ketika bosan. Baru sahaja buat tadi. Biasalah kan. Bila sudah bosan, apa sahaja akan keluar. Yang penting, kebosanan aku membuahkan idea.

Mengapa aku boleh terlintas untuk membuat poster ini? Sebenarnya sebab Tengkorak Emas la nie. Erk? 

"Bang TE,bertenang.... Baca dulu.." Hehe.

Sebenarnya Tengkorak Emas ada komen.. Dia kata tangan dia gatal hendak buat poster. Jadi, tangan aku pun gatallah. Fikir punya fikir. Ha! Semalam aku ada pergi makan di Chilli Pepper. Sangat sedap. Ada la seorang makcik tue.. Dia duduk di sebelah meja aku. Semasa hendak balik, aku senyum ar kat makcik tue.. Kira taraf nenek jugak la.. Aku pun senyum.... Tetapi..Korang tahu apa yang nenek itu buat? Dia tak balas senyuman aku... Fulamak! Rasa malu pun ada... Haha

Betul..aku memang malu habis. Ya lah kan. Kita senyum kat orang itu tapi dia tiada tindak balas. Hairan..
Aku rasa nenek tue fikir aku nak mengorat dia lah...Aiseymen...Tak ada masa kau nak mengorak orang..Kang kena parang datuknya..Mati aku..Alamak!

Oh ya! Berkenaan poster di atas. Aku menyeru kalian semua senyumlah dengan sesiapa sahaja. Bukannya susah pun. Cuma senyum. Susah ke? Ada nampak aku punya muka? Senyum memanjang tetapi di sebalik senyuman itu penuh kedukaan. Mengapa? Entah la labu..

Poster di atas ada makna tersirat..

1. Latar belakangkan awan.
2. Tangan berbentuk bendera Malaysia.
3. Setiap warna dan tulisan.
4. Budak itu..

Ha,budak itu. Ada maknya. Namanya Siti Nur Qistina Arifah. Cantik tak? Adik aku ar tue. Hehe. Sekarang sudah setahun lebih. Hehe.. Alamak..tersasul la pulak.

Akhir kata, senyumlah kita..Bukan kena bayar.. Bukan mati pun..Orang lagiiiiiiiiiiiiii la suka. kan? kan? Baiklah...kita jumpa lagi di lain hari dengan rekaan terbaru aku... W'salam.
jom baca lagi

Header Teratak Hatiku... | Aku Cuba...

Header 1
header 2
header 3
header 4
header 5
Assalamualaikum!  Apa khabar korang? Lama tak jumpa ye? Nie ha...bila dah bosan..Aku cuba untuk penuhi kehendak sahabatku ini..Kak Fatiehah.. Haritue kan aku da cakap nak buat header. So,inilah yang jadinya..Aku cuba sedaya upaya aku.. 

Oh kak..Gambar pokok tak dak la..Ada tapi tak cantik..Nanti Amir tunjukkan macam mana rupa bila ada pokok itu. Hehe! Maaf. Ha,inilah hasilnya.Pilih la mana satu yang berkenaan.

Oh ya ! Siapa kak Fatiehah nie..Jom ke blog beliau.... Teratak Hatiku..
jom baca lagi

Wallpaper Bokeh Is Bulat| Design by Amir Izzat Artwork 2010

Bokeh is bulat.
Bokeh 1

Software: Adobe Photoshop CS5

Masa: 2 jam lebih.
Title: Bokeh is bulat/digital bokeh.
Belajar dari sini.

Ulasan:

Assalamualaikum! Haha. Kena beri salam dulu. Tadi,sedang melayan kebosanan. Aku pun bukak lah photoshop dan terus ikut tutorial yang aku cari semalam. Pada mulanya memang susah,agak susah nak buat bokeh tue. Tiga kali aku buat tau..Lepas tue..barulah jadi. Cuba punya cuba jadilah Bokeh 1 diatas.

Tapi aku tak puas hati lagi.. Aku pun cuba adjust lagi. Dan jadilah Bokeh is Bulat yanglagi cun. Buat Wallpaper desktop cun tau..Aku dah cuba. Tak percaya? Cubalah.

Baiklah. Sebenarnya tidak rumit nak buat wallpaper Digital bokeh itu cuma yang memeningkan kepala adalah prosesnya sahaja. Lagi-lagi kalau tidak mengenal tools yang ada pada photoshop. Alhamdulillah..Setelah bertungkus lumus hampir dua jam. Maka,siaplah design aku yang entah keberapa hasil khayalan yang melebihi tahapnya. haha.

Komen korang:

Apa pula korang nak cakap? Sila kutuk habis-habisan. Hehe! Komen lah sikit..Tengkorak Emas...Abang Shahrin Oppa. Komen ar.. Semoga lain kali amir boleh buat yang lebih baik..kan? kan?

Nota: Save image di atas dan jadikan wallpaper destkop korang. Kompem gempak! Oh ya! Aku perasan follower aku naik mendadak. Mengapa ya? Apa yang sudah terjadi semalam?? Oh blogger..terima kasih laaa... jom makan design amir..amir belanja..hehe
jom baca lagi

Design: Love Is Pain


Tajuk: Love Is Pain
Software: Adobe Photoshop CS5.
Motif: Melawan perasan ketika bosan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada anda yang sudi menjengah blog saya. Jika berkesempatan, saya akan mengunjungi anda balik wahai blogger sekalian.

Baiklah. Di kala jiwa sedang bosan. Hati sedang terluka. Maka terhasilah ciptaan di atas. Sebenarnya gambar di atas adalah percubaan mengenal tools dalam Adobe Photoshop CS5.

Mengapa "no more love in my life"? Actually,"no more girls in my  life" (kecuali mak saya). Kalau saya tulis perkataan itu,pasti saya akan dihentam kaum wanita. Hehe.

Komen:

Apa komen anda? 
jom baca lagi

Kak! Header Dah Siap! Ambil Kat Sini Je la..Laaagiiiiiiiiii Senang!

Kak Hany
Kak Sue
Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat ilahi Amir dapat online hari ini. Hehe!

Baiklah. Ha,nampak tak header katk atas? Oh kak MZhany dan Kak Sue..Tentu kak berdua sedang menanti header kan? Ha,dah siap. Tengah penuh dedikasi dan kasih sayang Amir buat. Jadi macam ini lah.

Maaflah jika tidak menepati citarasa. Ini sahajalah yang termampu Amir lakukan.

Macam mana? Boleh la kan.. Ada peluang tak nak kembangkan bakat jadi designer? Hehe! 

Jadi,kepada budak kampung yang duk kutuk hari tue (rujuk entri ini)..Sila lah komen hasil Amir. Kalau tak cun di mata kamu,sila ajar.

Oh ya! Selepas ini nak buat lagi tak bagi header free?? Hurm..siapa setuju? Amir bagi korang masa 1 saat untuk berfikir..

1...

Dah habis.. Huh? Tak setuju? Tak apalah. Malas dah nak buat untuk kamu. Ahaks..Merajuk nie... :)

OK lah..kepada kakak berdua. Silalah ambil disini ya. Agak susah nak kirim melalui email. Line lembap..Biasa ar line curi. Opppss!! Kantoii......
jom baca lagi

Kartun Cute Bunny| Permulaan Adobe Illustrator.


Software: Adobe Photoshop Illustrator CS5.
Masa diambil: Setengah jam.
Belajar dari sini.

Ulasan:

Selepas mempelajarinya tadi. Aku terus membuatnya.. (Sila tekan 'sini' di atas untuk belajar tutorialnya). Memang susah hendak membuat kartun ini. Susahnya bukan apa sebab aku belum mengenali tools yang ada pada Adobe Illustrator.

Diriku bagai rusa masuk kampung..Sesat jalan beb.. Walau bagaimanapun,inilah yang termampu aku lakukan.  Nak buat dia punya mata itu susah. Yang lain senang kot..Tetapi mengambil masa yang agak lama.

Komen anda:

Apa komen anda tentang kartun yang saya buat ini? Adakah mencuit hati? Hehe! Adakah sudah boleh dibuat wallpaper? Cuba copy dan setkan sebagai destkop anda. Tentu menarik! 

Nota: Mengorak langkah menjadi designer jalanan..(kucar kacir sekarang nie..Ahaks)
jom baca lagi

Sila Komen Banner Ini.. Okay Ke Tidak? Plizz.......


Hari tue cikgu suruh buat banner.. Sebenarnya aku pun kurang jelas banner pasal apa..Pasal benda nie kot..Jadi,aku cuba buat ikut imaginasi aku.. Gambar cilok dari Google... Cuba lihat...

Yang nie kureng kot.. 
Aku rasa yang nie cantik di mataku...
Macam mana brader? Ada harapan nak memang anugerah tak? Ahaks.. Okey ke tidak? Banner nie baru je testing... Sila la beri pandangan anda..Terutamanya yang dah lama berjinak dengan Adobe Photoshop..Aku nie baru saja nak menceburi bidang design..tetapi ikut imaginasi sendiri lah.

Sebenarnya banyak lagi yang perlu dipelajari..Memang pening habis..Namun,aku akan luangkan masa untuk mempelajarinya..Hehe! Sejak kebelangan ini,jiwa aku minat betul dengan photorgraphy dan mendesign design nie... Hajat nie hati nak sambung minat ini dekat  Universiti lah...

Baiklah..Panjang pula bebelan padahal nak mintak tolong kutuk komen je.. Jangan segan-segan bagi pendapat....

Kalau rasa design ini bagus dan kemas.. Silalah buat tempahan.. RM50. Harga boleh runding lagi.. Amacam? Mesti korang jawap cekik darah...Kih3
jom baca lagi