Memaparkan catatan dengan label Artwork. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artwork. Papar semua catatan

Artwork: Wallpaper "Katakan Tidak Pada Maksiat" Versi Amir Izzat


Assalamualaikum wbt. Apa khabar saudara? Sudah lama kita tidak bertemu. Baiklah. Kali ini saya ingin menghadiahkan satu wallapaper destkop khas untuk anda. Walaupun tampak ringkas tapi isinya padat. Hehe!

Tahu tak kenapa wallpaper "Katakan Tidak Pada Maksiat" ini terhasil? Sebab....Amir Izzat punya laptop tiada wallpaper. Jadi, bagi meluangkan masa yang terbuang..Amir Izzat pun menciptalah wallapaper ini. Bagaimana? Cun tak? Cuba copy dan letakkan sebagai wallapaper destkop korang. Pasti cun lah. Lagipun, bila korang tengok wallpaper ini korang tak kan buat maksiat alam maya. Faham kan?

Selamat beramal...Haha! Lepas korang letak kat laptop/komputer ini wallpaper. Sila komen... menarik atau tidak? 

Nota:

1. Tahun ini tiada mood hendak menulis.
2. Hari ini sangat penat memasak Rendang Daging, Kerapu Kacang Panjang dan Nasi Minyak.
3. Blogging itu untuk keseronokan.

*Iklan- Barangsesiapa yang ingin menempah header blog boleh la menghantar permohonan kepada amirullizzat at gmail dot com.
jom baca lagi

Artwork: Header Keliru Identiti?

Header 1

Header 2


Software : Adobe Photoshop CS5
Durasi : Setengah Jam

Assalamualaikum kawan-kawan. Lama betul jiwa tidak mengodek PS yang sudah lama terperap dalam laptop ini. Andai ditinggalkan begitu lama, nanti hilang pula skill yang baru hendak meningkat ke arah kemajuan. Hahaha! Ada orang cakap. Header ini melambangkan keperibadian tuan blog . Betul ke? Betul kot sebab ia pandangan pertama yang pelawat tengok.

Jadi, bagaimana dengan header Amir Izzat kali ini? Adakah melambangkan diri Amir Izzat dan blognya? Saya kira, ada la sikit melambangkan identiti blog ini seperti perkataan "keliru identiti lagi?". Bagi sesiapa yang selalu mengikuti blog Amir Izzat pasti tahu makna di sebalik perkataan itu. (Bajet ada pembaca setia la nie..Hoho).

Untuk membuat header tidak susah tapi untuk mencari idea itu yang susah. Memerlukan masa. Lagipun, header di atas sekadar memenuhi kriteria sebuah blog yang memerlukan header kerana header saya yang lama semua buruk dan tidak menarik. Sudah masuk tong sampah. Hahaha!

Apa komen anda? Oh ya! Header 1 tidak cun sangat dengan blog jadi terpaksa lah menggunakan header 2. Selepas ini mungkin akan terhasilnya header baru mengikut keadaan semasa. Jujurlah saya cakap yang saya memang tidak berpuas hati sangat dengan sesuatu yang belum 'lengkap'. Ilmu photoshop banyak lagi yang perlu dipelajari. 

Lainlah dengan saudara blogger kita yang baru ini. Af Sembilan tuan blog D' Antara 9 Akal yang mempunyai design yang menarik dan tertarik. Tidak percaya? Jom terjah blog beliau di sini. (klik)


*Iklan : Ada yang ingin menempah header blog?? Kalau berani, cubalah! Emailkan kepada amirullizzat at gmail dot com.

jom baca lagi

Artwork : Header Cartoon & Tamannya

Amir Izzat

Software: Photoshop CS5
Durasi : 3 jam.

Assalamualaikum. Lama betul aku tidak menyapa korang. Apa khabar semua? Sihat semua ke? Baiklah. Dulu, sebelum aku berhenti berblogging selama beberapa hari kerana mempunyai tugas yang harus diselesaikan..aku telah mereka satu header yang cukup ringkas untuk blog aku. Temanya mudah sahaja iaitu Gembira dan Ceria. Ada nampak tak kegembiraan di wajah di kartun itu? Kalau tak nampak, nampaknya anak luar nikah yang ang ni. Hahahaha!

Ok! Ok! Sekarang ni aku cuma hendak bertanya pendapat korang. Apa korang rasa tentang header rekaan aku kali ini? Untuk pengetahuaan korang, kartun dan bunga bungaan itu aku reka sendiri. Amacam? Ok tak? Sila komen untuk penambahbaikan. Zasssssssssssss....

*Iklan : Ada yang ingin menempah header blog???
jom baca lagi

Artwork : T-Shirt Aku Budak Blogger


Assalamualaikum wahai pembaca blog Amir Izzat sekalian. Apa khabar kalian? Sudah makan atau belum? Kalau belum jom makan! Hehe. Sebelum itu, amir hendak tunjuk kat korang t-shirt "Aku Budak Blogger' yang Amir hasilkan sebentar tadi selepas beberapa jam mengerah idea. Sebenarnya ringkas sahaja. Oh ya! Aku sebenarnya konpius nak susun design tu. Jadi, nampak kebawah sangat. Sila tegur ye. Hehehe!

Pada mulanya hendak hasilkan stiker "Aku Budak Blogger' tetapi jadi T-Shirt pulak. Haha. Lain kali pula nak design stiker blogger atau button. Nanti boleh tempah dan pakai. Hehe. Amacam? Apa kata korang? Kalau ada idea atau apa-apa yang kurang. Sila nyatakan. Nanti boleh buat yang lebih bagus kan? Okeyh? W'salam.

p/s: bersyukut ke hadrat ilahi kita dapat hidup hari ini.
jom baca lagi