Memaparkan catatan dengan label Follower. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Follower. Papar semua catatan

Siapa Mahu Header Free Dari Amir Izzat? Siapa Cepat Dia Dapat!

Assalamualaikum w.b.t Sudah lama rasanya tidak bermesra dengan korang. Meh peluk sikit! Haha! Ok! Ok! Nie ha..Aku sedang dilanda kebosanan yang melampau. 

Jadi aku nak buat kasi korang ..follower aku nie. Yang tak dak header jadi ada header. Amacam? Senang je nak buat. Korang buat satu entri. Cakap la nak header macam mana. Nak guna gambar apa. Nak tulisan macam mana. Saiznya berapa? Dan nyatakan apa-apa sahaja. InsyaAllah akan ku turuti. Nak ke idak? Ok! Aku tahu header aku tak cun.. haha.

Tapi korang boleh tengok la header simple mimple yang aku dah buat untuk Kak Mzhany dan Kak Sue di sini. Hanya dua orang tercepat sahaja yang terpilih. Kalau ada yang hendak lagi selepas ini. Akan dibuat... InsyAllah..

Tutup sehingga jam 11 malam.

Apa pasal aku nak buat header untuk korang? Sebab aku nak korang ada header. Header itu menunjukkan identiti blog korang. Orang datang tengok header. Dan barulah penulisan. Header cantik.. Orang tertarik. Lagi -lagi penulisan korang pun gempak. Header cantik + penulisan gempak = orang pun suka lah. Haha. 



Nota: Korang makan apa hari ini? Amir makan ikan sardin. Itu je la rezeki yang ada.
jom baca lagi

Kak! Header Dah Siap! Ambil Kat Sini Je la..Laaagiiiiiiiiii Senang!

Kak Hany
Kak Sue
Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat ilahi Amir dapat online hari ini. Hehe!

Baiklah. Ha,nampak tak header katk atas? Oh kak MZhany dan Kak Sue..Tentu kak berdua sedang menanti header kan? Ha,dah siap. Tengah penuh dedikasi dan kasih sayang Amir buat. Jadi macam ini lah.

Maaflah jika tidak menepati citarasa. Ini sahajalah yang termampu Amir lakukan.

Macam mana? Boleh la kan.. Ada peluang tak nak kembangkan bakat jadi designer? Hehe! 

Jadi,kepada budak kampung yang duk kutuk hari tue (rujuk entri ini)..Sila lah komen hasil Amir. Kalau tak cun di mata kamu,sila ajar.

Oh ya! Selepas ini nak buat lagi tak bagi header free?? Hurm..siapa setuju? Amir bagi korang masa 1 saat untuk berfikir..

1...

Dah habis.. Huh? Tak setuju? Tak apalah. Malas dah nak buat untuk kamu. Ahaks..Merajuk nie... :)

OK lah..kepada kakak berdua. Silalah ambil disini ya. Agak susah nak kirim melalui email. Line lembap..Biasa ar line curi. Opppss!! Kantoii......
jom baca lagi

Siapa Nak Header Simple Dan Free? Khas Untuk Follower Blog Ini

Assalamualaikum!

Bismillahirahmanirrahim.

Ha,berita baik untuk kamu. Hehe! Sebenarnya Amir nie bosan tahap maksimun dah nie. Jadi, merujuk kepada tajuk di atas. (skema lak menulis).

Macam ini la...Kalau kamu follower Amir dan mempunyai blog tetapi tiada header.

Haa..Amir dengan baik hatinya nak buatkan untuk kamu..Serius..

Header yang akan Amir buat simple sahaja. Bukan gempak punya. Simple macam header Amir.. Nampak tak header tue? Ok kan...

Ha,nak ke tak nie? Kalau tak nak.. Tak apa lah..Huhu... Haha!

Okay.. Tapi kan..Amir pilih dua orang yang terawal je lah. Macam siapa cepat dia dapat lah. Slow-slow la kak oi.. Mana boleh laju-laju..Nanti kan tak syok lak...Hehe..

Kalau kamu nak.. Amir boleh buat.. Tapi kamu kena buat satu perkara lah. 

1. Buat satu entri. Nyatakan header macam mana yang kamu nak.
2. Nak ada gambar kamu ke tidak?
3. Tulisan warna apa? Pink ke? Yellow ke? Tak da warna ke? Erk...
4. Saiz header kamu.
5. Dan katakan apa sahaja tapi header ni simple je la. Hehe.

Tinggallkan url kamu kat sini.. Tamat pada jam 9 malam. Di ulangi.. 9 malam sebab selepas 9 malam. Proses membuat header kamu akan dilaksanakan. Amacam? Cepat kan... Hehe.. 2 orang sahaja tetapi tengok keadaan lah. Kalau dapat,semua follower amir akan buatkan. Hehe.

Kalau nak lah..Kalau tak mahu tidak apa.. Saya rela makan nasi mak saya..Huh?

Amir buat pun sebab Amir tengok ada yang belum ada header. Kalau korang ada header.. Mesti korang rasa bersemangat. Lebih-lebih lagi header itu ada gambar kamu. Mesti duk kata 

" Cantik gak aku nie yea..."

Haha..Perasaan da...

Ok? Amri tunggu.... Nak blogwalking jap..Sian deme yang duk singgah sini.


Kalau nak senang lagi. kamu komen je kat sini dan cakap yang kamu nak..senang citer.. OK?
jom baca lagi

Adakah Follower Benar-Benar Memainkan Peranan?

Hurm..Follower atau pengikut ? Penting ke dalam sesebuah blog? Pada pendapat saya,penting juga. Bak kata Zack kat Amir hari tue.. "Follower tak melambangkan apa-apa pun.." Huh? Betul ke? Entah la belalang..

Amir rasa follower ini penting la. Tanpa follower trafik tak kan naik kot. Ahaks. Cops! "Adakah saya mementingkan trafik?" I ask you!

"Tidak! Tidak! Saya lebih mementingkan duit NUff..Ghyahahaha...(Gelak macam Hellioz)" Just kidding.

Hurm..Susah sebenarnya hendak mentafsirkan sifat seorang follower memandangkan diri ini juga seorang follower di blog-blog yang lain. Jujur Amir katakan disini bahawa Amir bukanlah follower yang baik. Tak sempat den nak jejak blog yang den follow.. Kadang-kadang nak blogwalking pun susah. Amir jejak selagi termampu namun ia menuntut kesabaran yang tinggi serta masa yang banyak,kan?

Ok. Staright to the point laa.. Adakah follower nie benar-benar memainkan peranan? Kalau follower blog Amir Izzat yang tidak seberapa ini..Yang buruk lagi tidak cantik ini..Alhamdulillah..Masih juga menjejak Amir walaupun Amir tidak sempat menjejak mereka. Maafkan Amir.

Tapi kan..Apa guna follower banyak kalau sekadar follow then buat dek je selepas itu..Follow pun atas terdesak..terpaksa... Amir tak mahu macam itu.. Datang blog dan kata 'I follow you...follow me back.." Walalaupun perkataan ini agak biasa tetapi ia menimbulkan satu perasaan serba salah di dalam jiwa Amir. Rasa bersalah pula kalau tak follow..

Entah la belalang..tak tahu nak cakap apa lagi. Kalau follower 2000 ribu orang. Trafik pun mesti menjangkau 2000 pelawat unik kan? Haha..Itu tak mungkin terjadi.. Namun, terima kasih kepada yang sudi mengikuti blog Amir ini..

Hurm..Agak-agak la..korang faham tak apa yang hendak Amir sampaikan? Kalau korang tak faham,Amir pun tak paham.. Hahahaha. Follower penting bai! Tapi kan... (Eh! Ada lagi?)..kecewa juga apabila follower banyak tapi trafik sikit... Alaa..toksah berlindunglah..Amir pernah rasa..korang pernah rasa tak? Hehe.
jom baca lagi

Follower!! Mesti Baca!


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Amir tak nak cerita panjang..Amir nak cakap sesuatu kat korang nie....

Pertama.
  • Minta maaf kalau entri Amir sejak kebelakangan ini penuh emosi..Emosi memang tak stabil.
Kedua.
  • Minta maaf kalau korang follow blog Amir sebab ada sesuatu yang menarik..tapi itu dulu..Amir dah tak boleh buat sekarang...Mood tak ada...Maaflah ye..
Ketiga.
  • Maaf kalau korang rasa bosan dengan entri Amir sebab Amir pun rasa bosan gak..Minta maaf la kalau terbaca...

Itu je laa...Nak minta mamf je..sebab Amir rasa bersalah tak boleh sediakan entri yang benar-benar bermanfaat untuk korang.. Lain kali Amir akan buat yang terbaik... Untuk pengetahuan korang,sepanjang minggu ini..bulan ini..Mungkin entri Amir tidak berapa baik.Mungkin merapu je lebih... 

Dan..terima kasih korang sebab follow Amir dan sudi membaca blog Amir..Amir memang rasa bersalah nie...

Amir: Kena minta maaf sebelum terlambat..
jom baca lagi

Follower Amir Izzat Yang Lain Pemalu Ka?

Assalamualaikum...


Tadi,Amir baru sahaja berkenalan dengan salah seorang follower Amir yang sangat baik hati. ..Umur dia sebaya dengan Amir..tak hensem tapi poyo katanya...Lupa pulak..Nama dia Anwar Naim.. Bersekolah dekat SABAR... Bukan sabar bertenang tue..tetapi SMKA Abu Bakar Al Baqir..

Pertama kali Amir dengar nama sekolah nie..entah dipenjuru mana la kedudukannya..Kejap lagi nak google. Tapi kan..hanya seorang je la follower Amir yang Amir kenal hari ini.

Semalam..dua orang... Kak Ain yang bersal dari Kelantan..tapi kerja tabib kat Mansoura...hehe..Korang tahu tak Mansoura kat mana?? Hurm.mesti jauh...

Jadi,kalau sakit..panggil kat Ain je laa..kih3..

Ha! Kak @ien pulak..duk IPG..kampus apa entah..tak ingat dah Amir..Asalnya dari Terengganu..semuanya berumur 20-an..Kena panggil Kakak Daa. Terbukti Amir masih muda...Ahaks.

Amir: Oh ya..Follower yang lain taknak berkenalan ka? huhu...malu ka segan?Amir tak makan orang daa...hikhik...Salam kenal....
jom baca lagi

Oh! Follower! Mari Kita Beramah Mesra.


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari tue Amir dah buat entri ini untuk beramah mesra..Hanya dua orang saja yang sudi beramah mesra dengan Amir,iaitu Kak Ain dari Kelantan dan Kak Aien..Wah! Nama hampir serupa laa..Dua je..Semua follower Amir malu ka?

Marilah kita beramah mesra..Okay! Amir mulakan..Nama sebenar Amirul Izzat..tapi panjang lagi..Panggil Amir je.Lagi senang dan mudah..tidak hensem..tidak pandai.. tapi SMART! Dah berumur 16 tahun lebih...nak masuk 17 awal tahun depan.. Amir kini bersekolah di SM Teknik Kuching...kursus Katering...Asal Kelate..

Selian tue,Amir anak sulung... okay? Yang penting..single! Hikhik..Korang pulak?? Jangan segan!! Eratkah ukhwah bah...
jom baca lagi

Oh! Followers! Mari Kita Beramah Mesra..

Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua terutamanya followers Amir izzat.

Malam nie..Amir rasa Amir nak kenal korang la followers..Boleh tak? Marilah sama-sama kita beramah-ramah mesra supaya ukhwah antara kita terus berkekalan..Disamping itu jugak,dapat mengenal antara satu sama lain serta dapat mewujudkan suasana yang harmoni apabila ukhwah yang terjalin itu kuat..Tak gitu ka??

persahabatan..

Kalau kita sudah saling mengenali antara satu sama lain..Bertambah lah kawan..Persahabatan yang terjalin tak putus-putus,kan? Oleh itu,marilah sama-sama kita beramas mesra dengan memperkenalkan diri masing-masing..Macam mana, nak tak? Amir okay je..Kalau persahabatan yang kita jalinkan ini utuh..kan bagus.. Mencari kawan untuk mendapat keredhaan Allah...Ha! Bukan untuk follower sahaja..Mana-mana pembaca di blog Amir Izzat yang nak beramah mesra..boleh la memperkenalan diri..

 bantu membantu..

Kalau dah kenal..kita dapat saling membantu..tolong menolong..Kalau ada apa-apa kes ke..Kita dah kenal..kita tolong..Kalau tak kenal pun kita tolong..itulah penting persahabatan...kan? Nak cari sahabat yang baik,kita harus menjadi sahabat yang baik dahulu...kan? Haa..Jom la kita berkenalan..Jangan segan jangan malu..Amir tak makan orang..Amir nak cari kawan je...Meh...Kenalkan diri anda di ruangan komen..Salam kenal!!!

Berkenaan diri Amir:

Nama penuh..Panjang..Bukan panjang...terlalu panjang..Muhammad Nor Amirull Izzat.Jadi,korang boleh panggil Amir je..Berumur 16 tahun..Bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Kuching..Ambil kursus Katering.. Apa lagi ek? Ha! Anak sulung.. Adik beradik semuanya perempuan..bosan wey tak da adik lelaki.. Asal dari Kelantan tapi duk Sarawak..Cukup lah kan...

Lagi..Amir nie baik hati..kih3....korang??
jom baca lagi

Ganjaran Untuk Follower Jatuh Kepada Empunya Blog Borak Kosong..


Wow! Follower Amir dah 300 laa..Nak bangga ke nak berlagak? Haha..tak da lah..Sebenarnya Amir nak bagi hadiah kat follower yang ke 300 nie..Ada la sikit-sikit hadiah tue...Hadiah? Bukan-bukan..Ganjaran...Ganjarap top-up sebanyak RM3 ... Alhamdulillah..itu saja yang mampu Amir kumpul dari duit sekolah..hehe.. Diulangi.. RM3 je..

Nak tahu siapa follower yang bertuah? Haa..jeng! jeng! Follower yang bertuah adalah... empunya blog BorakKosong!!! Tahniah Amir ucapkan kerana anda baru sahaja memenangi percutian ke Pulau Pangkot..Eh silap!! Memenangi ganjaran top-up bernilai RM3... Okay?

Kepada empunya blog BorakKosong..sila emailkan number telefon anda ke amirullizzat@gmail.com secepat mungkin InsyaAllah..Dalam masa terdekat..Anda akan menerima ganjaran itu... Dalam minggu nie ke... Orait??? Cepat ye..Amir takut line wifi nie terputus...kalau boleh arini jugak..Tahniah! Hehe...
jom baca lagi

Menanti Follower Ke 300 Untuk Dibagi Ganjaran

Wow! Follower Amir Izzat dah bertambah rupanya..Sekarang nie dah 297. Aku sebenarnya menanti follower ke 300. Macam nie..aku nak bagi ganjaran kat orang tue. Tapi hadiah tue tak seberapa sangatlah. Cukup makan je..Nak tak???

Kalau nak..korang kena la jadi follower yang 300. Hanya yang ke 300 je. Apa yang perlu korang buat adalah..ambil screenshoot(betul tak aku eja?) gambar korang kat follower tue. Lepas tue,korang hantar gambar tue kat amirullizzat@gmail[dot]com. Ok? Beserta number telefon..ok???? Ganjarannya misteri...hehe... Orait???Siapa cepat dia dapat...

Jangan takut bagi number telefon..Tak apa lah..Nanti kalau dah jadi follower ke-300.Kita berbicara dengan lebih lanjut..Follower ke-100 dulu pun dah dapat..Yang follower ke-200 tak buat..sibuk..Yang ke-300 nie...InsyaAllah..Amir da duit sikit..hehe..
jom baca lagi

Jom Terjah Blog Hitam Itu Bukan Puteh!!


''Hitam Itu Bukan Putih''? Nama blog yang agak menarik. Hey korang! Menarik tak? Satu dalam dunia nie bro! Cuba lihat gambar di atas. Dengan menggunakan tagline ''aku mahu jadi blogger jalanan bukan rempit jalanan''. Fuh! power punya ayat daa..

Nak tahu tak sapa tuan tanah blog Hitam Itu Bukan Putih nie?? Haa..Nama dia yang aku tau..Robin@Ayue.. Yang pastinya nama dia Ayu lah. Takkan lah nama pempuan Robin..Robin tue mungkin nama pakwe dia [kot]. Kalau salah,sila marah!! Mengenai dia? Ayu bukanlah Lisa Surihani tapi bercita-cita nak badan macam Lisa pulak dah. Wah! Bagus..usaha lagik. kah3..lawak-lawak. Sila ketawa bersama aku. Kah! Kah! Kah! Pastu pulak Ayu nie suka membuku yang kena dengan jiwa dia? Macam mana tue ek??

[Cantik tak???]

Blog nie tentang apa ek? Entah..mengarut je kot.. tapi Ingat!!!

Kata pujangga dari tuan empunya blog itu:

"Gua tak cantik, gua jugak tak hot,comel pon tak, blog gua ni pon tak sopan sebab asyik memaki saja so kalau tak tahan boleh tekan butang 'X' di atas tu hokeh, jangan segan silu gua tatak marah mehh"

Haa...bila baca ayat nie.aku dah tauu.. Entri memang baik punya. Baik punya means kaw-kaw la. Aku suka blog gini. Sempoi.. kasi promote sikit. Betul aku cakap. Cerita Ayu nie ada gak sedikit unsur lawak. Nak gak tergelak aku nih. Haha.. Entri yang dia buat aku nak tergelak nih.. ''Sori Takkah Melucah Lagi'' dan banyak lagi. Korang cuba la usha entri yang lepas-lepas. Menarik..tertarik..kau memang BOMB!! Apa tunggu lagi... Jom Meriahkan Blog Hitam Itu Bukan Putih!!!
jom baca lagi

Follower..Minta Ampun Pak!

Assalamualaikum.

Kepada follower yang nak diterjah. Aku minta maaf banyak-banyak sebab aku malas dah nak terjah-terjah orang. Mungkin aku akan terjah...esok..lusa..tulat.tak tahu bila. Maafkan aku. Kalau korang rasa aku nie..macam menipu..sebab nak terjah kena  follow kan? Korang boleh unfollow balik. Entri ini ditulis dalam keadaan emosi yang tidak stabil. So,pedulikan lah ye. Maybe aku akan terjah balik.. Sebenarnya aku rasa la..Walaupun aku terjah korang..korang tak akan dapat apa-apa pun. Traffic korang tak akan naik pun. Betul aku cakap nie. Aku nie bukanlah blogger terkenal. Hajatnya nak buat penghargaan kat follower. tapi entah mengapa ..rancangan aku serba tidak menjadi.....Sorry owh..

To Gadis itu,You Spoil My Mood!
jom baca lagi

Follower!! Anda Akan Diterjah!!



Ya Allah, kurniakanlah kesihatan pada badan hamba, Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada telinga hamba, Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada mata hamba, Ya Allah, hamba berlindung kepada-Mu daripada kekufuran dan kepapaan, Ya Allah, hamba berlindung kepada-Mu daripada kesengsaraan azab kubur, tiada Tuhan melainkan Engkau."
jom baca lagi

Menanti Follower ke 100...nak bagi reload sikit..4 orang lagi daa...


Award?

Panjang tol tajuk..
.
.

waaah..ada juga yang sudi menjadi pengikut-pengikut aku di  blog Amir Izzat yang tidak seberapa ini. 
Dulu,aku pernah berjanji nak bagi reload  kepada follower ke 100.. 
aku rasa akan tercapai hasrat aku nie pada malam nie..
.
.
.

kalau lah ada lagi orang yang nak follow.. kalau anda orang yang bertuah..esok petang reload anda akan bertambah.. amacam? nak ke tak nak? 
.
.
.
kalau tak nak tak pe.. aku simpan je duit nie.. tapi reload yang aku nak bagi nie sikit je....
terpulang pada anda.. saya tidak memaksa.. andai blog saya bagus..anda folllow ye.. andai blog saya macam 'menyemak je'.. sila kritik abis abisan.. saya mengamalkan demokrasi... sudi mendengar kritikan yang bernas...
.
.
.

Terima Kasih Kepada Semua Followers Dan Silent Readers


AMir: Ini sajalah yang dapat aku lakukan untuk menghargai korang...


jom baca lagi