Memaparkan catatan dengan label Buat Header. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buat Header. Papar semua catatan

Tempahan Header Blog RM10

Assalamualaikum. Hehe! Saya rasa hendak bukak tempahan header blog lah. Untuk tolong korang yang belum ada header ni. Saya kira berapa kali dah saya bukak tempahan header ni. Haha! Sekejap letak sekejap buang. Ok! Sebelum itu, saya nak tunjukkan header ciptaan saya. Kebanyakan header lebih kepada ciptaan header blog ini. Jom layaaan.














Amir Izzat

Haa..gambar yang last itu amir buat sendirik. Simple sahaja header amir. Jadi, kalau korang rasa Amir mampu buatkan header blog korang. Sila hubungi amirullizzat [at] gmail.com. Harga serendah RM5- RM10. Emailkan dulu..cakap berminat. Jadi, kita boleh terus ke agenda yang ke seterusnya..Hehehe!!!


Oh ya!






Lebih senang lagi korang add facebook Amir. klik sini. Lagi senang kat facebook dari email dan ingat. Kalau korang bagi respons yang cepat, maka cepat siaplah header tue..kalau lambat, lambat. Sila serius. Haha! 


Tempahan Ditutup!
jom baca lagi

Header Made From Hati.. Cik Payeen!

Header 1
Header 2
Header 3
Header 4 
Jeng! Jeng! Jeng! Cik Payeen oh Cik Payeen..Nah! Sila lah ambil header buatanku yang tidak seberapa ini...Tak cantik tapi  boleh la kalau nak letak dalam blog tue..Hehe.

Pasal panda tue..Amir keliru habis laa.. Haha.. Mungkin itu kot.. Cubalah pilih yang mana satu terbaik dan tercantik..Itu pilihan cik Payeen namun ini lah yang termampu Amir buat..Hehe..

Oh ya! Gambar cik Payeen yang besar tue..tak clear sangat..Jadi,Amir cuba try yang satu lagi. Buat dua-dua lah senang so cik Payeen tahu mana lagi cun. Setakat ini sajalah. Terima kasih kerana berani menerima header dari Amir. Haha.


Oh ya! Jom terjah cik Payeen yang cun nie..Hehe

Psst...: Siapa yang suruh Amir buat header untuknya? Murah sahaja. RM10 ke bawah. Amacam?
jom baca lagi

Header Teratak Hatiku... | Aku Cuba...

Header 1
header 2
header 3
header 4
header 5
Assalamualaikum!  Apa khabar korang? Lama tak jumpa ye? Nie ha...bila dah bosan..Aku cuba untuk penuhi kehendak sahabatku ini..Kak Fatiehah.. Haritue kan aku da cakap nak buat header. So,inilah yang jadinya..Aku cuba sedaya upaya aku.. 

Oh kak..Gambar pokok tak dak la..Ada tapi tak cantik..Nanti Amir tunjukkan macam mana rupa bila ada pokok itu. Hehe! Maaf. Ha,inilah hasilnya.Pilih la mana satu yang berkenaan.

Oh ya ! Siapa kak Fatiehah nie..Jom ke blog beliau.... Teratak Hatiku..
jom baca lagi

Ada Lagi Tak Yang Nak Header Blog???? Tak Cantik Tapi Simple..Bagi Idea Amir Buat.

Bismillahirahmanirrahim..

Nak header simple tak? Korang bagi idea. Amir akan buat. Amacam? Jadi,korang pun puas hati sebab itu idea korang tapi Amir akan buat. Macam mana Amir buat? Macam itulah rupanya. Masih belajar.. Nak lihat contoh header simple yang sudah dibuat. Sila ke sini. Amir tahu ada yang terlepas semalam.

Caranya mudah sahaja.

1. Letak header Amir. (ikut gaya Ben sat..tapi bukan tiru.)
2. Buat entry
3. Nyatakan saiz header,bagitahu header macam mana korang nak. Ada gambar apa. Tulisan warna apa,background header warna apa(kalau tidak mahu transparent). Dan nyatakan apa sahaja yang kamu nak.
4. Khas untuk follower Amir.
5. Tinggalkan link entry ini.
6. Gambar cari sendiri dan hantarkan ke amirullizzat[at]gmail[dot]com.
7. Mestilah menepati kreteria header yang telah ditetapkan oleh SPRM. Haha.

Jangan terburu-buru buat entry nanti. Amir nak header yang akan dibuat ikut fantasi korang. Ikut korang nak. Cakap sahaja apa benda yang nak ada dalam header tue. Selagi ada kudrat ini,Amir akan berusaha membuat yang terbaik.. (barang free selalu kondem,tapi ini baik punyia beb! Haha).

Servis macam Pizza Hut! Amacam? 

Hanya dua orang sahaja yang terpilih. Terbuka hingga terpilihnya dua orang itu. Kalau nak lah....(merendah diri nie takut ada yang meluat..)... 

Nota: Nak buat header nie sebab Amir tetiba rajin nak mendesign.. Hajatnya nak design T-Shirt..Tapi terbantut la pulak.. Haha. Oh ya! Kalau ada yang meluat,maaflah ye abang kakak. Amir nak bantu diorang yg tak dak header je. Maaf sesangat kalau memang-memang meluat tahap kritikal la.Maaf ye..
jom baca lagi

Siapa Mahu Header Free Dari Amir Izzat? Siapa Cepat Dia Dapat!

Assalamualaikum w.b.t Sudah lama rasanya tidak bermesra dengan korang. Meh peluk sikit! Haha! Ok! Ok! Nie ha..Aku sedang dilanda kebosanan yang melampau. 

Jadi aku nak buat kasi korang ..follower aku nie. Yang tak dak header jadi ada header. Amacam? Senang je nak buat. Korang buat satu entri. Cakap la nak header macam mana. Nak guna gambar apa. Nak tulisan macam mana. Saiznya berapa? Dan nyatakan apa-apa sahaja. InsyaAllah akan ku turuti. Nak ke idak? Ok! Aku tahu header aku tak cun.. haha.

Tapi korang boleh tengok la header simple mimple yang aku dah buat untuk Kak Mzhany dan Kak Sue di sini. Hanya dua orang tercepat sahaja yang terpilih. Kalau ada yang hendak lagi selepas ini. Akan dibuat... InsyAllah..

Tutup sehingga jam 11 malam.

Apa pasal aku nak buat header untuk korang? Sebab aku nak korang ada header. Header itu menunjukkan identiti blog korang. Orang datang tengok header. Dan barulah penulisan. Header cantik.. Orang tertarik. Lagi -lagi penulisan korang pun gempak. Header cantik + penulisan gempak = orang pun suka lah. Haha. 



Nota: Korang makan apa hari ini? Amir makan ikan sardin. Itu je la rezeki yang ada.
jom baca lagi

Siapa Nak Header Simple Dan Free? Khas Untuk Follower Blog Ini

Assalamualaikum!

Bismillahirahmanirrahim.

Ha,berita baik untuk kamu. Hehe! Sebenarnya Amir nie bosan tahap maksimun dah nie. Jadi, merujuk kepada tajuk di atas. (skema lak menulis).

Macam ini la...Kalau kamu follower Amir dan mempunyai blog tetapi tiada header.

Haa..Amir dengan baik hatinya nak buatkan untuk kamu..Serius..

Header yang akan Amir buat simple sahaja. Bukan gempak punya. Simple macam header Amir.. Nampak tak header tue? Ok kan...

Ha,nak ke tak nie? Kalau tak nak.. Tak apa lah..Huhu... Haha!

Okay.. Tapi kan..Amir pilih dua orang yang terawal je lah. Macam siapa cepat dia dapat lah. Slow-slow la kak oi.. Mana boleh laju-laju..Nanti kan tak syok lak...Hehe..

Kalau kamu nak.. Amir boleh buat.. Tapi kamu kena buat satu perkara lah. 

1. Buat satu entri. Nyatakan header macam mana yang kamu nak.
2. Nak ada gambar kamu ke tidak?
3. Tulisan warna apa? Pink ke? Yellow ke? Tak da warna ke? Erk...
4. Saiz header kamu.
5. Dan katakan apa sahaja tapi header ni simple je la. Hehe.

Tinggallkan url kamu kat sini.. Tamat pada jam 9 malam. Di ulangi.. 9 malam sebab selepas 9 malam. Proses membuat header kamu akan dilaksanakan. Amacam? Cepat kan... Hehe.. 2 orang sahaja tetapi tengok keadaan lah. Kalau dapat,semua follower amir akan buatkan. Hehe.

Kalau nak lah..Kalau tak mahu tidak apa.. Saya rela makan nasi mak saya..Huh?

Amir buat pun sebab Amir tengok ada yang belum ada header. Kalau korang ada header.. Mesti korang rasa bersemangat. Lebih-lebih lagi header itu ada gambar kamu. Mesti duk kata 

" Cantik gak aku nie yea..."

Haha..Perasaan da...

Ok? Amri tunggu.... Nak blogwalking jap..Sian deme yang duk singgah sini.


Kalau nak senang lagi. kamu komen je kat sini dan cakap yang kamu nak..senang citer.. OK?
jom baca lagi

Siapa Mahu Amir Buat Header Untuk Dia? Tapi Tak Secantik Aiz Batu Campur

Assalamualaikum! Apa khabar kawan? Sihat ke idak? Hehe! Nie ha,Amir nak tanya korang la.. Blog korang ada header ke tak? Kalau tak ada,elok lah korang buat sekarang sebab Darkbatman kata sebuah blog kena ada header. Ye ke? Entahlah.

Sebenarnya Amir berbesar hati lah nak buat header untuk yang memerlukannya. Header yang Amir buat tidaklah cantik dan segempak yang Aiz buat buat. Siapa Aiz ? Mest korang kenal punyer.. Alaa..yang blog cantik tue...header dia pun cantik.

Header Amir? Boleh la..seperti yang korang lihat kat atas tue. Baiklah..Ada yang mahu tak? Header yang Amir buat cukuplah setakat ada nama blog dia..ada sedikit gambar..dan nampak cun lah. Hehe! Jangan mengharap lebih ye. Amir buat semampu Amir.

Oh ya! Nak buat header nie..senang je.. Kalau ada photoshop semua jadi. Kena kreatif ar. Ok! Ok!

Kalau korang nak Amir buat header. Korang buat satu entri.. 

1. Tajuk entri tue.. "Header Impian Idaman Kalbu"

2. Bagitahu header yang macam mana korang nak. Kat header tue ada apa..Kalau nak letak muka korang,sila letak dalam entri itu. Cari gambar yang resolusi tinggi ye. Baru cantik.

3. Panjang dan lebar header korang..Mesti tulis dalam entri tue..

4. Korang taip je lah papa dalam entri tue.. Sukati korang.. Cakap ar nak header macam mana. Warna apa.. Tulisan warna apa... Kasi tahu je. InsyaAllah..Amir akan buat termampu Amir....

5. Letak link entri tue kat entri ini.

Dah habis. Itu sahaja yang perlu korang buat. Ops! Amir lupa nak cakap.. Siapa yang akan dapat header nie? 

2 blogger yang terawal membuat entri ini sebelum pukul 12 malam tarikh 17 Oktober akan Amir buat header untuknya. Amir tahu lah macam mana nak tentukannya. Adil dan saksama. Kenapa dua orang? Takut tak larat la buat banyak.. Tetapi tak apa..Kalau header yang Amir hasilkan memuaskan.. Amir akan buat lagi. Kalau tak,tak kan buat lah.

Oh ya! Kalau rasa header yang Amir akan hasilkan tidak cantik.Jangan buat entri "Header Impian Idaman Kalbu" takut korang tak puas hati. Hehe..Tetapi Amir akan usaha. Cepat buat entri nun..Senang je kan? Siapa cepat dia dapat.

Nota: Kalau tak da orang..Nasiblah...Huhu.




jom baca lagi

Header Ini Ciptaan Amir Izzat Bukan Blogger Lain


Assalamualaikum! Apa khabar korang? Lama ek kita tidak bersua? Lama jugak kita terputus hubungan. Malas lah nak bercerita soal memberi pendapat di blog ini nanti ada yang sakit hati. Huh? Sakit hati? Siapah gerangannya? Tue...!! (sila tunjuk jari telunjuk ke skrin.) Erk? Haha!

Baiklah.. Korang perasaan tak header Amir yang besar nie? Blog Amir pun sentiasa mengalami perubahan.. Haha! Sebenarnya Amir bosan ketika bosan..Sebab itu la buat header dan wajah blog Amir yang berubah. Ada sesiapa tak yang mahu template blog Amir yang lama? Kalau yang selalu menapak di blog Amir Izzat ini. Pasti tahu bagaimana rupanya.. Warna pink. Ada yang nak tak?

Bercakap soal header di atas. Korang tahu tak siapa yang buat? Ha,meh nak cakap sini. Amir rasa mungkin ada yang tersalah sangka (memang ada hari tue).. Header nie sebenarnya Amir yang  buat. Cantik tak? (sila puji..siapa dapat bodek dapat header buruk..Hehe). Ok la kan.. Amir rasa header nie biasa sahaja.. Rasa nak tukar lagi lah.. Haha! 

Aduhai..memang kemaruklah.. Sekarang ini pun tengah buat header lain.. Untuk kawan sekelas Amir.. Ni ha blognya. Keyrill Augustine. Blog dia tak dak header so Amir nak buatlah yang baru.. Kalau dia berkenan. Orang zaman sekarang nie banyak cerewet..Barang free selalu tak baik.. Jadi,kalau nak yang baik punya.  Bayarlah.. Haha!

Baiklah..Setiap header yang berubah di blog ini adalah ciptaan Amir Izzat. Barang sesiapa yang ingin memiliki header fantasi serta angan-angan.. Boleh la tempah sekarang....!!  Haha! Tak da lah... Amir main-main saja.. Header i pun ala kadar je... hehe.. 
jom baca lagi

Adha.. Nie Header Untuk Kau!



Assalamualaikum.w.b.t

Adha. Entri nie aku buat khas untuk kau. Hehe. Aku tak tahu dah macam mana nak bagi header nie kat kau. Line internet aku slow. Nak bukak email pun susah. Nak bagi kat  blog kau pun susah. Shoutmix error memanjang. Line slow nak mampus tahap aku dah sakit jiwa beranak empat belas. (ops!)

Amacam? Kau ada tengok itu header kat atas? Ha,aku buat untuk kau la tue. Itu je yang aku mampu. Ada awan kat belakang.. Ko cakap tak nak gambar sendirik. Hehe. aku letak gambar kartun itu sahajalah.

Memandangkan daya kreatif aku terbantut dek laptop yg slow..aku pun tak tahu nak buat macam mana. Hehe! Kalau tak puas hati,tak apa. Aku akan buat yang lain. Selepas ini aku akan buat yang baru untuk kau ye. Aku nak download something kat google. InsyaAllah nanti..cantiklah header yang lain. 

Sebenarnya kan..Kalau kau tukar sikit template blog kau dan masukkan header nie. Memang cun. Tak apalah. Cuba dahulu ya. Itu sahajalah. Cepat pergi upload. Aku nak tengok blog kau.. Heheh..Lekas.. 
jom baca lagi

Buat Header Blog Dengan Scrapblog

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali nie aku nak bagitahu kat semua rakyat jelata yang tidak mempunyai header blog boleh lah buat sekarang dengan Scrapblog. Korang ada tengok header aku tak? Aku buat bukannya menggunakan photoshop. Den pun tak pandai guna photoshop..Software dia pun belum ada..


Banyak benda yang korang boleh edit kat situ. Lagipun,free dan senang. Apa yang perlu korang lakukan adalah meluangkan sedikit masa untuk mencantikkan blog dahulu.. Header itu penting. Melalui header orang dapat mengambarkan blog korang.. Okayh! Korang ikut tutorial buat header nie kat sini(wajib klik). Selamat mencuba..Buat cantik-cantik taau.. :)
jom baca lagi