Memaparkan catatan dengan label Amir Izzat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Amir Izzat. Papar semua catatan

Header Ini Ciptaan Amir Izzat Bukan Blogger Lain


Assalamualaikum! Apa khabar korang? Lama ek kita tidak bersua? Lama jugak kita terputus hubungan. Malas lah nak bercerita soal memberi pendapat di blog ini nanti ada yang sakit hati. Huh? Sakit hati? Siapah gerangannya? Tue...!! (sila tunjuk jari telunjuk ke skrin.) Erk? Haha!

Baiklah.. Korang perasaan tak header Amir yang besar nie? Blog Amir pun sentiasa mengalami perubahan.. Haha! Sebenarnya Amir bosan ketika bosan..Sebab itu la buat header dan wajah blog Amir yang berubah. Ada sesiapa tak yang mahu template blog Amir yang lama? Kalau yang selalu menapak di blog Amir Izzat ini. Pasti tahu bagaimana rupanya.. Warna pink. Ada yang nak tak?

Bercakap soal header di atas. Korang tahu tak siapa yang buat? Ha,meh nak cakap sini. Amir rasa mungkin ada yang tersalah sangka (memang ada hari tue).. Header nie sebenarnya Amir yang  buat. Cantik tak? (sila puji..siapa dapat bodek dapat header buruk..Hehe). Ok la kan.. Amir rasa header nie biasa sahaja.. Rasa nak tukar lagi lah.. Haha! 

Aduhai..memang kemaruklah.. Sekarang ini pun tengah buat header lain.. Untuk kawan sekelas Amir.. Ni ha blognya. Keyrill Augustine. Blog dia tak dak header so Amir nak buatlah yang baru.. Kalau dia berkenan. Orang zaman sekarang nie banyak cerewet..Barang free selalu tak baik.. Jadi,kalau nak yang baik punya.  Bayarlah.. Haha!

Baiklah..Setiap header yang berubah di blog ini adalah ciptaan Amir Izzat. Barang sesiapa yang ingin memiliki header fantasi serta angan-angan.. Boleh la tempah sekarang....!!  Haha! Tak da lah... Amir main-main saja.. Header i pun ala kadar je... hehe.. 
jom baca lagi

Perihal Penulis Blog Amir Izzat


Penulis blog Revolusi Pembebel Jalanan sebenarnya bernama "biarlah rahsia". Siapa dapat teka nama sebenar penulis. Amat bijak lah orangnya. Penulis berasal dari Kelantan dan sekarang sedang belajar dalam aliran vokasional dengan mengambil Kursus Katering di Kuching Sarawak.

Berumur 16 tahun 7 bulan serta mempunyai 5 orang adik beradik. Sebenarnya,kewujudan blog Revolusi Pembebel Jalanan ini adalah dengan tidak sengaja. Kenapa? Sebab blog ini diwujudkan kerana keinginan atau perasaan ingin tahu apa itu blog. Tidak sengaja lah bukan? Memandangkan sudah terlajak dan tidak dapat diundurkan,penulis teruskan jua menulis ntah apa-apa.

Penulis juga bercita-cita ingin menjadi seorang yang berjaya dalam perniagaan(tak minat sebenarnya) Katering. Kalau tidak dapat,jadi tentera lah gamaknya...

Baiklah. Semoga anda terus gembira berada di sini dan semoga apa yang penulis luahkan disini akan menjadi renungan untuk anda.

Amir Izzat " Akan ku bawa perubahan hanya melalui kata-kata"..Sekarang..daku minat menulis.
jom baca lagi

Ranking Alexa Semakin Naik..


Wah! Tengok ar..Ranking Alexa blog Amir Izzat dah naik laa... Dulu...Bawah 2 juta..Sekarang nie..bawah sejuta..Okay kan? Yang Malaysia pulak.Semakin hari semakin naik..Hairan aku...Tak apa lah..Yang penting terus meningkat..Maintan..Hurm..tak silap aku..Bulan lepas aku check..Blog nie ranking Malaysia kita-kira dalam 7 ribu gitu-gitu la..Alhamdulillah..naik..hehe..

Aik! Kenapa nama blog See The Truth? Haa..nie nak habaq mai..Dulu..Nama blog nie See The Truth..Setelah lama menjelajah..Ada lah blogger nie cakap..''Kenapa tak guna nama sendiri..kan elok... ''. Jadi,aku pun letak la nama Amir Izzat

Ini menandakan blog Amir Izzat kepunyaan aku..Nama yang baik nan indah..kan? Amir bermakna pemimpin..Izzat bermaksud mulia..Pemimpin yang mulia..InsyaAllah..aku akan jadi pemimpin yang berkaliber kelak..amiin..
jom baca lagi