Memaparkan catatan dengan label Melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Melayu. Papar semua catatan

Perjuangan UMNO, Melayu dan Islam

Kadang-kadang aku terfikir…
Adakah UMNO benar-benar memperjuangkan Melayu? Bagaimana pula dengan agama Islam?

Perhimpunan Agung UMNO  2011 telah berlangsung.

Banyak kata-kata semangat diberikan kepada ahli UMNO agar mereka bangkit dan bersatu.

Iya! Bersatu! Bersatu! Bersatu!

Kalimat ini yang ku dengar.

Kalimat ini yang diutarakan oleh pemimpin tertinggi UMNO.

Kalimat ini juga yang pembaca berita bagitahu.

Tetapi bersatu dalam segi apa?

Bersatu memperjuangkan Islam dan Melayu?

Bersatu bertambah mutu?

Bersatu agar kita mendapat kuasa lebih?

Bersatu agar rakyat menerima UMNO?

Bersatu supaya UMNO kekal berkuasa?

Tetapi aku musykil.

Bersatukah UMNO dalam memperjuangkan Islam dan Melayu?

Iya! Selepas mendapat mandat daripada rakyat untuk menerajui Negara sejak dahulu lagi, adakah UMNO telah memperjuangkan Islam dan Melayu?  Melayu selalu dikaitkan dengan UMNO. Jarang sekali Islam dikaitkan dengan UMNO tetapi sedar atau tidak bahawa orang Melayu adalah beragama Islam?

Ya! Aku akui bahawa UMNO telah memperjuangkan Islam(walaupun bukan agenda utama) dan Melayu tetapi sejauh manakah perjuangan UMNO itu berjaya? Taktala masih berlaku perpecahan. - mungkin kerana sikap manusia.

Andai kata perjuangan UMNO berjaya dalam memperjuangkan Melayu.
Mengapa Bahasa Melayu seoalah-olah dipandang enteng? Dihina! Diherdik! Diperlekehkan! “Kolotlah bercakap dalam bahasa Melayu.” Itu yang mereka tunjukkan. Bagaimana? Melalui tindakan mereka yang bercakap bahasa Melayu sepertimana ROJAK buah dibuat. 

Iya! Berbahasa ROJAK dengan mencampur adukkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Mengapakah keadaan ini wujud? Namun,apa yang pasti, sebelum Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris(PPSMI) diperkenalkan, perkara ini tidak berlaku. Kemudian, fenomena berbahasa rojak mula berlaku selepas itu.   

Walaubagaimanapun, tahniah buat Kementerian Pelajaran kerana sudah sedar dari tidur yang panjang dengan memansuhkan PPSMI ini. Itupun setelah didesak oleh beberapa pihak dan setelah bangun dari tidur yang panjang,Kementerian Pelajaran baru sedar bahawa PPSMI ini telah menjadi barah di kalangan anak Melayu.

Usah diceritakan dengan penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang. Apa yang jelas adalah, bahasa Melayu dipinggirkan. Anda sendiri tahu bukan?

Baiklah. Kita hanya berbicara dalam konteks memartabatkan bahasa Melayu. Persoalannya, benarkah UMNO memperjuangkan orang Melayu? Jika benar, mengapa penerapan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat begitu lemah? - Hal ini adalah perkara yang paling asas.

Saya kira, UMNO harus berubah! UMNO harus sedar kepentingan bahasa!  Tidak mustahil bahasa Melayu akan menjadi bahasa ilmu jika usaha untuk memartabatkannya terus dilakukan tanpa mengira desakan pihak ketiga.

Lebih malang lagi, ada orang Melayu yang lebih suka berpeluh tubuh asalkan periuk nasi mereka tidak diganggu. Hairan..

Baiklah. Jika kita berbicara pula tentang soal Islam,  adakah UMNO memperjuangkan Islam? Oh ya, lupa pula bahawa UMNO bukan memperjuangkan Islam padahal sewaktu UMNO ditubuhkan dulu, laungan “Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!” kedengaran apabila orang Melayu menentang Malayan Union. Kini? Milik PAS? Oh ya! Mungkin ketika itu orang Melayu BERSATU.

*************

Ketika khusyuk mendengar laporan berita.

Inilah kata-kata yang ku dengar  “ Kembalikan maruah UMNO dan Barisan Nasional” dan “ Maruah Melayu harus dipertahankan!!” tetapi bagaimana pula dengan maruah Islam? Siapakah yang akan memperjuangkan Islam? PAS? Iya, aku masih mengharap….

Tadi, perkataan “ PAS bukan parti memperjuangkan agama tetapi parti politik” sampai di telingaku semasa menonton TV3.(Merujuk kepada kata-kata pemimpin pemuda pemudi UMNO) Kalau PAS bukan parti yang memperjuangkan agama, adakah UMNO parti yang memperjuangkan agama?  -Berbalik kepada slogan BERSATU tadi, aku berharap kita umat Islam di Malaysia khususnya Melayu ini bersatu dalam sah yang lurus. Apabila kita bersatu dalam sah yang lurus, kita juga harus bersatu di mana-mana sahaja tetapi apa yang berlaku tidak seperti diharapkan?

Aku sedih dan pedih! Beginikah nasib Islam dan Melayu?

**********

Harapan aku.
1. 
1. UMNO akan memperjuangkan agama Islam habis-habisan.
2. UMNO akan sedar kepentingan bahasa Melayu!
3. UMNO akan mengubah nasib orang Melayu!
4. PAS akan sedar kekhilafan mereka.
5. PAS dan UMNO akan bersatu dalam memperjuangkan Islam, orang Islam dan Melayu.
6. Orang Melayu sedar kedudukan mereka sekarang yang semakin terhakis.
7. Tanah Melayu ini tetap akan menjadi milik orang Melayu.
8. Al-quran dan Sunnah diutamakan dalam setiap perjuangan.
9. UMNO dan PAS memperjuangkan kepentingan solat kerana solat mencegah kemungkaran dan perbuatan fasik.
10. UMNO kekal sebagai pemerintah dan pembangkang kekal sebagai pembangkang.
11. Kes murtad akan berkurangan.
12. Tiada lagi penghinaan terhadap agama Islam.
13. Tidak kiralah siapa anda, jika anda beragama Islam. Anda harus bersatu antara satu sama lain.
14. Isu halal akan selesai.
15. Banyak lagi harapan yang aku sentiasa harapkan.
Sehubungan itu, aku harap bahawa Malaysia akan menjadi sebuah Negara Islam yang maju. Bukan Islam atas nama tetapi penerapan Islam kekal dalam jiwa rakyatnya yang beragama Islam. Sikap perkauman harus dibuang! Hak tetap dipertahankan! Agama Islam terus dijulang! Melayu tidak akan hilang didunia.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Apa yang kita ada sekarang adalah bermula dari masa silam.Tetapi masa silam harus dijadikan pengajaran.

Akhir kata, andai kita memperjuangkan Islam. Kita akan tahu tanggungjawap sebagai seorang khalifah dan sebagai hamba Allah dimuka bumi ini.

Nota kaki:
Jika anda tidak fasih berbahasa Melayu, sesungguhnya anda tidak layak menjadi warganegara Malaysia dan jika anda tidak mengikut perintah Allah, sesungguhnya anda tidak layak menerima rahmat dan nikmat Allah swt. Jom berhijrah selagi pintu taubat masih terbuka!

p/s: Maaf jika pandangan ini tidak menepati selera anda. Assalamualaikum wbt.

jom baca lagi

Kenapa Kita Perlu Ikut Budaya Barat?

( Ini kelemahan panca inderaku yang menulis menggunakan tangan yang melihat menggunakan mata. Maaf, aku geram)

Bismillahirahmanirrahim..

Saban hari kita semakin terpengaruh dengan budaya barat. Tidak kira lah daripada aspek mana. Tentu saja ada elemen barat yang dibawa oleh kita.

Aku memang pantang dengan orang yang menolak budaya timur kita. 
Aku memang pantang dengan orang yang menolak cara orang Melayu( cara Islam ajar) berbicara.
Aku memang pantang dengan orang yang menolak budaya Islam tetapi mendewakan budaya barat.

Baiklah. Baik aku terus terang. Kalau aku beri contoh banyak-banyak kan susah pulak korang sebab ada pembaca yang jenis otak lambat "pick up" susah nak faham. Nanti jadi salah faham.

Kita orang Melayu yang beragama Islam ada adap dan tatasusila. Entri aku ini berhubung dengan sikap orang Melayu yang aku nampak pada blogger tertentu.

#1.
Contoh!

Isi entri si blogger itu. " Kenapa tak straight to the point je? Kenapa perlu berkias-kias dalam percakapan bila kau nak kutuk orang tapi kau bagi ayat yang sedap dulu pastu baru kritik. Itu namanya hipokrit.?"

Hello ngek!!! Kita orang Melayu ni kenalah beradap dalam tegur menegur. Hari tu aku terbaca kat blog mana entah dia cakap orang yang macam nie.. (yang tak terus terang dalam percakapan dalam tegur menegur ni) hipokrit. Tak ke namanya bodoh? Aku tak kata bodoh tetapi aku tanya tak ke namanya bodoh? Pasal apa aku tanya tak ke namanya bodoh? Sebab kita ini ada tatasusila sebagai rakyat Malaysia yang kononnya berbudi bahasa itu kita kena jaga lah adap dan tutur bicara.

Mana boleh hentam keromo je.

" Woi minah, tetek ko besar lah!! Pigi tutup dengan kain!!" (padahal nak kata baju minah nipis)
" Eh Man, ko punya burung terkeluar lah." (padahal nak kata seluar zip terbuka)

Inilah orang kita. Inilah rakyat Malaysia. Inilah akibatnya semua benda nak ikut barat. Kemon beb! Kita ada budaya jadi kena la ikut budaya. Tak mahu ikut budaya tidak apa. Kita ada agama. Orang Melayu setahu aku beragama Islam. Mengikut perlembangaan lah. Dalam perlembagaan pun kata orang Melayu kena tutup aurat. 

Tapi kalau hukum Allah pun boleh langgar. INi kan pula peraturan manusia.

Nak kata bodoh tak. Tapi memang. Ops! Aku tak kata.

Iyalah.. Bila tv dan akhbar pun ikut barat. Pakaian pun ikut barat. Kehidupan pun ikut barat. Lalu agama Islam yang suci dan murni ini ditinggalkan maka jadilah Melayu Keparat. Eh! Melayu tak sedar diri.

Aku tahu tak ada gunanya memperjuangkan bangsa tetapi aku menggunakan atas dasar Islam yang menuntut umatnya berakhlak mulia serta mengikut sunnah Rasul.

Meh nak  cerita sikit. Aku dulu memang terkejut lah jumpa wanita Melayu (malas nak guna muslimah) pakai skirt. Ya Allah..seksi bebenor. Dalam tv lagi la banyak. Kau ada tengok Melodi tadi. Ada la artis tua yang kurus-kurus tu. Pakaiannya fulamak! Dasyat!!! Tapi anak dah enam. Gilo lah.

Aku tak tahu dah nak tegur apa. Kalau cakap mak bapak tak ajar. Memang ajar tetapi masalahnya mak bapak pun sama. (terjumpa seorang ibu bertudung tapi pakai t-shirt ketat. Malu weyh)

Aku bukan hendak merendahkan orang Melayu tetapi kalau nasihat lembut2 pun tarak guna. Aku...aku guna cara lembut apa nie. Hahaha! Aku tak mahu nanti orang Melayu kita hilang identiti Islam ini. Melayu memang bertuah mendapat Islam tetapi adakah Islam bertuah mendapat Melayu? Jom jadikan kita umat Islam yang bertatasusila. Jangan cakap main lepas. Jangan buat benda yang melampui batas syarak. 

Ingat! Allah ada bersama kita. Allah lihat apa kita buat dan Allah akan tanya kita kelak.

Korang nak tahu tak apa kunci utama untuk membendung masalah ini?? Nak tahu tak?

Ok! Kunci utamanya adalah SOLAT!!! Iya, sebab solat mencegah kemungkaran dan jangan tinggalkan al-quran dan sunnah.

Ok lah! Aku dah mengantuk. Assalamualiakum.

* lepas ni kalau aku ada kekuatan aku nak tegur perempuan seksi macam ni*

" Kak! Nak tengok tetek boleh?? Lagipun cik kak dah buat saya stim. " 

Korang rasa dia bagi tak? Hahahhaha! Alang-alang tayang, bukak terus.

(alamak!!!) Gurau je ye.



*****************

Melayu itu tenang, mencintai kedamaian, menyukai kecantikan mengkagumi kebersihan.

Melayu itu bertindak, pantang dicabar, menghapus musuh, mengkeji keburukan.
 
Melayu itu pandai, berilmu, rajin, kreatif, inovatif.

Melayu itu hilang tanpa sukan, seni, budaya dan hiburan. Inang, Zapin, Joget, Gamelan, Mak Yong, Dikir Barat, Rock, R&B, Hip-Hop, Rap, Blues, Country, Metal, Alternative, Nasyid; bersatu, berasimilasi, membentuk identiti diri.

Melayu itu kerana bahasanya, budi pekertinya, budayanya, adatnya.

Melayu itu berkata, “Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah. 

Melayu itu boleh hidup beraja dan boleh hidup tanpa beraja.

Melayu itu bencikan rasuah. Rasuah adalah dosa yang MAHA dosanya, dosanya 
mengatasi membunuh dan berzina.

Melayu tidak sukakan kongkongan politikus dan agamawan. Melayu menolak politikus dan agamawan yang mempergunakan tempat mereka untuk kepentingan diri. Melayu tidak mahu mati kerana Politik dan Agama.

Melayu itu berdiri melangkaui agama. Melayu dulu maju kerana Hindu dan meneruskan kelangsungan kerana Islam. Agama adalah hak hidup masing-masing. Bangsa tidak akan terancam kerana Agama.

Melayu itu bangsa dan negara. Sesiapa sahaja boleh menjadi Melayu tidak kira apa kaum asalnya dia. Asalkan dia berbahasa Melayu, mengikuti tata cara hidup Melayu, berfikir cara Melayu dan mencintai Melayu 

************sumber di atas ini sahaja dari************
http://melayuliberal.wordpress.com/about-2/


jom baca lagi

Video Karam Singh Hina Melayu | Yang Mabuknya Samseng Melayu


Video Karam Sigh Walia Mabuk 

Aku tak tau dah nak cakap apa. Kesian aku dengan Karam Singh Walia. Dalam video ini , beliau sudah meminta maaf. Tetapi samseng Melayu yang tak bersekolah ni yang kurang didikan kasih sayang serta kurang adap kesopanan dan berlagak hero mengacah beliau atau lebih tepat lagi MELAMPAUI BATAS!

Aku tak bangga la la dengan kau samseng Melayu. Kononya nak jadi pembela la!  Dalam "Video Karam Sigh Walia Mabuk" ni sebenarnya yang 'mabuk' adalah samseng Melayu.. Telan daun ketum kali..Hoho.
Nota:

1. Semuanya bermula dari rumah...
2. Nampak sangat yang B*DOnya adalah Melayu di atas.
3. Siapa sokong Karam Sigh angkat tangan? Siapa sokong samseng Melayu, angkat penumbok? Hahaha!
jom baca lagi

"Saya Manyak Benci Sama Itu Melayu Maa.." Borak Budak Melayu Dengan Budak Cina

Hurm..Meh nak kongsi cerita sikit. Mata pun tak mengantuk lagi sebab nak kemas buku. Jadi,meh aku bagitahu kisah benar yang terjadi di sekolah ku ini.

********************

"Ha,lu mau satu rahsia tak?" tanya budak Melayu kepada budak Cina

"Penting ka? tanya budak CIna agak hairan. Aku yang berada di sebelah mereka sudah terasa ingin tahu. Perbualan mereka bukannya perlahan tetapi sengaja..

'Saya mahu kasi tau sama lu aa.. Saya manyak benci sama itu Melayu. Melayu manyak yang bermegah oo..Berlagak..'' luah budak Melayu itu. Perasaanku ketika itu agak marah sedikit. Kalau ikut darah yang panas..Dah lama aku belasah..tapi buat relaks je.

Sambung budak Melayu lagi..

"Tapi saya tidak benci sama itu Islam..saya cuma benci sama Melayu saja.." budak Cina pun mendengar tanpa berkata apa-apa.

********************
Kejadian ini berlalu semasa perhimpuan. Dari gaya budak Melayu tue bercakap. Huh! Sombong dan berlagak! Saya lihat budak Cina tue tak berminat pun nak dengar tapi budak Melayu nie.. Entah laa..Hendak membangkitkan rasa marah ke apa..Entah la.. Saya tidak tahu apa motif budak Melayu tue.
Kalau korang lah,pabila dengar budak Melayu cakap macam nie..Apa yang korang akan buat ek? Nasib baik den dapat tahan kemarahan ini. Tak marah tapi geram. Kalau nak cakap pun,jangan lah kuat-kuat,kan? Ini tidak,cakap bukan main kuat lagi..Itu sengaja namanya.

Kalau budak Melayu dah benci orang Melayu.. Tak tahu lah apa yang akan terjadi kelak..Hurm..


********************
Pendapat jahatku,
Mahu sahaja aku mengheret budak lelaki Melayu itu ke belakang dewan lalu membelasahnya. "Dasar budak tak reti bersyukur!!!" herdik ku..

"Dush! Dush!' aku menumbuknya...

"Pang!" lalu menamparnya..

"Argh!!!! Jagk!" aku menerajangnya..

Selepas itu,biarkan dia tersungku jatuh ke bumi dan aku akan ketawa macam Hellioz.. Ghyahahahhaha... 

Tapi aku bukan itu laa..Hurm..susah la kalau anak Muda Melayu S macam nie...,kan?
jom baca lagi

Berapa Ramaikah Anak Muda Melayu Yang Pandai Bersilat?



Assalamualaikum...

"Ayah Long..Amir nak belajar silat. Tiap-tiap malam dengan Pak Su Lazim.Boleh tak?" tanya aku pada bapa saudara di ruang tamu selepas makan malam. Dulu,aku tinggal bersama bapa saudara aku di kampung.

"Hurm..Buat apa nak belajaar silatnya? Orang zaman sekarang pakai bedil(pistol) doh. Kalau belajar pun,kena tembak gak" kata Ayah Long kepadaku...yang macam enggan membenarkan aku untuk mempelajari silat yang memang sebati dengan orang Melayu.

"Alaa...orang nak belajar gak..Silat nie penting..Dapat mempertahankan diri..Semua orang dah belajar..Lagipun rumah Pak Su Lazim dekat jah..Hurm..Boleh laaa...Deh?" pujukku dengan muka yang sangat kesian..Memang kesian habis laa...

"Hurm...Tak leh..Tak leh." kata-kata dari ayah long yang mematikan perbualan kami.

Aku pun terus berlalu....Tamat!


Baiklah.. Sebenarnya aku teringin nak belajar silat. Kenapa? Sebab silat itu adalah satu seni mempertahankan diri orang Melayu. Tak lengkap hidup kalau tidak mempunyai ilmu silat. Dulu,aku pernah belajar. Selepas tidak dibenarkan oleh ayah long untuk memperlajari Silat Tapak Harimau dengan Pak Su Lazim. Jadi,aku hanya belajar di sekolah sahaja. Silat Terlak Empat dan Silat Tongkat. Namun,hanya sekejap sahaja apabila guru silatku telah berpindah sekolah.

Baiklah. Kita lupakan kisah. Hendak ku bertanya. Berapa ramaikan anak muda Melayu yang pandai bersilat? Kalau dikampungku,dikatakan semua anak muda Melayu mempelajari ilmu persilatan ini. Kawan-kawan di kelas ku kebanyakan mereka mempelajari ilmu silat ini. Tak kira lah yang berbadan kecil dan besar. Semua ada. Bukannya apa..Untuk mempertahankan diri dari perkara yang tidak diingini. Lagipun,silat ini dahulunya diajar untuk memperkenalkan Islam. Betul tak?

Setahu aku,syarat untuk mempelajari silat ialah:

  • Niat dan ikhlas kerana Allah.
  • Solat kena cukup.
  • Tak boleh tinggal solat.
  • Tidak boleh bermegah-megah.
  • Jangan berlagak...dan banyak lagi lah..
Baik! Sebenarnya banyak lagi syaratnya namun ini sajalah yang aku ingat. Semuanya berkaitan dengan agama Islam. Betullah..Silat diajar untuk memperkenalkan agama Islam dulu kalanya. Untuk menarik orang ramai mempelajarinya,kan? Kalau salah sila betulkan. Lihat sahaja pada syaratnya,semua ada kaitan dengan agama Islam.



Namun,apa yang aku lihat pada masa sekarang. Tidak ramai anak muda Melayu yang pandai bersilat. Kalau diajar kungfu macam Bruce Lee nak tak? Ah! Belajar silat pun tidak mahu. Inikan pulak benda lain,kan? Alangkah bagusnya pemuda Melayu di negara Malaysia yang tercinta ini mempelajari ilmu persilatan yang ku rasakan nadi orang Melayu. Jangan kau kata aku rasis kalau bercakap soal Melayu tapi inilah Melayu! Hang Tuah pun pandai bersilat..Sebab apa? Sebab diajar sejak kecil.

Ada ke pemuda Melayu yang dari kecilnya ingin belajar bersilat? Ada ke pemuda sekarang yang mempunyai niat sebegitu? Mungkin ada yang berniat untuk belajar bersilat tetapi mungkin ada sebab-sebab tertentu yang menghalang.  Tapi kan,bagus lagi belajar silat selepas Isyak daripada merayau-rayau dengan motorsikal. Melepak dan menjadi kutu rayau.

Bagus lagi belajar bersilat dari duk buang masa melakukan perkara yang tidak berfaedah di malam hari. Tidakkan belajar silat ini penting? Tetapi pada masa sekarang. Ramai yang tidak tahu bersilat. Kalau di ajak ke gelangggang. Mungkin telefon geng dulu. Cets! Ceteknya ilmu mempertahankan diri. Baiklah. Kalau pencuri masuk ke rumah,boleh la membuka langkah silat terlebih dahulu daripada kena ancaman dan daripada duk tunggu polis.kan?



Silat ini banyak caranya. Teknik mengelak.menangkis dan menyerang. Setakat penyamun yang bawa parang. Sekali tempis sahaja. Ayah Long aku..Memandang dia kudung kaki akibat ditimpa balak. Dia berlawan guna tangan sahaja. Dengan orang muda pulak tue..Tetapi orang muda itu kalah..Nah! Berlawan tangan dengan orang tua pun kalah. Ilmu masih kurang kot. Oh ya! Berlawan tangan bukan bermaksud yang main gagah tangan tue tapi berlawan.. Tumbuk sana tumbuk sini.

Oleh itu. Aku menyeru anak-anak muda Melayu. Belajarlah silat. Minta izin dengan mak bapa untuk belajar bersilat. Tidak rugi. Masa mudalah masa untuk belajar bersilat. Aku takut yang seni persilatan ini akan hanyut ditelan zaman. Betul? Dimanakah identiti orang Melayu kalau silat ini semakin terhakis? Belajar lah..Sekarang nie aku sedang berusaha untuk belajar bersilat. Tapi orang yang nak ajar itu susah nak cari..

Korang tak akan faham kenapa penting Silat ini kalau korang tak belajar. Aku rasa menyesal tak belajar hari tue sebab masa cuti hari itu pergi Kuching. Melepas sudah.. Oh ya! Aku rasa orang Melayu pun dah takut tinggal di Malaysia,kan? Tengok bangla pun takut. Tengok India pun takut. Tak kira lah sesiapapun. Kita hidup bagaikan pelarian di bumi sendiri. Hurm..rugi-rugi. 



Dengan adanya silat. Kita dapat mempertahankan maruah kita! Kita dapat mempertahankan maruah orang Melayu! Ketuanan Melayu!!! Orang lain tak akan mencabar kita kalau ilmu penuh didada...!! Jangan pula Melayu hanya kenangan pada masa lalu....Sekian..
Enhanced by Zemanta
jom baca lagi

Siaran Cerita Tv1,Tv2,Tv3 Tak Best!!! Bahasa Malaysia Terhakis..

Salam!! Huhuhu..Kenapa ek pagi-pagi nie cerita kat semua tv tak best? Hish! Nak komplen!! Bosan weyh.. Pagi tadi pun tengok MHI je.... Bosan! Bosan!! Nak duk depan blog tapi idea tarak..Apa yang rakyat Malaysia suka nak baca pagi-pagi ek? Hurm....


Aku benci dah tengok siaran kat tv sekarang. Asyik-asyik iklan..Dulu suka tengok tv2 sebab tak banyak iklan..Sekarang nie..sama je... Tak syok ar..Ape kejadahnya letak iklan banyak-banyak..dah la iklan sama je sejak aku lahir.. tak de yang baru... betul aku cakap...Muak aku nengoknyer..

Kamu semua tak meluat ka?? Tak rasa nak hempas tv tue kat tanah?? Aku..nak hempas gak tv tue..tapi kesian..Beli mahal-mahal wat pe nak hancurkan..,kan? Nasib baek de tv..kalau tak..tengok dinding je kan.. Yang penting..aku dah tak layan...hanya berita je aku nengok...


Tengok cerita kat tv cam tak sesuai pulak.. Sebab drama Melayu cam drama Barat... Korang tau la kan.... Bagus aku tengok cerita Barat dari drama Melayu yang entah pape..Dosa tetap sama bila tengok aurat..Hish! Kena elakkan nie....

Kebanyakan siaran kat tv sekarang hanya menyanyi..cerita sal dendam. Siang malam sama je. Aku..sebagai pelajar nak gak tengok cerita yang berilmiah.. Ada..tapi jarang..Banyakkan laa.. Cerita Indonesia pulak berlambak.. Aku bukannya tak suka tengok Drama Indonesia nie cuma...cuma malas nak tengok!!  Drama Melayu dah abis ka? Dah tak laku ka?

Dulu..masa aku kecik-kecik..Banyak drama best dan menarik yang aku terlepas..Kalaulah ditayangkan semula kan bagus.. Orang atasan kat syarikat televisyen tak pikir ka? Awaq duk promote drama seberang? Deme tue tak de pulak promote drama kita..Kita pulak yang terhegeh-hegeh..

Sepupu aku..dah fasih cakap bahasa Indonesia tau..[tipu nie]Memang hebat ar penangan cerita diorang. Bahasa Malaysia pulak terpingir..Macam mana Bahasa Malaysia tidak terpinggir kalau drama Melayu tue asyik guna bahasa rojak.. I..U..I U.. 'U nak pergi mana??'' ''I nak pergi mampus''. hehe... 

Tengok..Kan bagus guna ''saya'',''awak''. Ini tidak..rojak.. Lagi satu...guna ''Gua''...''Lu''.. Ada satu dialog... ''Haa...Dah jumpa...Gua Babi..'' Yang sorang tue tanya..''Lu babi?''Haha..'' Adoi...terhakis la bahasa Malaysia macam nie..Rakyat Malaysia tak pandai cakap Bahasa Malaysia a.k.a Melayu. Akibat media,pengarah dan penerbit filem/drama jugak nie..betul tak? Tak betul..sila marah! ..

Tak tahu dah nak cakap apa..Siapa yang harus dipersalahkan??? Semuanya mengarut!! Kalau ada fakta yang salah..Sila perbetulkan sebab ini entri geram..ok? Hanya luahankan apa yang terbuku...Aku guna bahasa baku ..hehe..Sebenarnya..bahasa Malaysia aku lemah..tapi aku pandai bercakap loghat Kelantan...Melayu.. Bahasa Malaysia kini rumit..susah nak faham...kan? Sekian...

Mungkin Pendapat Saya Berbeza Dengan Pendapat Awak..
Apa pula pendapat awak? 
[kenapa takut untuk luahkan pendapat,sedangkan ia membantu?]
jom baca lagi

Kalau Tak Nak Saya Tengok ''Buah'' Awak,Kenapa Pakai Ketat??

Assalamualaikum kawanku!! Kali nie aku nak berbicara tentang perempuan dan pakaiannya.Tajuk aku “Kalau Tak Nak Orang Tengok Buah Awak,Kenapa Pakai Ketat?’’ sesuai tak? Sesuai kot..Aku rasa tajuk nie tidak lah keterlaluan sangat jika dibandingkan pakaian perempuan zaman sekarang yang memang ketat..dan MENGANCAM…terutamanya pakaian anak-anak gadis a.k.a REMAJA.


Tengok! Kan bagus bertudung tapi..Masyaallah... nampak benda yang tak sepatutnya..nie yang aku lemah....Tak tahu la nak cakap apa lagi..


Yang nie toksah cakap laa..Kalau korang jalan-jalan  kat mana..Mesti jumpa la gadis macam nie..Aku hairan..Gadis Melayu berpakaian gini..Kalau lah aku kawen nanti.. Gadis mana yang aku nak pilih ye..Gadis Melayu dah kira tak menjadi..Pilih la yang mana-mana..Asalkan baik..kan? Walaupun begitu..tak semua gadis macam orang lam gambar tue...Segelintir dan kebanyakan...

Aku sebenarnya sakit mata! Sakit mana melihat gadis bangsaku berpakaian gini..tak ada adat dan Maruah!! Ye! Tak ada maruah..dedah sana dedah sini..Seksa aku tengok walaupun hati tidak ingin melihat 'harta'' kepunyaan sang gadis yang bernilai itu..yang hanya patut dilihat oleh lelaki yang bergelar suami sahaja. Dimanakah sifat malu itu? Dimanakah nilai Islam yang diterapkan sejak kecil? Hendak salahkan ibubapa? Boleh..tapi tidak seratus peratus..Ibubapa jugak harus memainkan peranan yang penting..Nie tidak...mak ngan anak 2x5..Ini realiti brader..aku bukan cakap kosong..Mak ngan anak keluar jalan-jalan..sama je.. Aduhai..

Aku yang melihat nie terseksa.. Pakai tudung baju ketat nampak ''buah''. Tak sanggup wei aku lihat..tak sanggup..Cukuplah..Tapi aku pelik...Kalau tak nak orang tengok ''buah'' awak kan..kenapa awak pakai baju ketat-ketat sehingga menampakkan susuk tubuh badan awak yang menggiurkan?? Kenapa? Lepas tue..orang culik terus rogol..Sape yang nak dipersalahkan nie? Si gadis atau perogol atau kedua-duanya sekali???



Cubalah pilih pakaian seperti gambar diatas tue...menuntup aurat..Kalau nak beli baju tue..tak yah ar beli yang ketat-ketat..beli yang besar. FIkir la sikit ye gadis-gadis...Aku tak tahu dah nak cakap apa..Kalau aku tengok ''harta'' korang...aku rasa bersalah pulak..Padahal tertengok je..Bukan sengaja...Sedih..Sedih..Begini kah anak gadis bangsaku??? Beginikah Gadis Melayu yang dibangga-banggakan itu? Beginikah adat Gadis Melayu? Yang lebih sedih...Begini kah Gadis Muslimah?  Teruk..teruk..

 [Kan Cantik???]
Aku tulis bukannya apa..aku geram..aku pergi jalan-jalan dengan keluarga..Aku rasa pemandangan aku tercemar dengan gaya berfesyen gadis-gadis remaja zaman sekarang! Meluat! Rasa bukan duk di Malaysia lagi dah...Ingatlah Neraka..Ingatlah mak bapak korang..Maruah weyh...Maruah... Nie lah..kat sekolah cikgu ajar..tak nak dengar.. Bila dah besar..Menyusahkan!! Beringatlah..

p/s:Sape yang terasa cili tue,pi minum air banyak-banyak..Muhasabah diri la yek.. Kerna nila setitik,rosak susu sebelanga...Oh ya! Kalau aku nak kawen nanti..Ada lagi ke gadis Melayu yang benar-benar tulen??? Takut la nanti..tak de...kan?? Melepas la pulak..huhu...Allah buat molek doh..Nak ikut hukum manusia ke hukum Allah???

[gambar sumber dari Google. Kalau ini gambar anda,saya mintak maaf.Muka telah dikaburkan.Jangan risau.]
jom baca lagi