Assalamualaikum dan salam sejahtera serta selamat pagi saya ucapkan. Pada pagi yang mulia ini,saya rasa terkilan sedikit dengan seorang blogger ini. Nak eja Malaysia pun susah. Ada ke patut diejanya meleisia? Tak ke bodohnya?? Perlu ke saya kata bodoh? Tak perlu kan..Semua dah besar..Semua dah pandai berfikir..Bak kata Nabil,lu ada otak..Lu pikir laa!!!
Apa yang hendak saya luahkan. Bukan kemarahan. Bukan kedengkian..dan bukannya kebencian terhadap blogger itu tetapi geram. Ya,geram kerana mempersendakan Bahasa Melayu iaitu bahasa rasmi negara kita. Macam mempersendakan rakyat Malaysia la pula. Hurm..
Kalau nak menaip pun,biarlah beradab. Malaysia ini kan tanah tumpah darah kita. Kalau tak suka,minta dengar Perdana Menteri nak keluar Malaysia..Pergi negara lain..
Hey! Orang lain berduyung-duyung nak datang sini. Nak cari rezeki..Kalau dah tak bersyukur lahir di tanah Malaysia ini. Silalah keluar dengan hormatnya.. Susah la kalau ada rakyat Malaysia macam ini. Macam mana nak aman.
Oh ya! Terlupa pula saya,blogger ini asyik menegur orang. Tak puas hati lah gini lah. Ya,saya sokong teguran dia..Dia berani! Tapi dia tak lihat diri dia sendiri. Cerminlah diri sendiri dulu baru kutuk orang..Saya sokong apa yang anda buat tapi saya tidak sokong cara awak melakukannya. Saya pun muhasabah diri juga.
Okay! Kalau blogger itu nak bukti? Atau anda tidak percaya..Nah! Tengoklah buktinya..
Lihat!!
Ini pendapat saya!! Macam mana dengan awak??
Amir: Perlu ke saya dedahkan blogger itu? Anda pun tahu,kan?
Ops! Dah jadi macam dia la pula..Kalau tak tegur,akan melarat pula. Ingat! Ini bukan isu remeh!!!



