Memaparkan catatan dengan label Bodoh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bodoh. Papar semua catatan

Lawak Bodoh Yang Menyebabkan Kematian.


Video ini menunjukkan seorang perempuan mati akibat gurauan rakannya. Lihatlah sendiri. Namun,apa yang hendak Amir tanya korang. Korang percaya video ini? Cuba lihat dia punya kesilapan. Apa yang dapat Amir katakan. Video ini bukannya betul pun. Tak apalah,tengok dulu ye.

Walaubagaimanapun,jangan buat lawak bodoh di mana saja anda berada kecuali di blog. Di blog anda boleh buat lawak bodoh tapi hati-hati. Nanti jadi macam kes Hassan Skodeng. Nikmatilah video ini senikmat malam..Malam bulan pengambang. Hahaha!
jom baca lagi

Masih Ada Blogger Yang Tidak Pandai Mengeja Malaysia?| Pernah Pergi Sekolah Ke Tidak??

Assalamualaikum dan salam sejahtera serta selamat pagi saya ucapkan. Pada pagi yang mulia ini,saya rasa terkilan sedikit dengan seorang blogger ini. Nak eja Malaysia pun susah. Ada ke patut diejanya meleisia? Tak ke bodohnya?? Perlu ke saya kata bodoh? Tak perlu kan..Semua dah besar..Semua dah pandai berfikir..Bak kata Nabil,lu ada otak..Lu pikir laa!!! 

Apa yang hendak saya luahkan. Bukan kemarahan. Bukan kedengkian..dan bukannya kebencian terhadap blogger itu tetapi geram. Ya,geram kerana mempersendakan Bahasa Melayu iaitu bahasa rasmi negara kita. Macam mempersendakan rakyat Malaysia la pula. Hurm..

Kalau nak menaip pun,biarlah beradab. Malaysia ini kan tanah tumpah darah kita. Kalau tak suka,minta  dengar Perdana Menteri nak keluar Malaysia..Pergi negara lain.. 

Hey! Orang lain berduyung-duyung nak datang sini. Nak cari rezeki..Kalau dah tak bersyukur lahir di tanah Malaysia ini. Silalah keluar dengan hormatnya.. Susah la kalau ada rakyat Malaysia macam ini. Macam mana nak aman. 

Oh ya! Terlupa pula saya,blogger ini asyik menegur orang. Tak puas hati lah gini lah. Ya,saya sokong teguran dia..Dia berani! Tapi dia tak lihat diri dia sendiri. Cerminlah diri sendiri dulu baru kutuk orang..Saya sokong apa yang anda buat tapi saya tidak sokong cara awak melakukannya. Saya pun muhasabah diri juga.

Okay! Kalau blogger itu nak bukti? Atau anda tidak percaya..Nah! Tengoklah buktinya..

 Lihat!!

Ini pendapat saya!! Macam mana dengan awak??

Amir: Perlu ke saya dedahkan blogger itu? Anda pun tahu,kan? 

Ops! Dah jadi macam dia la pula..Kalau tak tegur,akan melarat pula. Ingat! Ini bukan isu remeh!!!
jom baca lagi

Bodoh Ke Pelajar Sekolah Teknik?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Mengapa manusia nie mudah menilai seseorang dari paras rupa..dan dari luaran sahaja? Aku hairan..manusia yang aku maksukan adalah masyarakat Malaysia sendiri walaupun tidak semuanya begitu.Hairan! Hairan! Hairan! Kalau cakap yang kita nie dari sekolah teknik..Air muka seseorang tue mula berubah..Macam kita nie bodoh sangat.. Sebenarnya,tidak semua pelajar sekolah Teknik 'bodoh' seperti yang segelintir orang sangkakan..Tidak semua..


Kalau bodoh..macam mana kami orang yang belajar kemahiran ini dapat belajar dengan baik dan melanjutkan pelajaran je politeknik..seterusnya ke universiti.. Kan? Ubahlah tanggapan itu..aku tahu ramai yang beranggapan pelajar sekolah teknik tidak cerdik..kurang asam..Tingkahlaku teruk..Aku tahu sebab cikgu sekolah aku dulu..Sekolah menengah biasa kata.. ''Tak payah ar pergi sekolah teknik..nanti balik sini pulak..kat sana semuanya perangai tak elok..''

Macam tue la ayat cikgu sekolah menengah biasa..Macam memperkecilkan pelajar sekolah teknik..Selepas aku menjejak kaki ke sekolah teknik nie..Barulah aku tahu..bahawa pelajar sekolah teknik nie tidak lah seteruk mana dari segi moral..cumanya..dalam akademik memang lah kurang tetapi pabila berbicara soal kemahiran..kami pandai! Ha! Itu lah bezanya kami dengan pelajar sekolah menengah biasa..

Cuma anda bayangkan..Kalau pelajar sekolah menengah biasa yang tidak cemerlang SPMnya..Kemanakah dia arah tujunya? Duduk rumah je..Alamatnya..bekerja dengan susah payah laa..tetapi pelajar sekolah teknik nie. Kalau SPM  kurang cemerlang..Kami boleh menggunakan kemahiran yang ada. Itulah kelebihannya pelajar sekolah teknik. Ada kemahiran walaupun tidak sepandai budak yang banyak A tue..

Kalau pandai..dan berkemahiran..Fuh! Lagi bagus.. Jadi,pelajar sekolah teknik tidaklah seperti yang segelintir manusia sangkakan..tak gitu ke? Sesiapa yang ada pengalaman bertemu atau menjadi pelajar sekolah teknik? Mari kita bincangkan... :) Berfikir dengan positif..Buang segala negatif..Kita tangkis pemikiran yang ''kurang bijak''..

Amir: Kerna bila setitik..rosak susu sebelanga..Jom kita ubah tanggapan negatif...

jom baca lagi

Pakcik Bawa Motor Kata BODOH Kat Pemandu Kereta..

Assalamualaikum..

Aku nak bercerita nie pun rasa nak gelak lah. Gini..pagi tadi..aku keluar rumah kejap..duduk depan tangga..Berguling-guling.. Tapi rasa bosan ar..Kena baca sesuatu nie..Aku..kalau tak baca suratkhabar satu hari..Memang tak sah hidup..Jadi,memandang Makcik Bedah(nama tipu) depan rumah menjual surat khabar..Lantas,aku pi amik duit.. Menuju ke tengah jalan...

 [gambar hiasan]

Semasa nak melintas tue..Ada satu motor nie..yang dibawa oleh pakcik yang memang sudah tua..Mengikut falsafah Prof.Amir Izzat,kelajuan motor tue dianggarkan 100 kilometer/sejam. Agak laju la jugak bagi orang tua sebegitu.. Di simpang tiga sebelah kanan aku pulak..di hadapan rumah Makcik Bedah.. Ada sebuah keta nak keluar..dia duk tepi sekolah ar.

[laju macam nie laa..]

Pakcik tue...memang dah laju gila laa...Disebabkan keta nie nak keluar..Dia 'slowdown'kan motorsikal ex5 dia..depan aku..Jadi,aku pun melintas lah..Ingatkan tak da apa-apa yang berlaku..Baik..ikuti perbualan aku dengan Makcik Bedah..Nak beli suratkhabar..

Aku: Assalamualakum Makcik Bedah...Ado jual surak kabar dok ari nie?

Makcik Bedah: Ari nie tok juaal.. Sebab ado pasar tani..G la pasar tani nuh..Ado...

Aku: Pasar tani? OOh..bereh..timo kasih la deh.. (sopan beb..)

Selepas berbual dengan Makcik Bedah..Aku nak balik rumah laa..Dekat je..Tiba-tiba aku terdengar orang menjerit..

''BASSO BODO BOWOK KETTO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!''

Tergaman aku mendengarnya..Dah la kuat gilerr.Rupa-rupanya pakcik tue kata kat pemandu keta tadi laa...Kalau orang yang berdekatan kat situ lalu..Kompen...kompen...kata pakcik tak da adab..... Eh! Faham tak? Maksudnya.. ''Orang Bodoh Bawak Keta!!!'' Macam tue kot dalam BM..Aku pun tak tahu sangat nak terjemah.....

Adoi...Pakcik tue memang lawak dan tak da budi pekerti langsung laa...Pengajarannya..Kalau berada di jalan raya..Kita mesti beradab..Bertolak ansur..Jalan raya nie..bukan kita sorang je yang punya..kan????

AMir: banyak orang banyak ragam....
jom baca lagi

Blogger Yang Bodoh!


Bodoh! Bodoh! Bodoh! Siapa yang bodoh? Anda atau blogger itu? Apa nak jadi dengan seorang blogger itu yang sanggup membodohkan dirinya ha? Ngok betul lah.. Hey bro! Kalau dengki ngan orang pun,ada adat la. Blog kau pun tak sesempurna mana pun. Aku pi blog kau nak tengok pun tak hengen! Tapi aku terpaksa jugak baca..nak ikuti perkembangan. Apa  yang boleh aku katakan adalah engkau tidak matang!!

Ya! Mengapa aku katakan tidak matang? Sebab...tulisan kau macam budak-budak bai.. Adalah dua tiga orang blogger yang aku TERMASUK blognya serta TERBACA tulisan sampahnya yang hanya tahu buat entri sampah IRI HATI. AKu rasa laa... kau tak layak digelar blogger sebab ko nie SAMPAH! Sampah masyarakat yang tidak senang melihat orang maju. Kenapa nie?? Kenapa? Nak trafk tinggi? Baca buku..cari ilmu..cari maklumat pengguna untuk pembaca. Bukan entri sampah yang menghina dan mencari kesalahan orang.

Ben..aku suka baca blog dia. Kenapa? Sebab blog dia ada apa yang aku nak. Hoi blogger yang cetek akalnya itu? Cuba kau baca semua entri Ben..Ada apa? Dia bukan sekadar post je bai..ada intipatinya. Itu blog dia...suka hati dia la. Yang kau  sibuk tue apa pasal?  Haa..jeles ek? Jeles lah.. dah la blog warna tak cantik! Warna tulisan sekejap gitu sekejap gini. Bahasa yang digunakan macam budak tadika. Belajar mengeja dulu..ok?

Tapi..kenapa kau sanggup buat begini? Kalau dah tak suka,diamlah. Tak payah nak sibuk. Buat hal sendirik. Cari la idea nak up trafik. Nie tidak... Argh! Cakap panjang-panjang pun tak guna jugak. Sebab kau mungkin tak faham. Ingat! Dosa fitnah tue besar bai..


Bila lah dunia blogger nak maju kalau ada orang sebegini? Nak kata pi skolah. Pi kan? Nak kata tak bersekolah. Berskolah gak..tak tahulah. LU ADA AKAI...LU PIKIQ LA...
 
p/s:
Kenapa blogger..mari kita berfikir sejenak..
p/s:
Siapa yang memakan cili..dialah yang terasa pedasnya.
p/s:
Ada akal fikir..ada mulut..cakap tapi lebih baik diam. ada telinga dengar. Ada hati..sematkan iman. Assalamualaikum!!
jom baca lagi