Memaparkan catatan dengan label Aku Seorang Pelajar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aku Seorang Pelajar. Papar semua catatan

Aku Dilantik Menjadi Ketua Pengawas 2011

Aku telah dilantik menjadi Ketua Pengawas? Wow! Hati ini masih ragu ragu dan tidak percaya. Benarkah apa yang aku dengar daripada Cikgu J selaku PK HEM di sekolah ku..

Imbas kembali.....

Waktu: Selepas perhimpunan..Kira-kira 8 pagi.
Tempat: Bilik mesyuarat.

"Semua pengawas dikehendaki tunggu di bilik mensyuarat"umum pengerusi majlis.

Apabila dah berkumpul dan duduk di kerus masing-masing. Kami menunggu Cikgu Jamali atau PK HEM datang untuk memberi ucapan..

Diringkaskan cerita..Tibalah masanya untuk mengumumkan jawapan penting dalam perbadanan pengawas.

Jawatan;

1. Bendahari- Nur Ainon.
2. Setiausaha- Chai Szi Ching
3. Naib Penolong Pengawas- Fatin Farzana
4. Penolong Ketua Pengawas- Alan Chai...

Dan tibalah masanya untuk mengumumkan jawapan Ketua Pengawas..Jatuh kepada..........



Kita berehat sebentar..(tunggu iklan..)




Jatuh kepada Amirull Izzat. 

"Huh? Aku ke?" aku terkejut. Tidak sangka cikgu memberi kepercayaan kepadaku.. InsyaAllah aku akan pikul tanggungjawap ini sebaik mungkin.

Oh ya! Korang pernah jadi pengawas? Best tak? hehe!

Besar tanggungjawapnya..InsyaAllah.. Aku akan buat yang termampu..Dan menjalan tugas ini dengan amanah. Kadang-kadang bila jadi pengawas ini. Aku harus adil. Kawan tetap kawan. Tugas tetap tugas,kan?


Pemerhatian aku dengan pengawas senior.

1. Tidak menjalankan tugas dengan baik.

Bayangkanlah kalau senior buat dek apabila pelajar melakukan kesalahan. Inikan pula aku yang baru dilantik menjadi pengawas? Lain kali aku akan bertindak dengan tegas.

2. Tidak komited dengan tugas.

Entah la..Aku hairan dengan pengawas senior ini. Kenapa mereka hendak menjadi pengawas? Bayangkanlah tadi..Aku yang membaca doa TERPAKSA memikirkan doa sendiri kerana tiada seorang pun pengawas senior mengendalikan perhimpunan.

3. Sikap

Sikap pengawas senior sama saja dengan pelajar biasa. Itu silapnya. Pelajar buat salah tidak tegur.. Alah bisa tegal biasa. Apabila pelajar yang melakukan kesalahan ini tidak pernah di tegur. Dia mungkin berani untuk melakukannya lagi.

Tidak apa..Andai aku bersekolah ini hadapan. Aku akan bersihkan nama PENGAWAS..Biar kawan menjadi lawan.. Biar diri dibenci..Asalkan aku tidak ditanya di kubur kelak... Maafkan aku andai pengawas senior membaca tampalan ini tetapi itulah ku lihat. Aku mengerti bahawa setiap pengawas akan menjalankan tugas dengan baik. Hanya segelintir sahaja yang teruk namun itulah yg menjadi duri dalam daging. Maafkan daku..


jom baca lagi

Aku Kemalangan..| Kaki Tak Patah..Tangan Tak Cedera..Tapi Motorsikal Ku Parah!

Jam 6.30 pagi.

"Ah! Dah lewat nak pergi sekolah nie..." getus hati ku.

"Ma..Ayah..Abe pergi dulu deh...:" Aku bersalaman dengan mereka.

Masa kian berlalu..

Jam 6.45 pagi.

Aku mula menghidupkan motorsikal Ex5 milik ayahku..

Kerana aku merasakan akan terlewat sampai ke sekolah. Aku terus memecut dengan laju. Setibanya aku di trafik liight. Lampu merah! Aku berhenti lah... Tunggu 1 minit..

: Hijau:

Aku pun terus memecut dengan laju..Apabila sampai di sekolah..Aku cuba mengurangkan kelajuan... Sedikit demi sedikit dengan menekan brek.. Tiba--tiba..

" Eeeeeeeeeeeeeeetttttttttttttttt!! " Aku membrek..

Keadaan motorsikal tidak dapat dikawal..Tayar belakang tergelincir....

Tiba-tiba aku motorsikal yang aku bawa terbalik..

Aku terjelopok di atas jalan raya..Terbaring..Motorsikal ku parah..Sidemirror pecah...  Memang sakit lah... Tangan aku cedera..Kaki ku cedera..Motorsikal ku cacat sedikit...

Apa lah malang nasib hari nie...Pertama kali seumur hidup kemalangan..Selepas ini,tak nak dah bawak laju..tapi tadi bawak gak..Ahaks...Huhu.

Motorsikal dah la keluaran lama..Bila eksiden..lagi la tak syok nak bawak.. Tadi,aku bawa 100 km/j je..Tak laju kan? LC laju lagi..Hehe!

Ada hikmah dari kejadiaan ini.. Kalau lah tadi ada kereta yang bawak laju di belakang aku..Dah jadi arwah aku hari ini..Mungkin aku tak kan update blog lagi..Mungkin aku tak dapat merasa duit Nuff..Mesti aku tak dapat jumpa Mak bapak aku..

Yang paling penting..Mesti aku tak sempat bertaubat..Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Pengasih.. Den nak bertaubat.....

jom baca lagi

Argh! Sakit!

Ketika aku sedang khusyuk mendengar cikgu Albert menerangkan macam mana hendak membuat soalan Matematik bab apa ntah. Tiba-tiba aku..

"Haaaaaaaaaaaasyem!! Haaaasyin!! Syiiiiiiiiinn..." aku bersin..

"kenapa kelapa aku pening lak nie?" aku memegang kepala ku sekejap. Mungkin jangkitan selsema ini sudah merebak ke otak ku.

" Tidak! Aku tidak mahu mati..Aku belum kawin lagi..Dosa ngan mak ayah pun belum minta maaf." jauh benar aku berfikir di hati.

Entah mengapa. Sejak semalam..malam tadi. Aku diserang satu virus yang dipanggil SELSEMA. Amat seksa hendak beradu malam tadi. Selalunya selepas terfikirkan wajah ibu mertua. Aku terus terlelap ketakutan. Tetapi malam tadi...

Asal mahu tidur sahaja...aku...

" Haaaaaaasyem! Haaaasyem!" aku bersin lagi. Aku rasa orang yang bernama Hasyim pun dah  tersedu banyak kali malam tadi. Kiraku,beliau juga mungkin terseksa. Ahaks!

Memang tidak lena lah. Pagi tadi, mahu ke sekolah pun terasa berat. Badanku yang bersaiz Sazali Samad ini sudah untuk diangkat. Walaupun begitu,tanggungjawap sebagai pelajar harus ku turuti.

Disamping terkena Selsema yang bukan B*B*. Aku turut terkena batuk.. Yup,asyik terbatuk sahaja. Macam orang tua pulak.

" Huk Huk! Huk Huk! " macam nie kot bunyi batuk.

Memang tak senang lah hidup. Bila sihat tak reti bersyukur,bila sakit. Inilah padahnya.

Aku teringat lagu Raihan - Demi Waktu.

" Demi masa...sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan yang beriman dan beramal soleh... Ingat lima perkara sebelum limat perkara.. Sihat...sebelum sakit..." Habis.

**********
Sihat sebelum sakit? Inilah yang ku alami. Jujurlah aku katakan. Hanya bila sakit sahaja aku akan lebih dekat kepada Allah. Apabila sihat,terasa jauh sekali. Entah mengapa..InsyaAllah aku akan berubah. Doakan aku sihat. Esok nak tengok wayang "Resident Evil". Selepas itu  pergi jom Heboh! (semua tempat setan). Hahaha!
jom baca lagi

Susah Ke Nak Menerima Kenyataan?


Hurm..Kenyataan dan kebenaran. Mempunyai makna yang sama.Mungkin. Kadangkala kita memang susah untuk menerima kenyataan walaupun ia sudah berlaku. Contohnya apabila kita kehilangan seseorang. Mungkin kita tidak menerima yang si dia sudah pergi meninggalkan kita..Dan tak kan kembali lagi....


Sukar bukan? Ya,memang sukar. Begitulah yang saya alami. Susah untuk saya menerima kenyataan dan kebenaran yang sedang berlaku pada diri saya. Kita sentiasa mencari alasan untuk menidakkan kenyataan itu..

Dalam hidup yang penuh pancaroba dan penuh berliku liku ini. Banyak benda yang terjadi kepada diri kita.. Apa yang kita miliki dulu,mungkin tidak lagi menjadi milik kita.. Apa yang kita harap tidak berlaku kepada diri dan keluarga kita..Berlaku juga akhirnya.. Semua itu ketentuan Ilahi..

Dalam konteks percintaan pula,walaupun saya tidak bercinta. Dalam bercinta..hidup terasa begitu indah. Fuh! Kitalah sang putera! Kitalah sang puteri yang bahagia..! Dunia ini bagaikan hidup kita.. Tetapi apabila si dia sudah meninggalkan kita... Berkecai hati..tak dapat nak menerima kenyataan itu.

Entah laa..Walau apapun yang terjadi,kita sememangnya sukar untuk menerima kenyataan itu. Tak kita la dari sudut mana pun.. Hidup..Pelajaran.. Masa depan..Perkahwinan..dan sebagainya..Memang sukar..kan?


Walaubagaimanapun,kita harus dan tabah untuk mengharungi kehidupan ini. Jangan menoleh lagi ke belakang. Jangan menoleh lagi ke arah masa silam. Jadikan apa yang berlaku kepada kita pada hari ini adalah kebangkitan untuk kita pada masa hadapan. Sesungguhnya Allah tidak akan menimpakan sesuatu musibah atau dugaan melebihi kemampuan hamba-Nya,kan?

Kadang-kadang ada yang tidak kisah apa yang berlaku ke atas dirinya..Buat dek je. Bagus ke? Bak kata Karam Singh Walia:

Terbakar rumah ternampak asap,terbakar hati tiada siapa yang tahu..
jom baca lagi

Letih Giler Jadi Pelajar Rasa Nak Letak Jawatan Dari Jadi Pelajar Je! [Bahagian 1]

Salam geng bas sekolah. Eh! Geng-geng kampung Dusun yang baik hati. Ha,meh dengar cerito dari Amir Izzat nih! Amir kali nie nak luahkan perasaan yang tersangaaaaaaat letih. *Huh? Ada ke perasaan yang tersangat letih? Lantak la belalang..

Huhu..Pergi sekolah tadi..Hujan turun der..Lebat.. "Tak apa...hujan kan rahmat.." ucapku di dalam hati supaya tak menyumpah seranah kat hujan seperti segelintir orang. Turun hujan terus cakap..Sial..Setan laa..Macam-macam... Aduhai...*Kalau ada pelempang..Leh kasi kat orang yang menyumpah nie..

Pada pukul 6.30 hujan masih turun.. Dengan lebatnya tanpa belas kasihan pada diri ini..Kalau ikut hari.. Tak mahu dah pergi sekolah. Namun apabila difikirkan masa depan ku kelak.. Kena pergi la jugak. "Beb! Saya ada cita-cita besar..Saya mahu jadi Chef macam Chef Wan tau..gyahahhaha.." cita-cita nak hadi Chef der.. tapi gelak macam Hell pulak.. Haha. *Muka macam nie nak jadi chef? Nak muntah ada laa..

*********************
 Sambil nuggu hujan reda.. "U know what is reda? Think first then ask me laa..Hehe.." aku tanya korang!  Lantas,aku ambil baju Chef.. Gosok-gosok dulu.. Eh! Ini gosok bukan macam gosok-gosok manja..Ini gosok in Kelate..But in Melayu Luar they call seterika baju.. Haha.."Cets! Ada hati budak Amir nak speaking!" rintih hati korang,kan? *Tunjuk rajin la nie..Ahaks.

Selepas gosok baju seketika, jam pun dah menunjukkan jam 6.50 pagi. So,aku pun bersiap-siap dan chow lah.. Hahaha..  Semua barang dah letak dalam keta yang mak aku bawak. So,tak yah risau barang sekolah basah. Yang risaunya tuan punya badan basah der.. Hahaha...

Tutup semua lampu..Check semua dah okay then kuar rumah start motor. "Alamak! Pintu belum tutup..Adoii.." aku pun ambil magga..lalu mengunci grill pintu rumah ku.. Ha,korang tahu tak mangga tue apa? Yang pasti bukan buah mangga.. Hehe.* Haru la kau Amir..Aduhai..

Pastu,start motorsikla EX5 ku yang agak smart serta kacak bergaya.. Tutup pintu pagar..Terus memecut je jalan raya...Masa berlalu dengan pantas...

Tiba-tiba..... 
jom baca lagi

Dah Nak Pulang Dari Sekolah.

Yes! Dah nak pukul 12 tengahari. Masa untuk pulang. Hanya tinggal sejam lagi. Dah sakit jiwa duk sekolah nie..Ye la kan..Otak ngah tak tenang..kekeke.. Agak-agak laa..Kalau aku ponteng balik awal,aku kena marah cikgu tak? Eh! Tentulah kan..Ngoks sungguh mung AMir. Ahaks.

Tapi kan..sejam itu lama laaa..Yup,memang lama. Hari ini hari Jumaat. Balik rumah kul 12 tengahari. Pukul 12.30 mandi dan terus pi masjid. Dah nak Zohor dah tue.. Aku tak mahu terlewat. Nanti tak dapat dengar khutbah Jumaat yang amat penting,kan? Sia-sia la pi mayang Jumaat tapi tak dengar khutbah,kan?

Baiklah..Masih di sekolah nie..Jumpa ye sejam kemudian... Selamat beribadah!!! Oh ya! Kirim salam ngan mak...Hikhik..Assalamualaikum!!!!
jom baca lagi

Sedang Belajar Matematik

Masa nie mungkin aku sedang belajar di dalam kelas. Jam 7.10 kena dah masuk kelas. Pukul 7.20 pagi mungkin dah bermula sesi pembelajaran. Subjek pertama yang aku ingat dalam otak sekarang nie adalah Math. Yeah,aku tak suka Math tapi aku suka cara cikgu mengajar. Jadi,kini aku dah mulai suka Math. Hehe. Dulu asyik gagal je,sekarang pun sama. Kena usaha lebih lagi nie.

Kalau dalam kelas masa nie,dalam kul 7-8 pagi. Aku mesti mengantuk. Tempat duduk ku di tepi tingkap barisan ke dua. Di hadapan guru pulak tue. Tapi aku tak tidur..Aku buat-buat tidur. U know what i mean,right? Ha,tak boleh tahan pabila mengantuk nie..Tak leh tumpu perharian sesangat. Kalau cikgu ngajar depan,aku ngajar belakang. Hish! Itu dulu..Hehe..Sekarang dah berubah.. Dah jadi pelajar yang baik dan budiman. Cewwah! Puji diri nie.

Masa Math..Benda pertama yang ku tunggu adalah masa untuk habis.."Bila la nak habis nie??" rintih hatiku... Macam tue ar..Pening kepala gak main dengan Math nie. Dah la bahasa omputeh. Faham tapi tak jelas. Apa la kerajaan nie..Ingat kita nie orang putih ke nak kasi ajar Math dalam bahasa Inggeris? Math itu satu bidang. Nak belajar bahasa Inggeris pun satu. Nak faham istillah Math pun satu.. Nak kira pun satu.. 

Jadi,kalau nak belajar Math. Aku kena faham dulu istillah Math dalam bahasa Inggeris. Kira kena buat kajian dan perlu korbankan sedikit masa laa... Leceh ar kerajaan macam nie. Sebab PPSMI kami merana. Huhu. Aku rasa macam dipermainkan pulak..

Nak buat macam mana. Kita nie rakyat biasa. Manalah ada kuasa nak pergi bantah pemimpin kita. Duk tengok depa buat kerja dari jauh je laa..,kan? Hurm..Math..Math..Sapa leh ajar AMir sekarang? hehe..Pening-pening.. Cikgu! Tolong ajar....

Dijadualkan post pada pukul 8.30 AM.
jom baca lagi

Rasa Malas Nak Pergi Sekolah Sebab Peristiwa Semalam

Hari nie..pada pagi ini tepat jam 4 pagi. Aku telah bangun dari tidur. Hajatnya nak mandi terlebih dahulu namun tidak kesampaian kerana nafsu aku terhadap blog lebih kuat lagi. Oh tidak! Blog menggodaku siang dan malam. Tak tahan weyh. Godaan blog lebih dasyat dari godaan syaitan.

Seperti biasa. Hari sekolah aku bersekolah. Hari cuti aku pun cuti tapi hari nie rasa malas pulak dan pergi sekolah. Dah la badan rasa tak sihat. Betul wa cakap lu. Bukan taktik nak ponteng sekolah. Aku syak yang kena selsema laa..Tetiba je hidung aku keluar hingus..meleleh. Cuba bayangkan sat? Waah! Mesti rasa nak muntah. Sila muntah sekarang. Hehe.

Pergi sekolah naik motorsikal. Yang paling aku tensen adalah jammed. Ini bukan jam makan sapu dengan roti ye. Ini jammed kesesakan lalu lintas. Walaalaupun aku membawa motorsikal tetapi kesesakan lalulintas ini menggangu aku. Sebagai pengguna yang berhemah,aku bawa perlahan je. 30 km/j cukup ar..Ingatlah orang tersayang.

Hurm..Kalau aku pergi sekolah nie. Sudah tentu kena marah ngan cikgu. Tak caya? Nanti la aku cita bila balik.. Sikap malas semakin menjadi-jadi nie....
jom baca lagi

Sedang Berehat Di Kantin

Salm geng! Bertemu lagi kita ya. Sekarang nie aku sedang berada di sekolah. Pada masa ini,tepat jam 10.20 pagi. Semua murid keluar kelas. Macam-macam tempat mereka tuju..Waktu rehat kan..Ada yang ke kantin..Ke bengkel. Marayau-merayau. Bagi orang yang membaca bekal makanan sepertiku. 

Tempat khas adalah di bawah pondok berdekatan kelas dan di tepi suangi kelas yang menaglir..Tapi rupa sungai tue macam longkang namun airnya jernih. Ada banyak ikan dalam sungai kecil itu. Kalau diikutkan hati,dah lama aku turun dan tangkap ikan tue..Masak lomak cili api pun sodap gak..kan?

Sekarang nie cikgu tidak benarkan sesiapa pun berada di dalam kelas pada waktu rehat. Bilik darjah ku pula berada di atas bilik guru jadi kami tidak boleh mengingkar arahan guru. Nak kelentong ada tapi tak jadi.Hehe.. Oh ya! Selalunya mak yang bawak nasi ke sekolah. Mak pergi sekolah dengan keta aku pi sekolah dengan motor. Naik motor best lagi..

Masa rehat di sekolahku sebenarnya agak singkat. Hanya 20 minit sahaja. Kantin pulak jauh nak mampus.Betul. Kalau nak pergi kantin sekolah,amik masa 5 minit jalan. 5 minit beratur. 10 minit jalan ke kelas sambil pi tandas. 5 mnit untuk berbual..lepas tue bermula lah pembelajaran.... Huhu.. Rehat pun dah habis..Okay lah..Nak belajar nie..Korang pi buat kerja nun! Asyik depan laptop je. Buat macam aku nie..Hehe.. Salam!!
jom baca lagi

Alamak! Hujan laa..Macam Mana Nak Pergi Sekolah Nie?


Aduhai...Tetiba je pagi nie hujan...Dah la Amir pakai motor..Hurm..terpaksa la berbasaha..Kan? Huhu..Nak buat macam mana? Arini exam..Penting plak tue..Kalau tak pergi,susah karang.. kan??

Nak buat macam mana ek? Kalau time hujan,korang buat apa? pergi atau tidak ke sekolah? Atau cari alternetif lain? Bagi yang pakai motorsikal lah..ok! Ok! Dah nak pukul 7,terpaksa gak bertolak sekarang...Kul 7 dah kena masuk..kira lewat ar kalau pukul 7 pagi sampai sekolah..orait!! Salam!!

ps: ikut hati malas..ikut otak..rajin..haha
jom baca lagi

Exam Math dan Sains Pagi Ne..

Salam geng! Korang dah bangun ke belum...?? Cepat! Cepat! Solat Subuh dulu..Ha! Pagi nie Amir exam lagi laa..Exam Matematik dan Sains.. Fuh! Berdebar gak nak buat nie..tak tahu la apa yang ada didalam kepala otak sekarang..Kalau tengok soalan,harap-harap tak blank lah..kan?

Matematik nie..Amir lemah ar sikit..Huhu..Kena minta tunjuk ajar Cikgu Isza nie.. Cikgu Isza pandai matematik..kan? Hehe..  Hurm... Matematik..Hari tue tak lulus.. Hihs! Betapa dangkal dan malasnya aku nak ulangkaji..Sekarang nie ulangkaji seberapa yang boleh..Hehe..Ketagih berblog.. tapi Alhamdulillah..Kertas Sejarah boleh buat semalam..

Ha,korang doakan Amir cemerlang ek.. Nakdapat no 1..kih3..Yang penting belajar kerana Allah..kan? Wish me good luck..Nanti belanja makan Nasi Lemat tambah roti canai..Mahu ka? Cepat!! Ok...
jom baca lagi

Kenapa La Sekolah Saya Kedekut Nak Bagi Kertas OMR Ketika Peperiksaan!!!


Salam Geng!! Entri tak puas hati nie...Cis! Semalam kan Amir exam..Hari nie pun exam.. Amir sebenarnya Amir tak puas hati la dengan sekolah tempat Amir belajar nie!! Banyak giler kedekutnya..

Kalau sekolah lama kat Kelantan,semasa ujian. Setiap pelajar diberi kertas OMR nie..Semua orang boleh… tak kena bayar! Free of charge. Tapi kat sini.. MasyaAllah..Bukan main kedekut lagi. Semuanya pelajar kena beli..Kenapa ek ? Sekolah Bandar memang kerajaan tak bagi peruntukan ke?

Sekolah lama Amir..Sekolah luar Bandar..Elok je bagi itu dan ini yang memang keperluan pelajar.. Kalau kertas seoalan latihan ke nota..Tak ada pun berkira tapi kat sekolah sekarang nie..Menyusahkan!! Ye la kan..Kalau setiap exam asyik nak kena beli..Yang nak beli itu okay la..tapi nak beli kat mana? Koperasi asyik tutup je..Ramai tau pelajar tak guna kertas OMR semalam..

Dah koperasi tutup… Takkan nak korek tanah cari kertas OMR tue..Hish! Tak paham la dengan sistem pendidikan zaman sekarang..Menyusahkan lagi ada laa.. Kalau Amir anti politik,salah kerajaan ar nie… Haha… Tapi Amir tak,Amir sokong yang baik..Tak tak baik berlaku sebab orang bawahan ar nie..kan??? HUrm..Yang salah adalah cikgu yang menjaga koperasi dan pentadbiran...kot.

p/s: Kertas untuk buat latihan pun tak leh ambil..adoi.
jom baca lagi

Baru Bangun Tidur..


Assalamualaikum dan selamat pagi..Wah! Awalnya aku bangun.Haha. Sekarang nie..Aku nak pi mandi..Pukul 6.30 pagi dah nak pi sekolah…Tapi rasa mengantuk laaa..

Huhu..Online lah sekejap. Kih3.. Tengok-tengok ada orang lawat tak blog aku yang tidak seberapa ini..kan??? Hurm..rasa bosan la pulak.. Kalau pergi sekolah nanti,mesti mengantuk..Apa nak jadi dah dengan aku?? Tak leh..tak leh… Kena berusaha gak aku nie..Tak boleh mengantuk…

Cita-cita besar nie..Kalau tak berusaha,tak akan dapat,kan? Kalau berusaha,ia akan Berjaya..Insyaallah.

Amir: Ada buffered Earnings lagi..
jom baca lagi

Baru Balik Sekolah..


Salam geng!! Amir baru je sampai ke rumah nie...Hurm..Penatnya bawak motor dari sekolah sampai rumah..Perut pun dah lapar... Tengok kat dapur... Frends fries je ada...(betul je aku eja nie?)....Makan frends fries pun jadi daaaa....

Nasib baik lah jalan tak jammed hari nie..Selalunya jammed. Kalau jammed nie..Memang sakit jiwa laah..Susah nak bawak laju-laju..Lepas tue kena pandai menyelit..Kalau tak pandai,boleh  tersangkut kat jalan raya tue... Alhamdlulillah ..Sampai gak rumah...

Korang semua nie mesti tengah kerja kan?? Jangan curi tulang!!! Hehe..

Amir: Kenapa la dengan perempuan tadi tue..?? tak boleh ditegur langsung...

jammed: ???
jom baca lagi

Aku Ponteng Sekolah Hari Ini.... Haha!

Assalamualaikum...Hish! Jahat sungguh aku ponteng sekolah hari nie..Tahun depan dah nak exam..Kalau tak pergi,nanti terkial-kial dalam exam..Aduhai..tapi apakan daya...Aku tak dapat pergi sekolah hari nie..Korang jangan marah ek...Aku ponteng bersebab...sebab malas kot..hehe..Tak da lah..ada benda yang menghalang...

Aku tahu kalau ponteng sekolah sehari...banyak ilmu yang terlepas..banyak benda yang kita akan ketinggalan. Jadi,kepada pelajar diluar sana. Jangan tiru sikap aku... Aku nie tak sedar diri..pemalas..Cops! Akui kelemahan diri sendiri..Sedar..tak takbur..

Eh! Korang marah tak kat orang yang ponteng sekolah nie??? Huhu..takut weyh kena sebat ngan cikgu..tapi aku ada reason yang kukuh...hehe..

Amir: Ilmu perlu dituntut sampai ke negeri China..
jom baca lagi

Bodoh Ke Pelajar Sekolah Teknik?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Mengapa manusia nie mudah menilai seseorang dari paras rupa..dan dari luaran sahaja? Aku hairan..manusia yang aku maksukan adalah masyarakat Malaysia sendiri walaupun tidak semuanya begitu.Hairan! Hairan! Hairan! Kalau cakap yang kita nie dari sekolah teknik..Air muka seseorang tue mula berubah..Macam kita nie bodoh sangat.. Sebenarnya,tidak semua pelajar sekolah Teknik 'bodoh' seperti yang segelintir orang sangkakan..Tidak semua..


Kalau bodoh..macam mana kami orang yang belajar kemahiran ini dapat belajar dengan baik dan melanjutkan pelajaran je politeknik..seterusnya ke universiti.. Kan? Ubahlah tanggapan itu..aku tahu ramai yang beranggapan pelajar sekolah teknik tidak cerdik..kurang asam..Tingkahlaku teruk..Aku tahu sebab cikgu sekolah aku dulu..Sekolah menengah biasa kata.. ''Tak payah ar pergi sekolah teknik..nanti balik sini pulak..kat sana semuanya perangai tak elok..''

Macam tue la ayat cikgu sekolah menengah biasa..Macam memperkecilkan pelajar sekolah teknik..Selepas aku menjejak kaki ke sekolah teknik nie..Barulah aku tahu..bahawa pelajar sekolah teknik nie tidak lah seteruk mana dari segi moral..cumanya..dalam akademik memang lah kurang tetapi pabila berbicara soal kemahiran..kami pandai! Ha! Itu lah bezanya kami dengan pelajar sekolah menengah biasa..

Cuma anda bayangkan..Kalau pelajar sekolah menengah biasa yang tidak cemerlang SPMnya..Kemanakah dia arah tujunya? Duduk rumah je..Alamatnya..bekerja dengan susah payah laa..tetapi pelajar sekolah teknik nie. Kalau SPM  kurang cemerlang..Kami boleh menggunakan kemahiran yang ada. Itulah kelebihannya pelajar sekolah teknik. Ada kemahiran walaupun tidak sepandai budak yang banyak A tue..

Kalau pandai..dan berkemahiran..Fuh! Lagi bagus.. Jadi,pelajar sekolah teknik tidaklah seperti yang segelintir manusia sangkakan..tak gitu ke? Sesiapa yang ada pengalaman bertemu atau menjadi pelajar sekolah teknik? Mari kita bincangkan... :) Berfikir dengan positif..Buang segala negatif..Kita tangkis pemikiran yang ''kurang bijak''..

Amir: Kerna bila setitik..rosak susu sebelanga..Jom kita ubah tanggapan negatif...

jom baca lagi

Aku Malu Dengan Pelajar Melayu!


Rutin harian aku adalah pergi ke sekolah..kecuali sabtu dengan ahad la..hari minggu. Kalau pergi sekolah tue,mestilah nak belajar bersungguh-sungguh..nak jadi orang yang berjaya..megangkat maruah keluarga,bangsa dan agama! Cewaah! Bersemangat sungguh aku hari ni.. Ops! Azan..berhenti kejap...

Okeyh..sambung balik.. Kenapa aku malu dengan budak Melayu? Camni ceritanya.. dalam kelas aku nie..ade la dua tiga ekor MANGKUK yang BANGANG! Mangkuk means menyusahkan orang lain. Cuba korang bayangkan di dalam aku.. Ada pelajar Iban,Bidayuh,Melanau dan Melayu..tapi yang paling BISING dan MENYUSAHKAN sesisi kelas adalah pelajar MELAYU! Aku ulangi ye.. MELAYU... dalam masalah disiplin pelajar Melayu yang kompem menjadi juaranya.. 

Kalau bergaduh@kes buli.. Kita lah Juara!-gambar hiasan

Dimana-mana saja... sama ada kat Malaya ataupun kat Bumi Kenyalang. Sama je.. bukan hendak merendahkan.. tapi dimanakah nilai dan sifat orang Melayu yang dikatakan ''BERSOPAN SANTUN'' dan "BERBUDI BAHASA@PERAMAH"? Ceeh! Orang Melayu tak berbudi bahasa@peramah laa...tak payah nak bangga diri... Tengok diri kita...kalau kita naik lif kan..Ada tak kita tegur orang sebelah? Aku tahu...tidak kan? Haa...berbudi bahasa ka macam tue? Orang puteh la yang paling berbudi bahasa...

Berjayakah kita mencapai matlamat yang sebenar?

Aku berkawan dengan ramai orang..aku dapat menilai mana yang baik,mana yang buruk.pelajar Melayu kat tempat aku memang SOMBONG tahap 'DEWA'..berlagak nak mampus...Malu la wei.... Kalau belajar dalam kelas..aku memang tak leh tumpu perhatian... Bising! Bila suruh diam,tak nak diam..''BERKALI-KALI KU BILANG..SABAR KU PASTI ADA BATASNYA...-menyanyi lagu Selalu Begitu kejap..''

Dah terbukti beb..korang pun mampu menilainya..masalah nie dah berlarutan sejak turun temurun lagi..pada firasat aku la.. Kalau tak puas hati..meh komen..kita kongsi  pandangan....

p/s : aku nak tukar status Melayu dalam i/c ke 1Malaysia.. amacam? haha.juz kidding.. Aku bangga dengan diri aku.... berkhidmat untuk bangsa dan negara...
jom baca lagi