Memaparkan catatan dengan label Hidup Aku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hidup Aku. Papar semua catatan

Hidup Ini Sukar

Hidup ini begitu sukar sekali,
Apa saja yang aku lakukan pasti dicemuh,
Apa saja tindakan pasti ada yang mencari cacatnya,
Memang benar menerima pendapat itu bagus..

Tetapi andai setiap masa...
Setiap saat...
Aku sering dicemuh dan dipersalahkan,
Mana mungkin aku dapat bertahan.

Ada saja ketidakpuasan pihak di sebelah sana,
Sering menganggu ketenteraman jiwaku,
Menyeksa mentalku..
Dan memaksa aku melakukan perkara diluar batasan... AMARAH!!

Argh!! Semakin hari aku semakin tidak keruan.
Ingin saja ku lepaskan jawatan ini,
Tetapi andai ku lepaskan..pasti mereka akan lebih suka dan ketawa.

Tidak apa! Aku akan buktikan bahawa aku tidak selemah mereka.
Yang mudah mengalah bila diuji,
Yang pantas berundur sebelum berjuang,
Aku bukan pengecut!

Nasib baik aku sedar akan kesilapanku,
Aku pernah berlembut dengan mereka namun semakin lama dipijak kepalaku.
Siapa yang dapat bertahan dalam keadaan begini? Siapa??

Bukankah seorang ketua harus dihormati?
Begitu juga seorang ketua harus menghormati anak buahnya tetapi...
Cacing pula hendak menjadi naga.

Argh! Pening! Pening!
Hidup ini terasa sukar sekali..
Ada saja hati yang perlu dijaga.
Alangkah indahnya jika aku menjadi seorang yang tidak perlu mementingkan perasaan orang lain kerna mereka juga bersikap kejam tanpa memikirkan perasaanku..

Tetapi aku ingat bahawa Allah Tuhanku.
Muhammad Nabiku.
Dan aku harus mencontohi akhlak Nabi Muhammad.
Biarpun dicela dan dihina...namun baginda tidak membalasnya dengan kekerasan.
Tetapi dengan kelembutan.

Inilah sikap yang harus aku contohi..
Tidak apa..aku akan berusaha.
Biarlah mereka melakukan kejahatan namun akan ku balas dengan kebaikan.

Hidup ini memang sukar untuk aku yang baru hendak belajar erti dunia.....

Ya Allah,
Engkau permudahkanlah urusanku dunia dan akhirat...
jom baca lagi

Aku Kemalangan..| Kaki Tak Patah..Tangan Tak Cedera..Tapi Motorsikal Ku Parah!

Jam 6.30 pagi.

"Ah! Dah lewat nak pergi sekolah nie..." getus hati ku.

"Ma..Ayah..Abe pergi dulu deh...:" Aku bersalaman dengan mereka.

Masa kian berlalu..

Jam 6.45 pagi.

Aku mula menghidupkan motorsikal Ex5 milik ayahku..

Kerana aku merasakan akan terlewat sampai ke sekolah. Aku terus memecut dengan laju. Setibanya aku di trafik liight. Lampu merah! Aku berhenti lah... Tunggu 1 minit..

: Hijau:

Aku pun terus memecut dengan laju..Apabila sampai di sekolah..Aku cuba mengurangkan kelajuan... Sedikit demi sedikit dengan menekan brek.. Tiba--tiba..

" Eeeeeeeeeeeeeeetttttttttttttttt!! " Aku membrek..

Keadaan motorsikal tidak dapat dikawal..Tayar belakang tergelincir....

Tiba-tiba aku motorsikal yang aku bawa terbalik..

Aku terjelopok di atas jalan raya..Terbaring..Motorsikal ku parah..Sidemirror pecah...  Memang sakit lah... Tangan aku cedera..Kaki ku cedera..Motorsikal ku cacat sedikit...

Apa lah malang nasib hari nie...Pertama kali seumur hidup kemalangan..Selepas ini,tak nak dah bawak laju..tapi tadi bawak gak..Ahaks...Huhu.

Motorsikal dah la keluaran lama..Bila eksiden..lagi la tak syok nak bawak.. Tadi,aku bawa 100 km/j je..Tak laju kan? LC laju lagi..Hehe!

Ada hikmah dari kejadiaan ini.. Kalau lah tadi ada kereta yang bawak laju di belakang aku..Dah jadi arwah aku hari ini..Mungkin aku tak kan update blog lagi..Mungkin aku tak dapat merasa duit Nuff..Mesti aku tak dapat jumpa Mak bapak aku..

Yang paling penting..Mesti aku tak sempat bertaubat..Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Pengasih.. Den nak bertaubat.....

jom baca lagi

Gambar Majlis Ramah Tamah Aidilfitri (Sony Alpha 550)



Assalamualaikum! Beberapa hari yang lepas... Sekolah aku ada buat satu Majlis Ramah Tamah Aidilfitri. Jadi,majlis itu pun berlangsung lah. Aku bukan nak cerita pasal majlis nie. Aku just nak cerita pasal kamera DSLR. Sony Alpha 550.



Kamera nie la yang aku guna.. Gambar kat atas itu bukan di ambil oleh aku tetapi kawanku.. Ikmal Ridz. Nampak tak gambar yang first tue kabur? Haha! Gambar tue kabur sebab Sony Alpha 550 diset manual. Patutlah kena adjust di punya lens bila zoom. Tapi best ar pakai sony nie.. Senang sahaja. Namun,kalau aku ada duit. Aku beli Canon sahaja. Cuma konpius..Canon apakah yang sesuai.. 1000D atau 500D? Sila bagitahu aku...kamera permulaan.


Gambar ini pula..Aku yang ambil..Apa komen korang? Okay ke tidak? Nasib baik aku pandai adjust dia punya "kejelasan" kat lens tue.. Sebab ia kan manual. Kalau tak,kaburlah macam kebanyakan gambar yang diambil oleh Ikmal Ridz. Kesian dia..ramai dah yang tagih janji..tapi all of picture nampak kabur.. Kesian...


Tetapi tidak apa..baru nak jadi photographer..kan? Korang tahu tak..Masa aku guna DSLR Sony A550 nie..Senang sahaja nak guna..Tak ada lah susah sangat tetapi memerlukan kepakaran.. Ikmal Ridz cakap..Abang dia pun guna Sony.. Best lah..Lens pun banyak.. Ada orang cakap..Kalau nak beli lens..Ikur kawan.. Jadi,kawan aku pakai Sony.. So,kalau beli Sony..Mudah sikit..


Tapi...aku nak Canon jugak.. Ops! Ada orang cakap..Nikon mudah lagi nak guna.. Aduhai..Macam mana nie? Tapi kan..bila tengok kocek.. Seposen je ada..Hehe! Taun depan insyaAllah..beli kot..Dengan duit Nuff...Haha.



Enhanced by Zemanta
jom baca lagi

Oh Tidak! Fasha Tinggalkan Aku..


"Sungguh gelap malam ini..tidak seperti malam yang lain...malam kelmarin adalah jugak bulan mengambang yang sungguh indah..tetapi malam ini? Amat sunyi sekali.." aku berkata di dalam hati.


Sambil melayan sebuah lagu Iklim "Bukan Niatku..". Aku terus hanyut dalam mimpi.

Dalam mimpi ku...Aku bermimpilah..tentang. Tentang apa lagi? Pasal awek idaman. Namanya Fasha. Bukan Pashasendat ye. Tetapi Fasha. Just Fasha.

Aku dan Fasha adalah pasangan kekasih dan bahagia. Fasha memiliki wajah yang amat cantik dan mengghairahkan mana-mana lelaki yang melihatnya. Maaf! Aku tidak dapat sertakan gambar wajahnya disini..takut-takut ada yang terpikat.

Cantik macam Lisa Surihani gak ar. Hehe!


Pada suatu hari,aku dan Fasha berjalan-jalan di sebuah pasaraya. Kami membeli air Ribena kerana terlalu haus berjalan di tepi taman. "Kalau minum ribena..nanti jadi kanak-kanak ribena tau..." kata ku pada Fasha.

"Eh! Mana ada..tapi jadi kanak-kanak ribena best jugak bang.." jawap Fasha.

"Ye la tue..."



Ketika aku sedang memandu motorsikal Ninja Kawasaki. Tiba-tiba aku tidak dapat mengawal motorsikal ku ini lantas melanggar tiang lampu lalu kami pun terbang gaya superman ke hadapan. Fasha tercampak ke di atas jalan raya. Aku pula tercampak di tepi jalan.

Kemudian....

"Peeeeeeeeeeeeeeeeeeeetttttttttttttttttttttttttttt!" bunyi hon dari lori yang datang ke arah Fasha.

"Fashaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" aku menjerit sekuat hati. Namun,apakan daya. Fasha telah dilanggar lori keparat itu. Sungguh sadis sekali. Lantas,dengan gagahnya aku berlari ke arah Fasha.

" Fasha! Maafkan abang.. Maafkan abang.." aku berkata sambil menitis air mata.

" Tak apa bang. Ini mungkin takdir kita.. Sampai disini sajalah hubungan kita abang..Terima kasih untuk segalanya.." Fasha berkata dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dan terus menghembuskan nafas yang terakhir.

"Fasha? Fashaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!" aku menjerit sekuar hati lagi. Aku tidak dapat menerima kenyataan ini bahawa Fasha akan pergi meninggalkan aku dalam sekelip mata...

" Arrrghh! Fashaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!" aku menjerit lagi..."

Tiba-tiba.........

Aku disimbah dengan air yang teramat sejuk.

" Amir! Bangun! Dah tengahari nie..Membuta ja kerja.. Cepat bangun!" jerit mak aku sambil menyingkap langsir dalam bilikku.

" Mak! Fasha mana mak?" aku bertanya kepada mak aku dalam keadaan cemas. Teringatkan Fasha yang kemalangan tadi.

" Eh! Fasha mana pulak nie? Dah! Dah! Pi mandi cepat.. Mak nak keluar pergi pasar.." jawap mak aku dalam keadaan kebingungan lantas menyuruh aku mandi.

Aku apa lagi..Terjah bilik mandi. Tetapi..Kemanakah Fasha pergi????

Nota: Kan aku dah kata..Ini mimpi..Namun,ada makna tersirat. Hehe!
jom baca lagi

Argh! Sakit!

Ketika aku sedang khusyuk mendengar cikgu Albert menerangkan macam mana hendak membuat soalan Matematik bab apa ntah. Tiba-tiba aku..

"Haaaaaaaaaaaasyem!! Haaaasyin!! Syiiiiiiiiinn..." aku bersin..

"kenapa kelapa aku pening lak nie?" aku memegang kepala ku sekejap. Mungkin jangkitan selsema ini sudah merebak ke otak ku.

" Tidak! Aku tidak mahu mati..Aku belum kawin lagi..Dosa ngan mak ayah pun belum minta maaf." jauh benar aku berfikir di hati.

Entah mengapa. Sejak semalam..malam tadi. Aku diserang satu virus yang dipanggil SELSEMA. Amat seksa hendak beradu malam tadi. Selalunya selepas terfikirkan wajah ibu mertua. Aku terus terlelap ketakutan. Tetapi malam tadi...

Asal mahu tidur sahaja...aku...

" Haaaaaaasyem! Haaaasyem!" aku bersin lagi. Aku rasa orang yang bernama Hasyim pun dah  tersedu banyak kali malam tadi. Kiraku,beliau juga mungkin terseksa. Ahaks!

Memang tidak lena lah. Pagi tadi, mahu ke sekolah pun terasa berat. Badanku yang bersaiz Sazali Samad ini sudah untuk diangkat. Walaupun begitu,tanggungjawap sebagai pelajar harus ku turuti.

Disamping terkena Selsema yang bukan B*B*. Aku turut terkena batuk.. Yup,asyik terbatuk sahaja. Macam orang tua pulak.

" Huk Huk! Huk Huk! " macam nie kot bunyi batuk.

Memang tak senang lah hidup. Bila sihat tak reti bersyukur,bila sakit. Inilah padahnya.

Aku teringat lagu Raihan - Demi Waktu.

" Demi masa...sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan yang beriman dan beramal soleh... Ingat lima perkara sebelum limat perkara.. Sihat...sebelum sakit..." Habis.

**********
Sihat sebelum sakit? Inilah yang ku alami. Jujurlah aku katakan. Hanya bila sakit sahaja aku akan lebih dekat kepada Allah. Apabila sihat,terasa jauh sekali. Entah mengapa..InsyaAllah aku akan berubah. Doakan aku sihat. Esok nak tengok wayang "Resident Evil". Selepas itu  pergi jom Heboh! (semua tempat setan). Hahaha!
jom baca lagi

Nak Keluar Beli Selipar Raya..

Sat gi..Aku nak pergi mandi dan bersihkan diri dulu. Alamak! Kantoi tak mandi lagi. Biasa la kan. Waktu ini air masih sejuk. Kena mandi lewat-lewat sikit. Kekekeke!

Semalam,mak aku ada ajak aku pergi India Street dekat Waterfront tue. Tahu tak? Alaa,kawasan Kuching juga.

Aku cakap la yang aku malas nak pergi sebab aku malas nak turut punggung. Korang mesti tahu makna turut punggung? Lagipun, apabila seseorang perempuan mula membeli belah. Maka,terseksalah seorang lelaki itu. Erk? Betul tak?

Betul lah. Sebab apa? Sebab..apabila kaum perempuan keluarga ku hendak membeli diorang punya barang ke apa ke. Aku je yang jadi mangsa. Kena ikut diorang hulur ke hilir. Kadang-kadang lari jugak. Hehe! Oit..duit kat tangan mak..

Memang tak tahan ar. Boleh sakit jiwa gamaknya.

Dalam hati..Memang dah merajuk ar..

"Barang kita belum beli lagi. Barang dia(adik pompuan aku) dah beli..Ini tidak adil!" 

Haha. Marah tau.. Tak apa.Selepas ini,aku berhajat nak keluar la. Pergi ke Wisma Hopoh dan Wiswa Satok. Di Wiswa Hopoh,hajatnya nak beli cd Adobe Illustrator. Selepas itu,pergi Wisma Satok beli selipar.

Aku dah tengok selipar tue. Harganya boleh tahan. RM26.90. Okay tak? Jenama Dunlop. Selipar murah sahaja. Cukup sudah laa..raya bukannya setahun,kan?

Oh ya! Korang dah beli ke pakaian untuk hari raya? Mesti cantik-cantik belaka..kan?

Nota: Baju raya belum beli lagi tapi hajatnya tak mahu beli. Kenapa? Malas.


jom baca lagi

Cuti Sekolah Dua Minggu|Best tak?

Salam..

Pengumuman! Pengumunan! Sekolah aku dengan rasminya ditutup hari ini. Maka,dengan bangganya aku mengistiharkan masa untuk bersenang lenang. Ahaks. Ops! Maaf. Terlalu gembira.

Sebenarnya,cuti sekolah sempena hari raya nie dah bermula..Bermula hari ini laa..Sebab itu ar gembira giler nak mampus dah nie..Tak sabarnya nak raya..(aku tak faham kenapa kebanyakan orang excited giler time raya? Puasa macam mana?)

Yes! Yes! Selepas ini,boleh la aku berblog dengan lebih kerap dan melakukan kajian sedikit..Hehe.. Lepas itu,nak buang ulang kaji pelajaran. Al maklumlah tahun depan aku akan duduki SPM. 

Sebelum nie,hidup aku sebagai seorang pelajar memang celaru giler (gila). Aku memang tak pandai urus masa. Jadual belajar pun tak ada tapi jadual berblogging full time der..(disogok oleh Buffered yang banyak aku dapat..)

Tapi kan..Walaupun aku cuti dua minggu..(lama tak?)..aku tetap kena ganti cuti nie..Huhu..Yang nie ar tak best.. Cuba korang fikir balik. Lebih baik kasi cuti seminggu sahaja dan pada masa kelak tidak perlulah ganti balik. Kan? Buat rugi masa..Cuti lama-lama bukannya best...

Aku dah besar...Bila pergi rumah orang..Tak dak sapa nak bagi duit..Huhu... Teringat pula zaman kanak-kanak dulu...

**********

"Man! Kau dapat berapa duit raya tahun nie?"


"Taun nie..aku dapat RM400 lebih laa..."


"Giler ah...Ko nie pergi beraya ke pergi merompak? Kalu gitu bagi tips ar sikit.."


"Ok..Kau nak tahu tak mana aku dapat duit nie?"


"Nak..Nak..."


"Aku rompak bank doe..AHaks. Tak dalah..Semua duit raya nie dari sedara mara aku... Biasar ar..orang berada.Bodek ar sikit-sikit."


"Hurm..Ye ek? Kau tak pe..anak orang kaya..Aku nie..hanya anak insan yang bergelar seorang ayah dan ibu..." Modd sedih nie der...


"Erk..Memang ar kau anak mak bapak kau! Ades..."


**********

Ops! Cerita apa lak kat atas tue? Ah! Lantak lah..Hahaha... 

jom baca lagi

Penat Juga Memasak Nie..

Hurm..Setiap hari Isnin dan Selasa aku akan memasak di bengkel. Bukannya selalu lah.Memandangkan aku nie pelajar aliran Vokasional. Mengambil kursus Katering. Maka,mempelajari bidang masak memasak yang sememangnya agak asing bagiku dulu amat memenatkan..Namun,dalam penat aku gembira..

Kalau cikgu cakap ada kompentesi,keesokan harinya..Kami,pelajar Katering perlu bersiap-siap.. Semua kain mesti ada..Kain lap meja,lap tangan..Kain layan dan sebagaianya.. Apron  juga perlu ada..Topi@cap juga perlu..Erti kata lain,semuanya perlu lengkap. Kalau tak lengkap,alamatnya..kena denda la..Pulang lewat dan dipaksa mencuci pinggan mangkuk. Argh! Perkara yang paling aku benci... 

Sebenarnya,seronok juga dapat memasak nie..tapi memenatkan laa..Kena berdiri lama punya..Jaga masakan sambil cuci peralatan..kasi bersih meja dulu....Lepas tue,tengok masakan kita... Ok! Lepas siap satu masakan..Contohnya..,Beaf stick..(betul tak eja nie?).. Kena buat masakan lain lagi.. Fuh! Penatlah...

Tak dapat la aku bayangkan mak aku memasak di dapur..lepas tue,membasuh pakaian..Lepas tue,semak kertas..Selepas itu,memasakak lagi..Dan mesti ada saja kerja yang mak aku lakukan..penat sungguh. Memang besar pengorbanan ibu..Aku pun dah larat nak memasak... 2 jam setengah masa yang diperuntukkan untuk memasak pun..pinggang aku dah mula buat hal..

Huhu... Tapi..hajat di hati nak ada juga kepakaran memasak nie... Hehe.. Nak jadi macam Chef Wan la katakan..
jom baca lagi

Susah Ke Nak Menerima Kenyataan?


Hurm..Kenyataan dan kebenaran. Mempunyai makna yang sama.Mungkin. Kadangkala kita memang susah untuk menerima kenyataan walaupun ia sudah berlaku. Contohnya apabila kita kehilangan seseorang. Mungkin kita tidak menerima yang si dia sudah pergi meninggalkan kita..Dan tak kan kembali lagi....


Sukar bukan? Ya,memang sukar. Begitulah yang saya alami. Susah untuk saya menerima kenyataan dan kebenaran yang sedang berlaku pada diri saya. Kita sentiasa mencari alasan untuk menidakkan kenyataan itu..

Dalam hidup yang penuh pancaroba dan penuh berliku liku ini. Banyak benda yang terjadi kepada diri kita.. Apa yang kita miliki dulu,mungkin tidak lagi menjadi milik kita.. Apa yang kita harap tidak berlaku kepada diri dan keluarga kita..Berlaku juga akhirnya.. Semua itu ketentuan Ilahi..

Dalam konteks percintaan pula,walaupun saya tidak bercinta. Dalam bercinta..hidup terasa begitu indah. Fuh! Kitalah sang putera! Kitalah sang puteri yang bahagia..! Dunia ini bagaikan hidup kita.. Tetapi apabila si dia sudah meninggalkan kita... Berkecai hati..tak dapat nak menerima kenyataan itu.

Entah laa..Walau apapun yang terjadi,kita sememangnya sukar untuk menerima kenyataan itu. Tak kita la dari sudut mana pun.. Hidup..Pelajaran.. Masa depan..Perkahwinan..dan sebagainya..Memang sukar..kan?


Walaubagaimanapun,kita harus dan tabah untuk mengharungi kehidupan ini. Jangan menoleh lagi ke belakang. Jangan menoleh lagi ke arah masa silam. Jadikan apa yang berlaku kepada kita pada hari ini adalah kebangkitan untuk kita pada masa hadapan. Sesungguhnya Allah tidak akan menimpakan sesuatu musibah atau dugaan melebihi kemampuan hamba-Nya,kan?

Kadang-kadang ada yang tidak kisah apa yang berlaku ke atas dirinya..Buat dek je. Bagus ke? Bak kata Karam Singh Walia:

Terbakar rumah ternampak asap,terbakar hati tiada siapa yang tahu..
jom baca lagi

Yeay ! Baru Pulang Ke Rumah Selepas 3 Hari....

Selepas semua aktiviti tamat pada hari ini..aku  balik semula ke Asrama Murni@Mulia( xingat..hehe) untuk mengemas barang. Selepas mengemas barang,aku menuju ke berhampiran dewan makan untuk menghantar selimut,cadar dan sarung bantal..(mane leh wat balik der..) Pastu,kena tunggu bas.. berpeluh dan hampir basah badan duk tunggu2...

BERSEDIA UNTUK MENGEMAS BARANG!

Sebelum mengemas..hanset check dulu.. haha..

haa. wat pe nie?? erm,...

Menang rajin....

Sempat amik gambar sebelum pergi dewan makan....
(cuba cari mana aku? Klu..kolar warna oren@kuning)


BERJALAN MENUJU KE DEWAN MAKAN!
Selepas mengemas dan bergambar...kami orang jalan lah..wat pe tunggu lagi... yang amik gambar nie aku.





Bag punya besar macam nak lari dari rumah daa....

Aku mmang suka amik gambar orang! haha.. korang lak?

BERJALAN MENUJU KE  TEMPAT BAS MENDARAT PARKING! 

Banyak betul barang brader nih?

Ha! ni lah aku..control jalan...

Bayang-bayang mengekori ku...

LEPAS TUE..SAMPAI LA KAT BAS PARKING...

Erm..nak naik bas mana ek? yang sebelah kanan..ada air-cond..sebelah kiri xda aic-cond.. Ah! lantar lah..asalkan sampai ke destinasinya.. tapi tetap pilih yang ada air-cond.. best! Korang pun pilih yang da air-cond punya..kan?

Lepas pilih bas...letak la barang dulu... Tips! letak elok-elok ye..kalau tak..terburai isi beg korang... Alamak! terselak la pulak tudung tue... AURAT! AURAT! AURAT! Tutup Mata semua....!! tapi aku tak tengok... hehe... aik..gambar perempuan mana tue kat sebelah kanan? aku sendiri pun tak perasan. haha...

TERPERANGKAP DALAM BAS!

SENYUM BANG! 

Peace! Saya budak baik!



Wah! Awek nie bubye kat aku ar... Ahaks..

BERATUR NAIK BAS!


Ini bukan gambar hantu.... hahah...lawak tol mata perempuan tuh..



Panas betul la tunggu Pak Cik Bas nih! Hampir 15 minit aku tunggu... dah la panas dalam bas..Dua orang peserta turun dari bas.. panas!!!! Selepas 15 minit.. bila semua dah ada dalam bas... barulah pak cik bas start enjin dan bertolak...... (cerita dipendekkan)

YEAY! DAH SAMPAI KAT KUCHING!

Hampir dua jam perjalanan..aku pun sampai ke Kuching... alhamdulillah..selamat.. Actually,perjalanan tak lama sangat dari Sematan ke Kuching..tapi bas macam siput... faham-faham je la....  haha..

Selepas amik semua barang..aku 'melepak' kat sini...



Kesian kawan aku menunggu mak dia..sampai peluk tiang....



Kontro..kontrol... haha...


Kebosan Menunggu!

Erm...,gabriel ,jeling pe tue?????



Okay! Dah habis cerita aku.... selepas aku ambil gambar nie..mak aku pun datang..cepat la aku menuju ke kereta..lapar..lapar..mau makan.... and then,sampai rumah..benda yang dicari adalah berukband dan laptop.. wajib der... dah 3 hari aku tak sentuh laptop... sekarang! aku gumbira...

Amir Izzat - Kem Astronomi 2010..memang best dan menarik... banyak aktiviti yang dilakukan..contohnya..aktiviti pelancaran roket air..korang pernah dengar tak? Roket air nie manarik perhatian aku... best!!! Natnti aku tunjuk gambar roket air...Lain kali aku nak pergi lagi Kem Astronomi yang dianjurkan oleh Planetarium Sultan Iskandar.... yeah!
jom baca lagi

Failed Computer Test!


Hari nie memang hari yang indah... pagi tadi kena pergi ke Stadium Negeri Sarawak sebab ada orang jemput sekolah aku untuk hantar orang tengok pertandingan olahraga peringkat bahagian Sarawak. So,kami orang bersama Cikgu Liew pergi la....
. 
Bertolak jam 7.30 pagi..sampai pukul 8.00 pagi.. kesesakan lalu lintas memang teruk waktu pagi... Selepas menyaksikan sedikit sebanyak acara yang berlangsung...hari nie last day so tak banyak acara.. aku pergi pun sebab nak saksikan bagaimana cara atlet bermain..boleh la tambah sedikit skill... SEBENARNYA.MALAS NAK BELAJAR...

Balik sekolah pukul 12.30 tengahari.. waktu nie dah Zohor..aku pergi masjid pun ketinggalan sebab tak sempat dengor ceramah.... Pasal computer test nei pulak..Huahuahuahuah.... rasa nak nangis laa...(jantan sejati takkan nagis..hehe) aku gagal komputer test lesen L tadi.. Aku sebenarnya malas nak pergi...tapi kena paksa ngan mak dan ayah...terpaksa la pergi..... Erm..,dah la aku tak  baca sedikit je.. huhuh....

Hari Ahad nie pulak nak ambil.. harap-harap lulus laa... Sambil menatap laptop..ku gengam tangan dan nekad untuk lulus.... aku hanya betul 40/50 soalan je.. nak lulus kena betul 42.. Cis! 2 soalan lagi.. nak buat macam mana..nasib.. tapi best tadi..duk dalam air-cond sekejap.. haha...



JANGAN BIARKAN KEGAGALAN MENGUASAI DIRI KITA!
jom baca lagi

Aduh! Abang Polis 'Berkeliaran'...

Wah..sudah malam rupanya..ingatkan masih petang.. Erm..,begini lah masa.. begitu pantas ia meninggalkan aku yang masih tercunggap cunggap keletihan dek aktiviti sekolah.. Dah la aku tak dapat tidur semalaman..menanti hari yang bakal menjelma..letih! letih! ini saja yang dapat aku katakan... Bangun pagi pukul 4.30 a.m.. siapkan diri.. nak pergi sekolah..pastu pukul 6.00 a.m dah nak kena ready turun rumah.. aku pergi sekolah guna motorsikal kesayanganku ayahku..

Guano Kiro nih Pok Cik Polis? Settle Lalu ko?

Tak terkejar aku dgn motor nie...

Cekap Dan Bergaya...

Hari nie agak lewat pulang ke rumah kerna mendengar ceramah 999 & bomba.. banyak ilmu yang aku dapat.. Tyme kat jalan raya tadi. Fuuh! Nasib memang malang hari nie.. abang polis merata-rata berkeliaran di pelusu penjuru. Rasa nervous mula menebal dalam diriku... ''Macam mana nie? Lesen tarak ada..lau kena saman..nak korek kat ne duit nie''...dah la ada orang kena 'surat nikah' free tadi..kesian dia.. tapi nasib bek la aku jumpa stesen minyak.. Leh nyorok-nyorok sikit.. Tapi kan..sejak kebelakangan ini.. abang polis selalu jalan-jalan yakni meronda-ronda kt seluruh tempat..kenapa ye?  Oh ya! lupa lak aku.. kan gaji dah naik.. kerja mesti la serius...komited dan dedikasi... ko guano gu?

Aku memang fobia dah lak pi sekolah esok ngan motorsikal .. kan kena 'surat nikah' baru ternganga mulut...
Apa-apa pun..abang polis hanya buat kerja dia je.. Aku nei yang tarak ada lesen..mestilah kena saman lau kena tahan macam mamat tadi.... YANG PENTING..KITA SOKONG PDRM...

Yang Benar,
AMir Izzat
Berkhidmat Untuk Negara..

Amir: Nak antor ko PDRM kojap lagi..sorat aduan nih.. hehe (gambar pakcik google)
jom baca lagi

Bercium,Meraba itu perkara biasa?!


Kisahnya bermula begini..
Ketika berada di dewan peperiksaan….’mereka’ mengejek aku ketika aku sedang berbual-bual dengan seorang kawan perempuan…  Mereka berkata-kata sesame mereka.. “tengok Amir tue,hari tue tegur orang jangan buat maksiat..tapi dia… ish!’’… begitulah  ayat mereka yang aku dengar tak dengar…. Klik sini nak tahu kisah dahulu.. Jadi,aku sound balik laah….

Aku: Wei korang… sal ngan korang? Tak puas hati ke?

Bella: sukati kami orang laah!

Freda:kau buat perkara maksiat xpa..kalau kami orang…ko marah.

Aku: Eh! Yang korang buat tue berpeluk2….bercium2… meraba-raba.. aku dengan dia cuma berbual bersembang je…. Yang korang buat tue baru maksiat! Wa la takrobu zinna! Jangan lah kamu mendekati zina…. Zina tue haram!

Bella: Ah! Perkara tue normal je bagi kami.. ko xpayah nak sibuk! Jgn nak jaga tepi kain orang…

Aku: kepala hotak ko perkara biasa! Zina tue haram…! dah la kau buat depan orang... aku yang tanggung dosa tengok ko buat maksiat..sebab tue aku tegur ko!

Bella:aku buat aku tanggung laa….ko apa kesah?

Freda: Eh Amir! Kalau nak berceramah…pergi la masjid… xpayah nak berceramah kat   sini!

Aku: Wei! Nak berceramah tak mestinya di masjid! Sukahati korang laah.. tanggung la sendiri……


Aku pun berjalan menuju ke toilet untuk membasuh muka agar syaitan tidak mengusai aku dengan kemarahan yang mula meledak…..

Amir: haa… Apa pandangan korang? Maaf lah yek.. aku tak pandai nak translate loghat negeri ke BM… ada ke patut mereka kata berpeluk,meraba-raba tue perkara biasa? Ish..ish…. terkejut aku dengar. Kenapa la mereka jadi begini? tegur salah,tak tegur pun salah....tak kuasa lagi aku nak membendung perkara nie... anda mampu menilainya…
jom baca lagi