Memaparkan catatan dengan label Lisa Surhani. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lisa Surhani. Papar semua catatan

Oh Tidak! Fasha Tinggalkan Aku..


"Sungguh gelap malam ini..tidak seperti malam yang lain...malam kelmarin adalah jugak bulan mengambang yang sungguh indah..tetapi malam ini? Amat sunyi sekali.." aku berkata di dalam hati.


Sambil melayan sebuah lagu Iklim "Bukan Niatku..". Aku terus hanyut dalam mimpi.

Dalam mimpi ku...Aku bermimpilah..tentang. Tentang apa lagi? Pasal awek idaman. Namanya Fasha. Bukan Pashasendat ye. Tetapi Fasha. Just Fasha.

Aku dan Fasha adalah pasangan kekasih dan bahagia. Fasha memiliki wajah yang amat cantik dan mengghairahkan mana-mana lelaki yang melihatnya. Maaf! Aku tidak dapat sertakan gambar wajahnya disini..takut-takut ada yang terpikat.

Cantik macam Lisa Surihani gak ar. Hehe!


Pada suatu hari,aku dan Fasha berjalan-jalan di sebuah pasaraya. Kami membeli air Ribena kerana terlalu haus berjalan di tepi taman. "Kalau minum ribena..nanti jadi kanak-kanak ribena tau..." kata ku pada Fasha.

"Eh! Mana ada..tapi jadi kanak-kanak ribena best jugak bang.." jawap Fasha.

"Ye la tue..."



Ketika aku sedang memandu motorsikal Ninja Kawasaki. Tiba-tiba aku tidak dapat mengawal motorsikal ku ini lantas melanggar tiang lampu lalu kami pun terbang gaya superman ke hadapan. Fasha tercampak ke di atas jalan raya. Aku pula tercampak di tepi jalan.

Kemudian....

"Peeeeeeeeeeeeeeeeeeeetttttttttttttttttttttttttttt!" bunyi hon dari lori yang datang ke arah Fasha.

"Fashaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" aku menjerit sekuat hati. Namun,apakan daya. Fasha telah dilanggar lori keparat itu. Sungguh sadis sekali. Lantas,dengan gagahnya aku berlari ke arah Fasha.

" Fasha! Maafkan abang.. Maafkan abang.." aku berkata sambil menitis air mata.

" Tak apa bang. Ini mungkin takdir kita.. Sampai disini sajalah hubungan kita abang..Terima kasih untuk segalanya.." Fasha berkata dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dan terus menghembuskan nafas yang terakhir.

"Fasha? Fashaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!" aku menjerit sekuar hati lagi. Aku tidak dapat menerima kenyataan ini bahawa Fasha akan pergi meninggalkan aku dalam sekelip mata...

" Arrrghh! Fashaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!" aku menjerit lagi..."

Tiba-tiba.........

Aku disimbah dengan air yang teramat sejuk.

" Amir! Bangun! Dah tengahari nie..Membuta ja kerja.. Cepat bangun!" jerit mak aku sambil menyingkap langsir dalam bilikku.

" Mak! Fasha mana mak?" aku bertanya kepada mak aku dalam keadaan cemas. Teringatkan Fasha yang kemalangan tadi.

" Eh! Fasha mana pulak nie? Dah! Dah! Pi mandi cepat.. Mak nak keluar pergi pasar.." jawap mak aku dalam keadaan kebingungan lantas menyuruh aku mandi.

Aku apa lagi..Terjah bilik mandi. Tetapi..Kemanakah Fasha pergi????

Nota: Kan aku dah kata..Ini mimpi..Namun,ada makna tersirat. Hehe!
jom baca lagi

Kisah Seorang Sahabat:"Kantoi Sukakan Awek"

Pada suatu hari yang indah...Telah berlaku tragedi yang romantis..Bukan peristiwa tetapi tragedi yang bermaksud peristiwa. Wah! Jangan pening..Ini cerita baru nak bermula…Bermulanya perbualan aku dengan seorang kawan karib dan kisah percintaan dia...

Kisah ini menceritakan dua orang sahabat yang akrab.. Si jejaka bernama Muhammad Asyraf Muhaimin Al Daniel Amin(tipu nie). Panggil nama Sameon je ye..Sameon? Macam cerita dulu kala la pulak.. Ok! Ok! Kita panggil dia Amir lah. Nak tak? Ops! Ini bukan kisah Amir..Senang cerita panggil si Jejaka ini Asyraf… Yang seorang lagi,aku la. Amir Izzat. Tambah sorang lagi watak dalam cerita ini,awek cun melecun...Hehe..

Perlu memperkenalkan diri dulu ya? Jom kita tanya Asyraf.

Amir: Salam bro!!..nak tanya...Kau nama apa ek? Meh kita buat macam baru kenal..

Asyraf: Orait..Kira berlakon la nie..Waalaikumussalam!! Laa..nama ku Dollah..Haha..

Amir: Oh…ye ke? Sal nama kau cam nama datuk aku ek? Kau jeles ngan datuk aku ek? Ops!

Asyraf: Kepala hotak ko! Namaku Nicol(nama model iklan Rejoce).. Haha. Kau dah tau lah..

Amir: Ok! Ok!  Memandangkan ada orang yang nak kenal kau..Aku nak tanya la umur kau.. Berapa ek? (ayat skema seorang lelaki menanyakan seorang lelaki)

Asyraf: Ada orang nak kenal aku? Siapa?? Ha,aku masih muda lagi. Kalau ikut masihi,umur masih muda. Ikut hijrah tua la sikit..baru je 21 tahun. Single lagi bro! Ahaks.

Amir Oit. Orang yang nak kenal kau tue yang sedang baca kisah nie laa...

Asyraf: Ye ke? Rasa macam kita nie duk dalam drama la pulak..''Selamat berkenalan awak semua''..


Amir: Wey..toksah perasan laa..Mereka semua baca kisah aku la..Bukan kau..Haha. Eh! Aku nie kira adik kau la..Oh ya! Dengar cerita,kau minat sorang aweks.. Betul ka?


Asyraf:Uiks..Mana kau dapat tahu nie? Adoi..kantoi..kantoi..

Amir: Ha,biasalah bro! Kau terkencing masa tidur pun aku tau daa…lumrah alam..kah3.

Asyraf: Ow..kau gelakkan aku ek? Tak apa..Aku malas lah nak cerita.. Merajuk nie..

Amir: Woi! Apa barang lelaki merajuk? Ok! Aku pujuk..Gyhahahaha.. (Eh! Apsal aku gelak macam Hellioz nei?).. Kawan,cerita ar sikit.. Siapa awek tue???

Asyraf: Oraiiit..Memandangkan kau nie dah tahu rahsia aku dan aku rasa kita nie serasi laa.Aku cerita laa…Nama awek tue L*** .Nama bapak dia..aku tak tahu ar..Eh! Aku rasa kau kenal la dia..Awek yang top tue. Senang cerita..Kau baca biodata L*** nie.. Nah!!(Asyraf menunjukkan satu kertas padaku..)

Amir: Huh?? Awek nie??? Gila la kau…….

Bersambung….



jom baca lagi