Memaparkan catatan dengan label Hari Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari Raya. Papar semua catatan

Hari Raya Haji | Aidiladha pada 17November|

"Mir..bila raya haji ek?" soal Akmal.

"Entah ar..aku pun tak tahu.." jawapku balik.

Ha,semalam aku belum pasti lagi bila Hari Raya Haji. Tapi hari ini aku dah tahu.. Bila Hari Raya Haji?



Haa.. Kawan-kawan,Hari Raya haji akan disambut pada 17 November ini. Jadi,susah mula cuti sekolah la kita ya. Bersorak sakan laa.

Tapi kan..Bila dah cuti sekolah nie.. Aku rasa bosan la pulak.. Aku lebih suka pergi ke sekolah dari cuti. Masa cuti? Apa yang aku lakukan? Tido, makan,berak. Makan berak tido. 

Lain pula kalau hari sekolah. Best dan tidak bosan. Lagipun,tahun depan mungkin pindah semenanjung..Hurm..Malang-malang. Sudah ku pinta pada ibuku agar ditangguhkan..Namun apakan daya.. Melawan nanti menjadi anak derhaka. 

Nota: Alang-alang aku disini..biarlah habis sampai SPM... Hurm..

Kaki: 17 November ini Hari Raya Haji.
jom baca lagi

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin!! |Ops .. Terlambat Dah Ke?

Assalamualaikum w.b.t

Aik! Dah raya ke lima dah kita? Cepat bebenor..ketupat dan lemang pun belum makan lagi. Cepat betul masa berlalu. Oh ya! Aku lupa sesuatu ar. Ucapan raya belum buat lagi nie.

Semua orang sudah buat,aku je belum. Almaklumlah sibuk memanjang. Wi-fi pulak cuti bila raya. Hairan betul aku. 

Baiklah.

Saya Amir Izzat Bin Rahsia(bukan nama sebenar) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin (belum terlambat) kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia dan dunia khususnya para blogger yang saya kenali,sahabat handai semualah yang sedang membaca ni.

Saya juga ingin memohon maaf jika ada salah dan silap selama kita berkenalan atau ketika bersua atau tidak sengaja.

Saya juga sedang menyusun sepuluh jari dan melutut (tipu nie) memohon kemaafan dari anda semua.. Eh! Berapa kali nak mohon maaf da??

Okeyh. Selepas raya gaduh balik ye. Hehe. Jangan pula ketika raya sahaja kita bermaafan. Apabila selepas raya,gaduh balik. Tak syok ar,kan?

Selamat berhari raya! Duit raya dah berapa kawan? Aku lak..Rm10 hengget je. Alhamdulillah!

Ha,nak bagitahu sikit ni. Bulan Ramadhan dah berlalu. Sedih bukan? Samalah kita..Huhu..

Ikuti perbualan di bawah.

Man Bijan: Alhamdulillah..Sudah sebulan kita berpuasa.. Akhirnya dah raya...

Zamani: Ye la..Cepat betul masa berlalu.Ketika bulan puasa,susah sikit nak jalan-jalan tengok aweks. Nanti berdosa pulak. Lagipun bulan baik,kan?

Man Bijan: Hihs! Apa la kau nie. Hey,dosa dan pahala dikira sama je setiap bulan..Bukan bulan puasa je. Setiap saat Allah kira amalan kita.. Apa daa..


Tamat! Ha,perbualan di atas aku terbaca di dalam satu akhbar. Aku ubah sikit. Apa pandangan korang? Bila dah lepas bulan Ramadhan..Setan pun naik taring daa..Huhu.

jom baca lagi

Cuti Sekolah Dua Minggu|Best tak?

Salam..

Pengumuman! Pengumunan! Sekolah aku dengan rasminya ditutup hari ini. Maka,dengan bangganya aku mengistiharkan masa untuk bersenang lenang. Ahaks. Ops! Maaf. Terlalu gembira.

Sebenarnya,cuti sekolah sempena hari raya nie dah bermula..Bermula hari ini laa..Sebab itu ar gembira giler nak mampus dah nie..Tak sabarnya nak raya..(aku tak faham kenapa kebanyakan orang excited giler time raya? Puasa macam mana?)

Yes! Yes! Selepas ini,boleh la aku berblog dengan lebih kerap dan melakukan kajian sedikit..Hehe.. Lepas itu,nak buang ulang kaji pelajaran. Al maklumlah tahun depan aku akan duduki SPM. 

Sebelum nie,hidup aku sebagai seorang pelajar memang celaru giler (gila). Aku memang tak pandai urus masa. Jadual belajar pun tak ada tapi jadual berblogging full time der..(disogok oleh Buffered yang banyak aku dapat..)

Tapi kan..Walaupun aku cuti dua minggu..(lama tak?)..aku tetap kena ganti cuti nie..Huhu..Yang nie ar tak best.. Cuba korang fikir balik. Lebih baik kasi cuti seminggu sahaja dan pada masa kelak tidak perlulah ganti balik. Kan? Buat rugi masa..Cuti lama-lama bukannya best...

Aku dah besar...Bila pergi rumah orang..Tak dak sapa nak bagi duit..Huhu... Teringat pula zaman kanak-kanak dulu...

**********

"Man! Kau dapat berapa duit raya tahun nie?"


"Taun nie..aku dapat RM400 lebih laa..."


"Giler ah...Ko nie pergi beraya ke pergi merompak? Kalu gitu bagi tips ar sikit.."


"Ok..Kau nak tahu tak mana aku dapat duit nie?"


"Nak..Nak..."


"Aku rompak bank doe..AHaks. Tak dalah..Semua duit raya nie dari sedara mara aku... Biasar ar..orang berada.Bodek ar sikit-sikit."


"Hurm..Ye ek? Kau tak pe..anak orang kaya..Aku nie..hanya anak insan yang bergelar seorang ayah dan ibu..." Modd sedih nie der...


"Erk..Memang ar kau anak mak bapak kau! Ades..."


**********

Ops! Cerita apa lak kat atas tue? Ah! Lantak lah..Hahaha... 

jom baca lagi

Tahun Ini Beraya Di Bumi Kenyalang,Sarawak

Assalamualaikum abang-abang..kakak-kakak,adik-adik,makcik-makcik,pakcik-pakcik,uncle muncle,aunty menty, dan semuanya lah. Apa khabar? Sihat ka? Kalau sihat,alhamdulillah.

Nak tanya..Tahun nie beraya kat mana? Mesti la beraya kat kampung halaman masing-masing,kan?

Huh? Ada yang tak balik? Hish..Hish..Kesian..tak apa..Tahun depan ada lagi raya kalau panjang umur..Kekeke!

Amir lak? Haa..Amir raya kat sini je..Bumi Kenyalang. Tahu ke tidak? Alaa..Sarawak lah. Beraya kat Bumi Kenyalang nie.. Best jugak la.. Sebab apa best? Entah..Sebab beraya dengan femili..Hehe.

Ya la kan..Selama tiga tahun Amir beraya di Kelantan Darul Naim tanpa keluarga. Al maklumlah..Belajar. Jadi,tahun nie Amir pindah balik ke Kuching. Senang.. Dapat duduk dekat dengan keluarga..Mudah..Segalanya mudah. Ingatlah orang tersayang. (eh..iklan jalan raya lak..)

Korang tahu tak? Bila tiba musim perayaan kat Kuching nie..Mesti semua kedai penuh dengan air tin. Amir pun tak tahu kenapa.. Banyak giler.. Berlambak lah sampai kotak air tin tue diletak kat luar kedai. Dasyat bebenor. Namun ,bagi warga Sarawak (Kuching) tidak harian dengan fenomena sebegini sebab ia adalah kebiasan apabila tiba Hari Raya Puasa.

Kalau pergi rumah kawan-kawan ke atau sesiapa sahaja..Diorang tak hidang dengan air teh ke air kopi tapi diorang hidang air tin. Air tin? Yup! Semua ada..Coca cola,pepsi,sarsi,seksi..semua ada lah.. Jimat la katakan..

Ha,satu lagi. Kek lapis..Pernah makan tak? Time raya nie la orang duk hidang.. Macam-macam ada..Memang sedap..Hehehe... 

Korang lak..Apa cita? Hehe..
jom baca lagi

Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal Seluruh Malaysia Pada 8 September 1421H/2010

Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidfitri. Sekejap sahaja masa berlalu..Terlalu pantas..Teringat pula lagu Raihan,Harapan Ramadhan..Begini kot liriknya... "Ku mengharapkan ramadhan..kali ini..penuh makna..agar dapat ku lalui dengan sempurna.." . Adakah ramadhan kali ini memang yang terbaik bagi kita? InsyaAllah.

Baiklah. Mesti anda ingin tahu bila tarikh untuk melihat anak bulan? Tarikh untuk lihat anak bulan untuk Hari Raya Puasa adalah pada 8 September menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang dikeluarkan di sini, semalam, perkara itu dititahkan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin setelah diperkenankan Majlis Raja-Raja.

Antara tempat melihat anak bulan adalah 

Pontian Kecil di Johor; 

Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara (Melaka); 

Teluk Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan); 

Bukit Melawati, Kuala Selangor (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), 

Pantai Pasir Panjang (Perak).

 Pantai Aceh (Pulau Pinang);

Kampung Pulau Sayak (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah). 

Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); 

Bukit Kemuning (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); 

Balai Cerap KUSZA, Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan).

Jadi,kepada sesiapa yang berdekatan. Boleh la sama-sama pergi melihat anak bulan. Oh ya! Bagaimana persiapan hari raya anda? Tentu meriah bukan? :)

sumber: Berita Harian
jom baca lagi

Dapatkan Pantun Ayat Hari Raya Aidifitri Sekarang!!

Jom dapatkan pantun hari raya yang kaw-kaw punyer! Boleh kasi kat awek,mak mertua dan sesiapa saja yang anda berkenan! Yang pasti,pantun ini best!


Pantun Jangan Lupa Duit Raya

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Makan sudah bersalam pon sudah
Duit raya takkan dah lupa..

Pantun Versi Perak: Gulai Tempoyak Ikan Mayong



Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Pantun Sms Ku Kirimkan Sebagai Ganti




Jambangan indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
sms ku kirimkan pengganti diri,
tanda ingatan tak lupa dihati….

Cincin Disarung Hati Berdebar

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah
Macam mana? Menarik bukan? Hehe. Ini baru sikit je. Jom ke sini.(klik la!).Ada banyak lagi pantun hari raya..Untuk Sms je laa.. dan macam-macam lah ada. 
jom baca lagi