Memaparkan catatan dengan label Selamat Hari Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Selamat Hari Raya. Papar semua catatan

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin!! |Ops .. Terlambat Dah Ke?

Assalamualaikum w.b.t

Aik! Dah raya ke lima dah kita? Cepat bebenor..ketupat dan lemang pun belum makan lagi. Cepat betul masa berlalu. Oh ya! Aku lupa sesuatu ar. Ucapan raya belum buat lagi nie.

Semua orang sudah buat,aku je belum. Almaklumlah sibuk memanjang. Wi-fi pulak cuti bila raya. Hairan betul aku. 

Baiklah.

Saya Amir Izzat Bin Rahsia(bukan nama sebenar) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin (belum terlambat) kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia dan dunia khususnya para blogger yang saya kenali,sahabat handai semualah yang sedang membaca ni.

Saya juga ingin memohon maaf jika ada salah dan silap selama kita berkenalan atau ketika bersua atau tidak sengaja.

Saya juga sedang menyusun sepuluh jari dan melutut (tipu nie) memohon kemaafan dari anda semua.. Eh! Berapa kali nak mohon maaf da??

Okeyh. Selepas raya gaduh balik ye. Hehe. Jangan pula ketika raya sahaja kita bermaafan. Apabila selepas raya,gaduh balik. Tak syok ar,kan?

Selamat berhari raya! Duit raya dah berapa kawan? Aku lak..Rm10 hengget je. Alhamdulillah!

Ha,nak bagitahu sikit ni. Bulan Ramadhan dah berlalu. Sedih bukan? Samalah kita..Huhu..

Ikuti perbualan di bawah.

Man Bijan: Alhamdulillah..Sudah sebulan kita berpuasa.. Akhirnya dah raya...

Zamani: Ye la..Cepat betul masa berlalu.Ketika bulan puasa,susah sikit nak jalan-jalan tengok aweks. Nanti berdosa pulak. Lagipun bulan baik,kan?

Man Bijan: Hihs! Apa la kau nie. Hey,dosa dan pahala dikira sama je setiap bulan..Bukan bulan puasa je. Setiap saat Allah kira amalan kita.. Apa daa..


Tamat! Ha,perbualan di atas aku terbaca di dalam satu akhbar. Aku ubah sikit. Apa pandangan korang? Bila dah lepas bulan Ramadhan..Setan pun naik taring daa..Huhu.

jom baca lagi