Memaparkan catatan dengan label Math. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Math. Papar semua catatan

Sedang Belajar Matematik

Masa nie mungkin aku sedang belajar di dalam kelas. Jam 7.10 kena dah masuk kelas. Pukul 7.20 pagi mungkin dah bermula sesi pembelajaran. Subjek pertama yang aku ingat dalam otak sekarang nie adalah Math. Yeah,aku tak suka Math tapi aku suka cara cikgu mengajar. Jadi,kini aku dah mulai suka Math. Hehe. Dulu asyik gagal je,sekarang pun sama. Kena usaha lebih lagi nie.

Kalau dalam kelas masa nie,dalam kul 7-8 pagi. Aku mesti mengantuk. Tempat duduk ku di tepi tingkap barisan ke dua. Di hadapan guru pulak tue. Tapi aku tak tidur..Aku buat-buat tidur. U know what i mean,right? Ha,tak boleh tahan pabila mengantuk nie..Tak leh tumpu perharian sesangat. Kalau cikgu ngajar depan,aku ngajar belakang. Hish! Itu dulu..Hehe..Sekarang dah berubah.. Dah jadi pelajar yang baik dan budiman. Cewwah! Puji diri nie.

Masa Math..Benda pertama yang ku tunggu adalah masa untuk habis.."Bila la nak habis nie??" rintih hatiku... Macam tue ar..Pening kepala gak main dengan Math nie. Dah la bahasa omputeh. Faham tapi tak jelas. Apa la kerajaan nie..Ingat kita nie orang putih ke nak kasi ajar Math dalam bahasa Inggeris? Math itu satu bidang. Nak belajar bahasa Inggeris pun satu. Nak faham istillah Math pun satu.. Nak kira pun satu.. 

Jadi,kalau nak belajar Math. Aku kena faham dulu istillah Math dalam bahasa Inggeris. Kira kena buat kajian dan perlu korbankan sedikit masa laa... Leceh ar kerajaan macam nie. Sebab PPSMI kami merana. Huhu. Aku rasa macam dipermainkan pulak..

Nak buat macam mana. Kita nie rakyat biasa. Manalah ada kuasa nak pergi bantah pemimpin kita. Duk tengok depa buat kerja dari jauh je laa..,kan? Hurm..Math..Math..Sapa leh ajar AMir sekarang? hehe..Pening-pening.. Cikgu! Tolong ajar....

Dijadualkan post pada pukul 8.30 AM.
jom baca lagi

Exam Math dan Sains Pagi Ne..

Salam geng! Korang dah bangun ke belum...?? Cepat! Cepat! Solat Subuh dulu..Ha! Pagi nie Amir exam lagi laa..Exam Matematik dan Sains.. Fuh! Berdebar gak nak buat nie..tak tahu la apa yang ada didalam kepala otak sekarang..Kalau tengok soalan,harap-harap tak blank lah..kan?

Matematik nie..Amir lemah ar sikit..Huhu..Kena minta tunjuk ajar Cikgu Isza nie.. Cikgu Isza pandai matematik..kan? Hehe..  Hurm... Matematik..Hari tue tak lulus.. Hihs! Betapa dangkal dan malasnya aku nak ulangkaji..Sekarang nie ulangkaji seberapa yang boleh..Hehe..Ketagih berblog.. tapi Alhamdulillah..Kertas Sejarah boleh buat semalam..

Ha,korang doakan Amir cemerlang ek.. Nakdapat no 1..kih3..Yang penting belajar kerana Allah..kan? Wish me good luck..Nanti belanja makan Nasi Lemat tambah roti canai..Mahu ka? Cepat!! Ok...
jom baca lagi