Memaparkan catatan dengan label Jumaat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jumaat. Papar semua catatan

Dah Nak Pulang Dari Sekolah.

Yes! Dah nak pukul 12 tengahari. Masa untuk pulang. Hanya tinggal sejam lagi. Dah sakit jiwa duk sekolah nie..Ye la kan..Otak ngah tak tenang..kekeke.. Agak-agak laa..Kalau aku ponteng balik awal,aku kena marah cikgu tak? Eh! Tentulah kan..Ngoks sungguh mung AMir. Ahaks.

Tapi kan..sejam itu lama laaa..Yup,memang lama. Hari ini hari Jumaat. Balik rumah kul 12 tengahari. Pukul 12.30 mandi dan terus pi masjid. Dah nak Zohor dah tue.. Aku tak mahu terlewat. Nanti tak dapat dengar khutbah Jumaat yang amat penting,kan? Sia-sia la pi mayang Jumaat tapi tak dengar khutbah,kan?

Baiklah..Masih di sekolah nie..Jumpa ye sejam kemudian... Selamat beribadah!!! Oh ya! Kirim salam ngan mak...Hikhik..Assalamualaikum!!!!
jom baca lagi

Dah Hari Jumaat? Cepatnya masa berlalu..

Assalamualaikum..
Wah! Tidak ku sangka hari nie dah hari Jumaat. Sekejap saja masa berlalu. Masih ku ingat minggu lepas ceramah di Masjid tapi kini tiba pula lah hari Jumaat yang lain. Apa ek yang aku buat dalam masa seminggu ini? Adakah banyak benda yang berfaedah yang aku lakukan? Adakah aku tidak mensia-siakan masa yang ada? Hurm..tapi ku rasa ada masa yang terbuang. Entah di mana silapku,tidak pandai mengurus masa.

Masih ku ingat nyanyian kumpulan Raihan,demi masa. Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian.Dalam sedar atau tidak. Kita terus melayari bahtera hidup tanpa kita sedari banyak benda yang sudah berlaku dalam hidup kita. Andai tahun lepas kita kehilangan seseorang tetapo rasa kehilangan itu masih terasa hingga kini walaupun ia sudah berlalu.

Aku rasa diri ini masih rugi..Aku kena betulkan balik hidup aku. Aku kena atur balik masaku agar tidak terbuang begitu sahaja. Kalau tidak,aku akan terus hanyut..Hanyut dalam hidup ini ...
jom baca lagi

Khutbah Jumaat..Jakim..Umat Islam..Maksiat..Aku Nak Berbicara Hal Ini..

Semasa mendengar khutbah Jumaat kat Masjid Tanah Merah Kelantan…Tajuk untuk khutbah hari nie agak menarik. Islam Agama Tolenrasi. Khutbah Jumaat kat kawasan korang pula bertajuk apa? Jangan tidur sudahlah… Aku tengok kan..ramai yang tertidur apabila mendengat khutbah Jumaat. Mungkin penat bekerja..termasuk aku..Aku tak bekerja..tapi bersekolah..

Ustaz Hassan ada cakap..kalau kita mengantuk ketika mendengar khutbah Jumaat,alihkan tempat duduk korang. Faham tak? Macam nie..korang beralih lah ke tempat lain. Mungkin tempat yang korang duduk tue banyak syaitan..Jadi,elokkan beralih..

Apa faedahnya pergi Solat Jumaat tapi tidak mendengar khutbah? Sia-sia je kan? Benda yang hendak disampaikan itu tidak dapat disampaikan dengan sempurna. Budak-budak pulak kalau pergi masjid..terutamanya ketika hari Jumaat. Memang bising..Masjid Kampung Gita,Kuching. Orang tengah solat pun dia boleh berlari-lari.

MasyAllah..Remaja sebegini kah yang akan memimpin Negara serta mengembang agama Islam? Kalau korang katakan..’’umat akhir zaman..’’ Ya! Memang umat akhir zaman..tapi kita tak boleh membiarkan perkara ini terus berlaku..

Sebenarnya aku tak suka dengan kata-kata atau respon dari sesetengah orang yang berkata ‘’nak buat macam mana…dah akhir zaman’’.. Memang tak suka..Macam melepaskan tanggungjawap kita sebagai muslim untuk berdakwah. Aku hairan..kat Malaysia nie kan..Jabatan Agama Islam  eke boleh berdakwah? Hanya Jabatan Kemajuan Agama Islam je ke boleh mencegah kemungkaran?

Bukankah ia wajib keatas setiap umat Islam? Kalau aku pi cegah orang yang buat maksiat.aku rasa..aku yang kena balik..tak da lesen beb..Sebab tue orang yang buat maksiat tak risau..Aku bukan menuduh…tapi mengikut apa yang aku tahu..Kalau salah..Maafkan…Kan bagus kita mencegah maksiat itu terlebih dahulu dari duk telefon Jabatan Agama Islam suruh datang..kan?

Setakat nie sajalah..Kalau hendak berbicara dengan lebih lanjut,memang banyak.Tidak terkira..tapi itulah..kita ubah apa yang patut. Tak mahu lah jadi umat Islam yang nama je Islam..tapi tak tahu pasal Islam.. Oh ya.Semasa khutbah Jumaat tadi..Imam ada cakap.. Nabi pun hormat mayat orang Yahudi…bukan atas sebab agama..tapi atas dasar kemanusia n kerana setiap makhluk yang diciptakan itu semuanya dari Allah swt..

Setakat nie je aku ingat..semoga kita mengubah diri kita menjadi lebih baik…InsyaAllah..
jom baca lagi