Memaparkan catatan dengan label Jakim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jakim. Papar semua catatan

Jom Semak Senarai Hotel Dan Resort Yang Mendapat Sijil Halal Malaysia (JAKIM)

Isu Hala timbul lagi..kali ini berkenaan dnegan hotel-hotel yang tidak hala penyedian makanannya.. Pada kali ini,aku hendak berkongsi sedikit  senarai hotel dan resort yang mendapat sijil halal Malaysia (JAKIM). Aku bukannya apa..Takut-takut ada yang tak tahu..kan? Nanti,kalau termakan di hotel tue..susah la..Betul tak? Tadi,dalam akhbar pun ada pasal sijil halal nie..Yang menyatakan bahawa ada 24 lagi hotel yang diragui halanya.. Boleh rujuk sini (klik la!)

Aku harap..Senarai hotel yang korang pernah pergi dan makan disana..semuanya halal. kalau tak halal, susah hidup. Sebab itu lah kita perlu bertanya dari mana sumber makanan kita.. Bukan main redah je.. Kalau yang beragama Islam tue..Jangan la pula suruh hotel orang Cina pergi mintak sijil halal. Tak ke kurang cerdik namanya?Ha..dapat tangkap tak apa yang aku nak cakap? 

Baiklah..Sebenarnya senarai hotel yang mendapat sijil halal di Malaysia nie banyak.. Panjang pula tue listnya. Jadi,kalau korang nak semak senarai hotel di tempat korang dan di negeri masing-masing. Korang boleh rujuk di sini (klik la!) Harap-harap kita terhindar dari memakan sumber makanan yang haram...

Nota: Dah tau orang Cina jual..wat pe makan lagi? 
jom baca lagi

Jakim Buat Kerja Ke Sampai Bebola Ikan Dicampur Babi?

Selalunya..pagi-pagi lagi aku mengakses intenet untuk mendapatkan berita terkini di akhbar online. Tidak kira lah  Berita Harian ke..Harian Metro ke..Kosmo ke..Utusan Malaysia ke…Aku baca semua tetapi aku suka baca kat Harian Metro dan Berita Harian. Dua akhbar lain tue,jarang-jarang. Kalau tak dapat mengakses intenet..aku keluar pi beli surat khabar lah. Tapi mahal kat Kuching. RM2 satu. Mahal kan? Boleh la kot…

Baik..terkejut aku tadi membaca tajuk tue tadi... Pasal Bebola Ikan Babi. Hish.. Aku takut la..Kalau termakan bebola ikan nie..macam mana? Tak ke haram..masuk dalam tubuh badan..Aduh..tak berkat..Berserah kepada Allah saja lah.. Bukan hendak salah kan Jakim..tapi kalau dah termakan nie..susah la..Penguatkuasa juga harus memainkan peranan.. Tak kan la rakyat pulak nak pi check benda nie…

Nasib baik ada orang lapor..Kalau tak? Kalau tak..bebola tue kita terus makan laa..Memang kita tak boleh kawal semua tindakan manusia nie..Entah laa..Mungkin aku tidak berada dalam situasi penguatkuasa Jakim...Maaf.Hurm….
jom baca lagi

Khutbah Jumaat..Jakim..Umat Islam..Maksiat..Aku Nak Berbicara Hal Ini..

Semasa mendengar khutbah Jumaat kat Masjid Tanah Merah Kelantan…Tajuk untuk khutbah hari nie agak menarik. Islam Agama Tolenrasi. Khutbah Jumaat kat kawasan korang pula bertajuk apa? Jangan tidur sudahlah… Aku tengok kan..ramai yang tertidur apabila mendengat khutbah Jumaat. Mungkin penat bekerja..termasuk aku..Aku tak bekerja..tapi bersekolah..

Ustaz Hassan ada cakap..kalau kita mengantuk ketika mendengar khutbah Jumaat,alihkan tempat duduk korang. Faham tak? Macam nie..korang beralih lah ke tempat lain. Mungkin tempat yang korang duduk tue banyak syaitan..Jadi,elokkan beralih..

Apa faedahnya pergi Solat Jumaat tapi tidak mendengar khutbah? Sia-sia je kan? Benda yang hendak disampaikan itu tidak dapat disampaikan dengan sempurna. Budak-budak pulak kalau pergi masjid..terutamanya ketika hari Jumaat. Memang bising..Masjid Kampung Gita,Kuching. Orang tengah solat pun dia boleh berlari-lari.

MasyAllah..Remaja sebegini kah yang akan memimpin Negara serta mengembang agama Islam? Kalau korang katakan..’’umat akhir zaman..’’ Ya! Memang umat akhir zaman..tapi kita tak boleh membiarkan perkara ini terus berlaku..

Sebenarnya aku tak suka dengan kata-kata atau respon dari sesetengah orang yang berkata ‘’nak buat macam mana…dah akhir zaman’’.. Memang tak suka..Macam melepaskan tanggungjawap kita sebagai muslim untuk berdakwah. Aku hairan..kat Malaysia nie kan..Jabatan Agama Islam  eke boleh berdakwah? Hanya Jabatan Kemajuan Agama Islam je ke boleh mencegah kemungkaran?

Bukankah ia wajib keatas setiap umat Islam? Kalau aku pi cegah orang yang buat maksiat.aku rasa..aku yang kena balik..tak da lesen beb..Sebab tue orang yang buat maksiat tak risau..Aku bukan menuduh…tapi mengikut apa yang aku tahu..Kalau salah..Maafkan…Kan bagus kita mencegah maksiat itu terlebih dahulu dari duk telefon Jabatan Agama Islam suruh datang..kan?

Setakat nie sajalah..Kalau hendak berbicara dengan lebih lanjut,memang banyak.Tidak terkira..tapi itulah..kita ubah apa yang patut. Tak mahu lah jadi umat Islam yang nama je Islam..tapi tak tahu pasal Islam.. Oh ya.Semasa khutbah Jumaat tadi..Imam ada cakap.. Nabi pun hormat mayat orang Yahudi…bukan atas sebab agama..tapi atas dasar kemanusia n kerana setiap makhluk yang diciptakan itu semuanya dari Allah swt..

Setakat nie je aku ingat..semoga kita mengubah diri kita menjadi lebih baik…InsyaAllah..
jom baca lagi