Memaparkan catatan dengan label Harian Metro. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Harian Metro. Papar semua catatan

Jakim Buat Kerja Ke Sampai Bebola Ikan Dicampur Babi?

Selalunya..pagi-pagi lagi aku mengakses intenet untuk mendapatkan berita terkini di akhbar online. Tidak kira lah  Berita Harian ke..Harian Metro ke..Kosmo ke..Utusan Malaysia ke…Aku baca semua tetapi aku suka baca kat Harian Metro dan Berita Harian. Dua akhbar lain tue,jarang-jarang. Kalau tak dapat mengakses intenet..aku keluar pi beli surat khabar lah. Tapi mahal kat Kuching. RM2 satu. Mahal kan? Boleh la kot…

Baik..terkejut aku tadi membaca tajuk tue tadi... Pasal Bebola Ikan Babi. Hish.. Aku takut la..Kalau termakan bebola ikan nie..macam mana? Tak ke haram..masuk dalam tubuh badan..Aduh..tak berkat..Berserah kepada Allah saja lah.. Bukan hendak salah kan Jakim..tapi kalau dah termakan nie..susah la..Penguatkuasa juga harus memainkan peranan.. Tak kan la rakyat pulak nak pi check benda nie…

Nasib baik ada orang lapor..Kalau tak? Kalau tak..bebola tue kita terus makan laa..Memang kita tak boleh kawal semua tindakan manusia nie..Entah laa..Mungkin aku tidak berada dalam situasi penguatkuasa Jakim...Maaf.Hurm….
jom baca lagi

Cucu Intai Nenek Bogel?

Assalamualaikum dan selamat pagi. Wah! Dah pagi rupa-rupanya. Cepat betul masa berlalu. Sekejap lagi dah nak kena pergi sekolah. Hurm..sambil melayan lagu,aku pergi la membaca kat Harian Metro. Lama dah tak baca surat khabar. Sibuk sangat sampai lupa nak beli surat khabar. Nak dapat berita terkini pun susah. Jadi,cuba la tengok tajuk apa yang best kat Harian Metro. Kemudian aku ternampak,’’Malang Nenek Bogel”. Huh? Terkejut aku. Baca petikan Harian Metro.


[gambar hiasan]

SEGAMAT: Dia layak digelar cucu iblis kerana selain suka mengintai neneknya berusia 77 tahun yang mandi bogel, remaja berusia 14 tahun terbabit turut berani mencopet barang kemas dan wang tunai milik warga emas berkenaan dianggarkan bernilai RM2,000.

Remaja lelaki itu sudah lama diberhentikan sekolah berikutan masalah disiplin selain terbabit dalam pelbagai masalah sosial termasuk bergaduh dan membuli.Namun, kejadian kira-kira jam 8 malam pada 18 Mei lalu, remaja terbabit bertindak di luar batasan apabila menyelinap masuk ke rumah neneknya sebaik menyedari warga emas itu sedang mandi dan tinggal di rumah berseorangan.

Dia yang tinggal berhampiran rumah neneknya di Batu 11 Jementah, dekat sini, mengambil kesempatan mengintai warga emas itu sedang mandi bogel sebelum mengambil pakaian nenek yang digantungkan di pintu bilik air berkenaan.Suspek yang tahu pakaian itu berisi barang kemas termasuk rantai dan wang tunai, kemudian melarikan barangan terbabit selepas puas melihat aksi bogel warga emas terbabit mandi.

Mangsa tinggal bersendirian di rumah itu selepas kematian suami beberapa tahun lalu hanya menyedari persalinan bersama barangan berharganya hilang sebaik selesai mandi.Pada awalnya, dia yang tidak mengesyaki cucunya dalang mencuri barangan dan wang tunainya itu melaporkan kejadian kepada polis pada keesokan harinya.Warga emas itu datang bersendirian ke balai polis di sini bagi membuat laporan memaklumkan pernah beberapa kali rumahnya dipecah masuk, tetapi sebelum itu hanya membabitkan kerugian kecil.

Malah, nenek terbabit memberitahu anggota polis bahawa kecurian sering berlaku setiap kali dia mandi.Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali berkata, bertindak atas laporan itu, sepasukan anggota yang ditugaskan menyiasat kes berkenaan akhirnya menyelesaikan misteri kehilangan pakaian nenek terbabit dalam masa kurang 24 jam.

“Kami menahan suspek berusia 14 tahun itu di sebuah rumah berhampiran kira-kira jam 6 petang hari kejadian itu dilaporkan.

“Hasil serbuan, polis menemui sejumlah wang tunai iaitu baki duit yang dicuri berjumlah RM150 dan dua telefon bimbit selain seutas rantai dan gelang tangan,” katanya ketika ditemui.

Abdul Majid berkata, siasatan awal mendapati dua telefon bimbit yang dirampas itu disyaki dibeli suspek menggunakan wang yang dicuri daripada neneknya.Beliau mendedahkan, remaja terbabit cuba mengaitkan kejadian yang dilakukannya seorang diri itu turut dilakukan bersama beberapa rakan lain.“Namun, selepas soal siasat, kami mendapati semua cerita itu helah belaka, malah suspek kemudian mengaku mengadakan cerita kerana sering dibuli rakan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, remaja terbabit belum sempat menggadai atau menjual barangan kemas curi yang ditemui disembunyikan di bawah tikar di rumahnya.Beliau mendedahkan, remaja terbabit cuba mengaitkan kejadian yang dilakukannya seorang diri itu turut dilakukan bersama beberapa rakan lain.“Namun, selepas soal siasat, kami mendapati semua cerita itu helah belaka, malah suspek kemudian mengaku mengadakan cerita kerana sering dibuli rakannya,” katanya.

Ulasan:


Masyaallah. Sampai hati budak tue mengintai@skodeng nenek dia. Ish.ish. Ini lah jadinnya apabila seorang insan tidak dididik dengan baik dengan agama. Baru berumur 14 tahun tue. Masih mentah dan baru tingkatan 2. Kalaulah budak nie dididik dengan agama,sudah tentulah dia akan menjadi insan yang berguna. Bukan hendak menyalahkan ibubapa..bukan hendak menyalahkan nenek dia. Tapi nak bagi peringatan kat ibubapa kat luar sana bahawa perhatikan pergerakan anak-anak anda dan didiklah mereka dengan agama secukupnya agar tidak terpesong dari landasan yang sebenar.


Dah la mengintai,mencuri pulak tue. Tidak kesian ke dengan nenek ? Kalau aku la..tak sanggup. Memang tak sanggup. Aku sayang sesangat nenek aku dan aku tidak tergamak untuk buat perkara sebegini. Entah la. Apa nak jadi dah dengan budak zaman sekarang? Inikah anak bangsa yang akan menjadi tonggak Negara kelak? Mungkin kes ini baru sekali kita pernah dengar. Macam mana pulak kes lain yang mungkin tidak dilaporkan? Beginilah nasib anak bangsaku…. Sebab itulah pepatah ''Melentur buluh biarlah dari rebungnya’’ dan ‘’Bapak borek anak rintik’’ ada. Apa pula pendapat/pandangan korang? Kemukakan sekarang di ruangan komen. W’salam.
jom baca lagi