Memaparkan catatan dengan label Pemandu Kereta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pemandu Kereta. Papar semua catatan

Proton Menarik Balik Gen2 Dan Satria Neo Kerana Masalah Komponen|Keluaran 2004-2008


Perhatian! Kepada pengguna kereta Proton Gen2 dan Satrian Neo.Proton Holdings Bhd (PROTON) memanggil semula kereta Gen2 dan Satria Neo yang dikeluarkan di antara 2004 hingga 2008 disebabkan kerosakan pada komponen 'clock spring' yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan. Tujuan menarik balik kereta Gen2 dan Satria ini adalah untuk keselamatan kita juga. Bahaya benda nie.



Ujian rutin mengenal pasti kerosakan pada ‘clock spring’ menyebabkan bunyi geseran dalam stereng, hon berbunyi atau lampu kereta terpasang sendiri, kerosakan suis kawalan audio dan dalam kes lebih serius boleh menyebabkan pelepasan beg udara di bahagian pemandu

Panggilan sukarela itu adalah sebahagian daripada program jaminan kualiti global Proton membabitkan 15,911 unit atau dua peratus daripada 660,000 unit kereta yang dikeluarkan dan dijual dalam tempoh berkenaan. Hanya sedikit sahaja yang bermasalah. Tidak semuanyalah.



Semua kos buruh dan peralatan yang berkaitan penggantian ‘clock spring’ akan disediakan tanpa caj di pusat sah Proton di seluruh negara. Jadi,jangan bimbang. Tiada bayaran yang dikenakan.

Proton akan menghantar surat kepada pelanggan yang terbabit untuk memaklumkan mereka mengenai perkara itu. Kalau anda menerima surat daripada Proton,cepat-cepatlah pergi ke pusat servis proton untuk membaikinya.Pada masa sama, Proton membuka laman web khusus, www.protonaftersales.com untuk membantu pelanggan menyemak tahun pengeluaran kenderaan masing-masing. Proton juga memohon maaf atas masalah ini.

Syabas buat Proton kerana memberi perkhidmatan yang terbaik untuk keselamtan penggunanya. Namun,apa yang menghairankan. Setelah sekian lama kereta ini dikeluarkan. Baru masalah ini dikenal pasti? Saya yang silap atau Proton?
Enhanced by Zemanta
jom baca lagi

Pakcik Bawa Motor Kata BODOH Kat Pemandu Kereta..

Assalamualaikum..

Aku nak bercerita nie pun rasa nak gelak lah. Gini..pagi tadi..aku keluar rumah kejap..duduk depan tangga..Berguling-guling.. Tapi rasa bosan ar..Kena baca sesuatu nie..Aku..kalau tak baca suratkhabar satu hari..Memang tak sah hidup..Jadi,memandang Makcik Bedah(nama tipu) depan rumah menjual surat khabar..Lantas,aku pi amik duit.. Menuju ke tengah jalan...

 [gambar hiasan]

Semasa nak melintas tue..Ada satu motor nie..yang dibawa oleh pakcik yang memang sudah tua..Mengikut falsafah Prof.Amir Izzat,kelajuan motor tue dianggarkan 100 kilometer/sejam. Agak laju la jugak bagi orang tua sebegitu.. Di simpang tiga sebelah kanan aku pulak..di hadapan rumah Makcik Bedah.. Ada sebuah keta nak keluar..dia duk tepi sekolah ar.

[laju macam nie laa..]

Pakcik tue...memang dah laju gila laa...Disebabkan keta nie nak keluar..Dia 'slowdown'kan motorsikal ex5 dia..depan aku..Jadi,aku pun melintas lah..Ingatkan tak da apa-apa yang berlaku..Baik..ikuti perbualan aku dengan Makcik Bedah..Nak beli suratkhabar..

Aku: Assalamualakum Makcik Bedah...Ado jual surak kabar dok ari nie?

Makcik Bedah: Ari nie tok juaal.. Sebab ado pasar tani..G la pasar tani nuh..Ado...

Aku: Pasar tani? OOh..bereh..timo kasih la deh.. (sopan beb..)

Selepas berbual dengan Makcik Bedah..Aku nak balik rumah laa..Dekat je..Tiba-tiba aku terdengar orang menjerit..

''BASSO BODO BOWOK KETTO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!''

Tergaman aku mendengarnya..Dah la kuat gilerr.Rupa-rupanya pakcik tue kata kat pemandu keta tadi laa...Kalau orang yang berdekatan kat situ lalu..Kompen...kompen...kata pakcik tak da adab..... Eh! Faham tak? Maksudnya.. ''Orang Bodoh Bawak Keta!!!'' Macam tue kot dalam BM..Aku pun tak tahu sangat nak terjemah.....

Adoi...Pakcik tue memang lawak dan tak da budi pekerti langsung laa...Pengajarannya..Kalau berada di jalan raya..Kita mesti beradab..Bertolak ansur..Jalan raya nie..bukan kita sorang je yang punya..kan????

AMir: banyak orang banyak ragam....
jom baca lagi