Memaparkan catatan dengan label am. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label am. Papar semua catatan

Ketua Menteri Sarawak,Tan Sri Abdul Taib Mahmud Selamat Berkahwin Dengan Wanita Lubnan

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, selamat dinikahkan dengan seorang wanita Lubnan berusia 28 tahun dalam majlis tertutup yang diadakan di kediaman rasminya, di sini, malam tadi.(dua hari lepas kot)

Foto

Terdahulu, anggota keselamatan yang bertugas di kediaman Taib memaklumkan satu majlis tertutup diadakan dengan pihak media tidak dibenarkan memasuki kawasan berkenaan.
Majlis itu hanya dihadiri orang kenamaan dan ahli keluarga terdekat bermula dengan majlis tahlil dan doa selamat yang turut dihadiri kira-kira 200 tetamu khas.

Antara orang kenamaan yang dilihat masuk seawal jam 6 petang ialah Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Datuk Amar Abang Johari Openg; Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan; Penasihat Khas Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem; Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Mohd Naroden Majais dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi.

Foto

Taib dan isteri, seorang wanita Lubnan dinikahkan Mufti Sarawak, Kipli Yassin, kira-kira jam 9.30 malam dengan satu majlis persandingan sederhana turut diadakan di ruang utama kediaman rasmi beliau. Antara saksinya, anak kedua Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir. 

Majlis tepung tawar mempelai dan persembahan hadrah dan berzanji turut diadakan ketika Taib dan isteri bersanding dengan kenalan dan keluarga terdekat diberi peluang menepung tawar pasangan.
Foto



Sementara itu, Setiausaha Akhbar Ketua Menteri, Amin Sahmat yang ditemui pihak media, memaklumkan majlis itu adalah tertutup dengan hanya jemputan khas dibenar memasuki kediaman Ketua Menteri. 
“Ini hanya majlis doa selamat, pengumuman lanjut akan dibuat kemudian dengan majlis kepada umum akan diadakan pada Januari,” katanya.


Bagaimanapun, Amin enggan mengulas lanjut mengenai majlis yang sebelum itu dipercayai adalah bagi meraikan pasangan Taib dan pilihan hatinya itu. 

- Berita Harian.


***


Tahniah saya ucapkan kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Haji Taib Mahmud. Tidak sangka saya akan berita ini. Semoga berbahagia selalu dan dipanjangkan jodoh. Hari itu saya ada nampak beliau di persidangan silat. Nampak sihat lagi orang. Semoga terus dilimpahi rahmat.


Alih bahasa.


Tapi nak. Kenak sidak ya sik jemput kamek ow? Sebagai penduduk Malaysia di Kuching, kamek mauk juak nangga majlis ya, Tapi sik hal lah. Nangga gambar pun cukup lah. hahah! Ada sik kitak urang pergi? Hehe.
jom baca lagi

Facebook : Page I'm proud to be a Muslim Sebenarnya Milik Kafir Laknatullah. Page Penuh Dengan Kata-kata Kesat Serta Menghina Islam dan Allah. Allahuakbar!



Masyallah. Apa hendak jadi dah dengan dunia zaman sekarang? Terang-terang mereka menghina Agama Islam dan Allah.

Tadi, ada seorang sahabat memberitahu saya bahawa page ini milik kafir laknatullah kerana adminnya seorang kafir. Jadi, dengan perasaan ingin tahu saya  pun menerjah page itu serta merta.

Tahu tak apa yang saya lihat? Page itu penuh dengan kata-kata menghina. Jadi, saya menyeru disini bahawa marilah sama-sama kita membuat report serta menghalang page ini daripada terus mereka ideologinya.

Nama page betul..tapi pengisian penuh menghina. Oleh itu,barangsesiapa yang ada like page i'm proud to be a muslim. Silalah keluar dari page itu sekarang. Demi agama tercinta...

Macam mana nak keluar dan report page itu?

1. Pergi ke page I'm proud to be a Muslim.
2. Lihat pada kedudukan kiri page.
3. Tekan out..dan report.

Anda tahu bermain facebook. Sudah pasti anda tahu caranya. Tak sanggup nak like.
Nota:

Aku tak sanggup dah baca bila dia kata.. Allah...dia kata Allah..Sukar..sukar untuk ku lafazkan.

"Ya Allah.. kau bantulah kami membela agamamu..Sesungguhnya engkau Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.."


jom baca lagi

Dr.Rais Yatim Terima Anugerah Tokoh Buku Negara 2010



Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Buku Negara 2010, pada majlis Anugerah Buku Negara di sini malam tadi.

Anugerah yang disampaikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor itu sebagai menghargai jasa beliau yang berjuang dalam bidang penulisan dan penerbitan buku.

Ketika ditemui pemberita, Rais berkata, perjuangan dalam bidang penulisan dan penerbitan buku merupakan perjuangan tamadun yang perlu dilaksanakan secara berterusan.

Beliau berkata, ini kerana buku merupakan elemen penting dalam pembinaan tamadun dan negara bangsa yang berilmu dalam negara ini.

"Justeru industri penulisan perlu diperkasakan, agar bolehlah kita menanam semangat itu dalam membina negara bangsa kita," katanya. - Bernama


Kata-kata:

Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Dr. Rais Yatim atas Anugerah Tokoh Buku Negara 2010. Harap-harap selepas ini, bidang kesasteraan(atau bidang penulisan) dinaikkan taraf lagi agar rakyat Malaysia dapat memartabatkan Bahasa Malayu.

Psst...kenapa menteri sahaja yang terima anugerah sebegini? Walaubagaimanpun,kita pandang perkara positif.
jom baca lagi

Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Piala Suzuki| Malaysia Menang 2-0 Menentang Vietnam

Dalam rumah- Sebentar tadi kita baru sahaja dikejutkan dengan berita tergempar dari televisyen rumah penulis. Berita ini adalah berita sukan bola sepak Perlawanan Separuh Akhir Piala Suzuki. Nampak gayanya kita menang... Iya,kita menang!!! La,tak percaya lagi ke? Sejujurnya memang kita menang. Menang ke atas pasukan Vietnam. Malaysia 2 Vietnam 0.

Berita dilaporkan oleh Amir Izzat.

Wah! Apakah perasaan anda apabila mengetahui Malaysia menang 'bergongcos' dengan Vietnam? Mesti gembira. Kalau tidak gembiras sila hantuk kepala ke dinding. 

Selepas ini Malaysia akan bertemu dengan Indonesia pada perlawanan akhir Piala Suzuki kan? Semoga pada perlawanan akhir ini pasukan Malaysia akan memberikan yang terbaik.

Nota: Aku tak layan sangat bola nie.
jom baca lagi

Syabas Saman Kerajaan Selangor RM471 Juta

KUALA LUMPUR 10 Nov. - Anak syarikat Puncak Niaga Holdings Bhd., Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), akan menyaman Kerajaan Selangor untuk ganti rugi di bawah perjanjian konsesi tiga hala yang ditandatangani pada 2004.

Satu saman pemula bersama-sama dengan “affidavit-in-support” telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan sejumlah RM471,642,916 sebagai ganti rugi di bawah terma perjanjian yang ditandatangani antara Syabas, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri pada 15 Disember 2004, kata satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini. - Bernama

****

Aduhai..makin banyak masalah yang timbul kat bumi Selangor. Ops! Masalah air masih berlaku ke? Ha,saman RM471 juta tue. Banyak giler beb. Saman jangan tak saman.. Haha. Ops! Aku tak bersekongkol ye. Hehe!
jom baca lagi

Lorang LPT Ditutup Pada 13 November Untuk Kerja Penyelenggaraan

KUALA LUMPUR: Lorong Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) akan ditutup secara berperingkat mulai Sabtu ini bagi membolehkan kerja penyelenggaraan berkala dilaksanakan, kata MTD Prime Sdn Bhd. 

Pemegang konsesi lebuhraya itu berkata penyelenggaraan berkala itu akan dijalankan di antara kilometer 80 dan 129 lebuhraya berkenaan.

Laluan kontra akan disediakan untuk pengguna, kata syarikat itu dalam kenyataan di sini hari ini.

Penyelenggaraan yang melibatkan kedua-dua hala lebuh raya itu dijangka siap akhir November ini. 

Sehubungan itu, penggguna dinasihat memandu dengan berhati-hati ketika melalui kawasan itu, dan mematuhi had laju serta arahan papan tanda di sepanjang kawasan terbabit. 

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi Primeline di 09-5479111. - BERNAMA
jom baca lagi

Sebab\ Kenapa Kerajaan Tidak Bagi Bonus Kepada Penjawat Awam

Kerajaan tak boleh berbelanja lebih daripada pendapatan: Najib 

Bismillahirahmanirrahim..

Mesti ramai yang tahu bahawa kerajaan tidak akan memberi bonus kepada penjawat awam tahun hadapan? Tetapi mengapa? Mari kita lihat.


KUALA LUMPUR: "Jika ikutkan hati, memang saya mahu berikan bonus sebulan gaji kepada 1.2 juta penjawat awam pada pembentangan Bajet 2011 tetapi sebagai Menteri Kewangan bertanggungjawab, saya tak boleh berbelanja lebih daripada pendapatan," kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, jika beliau berbuat demikian, ia akan membabitkan perbelanjaan besar iaitu RM3.1 bilion. Tengok? Kan banyak kerajaan kena tanggung.Inilah sebabnya...banyak aspek yang perlu kerajaan lihat. Sabarlah.

Sebab itu, sehabis-habis baik ialah dapat memberi Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada kakitangan awam Gred 54 ke bawah. Tetapi kerajaan tak kejam,kerajaan bagi juga RM500. Jadi,bersyukurlah.


Presiden CUEPACS, Omar Osman kelmarin berkata, CUEPACS gembira dengan Bajet 2011 yang memenuhi sebahagian besar tuntutan 1.24 juta penjawat awam selama ini, tetapi masih berharap kerajaan akan dapat memberikan bonus dua bulan gaji kepada mereka tahun ini. 

Najib berkata, walaupun tiada pemberian bonus, kerajaan memberikan ganjaran lain yang memberi faedah kepada penjawat awam seperti cuti bersalin tidak melebihi 90 hari. 

Tetapi kan.. Saya hairan lah dengan CUEPACS. Asyik mahukan bonus sahaja? Kerja dia memang macam itu ke? Cukuplah.. Atau mahu menjadi hero? Wallahualam.  Oh ya! Bajet untuk pelajar sekolah tidak ada ke? Sekurang kurangnya RM100 seorang. Hehe
jom baca lagi

Pantun| Penyokong Selangor Sahaja Terbaik! Penyokong Kelantan Semuanya Buruk!

Kalau tiada angin,masakan pokok bergoyang. Kalau bertepuk sebelah tangan,masakah berbunyi?

Ops! Siapa yang makan cili..Memang terasa pedasnya. Pantun ini hasilnya kerana ketidakpuasan diriku sebagai orang Kelantan. Hanya orang yang selain berdarah Kelantan sahaja yang baik. Kononnya lah. Kalau tak faham,susah lah.

Telan Racun Si Ular Berbisa,
Mati Cik Tan Tidak Beralah,
Lempar Mercun Menjadi Biasa,
Penyokong Kelantan Menjadi Pesalah.

Ke Bintangor Berjalan Seiring,
Seorang Mati Seorang Pengsan,
Penyokong Selangor Tunjukkan Taring,
Media Pasti Salahkan Kelantan.
Baca berita lain di blog Makngoh.
Sebotol Cola Seteguk Pepsi,
Menjadi Santapan Buat Pak Lah,
Penyokong Selangor Terlebih Aksi,
Masih kah Kelantan Bersalah?

Singgah sebentar di Pantai Batu Buruk,
Angin Bertiup Ternyata Aman,
Penyokong Kelantan Tampak Buruk,
Angkara Media Keruhkan Keadaan.

Sultan Selangor Sultan Berdaulat,
Bersahabat Baik Dengan Sultan Melaka,
Penyokong Selangor Tersangat Baik,
Penyokong Kelantan Buruk Belaka,

Bertatih Tatih Menyusun Buluh,
Lemang Dihidang Bersama Sapi,
Apa Guna Merintih Mengeluh,
Kalau Pandangan Dipandang Sepi.

Ladang Betik Ladang Anggur,
Milik Seorang Lelaki Buta,
Siapalah Aku Untuk Menegur,
Melalui Emosi Aku Berkata.


Hurm...Sek Kelate sokmo keno pande serong. Tak polah..nok wak guano. Negeri kito..Janji kito jange peccoh boh! Demo keno pehe mena2 pantun kawe nie..Kawe takut ado sek kito salah pehe pulok.
jom baca lagi

Proton Menarik Balik Gen2 Dan Satria Neo Kerana Masalah Komponen|Keluaran 2004-2008


Perhatian! Kepada pengguna kereta Proton Gen2 dan Satrian Neo.Proton Holdings Bhd (PROTON) memanggil semula kereta Gen2 dan Satria Neo yang dikeluarkan di antara 2004 hingga 2008 disebabkan kerosakan pada komponen 'clock spring' yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan. Tujuan menarik balik kereta Gen2 dan Satria ini adalah untuk keselamatan kita juga. Bahaya benda nie.



Ujian rutin mengenal pasti kerosakan pada ‘clock spring’ menyebabkan bunyi geseran dalam stereng, hon berbunyi atau lampu kereta terpasang sendiri, kerosakan suis kawalan audio dan dalam kes lebih serius boleh menyebabkan pelepasan beg udara di bahagian pemandu

Panggilan sukarela itu adalah sebahagian daripada program jaminan kualiti global Proton membabitkan 15,911 unit atau dua peratus daripada 660,000 unit kereta yang dikeluarkan dan dijual dalam tempoh berkenaan. Hanya sedikit sahaja yang bermasalah. Tidak semuanyalah.



Semua kos buruh dan peralatan yang berkaitan penggantian ‘clock spring’ akan disediakan tanpa caj di pusat sah Proton di seluruh negara. Jadi,jangan bimbang. Tiada bayaran yang dikenakan.

Proton akan menghantar surat kepada pelanggan yang terbabit untuk memaklumkan mereka mengenai perkara itu. Kalau anda menerima surat daripada Proton,cepat-cepatlah pergi ke pusat servis proton untuk membaikinya.Pada masa sama, Proton membuka laman web khusus, www.protonaftersales.com untuk membantu pelanggan menyemak tahun pengeluaran kenderaan masing-masing. Proton juga memohon maaf atas masalah ini.

Syabas buat Proton kerana memberi perkhidmatan yang terbaik untuk keselamtan penggunanya. Namun,apa yang menghairankan. Setelah sekian lama kereta ini dikeluarkan. Baru masalah ini dikenal pasti? Saya yang silap atau Proton?
Enhanced by Zemanta
jom baca lagi

Caj Pentadbiran PTPTN Dikurangkan|Selesai Jun 2011

KUALA LUMPUR 30 Sept — Kira-kira 800,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mempunyai baki bagi pinjaman selepas 1 Jun 2008 dan masih membayar caj pentadbiran tiga peratus akan ditawarkan pembiayaan pendidikan berlandaskan syariah berkonsepkan Ujrah (pembayaran) satu peratus.



Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata tawaran itu tidak termasuk peminjam yang tamat tempoh jadual bayaran balik sebelum 1 Jun 2008, dan peminjam yang dikenakan tindakan saman.

Beliau membuat penjelasan itu selepas beberapa peminjam PTPTN dilaporkan merungut apabila ada antara mereka yang masih menanggung kos pentadbiran tiga peratus walaupun kerajaan mengumumkan penurunan kos itu kepada satu peratus, kira-kira dua tahun lepas.

"Seramai 300,000 pelajar yang mempunyai lebih dari satu pinjaman pula akan ditawarkan dengan pembiayaan ini secara berperingkat-peringkat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Penganugerahan Pelepasan Pelajar Kelas Pertama Peminjam PTPTN dan Majlis Bersama Media di sini hari ini.

Katanya, walaupun pengurangan caj itu diumumkan pada 2008, namun masih ada yang membayar caj tiga peratus akibat kekangan sistem sedia ada yang memerlukan penambahbaikan serta semakan terperinci setiap akaun yang perlu dibuat bagi mengelak kesilapan.

Khaled berkata pengurusan data yang membabitkan hampir 1.4 juta pinjaman yang layak menikmati pengurangan caj tersebut sebelum ini tertangguh selama hampir dua tahun, dan beliau menjangka semua urusan itu akan diselesai pada pertengahan tahun depan. — Bernama

******

Caj pentadbiran  PTPTN sudah diturunkan kepada satu peratus. Apa tunggu lagi kawan? Bayarlah! Selepas ini,harap tiada rungutan seperti sebelum ini. Hutang tetap hutang.




jom baca lagi

Sinopsis|Pelakon|Tiket Muzikal Tun Mahathir





Siapa dah tengok Muzikal Tun Mahathir? Kalau belum,rasanya belum terlambat lagi.
Tajuk : Muzikal Tun Mahathir
Produksi : Istana Budaya, CTRA Production & Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM)
Kategori : Teater
Tempat : Panggung Sari, Istana Budaya
Tarikh : 24 September – 4 Oktober 2010
Masa : 3.00 petang (25 September, 2 & 3 Oktober 2010) dan 8.30 malam (24 September - 4 Oktober 2010).



Jom kita lihat Sinopsis teater ini. Sinopsis Muzikal Tun Mahathir.
Menceritakan bagaimana kehidupan zaman kanak-kanak, keluarga, rakan-rakan, pendidikan, penjajahan dan segalanya yang menjadi motivasi kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjadi pemimpin yang ulung. Sifat kepimpinan beliau terserlah sejak zaman kanak-kanak lagi. Beliau mengetuai penentangan terhadap Malayan Union dan kemasukan tentera Jepun.

Perjalanan hidup sebagai seorang doktor Melayu yang ingin membantu bangsanya dan ahli politik yang ada pasang surut juga ditampilkan. Begitu juga tentang dilema dan kejayaan yang digapainya semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Keseluruhannya digambarkan dalam bentuk dialog, lirik lagu dan gerak yang disesuaikan dengan fakta sebenar yang diperakukan oleh Tun Mahathir sendiri.

*****



Wah! Sudah tentu menarik kan? Tetapi saya tidak dapat pergi lah. Baiklah. Barisan pelakonnya pula ialah Esma Daniel,Zizan Nin,Erra Fazira,Datuk Jalaluddin Hassan,Erma Fatimah,Mohd Shafieq Shazwan,Ako Mustapha, dan Zaibo.



Jadi,kepada sesiapa yang ingin melihat teater Muzikal Tun Mahathir. Senang sahaja. Harga tiket pun murah antara  RM32, RM52, RM82, RM102 & RM152.

Untuk Tempahan/Pembelian Online : www.ticket2u.biz atau hubungi hotline : 03-41498600. Untuk maklumat lanjut pula silalah ambil alamat  Box Office, Istana Budaya,Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dan nombor telefon., 03-40265558.


Ha,macam mana? Nak pergi ke tidak? Kalau dapat,baguslah. Sudah pasti teater ini menarik kerana berkisarkan tokoh negara kita yang amat disanjungi.
jom baca lagi

Penarik Beca Dipenjara 14,400 Tahun Kerana Rogol Anak

MANILA: Seorang lelaki dihukum penjara 14,400 tahun kerana merogol anak remajanya hampir setiap malam selama setahun, kata pegawai perundangan, semalam, selepas mahkamah menolak rayuan dikemukakan tertuduh sebelum ini.

Lelaki terbabit - seorang penarik beca - menjadikan anaknya perempuan berusia 13 tahun sebagai pemuas nafsu ketika isterinya pergi ke Hong Kong untuk bekerja sebagai pembantu rumah.

Hakim Mahkamah Rayuan, Mario Guarina, berkata kes itu adalah yang paling serius dilakukan ke atas remaja dalam sejarah perundangan Filipina.

Guarina mengekalkan sabitan mahkamah terdahulu pada Mac 2006 yang mendapati tertuduh bersalah atas 360 tuduhan rogol.Mahkamah juga mengarahkan dia dihukum penjara 40 tahun bagi setiap kesalahan.


Pada asalnya, penarik beca itu dihukum mati tetapi Filipina membatalkan pelaksanaan hukuman itu tiga bulan kemudian.Mahkamah diberitahu, bapa kepada tiga anak itu mula merogol mangsa pada Januari 2001 dan berlanjutan 368 hari. - AFP



********
Dipenjara 14,400 tahun? Wah! Lamanya. Kes ini barulah betul. Saya rasa belum sempat habiskan tempoh kena penjara. Bapa tue sudah masuk kubur. Itu la. Siapa suruh buat kerja dajjal? Kan?

Baiklah. Kalaulah kes buang bayi serta kes yang berat-berat di negara kita diambil serius. Kan senang. Asal buat 'jenayah dajjal'. Bagi hukuman yang berat-berat. Ini tidak,dibiarkan dulu. Menteri nak bawa berbincang dan macam-macam kerenah la demi kepentingan poket menteri yang berkenaan.


Selamam,saya ada menonton Berita di tv3. Seorang bapa tiri dipenjara hanya beberapa tahun dan 6 sebatan sahaja. Tidak cukup. Kena kasi gantung itu 'barang'. Baru dia rasa. Memang tak ada kehormatan langsung. Aduhai..macam-macam kes. 

Kes diatas baru di Manila. Kalau berlaku di Malaysia?  Fikir lah sendiri.
jom baca lagi

Konsert Siti Nurhaliza Sempena Sambutan Hari Malaysia Di Pulau Pinang Dibatalkan

Konsert sempena sambutan Hari Malaysia pada 25 September ini di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang. Siti yang sepatutnya dijadual mengadakan persembahan selama sejam itu terpaksa membatalkan hasratnya itu selepas mendapat nasihat dan surat daripada pakar Perbidanan dan Sakit Puan Pusat Perubatan Prince Court.

Nampaknya,penduduk Pulau Pinang tidak dapat menyaksikan konsert ini lah kerana doktor sudah menasihati Datuk Siti Nurhaliza untuk berehat. 

Tapi kan..ada pula yang kaitakan pembatalan konsert ini adalah kerana Siti Nurhaliza mengandung. Huh? Mengandung?

“Saya hanya menjalani rawatan normal bagi memantau tahap kesihatan diri memandangkan jadual kerja harian yang terlalu padat hingga ada kalanya mengabaikan kesihatan. Laporan itu hanya menjelaskan yang saya tidak dibenarkan untuk berjalan jauh atau membabitkan diri dengan sebarang aktiviti fizikal sepanjang proses rawatan berlangsung termasuk mengadakan konsert pada waktu ini.

“Justeru ingin saya nyatakan spekulasi yang tersebar adalah tidak benar. Saya masih belum mengandung setakat ini,” katanya lagi.

La,Siti Nurhaliza tidak mengandung lah. Tetapi kenapa wujud dakwaaan ini? Ramai ke yang nak lihat Siti mengandung? InsyaAllah kalau ada rezeki.

Penarikan diri daripada pihak Siti pada saat-saat akhir itu menyebabkan kerajaan negeri Pulau Pinang selaku penganjur terpaksa membatalkan keseluruhan acara konsert. Perkara itu disahkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, semalam yang berkata kerajaan negeri terpaksa membatalkan seluruh konsert berkenaan kerana kesuntukan masa untuk melakukan perubahan atau pindaan pada saat akhir.

Siti juga melahirkan rasa terkilan dan sedih kerana terpaksa melupakan hasrat bertemu peminat di Pulau Pinang dan menghiburkan mereka dalam acara konsert yang besar seperti itu. “Saya memohon maaf kepada penganjur serta peminat kerana gagal memenuhi undangan persembahan ini di saat-saat akhir. Jujurnya saya terkilan kerana tidak berpeluang untuk bertemu dan menghiburkan peminat di sana.


Nota: Semoga Siti Nurhaliza sihat..


sumber: Metro
jom baca lagi

Iklan Hari Raya Aidilfitri TV3 2010 Ada "Santa Claus" Macam Krismas| 1Malaysia La Kononnya..

Iklan berikut adalah iklan Hari Raya Aidilfitri tahun 2010 yang dibuat oleh TV3. Dalam iklan ini siap ada Santa Claus Lagi seakan menyambut hari Krismas. Blogger lain yang bernama Hans pula menyatakan bahawa bahawa iklan ini seperti iklan Hari Natal. 

Mungkin anda tidak percaya bahawa TV3 sanggup menghasilkan iklan sedemikian. Namun,lihat dahululah video iklan Hari Raya yang ada 'santa claus' seakan Krismas ini.












Bagaimana? Apa kata anda? Betul tak apa yang saya katakan? Bukan iklan hari raya dah kalau macam ini. Ini sudah bercanggah dengan amalan dan budaya kita. Kononnya la,nak jadikan iklan ini 1Malaysia. Tidak perlulah. Namun,saya agak musykil disini. 

Adakah warga TV3 yang menghasilkan ini warga Malaysia? Sebab apa saya musykil? Sebab kebanyakan cerita di TV3 sekarang adalah dari seberang,Indoesia. Betul tak? Tetapi saya tidak menuduh la. Kalau arif tentang hari raya(amalan raya) tak mungkin berfantasi sebegini jauh..kan? Kontrol la sikit. Mentang-mentang dah pandai buat video gempak. Aduhai..

Satu lagi,saya tidak faham juga akan mesej yang ingin disampaikan dalam video ini. Tidak faham langsung. Anda faham tak? Kalau faham,,memang tabik ar..Video kat bawah ini lagi mengamit memori.





Menyentuh hati bukan? Buat sendirik tau..tanpa edit macam TV3. Baiklah.. Sebelum anda beredar. Sila baca entri berikut.

jom baca lagi

Norman Hakim Dan Memey Bertunang Hari Raya Keempat Aidilfitri?| Tahniah!

Tahniah saya ucapkan kepada pelakon tanah air kita iaitu Norman Hakim Dan Memey. Mereka akan melangsungkan pertunangan pada hari raya keempat di rumah keluarga Memey pada 13 September ini.



KUALA LUMPUR 30 Ogos - Setelah sekian lama berteka-teki, akhirnya aktres Memey Suhaiza, 22, membuat kenyataan yang dia akan mengikat tali pertunangan dengan bekas suami pelakon popular, Abby Abadi iaitu Norman Hakim pada hari raya keempat ini.
Menurut Memey, rombongan keluarga kekasihnya, Norman, akan tiba di rumah keluarganya di Kota Tinggi, Johor pada 13 September ini.
"Norman menyuarakan hasratnya untuk mengikat tali pertunangan pada hari tersebut beberapa hari yang lalu dan keluarga kami bersetuju dengan cadangan itu.
"Rombongan Norman akan datang merisik lalu terus bertunang pada hari yang sama dan kami merancang untuk bernikah pada awal tahun depan," ujar Memey ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Skop Productions di Finas di sini, hari ini.
Ujar Memey, dia kini sedang merancang majlis pertunangannya namun hanya berkesempatan untuk menguruskannya dua hari sebelum raya kerana sibuk dengan penggambaran telefilemOsman Berani untuk Astro Ria.
Menurut Memey, dia berasa berdebar untuk bergelar tunangan orang dan dalam masa yang sama berdoa semuanya berjalan dengan lancar.
Sebelum ini, Memey dan Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 34, dibicarakan atas tuduhan berada bersama dalam keadaan yang menimbulkan syak di pejabat milik Norman di Taman Ukay Perdana, Ampang.
Syukur alhamdulillah lah ye selepas mereka ditangkap khalwat..Akhirnya akan bertunang jua. Harap-harap akan berkekalan lah hubungan mereka. Takut la pulak kes khalwat akan terjadi lagi..kan? Manalah kita tahu,cuma mendoakan yang terbaik sahaja.

Oh ya. Memey tak nak ajak Amir sekali je semasa bertunangan tue? Boleh la berkenalan sikit..Hehe...Kuat berangan nie... 
jom baca lagi

Bekas Lagenda Bola Sepak Negara,Isa Bakar Meninggal Dunia

Assalamualaikum w.b.t

Bekas lagenda bola sepak negara yang pernah berganding bahu dengan Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari untuk pasukan kebangsaan sekitar 1970-an telah meninggal dunia pagi tadi tepat jam 10.15 pagi di Hospital Pulau Pinang.


Kehilangan beliau adalah kehilangan yang besar buat negara. Beliau kembali ke ramatullah kerana mengalami batuk berdarah. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman serta bertaqwa. Alfatihah.

Adakah jasa beliau selama ini akan dikenang? Pada saya,beliau tiada gantinya.... Takziah saya ucapkan untuk keluarga arwah..

jom baca lagi

Oh! Utusan Malaysia..Jangan Sebarkan Berita Palsu La!|Boleh Tak?

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya kepada pihak Utusan Malaysia kalau lah dapat baca entri saya ini.Kalau lah baca..Ha,kalau baca. Boleh la jawap soalan saya ini. Saya nak bertanya satu soalan. Kenapa Utusan Malaysia suka menyiarkan berita yang tidak benar dan kadang-kadang mengelirukan? Tak tahu yang mana betul yang mana salah. Sepatutnya pihak Utusan Malaysia lebih peka hal ini agar tidak menimbulkan fitnah. Jangan sampai rakyat boikot Utusan Malaysia(ang nak makan apa nanti..?).

Saya terpanggil untuk bertanya soal ini..walaupun malas nak tanya sebab bukan pihak Utusan Nak baca pun,kan? Tapi saya amat tidak berpuas hati dengan kes khatib yang menyebut nama Guan Eng dalam khutbah Jumaat. Saya pelik..(rasa skema je guna saya doe) kenapa berita yang disiarkan berlainan kenyataanya.Macam kenyataan Zakaria..Khatib yang baca ktubah..dia cakap dia tak doakan kesejahteraan Guan Eng pun..tapi dia doa sebab suruh Guan Eng diberi hidayah..

Tapi pada artikel lain..Utusan taip lain..Apa kes? Nak bukti? Cuba la tengok balik artikel-artikel dalam Utusan itu..Pasti akan jumpa juga dengan artikel yang kelentong dan mengelirukan. Kalau dah cerita itu tidak sahih,janganlah sebarkan. Hari ini kata lain,esok kata lain.. Tepuk dada tanya iman la! Tak boleh tanya iman,pergi tanya imam masjid pun bagus.. Sekian..tak kuasa dah nak layan..Tapi ini soal AGAMA!!

Amir:.Kalau korang sebar fitnah,kasi tau rakyat..Pasti sorang rakyat bagi tahu pula dengan rakyat yang lain.Kan banyak fitnah tue..Makin bertambah lah dosa..Tak percaya? Baca entri ini. Jangan cari saham neraka.
jom baca lagi