Memaparkan catatan dengan label Facebook. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Facebook. Papar semua catatan

Facebook : Page I'm proud to be a Muslim Sebenarnya Milik Kafir Laknatullah. Page Penuh Dengan Kata-kata Kesat Serta Menghina Islam dan Allah. Allahuakbar!



Masyallah. Apa hendak jadi dah dengan dunia zaman sekarang? Terang-terang mereka menghina Agama Islam dan Allah.

Tadi, ada seorang sahabat memberitahu saya bahawa page ini milik kafir laknatullah kerana adminnya seorang kafir. Jadi, dengan perasaan ingin tahu saya  pun menerjah page itu serta merta.

Tahu tak apa yang saya lihat? Page itu penuh dengan kata-kata menghina. Jadi, saya menyeru disini bahawa marilah sama-sama kita membuat report serta menghalang page ini daripada terus mereka ideologinya.

Nama page betul..tapi pengisian penuh menghina. Oleh itu,barangsesiapa yang ada like page i'm proud to be a muslim. Silalah keluar dari page itu sekarang. Demi agama tercinta...

Macam mana nak keluar dan report page itu?

1. Pergi ke page I'm proud to be a Muslim.
2. Lihat pada kedudukan kiri page.
3. Tekan out..dan report.

Anda tahu bermain facebook. Sudah pasti anda tahu caranya. Tak sanggup nak like.
Nota:

Aku tak sanggup dah baca bila dia kata.. Allah...dia kata Allah..Sukar..sukar untuk ku lafazkan.

"Ya Allah.. kau bantulah kami membela agamamu..Sesungguhnya engkau Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.."


jom baca lagi

Ada Gak Update Kat Facebook Percaya Kiamat Berlaku Pada 2012

"
Ramalan:2012/ada satu laungan yg boleh membuatkan semua org mendengar


ramalan:121212/hari kiamat.tercatitnya dlm kamus yg mendalam dan d ramal oleh seorang rakyat US.


*sembahyang,bertaubatlh anda sblm d sembahyangkan,d taubatkan.ALLAHUALAM-.-

****

Yang update ini seorang muslim mengikut infonya. Hairan dan pelik aku. Kan kita sebagai orang muslim sudah tahu bahawa hari Kiamat pasti akan berlaku dan kita tak tahu bila akan berlaku.kan? Hari Kiamat itu perkara ghaib.

Aku disini bukan nak mencemuh atau mengaibkan status si dia di atas tetapi kalau kita percaya akan ramalan itu? Macam mana ya ek? Syirik ke? Aku tidak lah pandai sangat tentang agama tetapi aku tahu yang kita tidak boleh percaya ramalan -ramalan macam nie. Terutamanya dari orang yahudi.

Allah itu Maha Mengetahui. Hari Kiamat itu hanya Allah sahaja yang tahu. Walhal Nabi Muhammad pun tidak tahu bila kiamat akan berlaku,kan? . 

Oh ya,apa yang aku tahu. Orang akhir zaman yang tinggal adalah seburuk-buruk umat(ketika berlakunya hari kiamat). Betul ke? Wallahualam. 

Semoga kita terpelihara dengan rahmat Allah. 

Nota: Benda yang paling rapat dengan kita adalah MATI.
jom baca lagi

Orang Online Facebook Sebab Bosan La!| Betul tak?

Pantun 1.

Mak Minah ada besan,
Nama anak dia Milah,
Hari-hari bosan,
Gua layan facebook lah!

Pantun 2.

Adik Minah suka makan book,
Aizat pula ketagih cerut,
Bila dah bosan layan la facebook,
Alamatnya..keluarlah status mencarut.

Haha! Berpantun pula aku. Siapa berani sila jawap! Ahaks. Baiklah.. Facebook oh facebook. Engkau begitu hebat sekali..menjadi fenomena waktu sekarang. Tanpa mu memang tak syioOOOkkk la hidup,kan?

Facebook? Benda alah nie..orang tak layan kalau tak bosan. Orang tak layan kalau tak bercinta.. Orang tak kan layan kalau tak da line internet. Kah3. Ok! Ok! Apa yang hendak ku katakan disini. FACEBOOk hanya akan dilayan apabila diri kita KEBOSANAN. Betul tak?

Status kawan aku dalam  facebook.. SEMUANYA PASAL RAYA! Best ar diorang.. Lepas tue,pasal aweks.. Cets! Aku yang bosan layan facebook. Haha!

jom baca lagi

Video Peringatan Untuk Pengguna Facebook (Khususnya Kaum Hawa)

Assalamualaikum,


Sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini. Amat eloklah kita bermuhasabah diri dan saling tegur menegur. Baiklah. Semasa saya melawat blog Kakchik. Saya tertarik dengan satu entri yang bertajuk "Satu Peringatan Untuk Kaki Facebook". Memandangkan video ini amat bagus untuk kita. Jadi,saya kongsikan disini. Mungkin ada yang pernah melihat video ini tapi..Bukankah kita sering terlupa? Jadi,..dengan menonton video ini..Harap-harap kita sedar akan kesilapan kita dan kita akan cuba untuk berubah sebaik mungkin... Renung-renungkan...




Bagaimana perasaan anda selepas menonton video ini? Ada tak rasa terdetik di hati nak delete semua gambar yang mungkin menampakkan aurat anda? Mungkin..Jadi,jom cepat-cepat delete gambar yang tidak sepatutnya.. Ok?

Sebenarnya kan..Walaupun saya lelaki.. Saya sendiri tidak meletak gambar wajah saya di facebook. Sebab apa? Sebab saya terfikir..kemanakah gambar saya itu akan pergi? Adakah ia akan menjadi simpanna pemilik facebook? Dan..kalau ada orang yang dengki dengan saya..disihirnya..Ish..naya saya. Hehe. Walaubagaimanapun,dalam setiap tindakan kita..mestilah mengikut hukum syarak..

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan video ini.. Baiklah..Saya nak tanya satu soalan je.. " Kita nak ikut hukum Allah ke hukum manusia?" Ha..selamat beramal..sekian..w'salam..
jom baca lagi

Akaun Facebook Akan Didelete Kalau Tak Aktif?

Hurm..Baru sebentar tadi aku bukak Facebook. Log in dah lama sebab nak connect dengan GengBlogger. Lepas tue aku tengok ada mesej dalam inbox dan mesej tersebut berbunyi begini.
Sorry that I had to send this message. Since Facebook has recently become very popular, has become the many complaints that Facebook has become unacceptably slow. The report shows that the reason is that Facebook has a number of non-active members and, secondly, many new Facebook members.
We want to send this message to see whether you're active members or not. If you're active, can you send this message to at least 15 users. Use the "Copy - Cut and Paste" to show that you are still active. Those who do not send this message within 2 weeks in, will be removed in order to get more space.
Send this message to your friends to show me that you are still active, and do not want to be removed
Hurm.. Pada firasat aku laa..Facebook tak akan delete akaun kita tetapi tak tahulah..Dulu pernah jugak terima tapi tak percaya..kali nie pulak..terima sekali lagi..Korang lak? Macam mana? Percaya ke tidak??
jom baca lagi

Millatfacebook Mencabar Facebook???

Salam Geng! Apa kabar arini nie? Best giler time cuti nie. tak payah pergi sekolah. HAHA. Pagi tadi,cam biasa. Aku akan menuju ke kawasan Gita ntuk membeli surat khabar. Pagi ni Berita Harian belum sampai lagi daa..Terpaksa la beli Utusan Sarawak. Then,terjumpa tajuk yang ada orang dah buat laman sosial seperti facebook. Iaitu Millatfacebook. Wah! Agak menarik ye..
ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam.

Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com, awal minggu ini.

Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam.


“Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli.

“Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24.

“Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim.

Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu.


Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan.

Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an.

Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB.

Bagaimanapun, Usman gembira dengan hasil awal laman web itu yang sudah menarik penyertaan warga Britain, Bulgaria, Kanada, China, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. – AFP

Hurm...laman nie khusus untuk orang muslim. Apa peranan kita ha? Nak join ke tak? Kalau nak join..jom kita ke Millatfacebook!  Tapi aku rasa macam kurang la sikit Millatfacebook nie.. Was-was pulak nak join. kan??? Dia cakap kepada ahli Facebook,kalau ganggu mereka,mereka akan jadi lawan kita. Macam mana nie??? hurm...malas lah nak buat banyak akaun. Nanti menyusahkan... Apa pulak pandangan korang???
jom baca lagi

Aku Tahu Kenapa Facebook Jadi Begini.


Salam dan selamat tengahari rakyat Malaysia. Korang tentu bingung kan kenapa facebook jadi seperti diatas ? Amir ada jawapannya. Oh ya. Sebelum terlupa..gambar kat atas tue Amir ambil dari blog Diari Budak Malas. Nak snap sendiri tak boleh sebab guna laptop mak. hehe..Curi-curi guna. Laptop AMir perlu direhatkan sekejap sebab dah seharian asyik on je. Kemaruk main blog lah nie.. 

Okeyh.. Sejak pagi tadi lagi perkara nie  berlaku kan? Hajat di hati ingin la post entri baru kat Geng Blogger tapi tak kesampaian. Bila nak connect ,connection akan lost. Adoh2..Cuba la bukak Facebook. Then,jadi macam gambar kat atas. Dengan perasaan geram dan marah..AMir tenangkan diri membaca Utusan Malaysia.. Haa..pastu belek-belek lah.. Then jumpa tajuk ''FACEBOOK DALAM PROSES TUKAR STATUS''


SAN FRANCISCO 2 Mei - Perkembangan laman jaringan sosial Facebook daripada 'rumah kelab dalam talian' kepada kuasa ekonomi Internet telah meningkatkan kebimbangan yang ia kini dalam proses untuk menukarkan status daripada bersifat hak peribadi kepada keuntungan.

Langkah syarikat California itu menyediakan kemudahan perisian 'binaan dalam' yang membolehkan komuniti melalui dalam talian mengikuti mereka dalam sebarang laman web telah mencetuskan kemarahan pengguna laman peribadi itu.
Apabila pengguna Facebook mengunjungi laman web dengan 'graf terbuka' binaan dalam, tingkap di skrin akan menunjukkan aktiviti mana-mana rakan daripada laman sosial tersebut dan apa yang mereka katakan terhadap satu sama lain.

Meskipun pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg berkata, perubahan itu sebagai sebahagian daripada anjakan yang tidak dapat dielakkan bagi menjadikan ia lebih peribadi selain memberikan pengalaman berbeza, namun sesetengah pihak melihatnya sebagai sesuatu yang 'menyeramkan'.

"Laman web itu sedang mengalami satu perubahan penting ketika ini," menurut Zuckerberg semasa mengumumkan platform pengubahsuaian pada persidangan pemaju f8 di San Francisco pada 21 April lalu.
Pengguna peribadi mendakwa bahawa Facebook sedang mengkhianati ahli-ahlinya menerusi perkhidmatan itu yang digunakan sebagai satu cara untuk berkongsi kehidupan peribadi mereka bersama rakan-rakan yang lain.

"Ini merupakan satu peralihan daripada perkongsian hak peribadi kepada Facebook, sekali gus menjadikan kategori maklumat sangat mudah untuk membina jaringan perniagaan," kata peguam Kurt Opsahl daripada kumpulan pertahanan hak Internet, Electronic Frontier Foundation.

"Ia seolah-olah menunjukkan seperti mereka mengunjungi mana-mana laman web dan berkata 'Kami memiliki banyak maklumat peribadi pengguna, bagaimana dengan kamu pula?" katanya.

Laman jaringan sosial Internet itu yang meraih peningkatan jumlah pengguna kepada 400 juta orang di seluruh dunia memulakan operasinya pada 2004 sebagai satu kaedah untuk golongan pelajar berinteraksi antara satu sama lain. - AFP

Selepas membaca petikan di atas. Barulah Amir tahu kenapa facebook tiba-tiba ''SENGAL'' je hari ini.  Mungkin facebook sedang membaik pulih.. Atau ada masalah teknikal. Apapun,kita kena bersabar.
Bisik sikit : Kalau aku nak saman dah nie..terbantut idea aku ..dah la tak leh log in Geng Blogger. Bohsen...satu lagi..betul ke tak jawapan aku nih? Yang penting  anda sudah tahu.. kan? Hehe..
jom baca lagi