Memaparkan catatan dengan label geng blogger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label geng blogger. Papar semua catatan

Lawak La Blogger Yang Tak Bodoh Tapi Nampak Macam Bodoh Tapi Bukan Bodoh

Nota:

1. Cuba baca dengan hati yang tenang.
2. Setiap yang berlaku pasti ada jalan penyelesaiannya.
3. Maafkan aku andai aku tewas dengan godaan syaitan yang kadang-kadang akan mempengaruhi tulisan ku ini.
4. Tegurlah aku andai tersilap. Kebenaran itu ternyata sepahit peria.

****

Kadang-kadang bila kita rasa diri kita bagus, kita suka sangat membandingkan diri kita dengan orang lain.

Mamat Lesen L.

" Ekeleh mamat ni. Baru je ambil lesen L? Tak dak klas langsung. Aku dah lesen P laa.."

Restoren baru.

" Haktuih! Makanan tak sedap! Sedap lagi aku masak. Apa da punya restoren/ Chef mana yang masak ni?" keluh Chef Matimatitaklamalagi.

Blogger baru.

" Blog mende nih? Penulisan macam budak darjah satu! Takdak isi! Hampagas lebih! Hampeh..nyesal aku datang sini." keluh seorang blogger.

Vlog.

Situasi. Si blogger yang baru sahaja mengenali apa itu vlog telah membuat satu vlog lalu dipertontonkan kepada rakan blogger yang lain. Mungkin kerana pertama kali beraksi di depan kamera, perasaan gugup tidak dinafikan. Maka, di dalam video itu hanya ada senyum-senyum malu tanpa isi yang manfaat. Kemudian, seorang blogger pun memberi kritikan yang beliau rasa kritikan itu akan membantu si blogger yang ingin menjadi vlogger bertambah maju. " Weyh, ang dah da blog. Toksah la buat vlog. Dah la takdak isi. Buang masa aku je! Pi tulis baik-baik dulu baru buat vlog. Kompem nak femes je ni..."

***

Jeng..Jeng!

Tahu tak apa itu fitnah? Tahu kan? Dosa menfitnah itu lebih besar daripada membunuh. Tahu kan? Tapi kenapa ramai yang masih menyebarkan fitnah? Suka sangat menilai orang berdasarkan luaran.

" Ko ni tak ikhlas langsung laa.."

Mana kita tahu dia ikhlas ke tidak? Hanya Allah yang tahu,kan? Jadi, siapa kita nak tuduh dan kondem orang lain? Oh ya! Sebelum itu, aku tulis entri ni sebab aku dengar ada pergolakan yang berlaku di antara blogger.

" Macam budak sekolah je!!"

Iya lah. Akal sudah diberi. Cuma tunggu masa je hendak digunakan. 

" Mana lebih baik, menegur atau menasihat??"

Lu fikir sendirik.

Kadang - kadang aku terfikir,mereka yang jadi blogger ni sebab apa? Ingin terkenal? Kejar glamer? Lantas, aku bersangka baik terhadap blogger.

" Mereka yang menjadi blogger ini seorang yang cintakan bidang penulisan lantas membuat satu blog untuk menghasilkan satu tulisan yang bermanfaat buat pembacanya. Seorang manusia membuat blog untuk mengembangkan bisnesnya atau lebih tepat untuk mencari duit bagi menampung keluarga. "

Ya, aku bersangka baik tetapi apa yang aku lihat tidak begitu. Kenapa? Dangkal sangat ke blogger kita? Aku rasa tidak! Blogger Malaysia semua bijak dan ramah tamah serta bersopan santun,kan? Jadi, kenapa dan kenapa kita blogger ini suka sangat menjarakkan ruang yang terjalin dengan hal yang remeh temeh??

" Bro, kalau iya pun hendak menegur. Tegur je secara peribadi. Tak usah menghebohkan kepada seluruh dunia bahawa si blogger itu nampak macam tak bersekolah."

Jadi, apa motif kita(bukan aku) membuat satu entri yang memberi kritikan yang mungkin membina tetapi pada masa yang sama wujud konflik di antara blogger serta memecahkan ukhwah di antara blogger? Bukan ke nampak bodoh tetapi tak bodoh? Itu laa..lawak la blogger yang tak bodoh tapi nampak macam bodoh tapi bukan bodoh...Kan aku dah cakap..blogger Malaysia semua bijak.

Tetapi..aku tak mintak pembaca setuju apa yang aku katakan kerana kadang-kadang bila kita menulis kita rasa kita betul padahal pada pandangan orang lain apa yang kita katakan itu tidak selari dengan pandangan dia,kan? Jadi, lontar pandangan anda. Kalau berani! Dan kalau ada yang terasa, alhamdulillah. Itu niatku. Tetapi jangan terasa sampai "memudaratkan" diri.



Akhirnurkhalam, kita sebagai blogger haruslah mencontohi keperibadian sifat Rasulullah saw dalam menasihati rakan-rakan kita. Berikan dorongan untuk mereka supaya berjaya. Ibaratnya begini,jangan pula kita mencemuh bayi yang baru hendak berjalan sedangkan bayi itu baru sahaja mengetahui macam mana hendak berjalan. Jadi, ajarkan bayi itu cara berjalan sehinggalah bayi itu boleh berlari dan kita juga tumpang gembira lantas ukhwah di antara kita akan terus terjalin sampai bila-bila tanpa ada rasa terkilan. Wallahualam.


***

Kadang-kadang, peristiwa yang berlaku di sekeliling kita mematangkan kita. Dulu, aku pun begitu. Dulu kita setahun jagung tetapi kini kita menjadi jagung namun kita masih memerlukan baja untuk terus hidup,kan? Jadi, itu sahajalah kata-kata ringkas dari aku pada jam 4 pagi ini. Sudah mengantuk. Jumpa lagi.  Assalamualaikum. Semoga kita dilindungi Allah daripada melakukan perkara yang sia-sia. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari saya sendiri. 

jom baca lagi

Hilangnya Ruangan Sembang itu,Hilanglah Taring GengBlogger.com. Aku Rindu Blogger Itu.

6


Dulu, semasa diri ini mula menjejak langkah dalam dunia blogging ini. Gengblogger.com telah muncul. Sebagai blogger yang baru, 

"Aku harus ambil inisiatif suapaya blog aku dikenali ramai." kataku dulu. (sekarang ni macam tu gak. Haha).

Gengblogger.com sememangnya terbaik dan menarik. Tahukah korang bahawa Gengblogger.com dulu mempunyai ruangan sembang untuk para blogger selepas ping entri mereka? 

Bagi aku, ruangan sembang itulah nadi utama Gengblogger.com. Kenapa? Kerana di situlah para blogger berkenalan serta bersua.

Siapa tidak kenal dengan Gadis Terbilang yang cun melecun? Siapa yang tidak kenal dengan Anastasia Ann yang terkenal riuh rendahnya itu? Siapa tidak kenal Hanis Aleeya yang pandai berpuisi(berkarya kan? hehe)? Siapa tak kenal dengan Eciz yang suka merapu ? Siapa tidak kenal dengan Kak FaNurAmi? Siapa tidak kenal Toh Tuan Tanah(TTT) yang telah kembali ke ramatullah? Al-Fatihah. Semua blogger sama ada yang terkenal atau yang baru masuk berkumpul di situ. Walaupun tidak ramai, cukuplah sekadar mengeratkan hubungan antara blogger.

Dulu, aku selalu rindu akan Gengblogger.com.. Setiap pagi akan ku curi masa untuk berada di talian agar aku bersua dengan mereka. Kenangan dengan mereka tidak akan lupa. Ternyata ketika itu dunia milkku. (fantasi la nie. Haha)

Tiada jurang antara blogger ketika itu. Blogger baru boleh bersembang dengan blogger terkenal. Semua orang rasa seronok. Aku masih ingat, kalau blogger terkenal sertai ruangan sembang di situ. Fuh! Meriah betul..

Sekarang? Semua itu tinggal kenangan. Bak kata Saleem.


"Pernah ada rasa cinta antara kita

Kini tinggal kenangan
Ingin kulupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan
Seperti dirimu oh bintangku

Jauh kau pergi
Meninggalkan diriku
Disini aku merindukan dirimu
Kini ku coba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan
Seperti dirimu oh kekasih



"Ah! Sungguh rindu aku pada kenangan itu."

Apa yang menghubungkan kami adalah ruangan sembang itu. Kami boleh bersua. Tapi itulah, semua itu tinggal kenangan. Sekarang sukar untuk aku hubungi mereka.. Andai mereka terbaca, aku akan ingati korang.


Nota:

1.Blogger baru tidak pernah rasa nikmatnya blogging ketika itu.
2. Aku rasa tidak seronok berblogging sebab blogger itu.

jom baca lagi

Jom Kita Ramas Mesra Dengan Blogger Keyrill Eduardo Willeyhem

Hai! Bertemu lagi dengan Amir Izzat di blog Pembebel Jalanan. Terima kasih kerana sudi menyinggah atau tersesat masuk di blog ini. InsyaAllah...setiap hasil tulisan akan dimantapkan setiap hari dengan sedaya upaya supaya korang(pembaca) tidak rasa mengantuk ketika membacanya.

Baiklah.. Kali ini aku nak mempernalkan dengan korang seorang blogger yang baru. Siapa namanya? Keyrill Eduardo Willeyhem.

Korang tahu tak macam mana Keyrill ini boleh terjebak ke kancah blogging? Ha..Sebenarnya aku yang paksa dia. Ahaks. Amacam? Jahat tak aku? Ya la kan..Kalau tidak dipaksa,dia pasti tidak mahu.


" Amir..best jugak berblogging nie..." ucap Keyrill padaku satu ketika dulu.

Lihat..Sekarang dia dah enjoy berblogging. Nikmat berblogging senikmat malam pertama sudah dirasainya.. Jadi,buat apa berpatah balik.

Keyrill...kadang-kadang dia selalu patah hati dengan blog nie.. Tapi aku cakap. Kau kena sabar..Nanti kau akan dapat hasilnya.. Keyrill nie jugak rakan sekelas aku... Memang gila lah... Nak tahu tak....

Bila dalam kelas....

" Apa khabar bro... macam mana blog ? Ok tak?" tanya ku...

" Okay je..kau ajar la aku...bla..bla..bla..."

Haha..memang perbualan seharian lah pasal blog..

Ingat lagi aku...

"Amir...Tengkorak Emas bagi aku award la..kau ada terima gak kan?" tanya Keyrill..

" Ha,ada..kau tak tahu..Tengkorak Emas itu baik,friendly...bla..bla..." puji ku...

Baiklah..Jom kita pi ramas Keyrill Eduardo Willeyhem habis habisan... Kenali seorang blogger melalui hatinya..erk?

Nota: Kan bagus kalau semua orang dalam kelas aku ada blog..Haha! Mimpilah...


jom baca lagi

Segelas Teh.


Di Dalam Gua Ada Naga,
Terdapat Pula Sebuah Perigi,
Segelas Teh Penghilang Dahaga,
Sekali Hirup Pasti Nak Lagi.

Teh..Memang membangkit selera. Dihidang pada waktu petang...Bersama kuih Muih....Pasti membangkit selera.

Teh Ramuan pula lain ceritanya..Membangkitkan semangat seseorang dalam sesuatu perkara..Tidak percaya? Belum kenal belum tahu... Tehr.

Nota kaki tangan: Saya suka Teh yang dibuat oleh mak saya. Entah mengapa..

jom baca lagi

Oh Blogger! Tidak Tegur Bukan Bermakna Sombong..|Ann,Hanis Aleeya,Farah Amirah,Azza,Iznie,Cikgu Isza,Naim


Wahai sahabatku...Pernah kalian merasa terluka kerna diriku? Pernah kah aku mencalit duka di hati kalian? Andai begitu,maafkanlah aku...


Sahabat...Aku tahu ada yang terluka..Aku tahu ada yang terguris..Tetapi itu bukan niatku.. Aku tahu..Aku sedar aku semakin melupakanmu sahabat....


1. Ann

-kawan yang aku kenal ketika mula memasuk Gengblogger. Apabila Gengblogger sudah terkubur...Aku pun menyepi...Dia pula menghilang...Siapa Ann? Entah... Sahabat yang sukar untuk diucapkan dengan kata-kata...Ann / Enn. Hehe..Banyakkan kenangan kita? Best ar kawan dengan kak Ann nie.. Andai hidup anda diselubungi misteri..berkawanlah dengan Kak Ann...


- Siapa dia? Kak Hanis..Geng seangkatan Ann.. Seorang yang baik.. Dimanakah Kak Hanis? Semakin hari aku rasa semakin berjauhan dengannya walaupun ketika dulu..kami selalu bersua..Maafkanlah aku..Blognya kadang-kadang sepi tidak berupdate..Sekali update terus "menyentap jiwa..."

3. Kak Farah Amirah

- Kak Farah adalah 'kakak' angkatku.. Indahkah waktu dahulu kak? Kita selalu 'bergurau senda di blog'. Tapi kak..Kak menghilang.. Sekelip mata..Amir cuba mengejar..Namun dek kesibukan.. Semakin hari semakin jauh...Terasa jauh sekali..Hendak ku tegur rasa bersalah.... Namun,aku masih mengingatimu.


-Kenalkah kalian pada si dia ini? Dialah antara blogger terawal yang aku kenal.. Aku rasa pernah mengungkapkan janji dengan dia..tapi..sudah 5 bulan tidak bersua.. Masa yang agak lama. Kak,maafkan Amir..


-Kak Iznie jugak sama seangkatan geng di atas. Kenal di GengBlogger.. Walaupun tidak pernah bertemu,keakraban itu ada. Kak Iznie selalu mengomen balas status ku di facebook walaupun aku tidak pernah menjengah wallnya (ye ke? Hehe!). 



- Cikgu Isza...entah bila aku mengenalimu...Sudah ku lupa akan tarikh itu..Namun,dikaulah antara blogger yang ada masa untuk menapak di blog ku ini walaupun kadang-kadang aku jarang menjengahnya.. Entahlah.. Cikgu Isza sungguh baik... Aku dah anggap dia macam ibuku..Aku menghormatinya.. Dengan nasihatnya..aku mampu berada di tahap ini. Terima kasih.


- Naim? Siapa tidak kenal dia..Jejaka sebaya aku..Seorang yang peramah dan mesra. Selalu membantuku berkaitan dengan blog. Bro,walaupun kita jarang bersua walhal aku selalu tengok kau online dekat fb. Bukan bermakna aku sombong... Terima kasih untuk segalanya. At least,aku ada gak kawan sebayaku di alam maya. Nanti jumpa boleh minum sama. hehe!

Bro,ko dalam zaman bergelap ek? hehe.


*****


Tapi sahabat...tidak tegur bukan bermakna sombong.. Ada yang selalu di hati..Ada yang terlalu jauh..Kadang-kadang kita perlukan masa.. Maafkan aku...Andai dapat ku undurkan masa,akan ku perbaiki masa lalu...Susah untuk ku luahkan....

Terima kasih kerana menyokongku selama ini.. Kepada rakan blogger yang pernah mendekati Amir.. Maafkan Amir.. Maafkan lah untuk segalanya.. Si Tedi,Abang Syamil... Nash... dan banyak lagi.... ramai kawanku di blog ini..cuma aku tidak sedar dan aku tidak tahu...


Rasa bersalah menyelebungi ku..Aku teringat satu kata-kata " Jagalah hati sendiri..jangan duk jaga hati orang lain.." Means,susah nak puaskan hati orang nie...kan? Entah lah....

Si Tedi..Andai kau terbaca entri ini? Masih marahkah kau akanku? Hurm.....

Maaflah...Ampunilah daku..sebelum aku menghembuskan nafas terakhir..Kita tidak tahu bila kita akan pergi.. Mungkin aku yang akan menyusul dulu? Wallahualam......

jom baca lagi

Blogger Toh Tuan Tanah Meninggal Dunia? Aku Sedih Beb!

Assalamualaikum w.b.t.

Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah jalan. Ku sangka pertemuan singkat itu sementara rupanya ia kenangan sampai bila-bila.

Tadi,gua bukak blog selepas seharian menanti line wi-fi muncul. Lepas tue,gua perasaan ada satu tajuk "Perginya Blogger Bernama TTT" di blog Skype Crew,.

Dalam hati gua " Aku harap bukan TTT yang aku kenal laa..."

Tapi,Allah Maha Berkuasa beb.. TTT yang gua kenal juga pergi.. Gua tak sangka.. Gua sedih.. Kenapa TTT? Walaupun gua hanya kenal TTT sekejap sahaja ketika gua mula join Gengblogger. Tidak sangka selepas sekian lama tidak bersua dengan Toh Tuan Tanah (TTT),TTT akan pergi tinggalkan gua. 

"Argh!!!  Oh TTT...." hati gua meraung.

Gua sedang nangis beb! Gua tak percaya! Itu bukan TTT. Itu bukan TTT. Hurm..... Nak buat macam mana. Tuhan lebih sayangkan dia.. 

TTT ..Amanlah kau disana. Semoga engkau berada di kalangan orang yang solehah... Al-fatihah.




Air mata gua meleleh..Gua pasrah itu ketentuan ilahi.. Badan gua juga menggeletar..Gua merasai pemergian TTT yang agak peramah itu dulu.. Biarpun ku mengharap ini mimpi..Gua sedar..itulah hakikatnya.

Untuk tahu lebih lanjut. Korang baca di blog SKYE CREW "Pemergian Blogger bernama TTT.."

Nota: Bro,adakah ini mimpi?????????????????????????
jom baca lagi

Hidup Tanpa GengBlogger.com

Nampaknya..Gengblogger.com tidak dapat diakses lagi. Aku tidak tahulah kenapa Gengblogger.com jadi begini. Apa salahku? Apa silapku? 3 hari aku menyepi dari blog.. Buka-buka nak akses Gengblogger.com tetapi tidak dapat..Hancur berkecai hatiku..Lantas,ku cantumkan balik hati itu..Ahaks. Gua tipu.

Tapi kan..Awat GengBlogger.com tak boleh diakses nie? Hairan dan pelik. Selalunya di situlah tempat untuk aku menapak serta berbual dengan rakan-rakan blogger..Kini,hidupku kembali sunyi.. Nak ping pun tak dapat..Terpaksalah aku bergantung kepada usaha diri sendiri untuk memartabatkan lagi blog ini agak dapat bersaing dengan blogger lain.

Wah! Besar harapan? Biarlah! Aku punya harapan dan cita-cita..Niat dan matlamat itu mesti ada.. Yang penting usaha,kan kawan-kawan? Kalau asyik merendah diri,tak leh jadi gak. Kena gak menonjolkan diri di blog ini..kan?

Tapi..Eh! Tapi lagi? Haha.. Tapi tak leh hidup gak tanpa Genblogger.com nie..Apa sudah terjadi dengan Gengblogger.com ha? Hurm...
jom baca lagi

Rahsia Di GengBlogger Kini Ditemui.




Semasa ping entri tadi,aku perasan suatu benda. Score yang aku dapat amat tinggi dari biasa. Lantas,aku pun buat la kajian. Siapakah golongan yang mengklik artikel aku? Akhirnya,aku temui rahsianya..

Barulah aku tahu artikel berkenaan apa yang boleh mendapat pelawat walaupun sedikit dan golongan mana yang patut kita sasarkan.

Walaubagaimanapun,apa yang aku temui ini tidaklah bermakna sangat. Patut ke aku berkongsi dengan korang? Kalau tersalah fakta,akan dicemuh pulak..

Nanti la aku kongsikan..sikit je aku temui rahsianya..Tak penting kot..hehe.. Nak tak rahsia yang tidak seberapa ini??  

p/s: Eh! Kalau salah tajuk ,minta maaf awal-awal ye.
jom baca lagi

Ramai Bloggers Kat GengBlogger Tak Da Mood Nak Post Entri Malam Nie..


Malam nie begitu sunyi sekali..Berikut adalah komen dari Bloggers yang sunyi dan tak da mood nak post entri.

Aku: GengBlogger sunyi la malam nie..bosan..Ha! Korang post tak entri malam nie?

Blogger A: Tak..malas..tak da mood..sunyi..tak da pekdah gak post.. 

Blogger B: Semua bloggers duk ngadap TV je..Baik aku post entri tengah malam nanti..

Blogger C: Laa..sebab bola sepak ar nie..bosan giler..

Haha..lawak ke bosan komen mereka? Nah! Komen blogger hebat..Hanis Aleeya yang tersangat hepi.

Hanis: Nasib baik aku tarik trafik awal-awal..dari petang hingga 9 pagi..yang paling banyak pukul 8.20 pagi..43 orang.

Macam gitu la komen-komen yang diluahkan....Ahaks..Apa pulak perasaan anda? Tak da mood jugak ke???
jom baca lagi

GengBlogger Sunyi Sebab Bola Sepak Piala Dunia??


Wah! Semua orang kat GengBlogger dah hilang laaa..Kalau post entri pun tak guna gak..Bagi yang membaca memang bagus..Ini membuktikan yang anda tidak minat bola macam saya? Ye ke??? Haha..Memang korang tak minat bola kan? Bukanya best pun..baik duk sini..kita berkenalan sesama bloggers memandang semua orang tengah duk layan TV1. Nak tak berkenalan? Kalau tak mahu..tandanya anda sombong..hehehe..

Betul ke sombong? Haha..Tak baik sombong-sombong..Nanti tuhan marah..kan? Jom la buat sesi berkenalan kat sini..nak? JOm! Sunyi kan GengBlogger..yang ada hanya Kak Hanis,Sekupang Dan Pei je kat Chatroom..Yang lain sombong kot..hehe
jom baca lagi

Laman GengBlogger.com Tidak Dihack.


Wah! Gempak! Gempak! Semuanya kecoh pasal GengBlogger.com kena hack!! Semua blogger kecoh dan mengeluarkan bermaca-macam entri disebabkan munculnya pop-up ini.

 

Pada mulanya aku pun sangsi dan geram! Tak pasal-pasal benda nie keluar. Nak refresh pun susah. Jadi aku pun buat entri ini. Dan aku menerima komen dari TM...


Dia mengatakan bahawa Geng Blogger.com sebenarnya tidak dihack. Betul aku cakap nie.Korang toksah bimbang lagi ye. Haha. Dari ayat kat pop-up tue pun kita dah tahu kan? Tak berpuas hati lagi?? Sila ke laman web ini untuk ketahui dengan lanjut. [klik sini]
Jadi,haruslah bersuka ria.. Haha.. Jangan khuatir.. Oh Tidak!! 

p/s:
Nak makan weyh...
jom baca lagi

Geng Blogger..Kau Menyusahkan Aku..


Hish! Geram betul! Tadi,dengan hati yang gembira aku bukak la Geng Blogger sebab dah semalaman tak online. Tapi bila dah bukak. Ades..keluar pulak benda kat atas nie. Geram weyh. Menyusahkan betul. Setiap kali  refresh,keluar benda nie. Memang menyusahkan. Siapa la punya kerja nie? Kalau nak buat pun,fikir la perasaan orang lain tue. Kalau nak hack betul-betul,hack la. Nie tidak,kena buat pengumuman jugak ka? Aduhai..Malang weyh. Kepada yang betanggungjawap,anda buat anda tanggung dan anda ubah. W'salam.
jom baca lagi

Aku Tahu Kenapa Facebook Jadi Begini.


Salam dan selamat tengahari rakyat Malaysia. Korang tentu bingung kan kenapa facebook jadi seperti diatas ? Amir ada jawapannya. Oh ya. Sebelum terlupa..gambar kat atas tue Amir ambil dari blog Diari Budak Malas. Nak snap sendiri tak boleh sebab guna laptop mak. hehe..Curi-curi guna. Laptop AMir perlu direhatkan sekejap sebab dah seharian asyik on je. Kemaruk main blog lah nie.. 

Okeyh.. Sejak pagi tadi lagi perkara nie  berlaku kan? Hajat di hati ingin la post entri baru kat Geng Blogger tapi tak kesampaian. Bila nak connect ,connection akan lost. Adoh2..Cuba la bukak Facebook. Then,jadi macam gambar kat atas. Dengan perasaan geram dan marah..AMir tenangkan diri membaca Utusan Malaysia.. Haa..pastu belek-belek lah.. Then jumpa tajuk ''FACEBOOK DALAM PROSES TUKAR STATUS''


SAN FRANCISCO 2 Mei - Perkembangan laman jaringan sosial Facebook daripada 'rumah kelab dalam talian' kepada kuasa ekonomi Internet telah meningkatkan kebimbangan yang ia kini dalam proses untuk menukarkan status daripada bersifat hak peribadi kepada keuntungan.

Langkah syarikat California itu menyediakan kemudahan perisian 'binaan dalam' yang membolehkan komuniti melalui dalam talian mengikuti mereka dalam sebarang laman web telah mencetuskan kemarahan pengguna laman peribadi itu.
Apabila pengguna Facebook mengunjungi laman web dengan 'graf terbuka' binaan dalam, tingkap di skrin akan menunjukkan aktiviti mana-mana rakan daripada laman sosial tersebut dan apa yang mereka katakan terhadap satu sama lain.

Meskipun pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg berkata, perubahan itu sebagai sebahagian daripada anjakan yang tidak dapat dielakkan bagi menjadikan ia lebih peribadi selain memberikan pengalaman berbeza, namun sesetengah pihak melihatnya sebagai sesuatu yang 'menyeramkan'.

"Laman web itu sedang mengalami satu perubahan penting ketika ini," menurut Zuckerberg semasa mengumumkan platform pengubahsuaian pada persidangan pemaju f8 di San Francisco pada 21 April lalu.
Pengguna peribadi mendakwa bahawa Facebook sedang mengkhianati ahli-ahlinya menerusi perkhidmatan itu yang digunakan sebagai satu cara untuk berkongsi kehidupan peribadi mereka bersama rakan-rakan yang lain.

"Ini merupakan satu peralihan daripada perkongsian hak peribadi kepada Facebook, sekali gus menjadikan kategori maklumat sangat mudah untuk membina jaringan perniagaan," kata peguam Kurt Opsahl daripada kumpulan pertahanan hak Internet, Electronic Frontier Foundation.

"Ia seolah-olah menunjukkan seperti mereka mengunjungi mana-mana laman web dan berkata 'Kami memiliki banyak maklumat peribadi pengguna, bagaimana dengan kamu pula?" katanya.

Laman jaringan sosial Internet itu yang meraih peningkatan jumlah pengguna kepada 400 juta orang di seluruh dunia memulakan operasinya pada 2004 sebagai satu kaedah untuk golongan pelajar berinteraksi antara satu sama lain. - AFP

Selepas membaca petikan di atas. Barulah Amir tahu kenapa facebook tiba-tiba ''SENGAL'' je hari ini.  Mungkin facebook sedang membaik pulih.. Atau ada masalah teknikal. Apapun,kita kena bersabar.
Bisik sikit : Kalau aku nak saman dah nie..terbantut idea aku ..dah la tak leh log in Geng Blogger. Bohsen...satu lagi..betul ke tak jawapan aku nih? Yang penting  anda sudah tahu.. kan? Hehe..
jom baca lagi

Frust Chatroom Kat Geng Blogger Tarak Ada!

Fuh! Ingatkan leaps  balik dari Kem Astronomi boleh la sembang-sembang kat Chatroom Gb..tapi bila on je laptop..Terjah Geng Blogger... terkezut i... amat terkejut sekali... ingatkan masalah brukband.. aku refresh la banyak kali....(masih mengharap)... tak keluar jugak.. 

Frust! + Bosan!! Arhgh! Di dalam sanubari aku terpikir..ke manakah chatroom nie pergi? Sudah dicuri oleh orang yang berniat jahat? Atau sudah dirompak..memandangkan chatroom GB amat popular... atau ditutup..sebab muka sama je yang chat... (GT,Ann,Amir(aku),Mijae,dan lain-lain lagi..)... erm..,sebab apa ek?

Tengah duk pikir-pikir tue..aku pun menjelajah la Geng Blogger nie.. Zass! aku ternampak forum Ben Ashaari... Nama forum tue..''Bila Chaatroom Tiada,Gadis Terbilang Mati Kutu!''..Jadi,secara automatik lah aku faham...memang chatroom dah xda... kesian aku...  tapi memang bosan la..tak tahu nak chat kat mana lagi nie.... huhuhu... KEMBALIKAN CHATROOM!! (muka ngah sedih..)

Amir Izzat - Nak makan apa malam nie ek???
jom baca lagi