Memaparkan catatan dengan label Piala Dunia 2010. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Piala Dunia 2010. Papar semua catatan

Kenapa Argentina Kalah? Ini Sebabnya..

Sepertimana yang korang tahu kan..Semalam Argentina tumpas 4-0 kepada Jerman. Agak mengejutkan dan memang sudah dijangka. Apa yang aku tahu,pertemuan Argentina dengan Jerman sebelum ini membuktikan yang Argentina tidak dapat menandingi Jerman. Contohnya pada 2006 di tempat sendiri. Argentina kalah kepada Jerman,kan?

Lionel Messi

Lagi satu,pemain Jerman memang pandai psiko pemain Argentina. Lihatlah apabila gol tidak disahkan. Offside.Selepas itu, ada pemain Argentina yang mula mengasar..kan?  Apa nama tue? Ha,Torrez..Korang ada tengok tak? Kalau tak tengok susah ar nak cakap.. Pi tengok siaran ulangan nun...

Selepas Jerman mula menyumbat gol.. Pemain Argentina cuba menyerang balas.. Apa lagi..Messi pun bergerak la pantas.. Mengelak sana mengelaks sini..Pabila Messi dah depan gol.. "Duup!!''(bunyi bola disepak kot)."Heeeeeungg!!!!!" (bunyi angin ketika bola melayang di udara) Terus ke udara melepasi palang gol. Ha,ada tengok tak semasa sepakan percuma yang dilakukan oleh Messi? Melayang ke atas..Itu permainn Jerman..Pandai psiko orang.. Semua dah geram dan nak goal.. Ha,Messi tak dapat skor sebab...

Sebab Argentina nie amat dikenali dengan sikap panas baran.. Aku rasa. Messi geram sangat nak gol Sebab itu la bola dia tersasar jauh.. Aku tengok babak pertama je... Lepas tue,dengar-dengar dah 4-0. Hurm..Nasib..Nasib.. Jerman memang hebat.. Dah tau kelemahan pasukan lain...

Jabulani dibuat di Jerman kan? Dah diubahsuai semasa perlawanan..(auta nie..kih3)

Mungkin inilah salah satu sebab Argentina kalah.. ha,Apa pula kata korang yang lihat permainan antara Argentina dan Jerman? Ulas ar sikit...Hehe. :)
jom baca lagi

Kalau England Lawan Malaysia,Ada Peluang Tak Malaysia Nak Menang?

Kawan-kawan..Mari kita bercakap soal bola. Cerita hangat nie.. Berdasarkan prestasi England sekarang nie. Apa pendapat korang kalau jika menjemput England berlawan dengan Malaysia? Ada peluang nak menang ke tak????

Aku rasa ada laa..Ben cakap'' England jaguh kampung..''.. Haha. Eh! Kalau diorang saman aku memperlekehkan England? Mana aku nak cari duit? Korang bantu la nanti,okay? Baik! Apakata kita jemput? Aku rasa boleh menang lah kalau pemain Malaysia tue dah cukup segala-galanya...dan tidak mustahil bagi kita...Ahaks...

Tahu tak kenapa England kalah? Sebab dia berlagak..dan dia sekutu Israel...Allah tarik balik ar nikmat mereka...wallahualam.. Ok2.. Tak payah cakap pasal keputusan mereka....Korang rasa Malaysia boleh lawan tak? kita jemput ar.... Kalau menang,sorak sekampung beb..Ahaks..

p/s:berhibur di pagi hari..

jom baca lagi

Sukma Di Melaka Lagi Bagus Dari Bola Sepak Piala Dunia!

Assalamualaikum dan selamat pagi.


Wah! Cepatnya masa berlalu..Dah pagi rupanya.. Ha! Ada tengok perlawanan bola sepak pagi tadi? Dengarnya...Jerman dan England kalah..Betul ka? Mari sini..aku nak bagitahu..Korang tahu tak sekarang nie tengah berlangsung sukma di Melaka. Pada pandangan korang la,mana yang lebih bagus? Sukma atau Piala Dunia? Jangan jawap dulu...mari kita berbincang...

Pastinya penyokong kedua-dua negara iaitu Jerman dan England demam kerana negara yang disokong mereka kalah. Alahai..macam mana lah Piala Dunia kali nie? Asyik seri je..Baik Aku tengok sukma.. Kali terakhir aku tengok perlawanan bola sepak Piala Dunia iaitu perlawanan antara Honduras dengan Chile. Lepas tue aku tak tengok dah.

Bosan giler tengok perlawanan Piala Dunia kali ini. Tidak seperti dulu..Semakin hampar..pemain je kelas pertama tapi perlawanan hampeh. Nak salah kan bola Jabulani yang kian menjambul sebab kena kutuk? Yak perlu..penyokong! Anda jangan kecewa.. Ha! Nak salahkan vuvuzela yang buat bising tue...entah la.Aku tidak berada pada situasi mereka. Walaubagaimanapun,perlawanan Bola Sepak Piala Dunia kali ini tidak menarik. Bagus aku tengok sukma.


Kenapa kita perlu melihat acara sukan Sukma di Melaka? Sebab lagi best dari Piala Dunia..Marilah kita pi sokong atlet negeri masing-masing. Kan bagus.. Tapi kan..liputan media pasal sukma kurang laa...tido ka? Hurm. Korang tengok la sukma..baru korang tahu...dan korang boleh bandingkan....amacam? Erti kata lain..bola sepak Piala Dunia tak best lah.. Setuju?? Sokonglah sukan Malaysia walaupun anda benci...hikhik..

Amir: Bagus bangun pagi sembahyang tahajud dari nengok bola...
jom baca lagi

Wow! Tak Percaya Jerman Kalah...



Huh? Jerman kalah ? Betul ke? Itulah pertanyaan aku kepada rakan blogger semasa chat dengan ruangan sembang di GengBlogger.. Agak mengejutkan jugak apabila Jerman yang ku sokong sikit-sikit..Walaupun tak minat bola sepak Piala Dunia nie.. Kalah 0-1 dengan Serbia...

Tak sangka la yang Jerman boleh kalah..Hari tue aku tengok perlawanan dia..Dengan siapa ek? Aduhai.lupa pulak.. 4-0 kan hari tue? Jerman menang.. Memang tak sangka lah..Ingatkan Jerman boleh maju dan menjadi pasukan pilihan Piala Dunia kali ini walaupun aku sokong Brazil sepenunya..(itu dulu...)...

Kepada penyokong Jerman..bawa bersabarlah...Tadi..Ada blogger hampa pabila Jerman kalah..Relaks ar..Sokong negara lain pulak..kan?? Hehe....Jangan bersedih dan membakar rumah..atau menendang bola dalam rumah.. Ada kes telinga bapa hampir putus terkena kaca akibat bola yang ditendang anaknya terkena cermin..Aduhai..nasib badan..

Beringatlah...Pasal bola sepak..semua isu penting semakin dilupai..kan???????

p/s: Memang tak minat World Cup nie.. :)
jom baca lagi

GengBlogger Sunyi Sebab Bola Sepak Piala Dunia??


Wah! Semua orang kat GengBlogger dah hilang laaa..Kalau post entri pun tak guna gak..Bagi yang membaca memang bagus..Ini membuktikan yang anda tidak minat bola macam saya? Ye ke??? Haha..Memang korang tak minat bola kan? Bukanya best pun..baik duk sini..kita berkenalan sesama bloggers memandang semua orang tengah duk layan TV1. Nak tak berkenalan? Kalau tak mahu..tandanya anda sombong..hehehe..

Betul ke sombong? Haha..Tak baik sombong-sombong..Nanti tuhan marah..kan? Jom la buat sesi berkenalan kat sini..nak? JOm! Sunyi kan GengBlogger..yang ada hanya Kak Hanis,Sekupang Dan Pei je kat Chatroom..Yang lain sombong kot..hehe
jom baca lagi

Aku Tak Nak Tengok Bola Malam Nie!!


Malam Nie..Aku rasa malas la nak tengok bola...Tak best langsung..tapi tadi aku tertengok siaran pembukaan. Afrika Selatan Lawan Mexico ek? Penuh giler stadium.. Dulu..aku tengok jugak..tapi..malas dah...tak minat..Best ke korang tengok bola nie? Sebenarnya..aku tak ambil kesah pun pasal bola luar negara nie.. Aku hanya minat bola sepak kat Malaysia nie walaupun teruk. Kita sokong negara kita..Bukannya sesetengah orang tue...Kalah...dicemuh..Menang..Dipuja..Apa kes brader???

Mesti semua orang tengah demam bola sepak nie,kan? Perempuan nengok jugak ke? Haha..itu aku tak tahu..Hurm..Apa kata wanita????
jom baca lagi

Subkhiddin Akan Beraksi Pada Perlawanan Pembukaan Piala Dunia

Assalamualaikum wbt buat rakan-rakan blogger selaku pembaca..tidak lupa jugak pembaca yang bukan blogger. Apa kabar pagi nie? Baik! Nampaknya..pengadik dari Malaysia diberi kepercayaan untuk mengadili perlawanan pada pembukaan Piala Dunia antara pasukan tuan rumah Afrika Selantan dengan Mexico. Wah! Bestnyer… Walaupun pasukan bola sepak Malaysia tidak bertanding,pengadil seorang pergi pun tak pa dah.

Subkhiddin jugak terpilih sebagai pengadil keempat pada pembukaan Piala Dunia 2010. Ini satu penghormatan tau..Bukan senang nak dapat penghormatan sebegini. Tahniah En Subkhiddin. Pengadil Malaysia dah dapat “beraksi” dalam Piala Dunia. Pasukan bola sepak Malaysia pulak bila ek?


Aku nie peminat bola sepak tempatan.. walaupun tidak lah seminat mana pun. Pasal Piala Dunia nie,kurang minat sangat..sebab tak da Astro nak tengok. Jadi,perasaan minat menonton Piala Dunia kian terhakis. Tapi aku sokong Brazil..Hehe.. Aku harap pengadil kita akan mengadili perlawanan pembukaan antara Afrika Selatan dengan Mexico dengan jayanya…InsyaAllah..

Berikut adalah petikan dari Berita Harian bertarikh 7 Jun 2010 bersamaan hari Isnin:

IPOH: Malaysia tidak bertanding pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang bermula 11 Jun ini tetapi wakil negara akan "beraksi" pada perlawanan pembukaan antara pasukan tuan rumah Afrika Selatan dan Mexico sebagai pengadil.

Pengadil Subkhiddin Mohd Salleh, 44, bakal mengharumkan nama negara apabila terpilih sebagai pengadil keempat pada perlawanan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, berkata Subkhiddin adalah wakil Malaysia yang pertama dipilih sebagai pengadil untuk perlawanan Piala Dunia

"Baru tadi saya diberitahu oleh urusetia Persatuan Bola Sepak Malaysia bahawa Subkhiddin mendapat penghormatan sebagai pengadil keempat pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 antara Mexico dan Afrika Selatan.

"Walaupun sebagai pengadil keempat, ia adalah satu penghormatan kepada Malaysia kerana bukan senang untuk terpilih sebagai pengadil perlawanan pembukaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Raja Ahmad Zainuddin berkata, pemilihan Subkhiddin, guru Sekolah Menengah Vokasional Nibong Tebal, Pulau Pinang, sebagai pengadil pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 itu adalah satu penghormatan kepada Malaysia dan arena bola sepak negara.

Subkhiddin yang mempunyai kelayakan sebagai pengadil Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pernah dipilih untuk Piala Dunia 2006 di Jerman tetapi tidak mengendalikan sebarang perlawanan.
Sebanyak 30 pengadil akan bertugas mengendalikan 64 perlawanan sepanjang kejohanan bola sepak empat tahun sekali itu.

Dua pengadil Malaysia lain pernah dipilih sebagai pembantu pengadil kejohanan itu iaitu Allahyarham Kapten Halim Abdul Hamid di Piala Dunia 1998 di Perancis dan Mat Lazim Awang Hamat pada Piala Dunia 2002 ketika Korea Selatan dan Jepun menjadi tuan rumah bersama.

Pada kejohanan kali ini, FAM akan mempunyai dua lagi pegawai yang turut terbabit iaitu Datuk Dell Akhbar Khan dalam aspek keselamatan dan Paul Windsor sebagai komisioner perlawanan dan penyelaras gelanggang. - BERNAMA
jom baca lagi