Millatfacebook Mencabar Facebook???

Salam Geng! Apa kabar arini nie? Best giler time cuti nie. tak payah pergi sekolah. HAHA. Pagi tadi,cam biasa. Aku akan menuju ke kawasan Gita ntuk membeli surat khabar. Pagi ni Berita Harian belum sampai lagi daa..Terpaksa la beli Utusan Sarawak. Then,terjumpa tajuk yang ada orang dah buat laman sosial seperti facebook. Iaitu Millatfacebook. Wah! Agak menarik ye..
ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam.

Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com, awal minggu ini.

Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam.


“Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli.

“Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24.

“Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim.

Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu.


Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan.

Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an.

Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB.

Bagaimanapun, Usman gembira dengan hasil awal laman web itu yang sudah menarik penyertaan warga Britain, Bulgaria, Kanada, China, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. – AFP

Hurm...laman nie khusus untuk orang muslim. Apa peranan kita ha? Nak join ke tak? Kalau nak join..jom kita ke Millatfacebook!  Tapi aku rasa macam kurang la sikit Millatfacebook nie.. Was-was pulak nak join. kan??? Dia cakap kepada ahli Facebook,kalau ganggu mereka,mereka akan jadi lawan kita. Macam mana nie??? hurm...malas lah nak buat banyak akaun. Nanti menyusahkan... Apa pulak pandangan korang???

5 comments:

Sufi Asri berkata...

aku dah join dah millatfacebook nie... actually bukan khas untuk muslim jer.. agama lain pon bebas join.. cuma hak islam dijaga didalam millatbook..

anyway, laman web tue masih dalam ppembikinan. masih slow dan perlukan bnayak pembangunan lagi.

kebanyakkan budak malaysia ramai dah join. kau bila lagi? hehe..

Amir Izzat berkata...

Zoro:
ko dah join???bgs ar.. hurm..aku rasa malas pulak nak join. tak mo lah buat banyak akaun. kalau sampai seru aku join ar..hehe

salju berkata...

tadi awal2 pagi baca kat blog ben..
bagus2 cepat betul benda nih tersebat..

Bukan Eciz berkata...

la. macam besh je. nak join la. kihkih

Bukan Eciz berkata...

la. macam besh je. nak join la. kihkih

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??