Tanpa Guru,Aku Tak Akan Ada Blog


Cikgu! Ilmu yang cikgu curahkan kepada saya selama ini amat berharga sekali. Tidak dapat saya balas dengan benda lain melainkan dengan kejayaan. Cikgu..ketika saya berumur 7 tahun dan mula bersekolah sejak tahun 1 lagi. Cikgu mula mengajar saya tanpa penat lelah. Cikgu mengajar saya membaca..menulis..mengira. Dan sebagainya.

Cikgu,dulu saya memang banyak kerenah tetapi cikgu tetap melayan dengan baik. Cikgu tetap curahkan ilmu kepada saya. Cikgu,kini saya sudah berjaya atas ilmu cikgu itu. Saya sudah berjaya membaca. Saya sudah berjaya menulis. Saya sudah berjaya mengira tapi maths say gagal. Maaf cikgu! Dan...saya sudah berjaya memiliki sebuah blog.

Jikalau tanpa cikgu..sudah tentu saya tidak pandai membaca. Andai tidak pandai membaca serta menulis. Sudah tentu blog Amir Izzat tidak akan wujud. Cikgu,saya doakan cikgu sentiasa dalam limpahan-Nya. Sentiasa panjang umur. Sentiasa berbahagia dan tabah menghadapi dugaan. Tabah menghadapi kerenah kami[ pelajar] yang degil ini. Tanpa cikgu,siapalah saya...

Esok..tibalah hari-hari yang dinantikan iaitu hari guru. CIkgu,walaupun saya tiada duit nak beli hadiah... cukuplah sekadar saya mengucapkan terima kasih dan..insyaAllah saya akan berikan cikgu kejayaan. Doakan saya cikgu!

Jika bukan kerana seorang guru..sudah pasti aku tiada disini..kerana tanpa ilmu.Aku tidak mengikut arus pemodenan yang kian maju.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama’ yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Profesor petah bersyarah
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini seorang Doktor pakar segala
Jika hari ini seorang Akauntan hebat kira-kira
Jika hari ini seorang Eksekutif syarikat ternama
Jika hari ini seorang Jurutera yang berjaya
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca! 

Kepada cikgu-cikgu seluruh Malaysia. Aku ucapkan SELAMAT HARI GURU!!!!!
Cikgu..kalau suatu hari nanti.Cikgu ada masa lapang. Jom la buat blog..best pe. Macam Cikgu Isza..Dia ada blog gak.. Best blog dia...Nanti sama-sama la kita berblogging. hehe....-khas untuk cikgu-cikgu sedunia.
Guru pemangkin modal insan berjaya....

5 comments:

Bukan Eciz berkata...

yes yes! selamat hari guru. tade cikgu, saya memang tak pandai merapu. huahua

nak tgk apa yg kamu sudi komennn = BLOG PALING MENYENGAT

ISZA berkata...

tanpa guru takkan ada guru yang lain pula :)

Amir Izzat berkata...

haha...betul3........

hans berkata...

tanpa guru tak dapat aku menaip

Amir Izzat berkata...

haha... benar kata ko. sama ar dengan aku..kih3

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??