Memaparkan catatan dengan label Drama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Drama. Papar semua catatan

Sinopsis| Pelakon| Korban Kasih Marlisa TV3

Korban Kasih Marlisa, Jumaat, 19 November, 1.30petang

Sinopsis Korban Kasih Marlisa

Marlisa adalah ribuan wanita moden yang telah berjaya mencipta kejayaan tersendiri di dalam kerjayanya. Atas kredibiliti yang dimilikinya itulah ayahnya Datuk Ibrahim tidak teragak-agak menyerahkan tanggungjawab sebagai Pengurus Besar di Excellent Holdings Sdn Bhd yang menguruskan syarikat pembinaan. Atas kesibukan itulah Marlisa masih belum berkahwin. Adam adalah seorang anak kampung yang mengkagumi kegigihan Marlisa dan berani mendekati Marlisa untuk belajar sesuatu yang boleh meningkatkan prestasinya. Semakin hari hubungan mereka semakin rapat. Malangnya, perhubungan tidak mendapat sokongan dan kurang disenangi oleh keluarga Adam, terutama, ibunya yang bercadang untuk menjodohkan Adam dengan gadis pilihannya. Dapatkah Marlisa mengecapi kebahagiaan bersama Adam, akhirnya?

Pelakon : Umie Aida , Awal Ashaari, Tiz Zaqyah , Fadilah Mansur, Datuk Rahim Razali, Aida Khaleda

***

Alahai..Sudah lepas la drama nie.. Semasa ditayangkan, aku ada tengok sekejap. Selepas itu aku hilang entah kemana. Mungkin disebabkan banyak sangat iklan tv3. Aku beralih arah. Kemudian , masuk ke bilik tertidur kot. Lupa  pulak nak tengok Drama nie balik.

Macam mana dengan korang yang tengok drama nie? Menarik tak? Ada pengajaran tak? Kan drama ini disiarkan sempena Aidiladha. Mestilah ada pengajaran tersendiri.. Hurm...

Apa kata korang yang layan cerita ini?
jom baca lagi

Drama Seribu Kali Cinta|Pelakon| Slot Akasia Terbaru TV3 Menggantikan Drama Chinta


Assalamualaikum! 

Nampaknya Drama Chinta(jom baca sinopsis Chinta) akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Drama Seribu Kali Cinta yang terbaru ini akan mula apda 15 november 2010 ini. Setiap Isnin hingga Khamis macam biasa. Jam 6.30 petang.

Pelakonnya pula tidak silap aku.Marsha,Cat Farish .. Dan.. Ntah. Aku sudah lupa itu nama diorang. Cuba korang tengok gambar di atas. Ada gambar pelakon. Diorang ar...(jangan marah.)

Tak silap aku. Drama Chinta nie baru sahaja bermain( ditayangkan).

"baru ke?"

Entah la labu.. Aku nie tak layan cerita yang sentimetal macam ini. Cerita dendam lah. Walaupun berkonsepkan CINTA. Mesti ada dendam-dendam punya. Aku lebih suka akan cerita komedi.. Ya la kan kak adik bang oi. Orang balik kerja pukul 6 nak lepaskan tension. Ini tidak...

Bukak tv terus cerita macam gini. Tak syioook ar.. Ops! Yang ada Astro no problem. Yang susah-susah macam aku nie.. Bosan gak ar.

Aduh. Komplen banyak lak. Nanti TV3 dah tak mahu siar drama kan susah aku. 

Nota: Balik rumah pukul 3 petang bukak TV3.

" Indon lagi............."
jom baca lagi

Sinopsis Drama Chinta Dalam Slot Akasia TV3


Chinta merupakan drama terbaru slot Akasia TV3 menggantikan drama Epilog Syurga Cinta.Drama Chinta  bakal menemui penonton pada 27 September 2010 ini menerusi slot Akasia TV3, setiap Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang selama sejam.

Sinopsis Drama Chinta

Drama Chinta TV3 mengisahkan perjalanan perit seorang gadis baik dengan imej bertudung di sebuah kampung.
Namun hidupnya mula dikaburi seribu satu dugaan yang datang menghimpit apabila abang kandungnya Kamal (lakonan Azhar Sulaiman) sanggup merogol dan menjualnya. Bukan itu saja, sahabat karibnya, Mustika (lakonan Zarynn Min) pula menikam dirinya di sebalik kelembutan sebagai teman hanya kerana cemburu akan sayang seorang jejaka, Fakri (lakonan Ezany Nizariff) yang mencintai Chinta.
Meskipun tidak sesekali ingkar akan tanggungjawab kepada agama dan dirinya, Chinta terus dilanda dugaan yang datang bukan sekali, sebaliknya bertimpa-timpa hingga menyebabkan dirinya lemas dalam suratan yang tertulis buatnya.
Chinta mula mempersoalkan nasibnya dan merasakan Tuhan tidak adil padanya. Justeru, Chinta tekad dan bangkit menentang takdirnya hingga mengambil keputusan meninggalkan kampung halamannya untuk berhijrah ke bandar raya bagi mengecapi satu impian di luar imaginasinya.
Chinta pergi meninggalkan zaman silam yang membunuh jiwanya di kampung. Dia tidak percaya dengan lelaki dan istilah cinta lagi. Fakri ditinggalkan tanpa amaran.
Hidup barunya di KL menemukan Chinta dengan Mayang (lakonan Natasha Hudson). Diarinya mula berubah dan Chinta berdiri sebagai peragawati jelita, seksi dan menarik hingga menyebabkan banyak pihak datang mendekatinya. Kecantikan dan personalitinya yang penuh dengan dendam itu bagaimanapun mengundang rasa kurang selesa di kalangan wanita lain.
Di sebalik kerjayanya, Chinta menyimpan rahsia yang sebenarnya dia pelacur kelas atasan. Namun Chinta kekal dengan misinya bagi melangsaikan rasa dendam di hati yang kian menebal.
Akhirnya, hidup bertopengkan kepura-puraan itu membuka pintu hati Chinta dengan nilai sayang sejati dengan pengawal peribadi kepada seorang Tan Sri yang membelanya, Amar (lakonan Ady Putra).-sumber dari azuanrazi.com
Berikut pula ialah sinopsis(tak pasti) tentang chinta yang bersumberkan gua.com.my Macam ada dua versi la pulak. Apa apa pun,korang layan je.
Chinta….satu nama yang tidak asing di kalangan elit yang mengunjungi syurga terlarang. Cantik, anggun, peramah, bijak, Chinta tahu menggunakan akan aura tarikan dan kelebihannya untuk memikat lelaki-lelaki yang hanya mahukan tubuhnya.

Namun, Chinta tidak akan membiarkan dirinya menjadi milik hakiki pada sesiapa kerana dia tidak suka terikat. Tapi semua itu hilang apabila dia bertemu dengan Amar, seorang pengawal keselamatan kepada salah seorang pelanggan tetap Chinta.

Amar dirasakan tidak sama seperti lelaki-lelaki yang pernah di temuinya dan tanpa disedari, Chinta mula menyayangi jejaka yang begitu menghormati dirinya walaupun dirinya tidak semulia perempuan lain.

Malangnya, Amar ditimpa kemalangan dan meninggal ketika dalam perjalanan untuk majlis pernikahan mereka. Satu hari, Chinta terpaksa mendapatkan khidmat peguam syariah bila dia ditangkap khalwat.

Alangkah terkejutnya apabila pertama kali bertemu dengan Rasul Iman, peguam belanya yang seiras wajah Amar. Sudikah seorang lelaki professional dan dihormati seperti Rasul Iman mengangkat dirinya ke tahap yang lebih tinggi dari hanya seorang anak guam bela, atau lebih tepat, pelacur?

Barisan Pelakon.



Teraju utama drama Chinta yang juga menggalas watak Chinta adalah Fasha Sandha, manakala pelakon lain yang turut membintangi drama bersiri 28 episod itu termasuk Azhar Sulaiman, Ezany Nizariff, Ady Putra, Natasha Hudson, Zain Saidin, Fadzilah Mansor dan Zarynn Min. Dah lama kan tak tengok Fasha berlakon? Lama ke? Entah la. Sebab sekarang nei jarang nak lihat Fahsa Sandha di kaca tv.

******

Berdasarkan sinopsisnya. Drama ini agak menarik dan menimbulkan pelbagai persoalan. Jadi,saksikan ‘Chinta’ lakonan Fasha Sandha, Ady Putra, Jalil Hamid, Ezany, Jue Aziz mulai 27 September,Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang di slot Akasia.
jom baca lagi

Sinopsis Drama Ahmad Durrah Dalam Slot Zehra TV3


Sebelum ini,kita disajikan dengan drama ‘Janji Kekasih’ yang telah melabuhkan tirainya, ‘Ahmad Durrah’, sebuah drama bersiri 13 episod arahan Raja Ahmad Alaudin telahpun memulakan tayangannya sejak 17hb September lalu.

Sinopsis Drama Ahmad Durrah

Drama terbitan Global Station ini mengisahkan suka-duka kehidupan Ahmad Durrah yang terus berubah setelah jatuh ditimpa tangga. Sedih dan tertekan selepas diisytiharkan muflis oleh mahkamah dan kehilangan jawatan, Ahmad Durrah dikejutkan pula dengan permintaan isterinya, Mira yang mahukan perceraian kerana tidak mahu lagi terikat dengan dirinya yang kini tidak lagi berharta dan berstatus tinggi.

Walaupun hatinya remuk dan kecewa, mahu atau tidak, Ahmad Durrah terpaksa melepaskan satu-satunya insan yang dicintai selama ini. Setelah merenung ikhtibar segala yang berlaku, Ahmad Durrah mengambil keputusan untuk mengembara dan bermusafir bagi menenangkan hatinya disamping mencari kekuatan untuk bangun semula dari kegagalan.

Seperti ditakdirkan, pengembaraan Ahmad Durrah membawanya ke Kampung Tualang, sebuah kampung nelayan yang indah permai namun sudah lama bergolak dengan konflik.

Di sinilah bermulanya perjalanan Ahmad Durrah yang penuh dengan dugaan namun akhirnya keikhlasan hati dan niat yang murni menemukan Ahmad Durrah bukan sahaja dengan sahabat dan keluarga baru yang menerima dan melayannya denga mesra, malah, dia berhadapan dengan dilema apabila harus memilih antara tiga wanita yang menyintainya.

Siapakah wanita yang akhirnya berjaya memenangi hati Ahmad Durrah yang selama ini tertutup untuk menerima cinta lagi dan bagaimanakah beliau mengharungi cabaran dan perselisihan faham orang mengenai dirinya yang hanya ingin bangkit daripada sejarah silam yang pahit?

sumber dari sini.

Jangan lupa untuk saksikan drama Ahmad Durrah’, setiap hari Jumaat jam 9.00malam di slot Zehra TV3. Jangan terlepas ye. 

Barisan Pelakon.

Pastinya para peminat yang setelah sekian lama merindui untuk menatap wajah tampan dan lakonan mantap Rusdi Ramli di TV3 akan teruja dengan kemunculan beliau yang memegang watak utama ebagai Ahmad Durrah.

Selain Rusdi, drama bersiri ini turut menampilkan barisan pelakon tidak kurang hebatnya seperti Nabila Huda, Siti Shahrizah, Nelly, Normah Damanhuri, Qazem Nor, Jalil Hamid, Bell Ngasri dan Hafizudin.

*******
Pada pendapat saya,cerita ini mungkin menarik. Walaupun belum menonton,sinopsisnya saja sudah membuatkan saya teruja. Teruja? Yup,sebab kelihatan cerita ini lebih menepati citarasa saya. Bagaimana pula dengan anda?
jom baca lagi

Aku Terlayan Drama Epilog Syurga Cinta Daa..



Epilog Syurga Cinta? Drama pasal apa nie? Entah..Aku pun tak tahu..Yang aku tahu..Setiap kali aku nak berbuka..Nak tunggu waktu berbuka.. Kira-kira pukul 6 petang.. Mesti cerita nie ada.. Eh! 6 petang ke 6.30 petang? Ah! Lantak lah..Aku bukan mat jiwang...Lagipun,aku tak tengok jam bila lapar..Erk?


Masa duk nuggu waktu berbuka tue..Ak pun terbuka la TV3.. Memandangkan aku nie orang susah..(tak kaya macam korang) dan tak da Astro. Maka, TV1,TV2 dan TV3 je la yang aku layan walaupun bosan. Kadang-kadang terfikir juga. Adakah pihak pengurusan TV3 ini rakyat Indonesia? Sebab apa tak boleh terfikir macam tue..Sebab banyak giler citer Indonesia kat TV3 yang entah papa. Naik muak aku...

Dalam hati.." Tv3 nie tak dak semangat patriotik ka? Mungkin diorang sama geng ngan seberang kot.."

" Cets..ari2..muka yang sama je.. I n do ne sia je..Citer Melayu dah habis ka?"

" Citer baru je 5 minit...iklan lak berjam-jam..BANGANG!"

Hish! Sumpah seranah main.. Memandangkan bulan puasa..Aku sumpah dalam hati je..Hehe..



Berbalik kepada kisah Epilog Cinta Syurga.. Dia start pukul 6.30 petang..Jadi,aku layan la..Channel lain semuanya bosan.. Lagipun,aku suka la drama nie..tak tahu kenapa..Mungkin aku dah jatuh cinta dengan budak perempuan itu kot..Apa nama dia ek? Oh ya! Mia..Cantik nama..kiut lak tue..Geram ai..Haha..

Erti kata lain..Sebab drama nie best ar aku layan...Ikut hati tak mau layan... Haha... Aku bagi empat bintang kat drama nie...

Korang lak..Suka tak drama nie? Kompen suka..kan?
jom baca lagi

Slot Akasia - Ilusi Akan Menemui Penonton Tidak Lama Lagi..


Nampak gayanya,tidak lama lagi. Kita akan dipertontonkan dengan drama terbaru bertajuk Ilusi dalam slot Akasia.Bagi pengemar drama sebegini,mungkin ini berita gembira buat anda tetapi tidak pada Amir kerana tidak gemar menonton drama sebegini disamping tiada masa untuk menonton tv.

Baiklah..Drama ini akan menemui anda pada 21 Jun 2010. Nampaknya tidak lama lagi,Ilusi akan beraksi di TV3. Jangan terlepas untuk  menontonnya..Cerita ini pasti menarik berdasarkan sinopsisnya..

Drama Ilusi terbiran Asia Media COntent, arahan Liza Ismail. Sktip dihasilkan oleh Nor Faznita Md Nor mempunyai 24 episod membariskan Diana Rafar, Ashraf Muslim, Ryzal Jafar, Baharudin Omar, Magmud Ali Basha, Azhar Sulaiman, Liza Adbullah, Wan Elyas, Ika Nabila, Abby Abadi, Zamarul Hishan, Sharulzaman dan Dikhree Bakar.

Sinopsis Ilusi.

Sewaktu belajar  di kolej, Lyza, Shahril (Ryzal Jaafar) dan Rizal (Ashraf Muslim) berkawan rapat..

Lyza dan Sharil mempunyai telepati yang boleh membaca fikiran masing-masing.

Akhirnya, Shahril melamar Lyza setelah didorong oleh Rizal. Lyza telah mendapat alamat bahawa seseorang akan terbunuh dalam kemalangan jalan raya dengan hanya melihat bayangan jam tangan yang dipakai oleh Rizal.

Tanpa diduga, Shahril terbunuh dalam sebuah kemalangan jalan raya sebelum hari perkahwinan mereka.

Lyza terus bermurung dan kerap mendapatkan alamat-alamat itu dengan memegang baju Shahril. Ryzal pula sentiasa menemankannya dan memberikan semangat kepada Lyza.

Kebaikan Ryzal disenangi oleh ayah Lyza, Hameed dan datuknya, Mansor. Selepas Lyza berkahwin dengan Rizal, tanpa disedari dia kini berdepan ancaman.

Alangkah terkejutnya apabila mengetahui kematian Shahril sebenarnya sesuatu yang telah dirancang.

Apakah kuasa telepatinya dan visi-visi Lyza dapat menyelesaikan misteri yang berlaku dalam kehidupannya??

[terima kasih kepada Darbatman]
jom baca lagi

Siaran Cerita Tv1,Tv2,Tv3 Tak Best!!! Bahasa Malaysia Terhakis..

Salam!! Huhuhu..Kenapa ek pagi-pagi nie cerita kat semua tv tak best? Hish! Nak komplen!! Bosan weyh.. Pagi tadi pun tengok MHI je.... Bosan! Bosan!! Nak duk depan blog tapi idea tarak..Apa yang rakyat Malaysia suka nak baca pagi-pagi ek? Hurm....


Aku benci dah tengok siaran kat tv sekarang. Asyik-asyik iklan..Dulu suka tengok tv2 sebab tak banyak iklan..Sekarang nie..sama je... Tak syok ar..Ape kejadahnya letak iklan banyak-banyak..dah la iklan sama je sejak aku lahir.. tak de yang baru... betul aku cakap...Muak aku nengoknyer..

Kamu semua tak meluat ka?? Tak rasa nak hempas tv tue kat tanah?? Aku..nak hempas gak tv tue..tapi kesian..Beli mahal-mahal wat pe nak hancurkan..,kan? Nasib baek de tv..kalau tak..tengok dinding je kan.. Yang penting..aku dah tak layan...hanya berita je aku nengok...


Tengok cerita kat tv cam tak sesuai pulak.. Sebab drama Melayu cam drama Barat... Korang tau la kan.... Bagus aku tengok cerita Barat dari drama Melayu yang entah pape..Dosa tetap sama bila tengok aurat..Hish! Kena elakkan nie....

Kebanyakan siaran kat tv sekarang hanya menyanyi..cerita sal dendam. Siang malam sama je. Aku..sebagai pelajar nak gak tengok cerita yang berilmiah.. Ada..tapi jarang..Banyakkan laa.. Cerita Indonesia pulak berlambak.. Aku bukannya tak suka tengok Drama Indonesia nie cuma...cuma malas nak tengok!!  Drama Melayu dah abis ka? Dah tak laku ka?

Dulu..masa aku kecik-kecik..Banyak drama best dan menarik yang aku terlepas..Kalaulah ditayangkan semula kan bagus.. Orang atasan kat syarikat televisyen tak pikir ka? Awaq duk promote drama seberang? Deme tue tak de pulak promote drama kita..Kita pulak yang terhegeh-hegeh..

Sepupu aku..dah fasih cakap bahasa Indonesia tau..[tipu nie]Memang hebat ar penangan cerita diorang. Bahasa Malaysia pulak terpingir..Macam mana Bahasa Malaysia tidak terpinggir kalau drama Melayu tue asyik guna bahasa rojak.. I..U..I U.. 'U nak pergi mana??'' ''I nak pergi mampus''. hehe... 

Tengok..Kan bagus guna ''saya'',''awak''. Ini tidak..rojak.. Lagi satu...guna ''Gua''...''Lu''.. Ada satu dialog... ''Haa...Dah jumpa...Gua Babi..'' Yang sorang tue tanya..''Lu babi?''Haha..'' Adoi...terhakis la bahasa Malaysia macam nie..Rakyat Malaysia tak pandai cakap Bahasa Malaysia a.k.a Melayu. Akibat media,pengarah dan penerbit filem/drama jugak nie..betul tak? Tak betul..sila marah! ..

Tak tahu dah nak cakap apa..Siapa yang harus dipersalahkan??? Semuanya mengarut!! Kalau ada fakta yang salah..Sila perbetulkan sebab ini entri geram..ok? Hanya luahankan apa yang terbuku...Aku guna bahasa baku ..hehe..Sebenarnya..bahasa Malaysia aku lemah..tapi aku pandai bercakap loghat Kelantan...Melayu.. Bahasa Malaysia kini rumit..susah nak faham...kan? Sekian...

Mungkin Pendapat Saya Berbeza Dengan Pendapat Awak..
Apa pula pendapat awak? 
[kenapa takut untuk luahkan pendapat,sedangkan ia membantu?]
jom baca lagi

Drama/Filem Melayu Hampeh!


 
Salam geng blogger! Buat apa sekarang?? Masih blogwalking ke duk santai-santai? Semayang Jumaat/Zuhur dah beres ke? Kalau dah beres,meh baca nie. Korang perasan tak yang semua drama Melayu kat tv semuanya sama. Perasan tak? Tak kira lah tv1 ke,tv2 ke,tv3 ke.. Astro pun. Ceritanya hanya satu,pasal dendam pasal hantu.

Tak abis-abis sejak dulu lagi. Aku pun dah naik muat dengan cerita macam nie. Bukak tv3,tengok sesaat. Cerita yang disiarkan tidak lain tidak bukan pasal fantasi. Alam khayalan,hantu. Buatlah cerita yang berbeza-beza..kan?

Semua jenis hantu ada. Ha! Pasal iklan pulak,aduhai..tak habis-habis dengan iklan. Cerita tak lah lama mana tapi iklan berjam-jam. Contohnya cerita tue masanya 1 jam. Pada hakikatnya setengah jam je. Aku tahu memang iklan tue penting tapi mana lagi yang lebih penting. Iklan atau penonton? Kalau penonton dah tak suka..turun la ranking tv tue. Nasib baik rakyat Malaysia nie baik. Kan???

Selalunya bila dah bosan,aku pergi kedai beli CD la. Cetak rompak punya versi. Mana la ada duit nak beli yang original. Itu pun guna duit sekolah. Yang tak puas hatinya,tak ada cerita yang best! Aku lebih suka tengok filem Melayu tapi aku benci dengan filem Melayu sekarang. Kenapa?Sebab semuanya pasal tahyul dan tidak berfaedah.

Tidak berfaedah dan mengarut. Bukan hendak mengecilkan penerbit dan pembuat filem tue tapi kalau semua filem asyik cerita pasal benda yang sama je. Apa faedahnya aku tengok sebab aku dah jangka? Bosan la gini.Cerita yang baik tue bagus ar. Yang tak baik nie..yang entah papa...

Tidak semunya cerita Melayu tak best. Ada jugak yang best dan menarik perhatian.Kalaulah aku jadi penerbit. Fuh! Aku akan buat cerita yang gempak punya! Apa-apapun,majulah industri perfileman untuk Negara.Nak tanya..tak bosan ke dengan cerita yang sama je???
jom baca lagi