Memaparkan catatan dengan label Filem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Filem. Papar semua catatan

Filem 1957: Hati Malaya..Membakar Semangat.



Baru sahaja selesai menonton filem 1957: Hati Malaya. Tidak dapat ku katakan apa-apa selain ayat ini.

"Hargailah apa yang kita ada kerana untuk mendapatkan kemerdekaan itu begitu pedih sekali"

Gugur air mataku ketika menonton filem ini. Semangatku kian bangkit. Ingin saja aku melaungkan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 

Nilai:

1. Untuk mendapatkan kemerdekaan itu bukannya mudah.
2. Kita perlu berusaha untuk memajukan diri kita bukannya hanya bergoyang kaki.
3. Ikutlah kata-kata ketua kerana seorang ketua hanya memikirkan yang terbaik untuk semua.
4. Tengok sendiri baru mengerti. Hehe.

Barang sesiapa yang ingin mendownload filem 1957: Hati Malaya. Sila bagitahu aku.


jom baca lagi

Filem Apa Yang Menarik ye?

Hello..ada sesiapa tahu filem apa yang menarik sekarang? Yang lawak,komedi dan macam-macam lah. Janji, bila aku tengok filem tu.. Aku tak rasa menyesal macam aku tengok Madu 4.

google.

Madu 4? Sah! Sah! Ada jugak yang lawak tapi aku tak faham la filem ni. Entah ar. Rasa menyesal pun ada. Korang dah tengok Madu 4?? Sekarang ni aku sedang berkira-kira nak beli DVD filem apa ye? Hari ni dah beli Madu 4. Semalam dah beli Unstoppable.  Jujur aku cakap, Unstoppable tak menepati citarasa aku. Semua aku dah beli. (bajet banyak duit la nie.) Haha.



Cepat ar cakap..aku dah kempunan nak tengok filem. TV? Toksah cakap.. haprak! Indon banyak kat TV.. TV3 dah dibeli Indon. Eeh! Tak tahu ke? Bukti? Tuhaaa..Selepas sinetron..jom rileks... Drama sapa punya??? 

Orait..bagi kakiwayang. Apa filem yang korang dah tengok dan menarik? Tak kira lah yang baru je lama ke? Janji menarik? Sebenarnya, nak beli.... Vampire Suck. Ok tak? Ataupun... Argh! Banyak giler DVD aku nak beli... Sat! Check poket dulu.. Laaa... ada lebih kurang RM50.

RM20- alat tulis
- RM40- Helmet MS88.

Tak cukup..tak paa..Bodek mak! Haha.  Kalau pergi wayang... Tak leh..tak leh. Mak tak kasi.. Haram! Ok lah..kalau tau filem apa yang best.. bagitahu ye...cepat sikit..pagi nanti nak beli... 

gambar : sumber dari google.
jom baca lagi

Sinopsis Filem Haq | Di Pawagam 2011

Sinopsis Filem Haq


Kisah ini memaparkan kehidupan tradisional keluarga Melayu di sebuah kampung yang berunsurkan kegelapan kuasa ghaib, kharomah, rahsia and pertentangan antara dua saudara dalam memperjuangankan kebenaran yang hakiki. Kisah ini berkisarkan tentang Haq, seorang pemuda penyayang dan jujur yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T dengan kelebihan kuasa ghaib (Kharomah) dan Badrul (Bad) yang merupakan seorang yang bijak yang juga merupakan adik angkatnya. Haq berupaya untuk mengalihkan objek dengan mengunakan kuasa mindanya.

Satu kemalangan telah berlaku berpunca daripada kedegilan Bad yang menyebabkan kematian ibu kandung Haq di depan mata mereka semasa mereka kecil. Dengan ini, jaringan rahsia, rasa bersalah dan cemburu mula berkembang. Beberapa tahun kemudian, sekembalinya Haq dari belajar diluar negara, beliau disambut dengan penuh kegembiraan kecuali daripada Bad, yang tidak berpelajaran tinggi, lebih suka menghabiskan masanya bercampur dengan samseng kampung daripada mengusahakan perusahaan ladang dan pertanian milik keluarga.

Ini merunsingkan Haq and bapanya, Haji Ibrahim yang bukan sahaja mendidik Bad seperti anaknya malah mengambil kedua orang tua Bad untuk bekerja dengannya. Bad kesal, dia hanya menyalahkan takdir dan keadaan dan mempersoalkan kenapa Haq mempunyai kuasa sedangkan dia hanya seorang anak kepada pembantu rumah. Bapa kandung Bad telah lama menderita sakit meninggal dunia walaupun berkali–kali cuba dirawati oleh Haji Ibrahim.

Haji Ibrahim juga terkenal dalam masyarakat, dianugerahkan Allah untuk merawat penyakit. Bad menjadi lebih marah kerana kegagalan bapa angkatnya itu menyembuhkan penyakit ayahnya dan juga kepada takdir kerana dia tidak mempunyai kuasa untuk mengubah keadaan sekelilingnya. Dengan kemarahan ini jugalah beliau menyalahkan semua orang dan Tuhan, malah telah bersekongkol dengan ilmu hitam dan syirik kepada Allah.

Bad lalu menghilangkan diri. Masa berlalu, Haq telah menceritakan segala–galanya tentang kematian ibunya kepada ayahnya semasa Haji Ibrahim sakit tenat. Kepulangan Bad ke kampung semasa hari pengkebumian Haji Ibrahim mengejutkan semua pihak. Bad, kemudian telah membawa Haq dan pembantunya Aina ke kota lalu mengambil Haq sebagai rakan kongsinya.

Di kota, barulah Haq tahu bahawa Bad mempunyai empayar perniagaan yang besar lagi kukuh. Di situ juga Haq telah berkenalan dengan Zahra yang merupakan pembantu Bad yang mengoda dan materialistik. Bad telah memperkenalkan Haq tentang dunianya yang penuh kekayaan, kekuatan dan kehausan kuasa. Pada masa yang sama, Haq telah tertarik kepada kejelitaan Zahra walaupun dia tahu tentang perhubungan antara Zahra dan Bad.

Haq mula dapat menghidu kehadiran kejahatan yang bersembunyi di dalam diri Bad dan kebenaran tentang kematian Haji Ibrahim juga terserlah. Bad juga telah menunjukkan belangnya. Haq terpaksa mencari kekuatan dan keberanian untuk berhadapan dengan kebenaran dan keputusan itu akan merubah hidup mereka selama- lamanya.


Senarai Watak Dan Pelakon Filem Haq



Zul Huzaimy 
: Haq (Pelakon Utama)

Adyputra 
: Bad (Pelakon Utama)

Nanu 
: Zahra (Pelakon Utama)

Raja Farah 
: Aina (Pelakon Utama)

Fatimah Abu Bakar 
: Mak Lang (Pelakon Utama)

Zulkifli Ismail 
: Tuan Haji Ibrahim (Pelakon Utama)

Ammar Adli Bin Mohamed Norin 
: Haq Kecil (Pelakon Utama)

Amirul Adli Bin Mohamed Norin 
: Bad Kecil (Pelakon Utama)



*****

Akan ditayangkan pada 27 Januari 2011. AKu rasa filem ni hebat sebab ini filem aksi dan macam filem orang putih gitu. Hehe. Jangan lupa kita terjah pawagam.
jom baca lagi

Sinopsis Filem Kongsi - Lu Langsi Lu Mati | Trailer Filem Kongsi


Sinopsis Filem Kongsi - Lu Langsi Lu Mati


Filem aksi komedi yang bertajuk Kongsi dengan tagline Lu Langsi Lu Mati mengisahkan penyiasatan ASP Shariff (Fizo Omar) terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur. 

Kumpulan daripada pelbagai bangsa itu menjadi huru-hara dengan kehadiran pembunuh upahan, Tumulak (Shaheizy Sam) yang melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. 

Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Maya (Norliana Samsudin) dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk mendapatkan maklumat kerana Tumulak licik dan bergerak sendirian.Segala ancaman dilakukan Tumulak sebenarnya didalangi Kimpedu (Zul Handyblack) yang mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana ingin menakluk kawasan Kuala Lumpur.

Pada masa sama, Tumulak mempunyai dendam peribadi terhadap ASP Shariff. ASP Shariff juga diugut apabila anak dan isterinya diculik tetapi ia tidak mematahkan semangatnya menjalankan tugas.


Pelakon Filem Kongsi - Lu Langsi Lu Mati


Pelakon yang membintangi filem Kongsi ialah Farid Kamil, Fizo Omar, Shaheizy Sam, Norliana Samsudin dan Zul Handyblack.
sumber: sini.
Trailer Filem Kongsi - Lu Langsi Lu Mati!


Shaheizy Sam - "Tehe sikit, kongsi gelap gappo lagu nih! Cubit sikit jerik supoo ponde!" ayat tak leh blah! Haha!

Fuh! Lawak nak mampus. Haha! Filem gangster campur lawak. Wajib tonton filem ni. Mesti best kalau Adnan Sempit(masih lekat nama ini) berlakon. Hahah. Berada di pawagam tahun hadapan(2011).

Ayat She
jom baca lagi

Filem Ngangkung Kutip RM 7.7 Juta Dalam Tempoh 19 Hari Tayangan. Teguran Buat Penerbit Filem Dan Pelakon.


Poster Ngangkung


"Jika sebelum ini Metrowealth (MIG) membuka tirai tahun 2010 dengan mencatat kutipan box-office sebanyak RM7.8 juta menerusi filem Adnan Sempit, kali ini filem ke-42 terbitan MIG iaitu Ngangkung bakal mencipta kejayaan tersendiri apabila berjaya mencatat kutipan box-office sebanyak RM7.7 juta dalam tempoh 19 hari tayangannya.

Berita gembira ini telah diumumkan sendiri oleh penerbitnya, David Teo ketika ditemui di majlis pra-tonton filem ke-43 MIG, ‘Damping Malam’ di Cineleasure, e@Curve, tengah hari tadi. Ini menandakan peneraju bagi industri perfileman tempatan ini bakal melakar satu lagi sejarah dalam dunia perfileman sebelum tahun 2010 melabuhkan tirai."- petikan dari gua.com.my

Wah! Hebat betul penangan filem ni tetapi memang betul lah filem Ngangkung ini hebat dan lawak nak mampois. Aku belum tonton lagi tetapi firasat aku yang keluar selepas ternampak treler(betul ke eja) filem Ngangkung terus hati aku berbuak buak mahu menonton filem Ngangkung ini tetapi apakan daya. 

Mak aku cakap..

" Abe jange gi panggung wayang..tempat tue tok molek.."

Sebagai anak yang soleh aku turuti jua walaupun aku pernah tewas dengan ajakan kawan yang mengajak aku pergi tengok wayang kat MBO The Spring,Kuching itu hari. Hehe.. (Kompem mak aku baca blog ni dia pasti tau..kantoii)

Walaubagaimanapun, aku ucapkan syabas kepada David Teo yang berjaya menghasilkan filem baik punya.

Oh ya! Sedikit sahaja tanggapan negatif aku tentang filem David Teo.

"Asyik-asyik filem hantu.. Jahil sangat ke orang Melayu??"

Itu yang aku fikirkan..Jahil sangat ke orang Melayu ni? Asyik melakukan perkara khurafat dan mungkar (seperti dalam filem mereka). Hairan aku. Hantu sebenarnya tidak wujud dan ia hanya permainan minda oleh syaitan laknatullah. 

Tetapi dengan adanya filem sebegini, pasti akan menjejaskan pemikiran bangsaku yang sedang meningkat dewasa. kan? Entah la, aku pun tengok juga filem sebegini kerana....Dengar sini. Kerana filem sebegini sahaja ditayangkan.. Bagaimana caranya hendak aku menyokong filem tempatan andai pengisiannya karut marut?

Ambil contoh filem Syurga Cinta.. Aku suka tetapi adengan di kelab malam itu aku tidak suka.

Teguran buat artis.

1. Walaupun kamu berlakon, dosa tetap dikira. (kan ustaz?)
2. Kamu cakap..Berlakon je tetapi yang berlakon mendedahkan aurat itu kira lepas ke? (tak kan ustaz?)
3. Sanggup ke kamu jual maruah tanpa kamu sedari kerana lakonan? (kamu tidak perasan kesilapan kamu).

Entah la. Siapalah aku ini untuk menegur mereka.

p/s: aku sudah putus asa untuk memartabatkan Bahasa Melayu.
jom baca lagi

Filem : Sinopsis Aku Tak Bodoh | Pelakon Dan Ulasan


Sinopsis Aku Tak Bodoh

Mengisahkan perihal remaja yang bernama Roy, berusia 16 tahun dalam menghadapi liku-liku hidupnya yang sentiasa diikat dengan prinsip ibu bapanya. Bapa Roy, seorang pengaturcara komputer, percaya bahawa melalui kritikan, anak-anaknya akan menjadi seorang yang berjaya.

Ibu Roy pula seorang editor majalah yang sering sibuk dan tidak mempunyai masa lapang untuk anak-anaknya. Ibunya lebih mengharapkan suaminya untuk mengawasi tingkah laku anak-anak mereka.
Lantaran sikap ibubapanya yang gemar mengkritik dan tidak menghargai dirinya, Roy mula berkawan dengan remaja-remaja nakal di mana bersama mereka Roy mula berasa dirinya benar-benar dihargai. Adik Roy, Jefri, berusia 8 tahun juga tersepit di dalam dunia ciptaannya sendiri kerana tiada siapa yang mempedulikan dirinya.

Keadaan menjadi lebih kritikal apabila Roy dan Jefri sudah berani melakukan jenayah yang menyebabkan ibubapa mereka terlalu marah dan bertindak memukul mereka. Ini menyebabkan Roy menjadi lebih liar dan sukar untuk di kawal lagi.

Namun, segala-galanya berubah apabila ibubapa Roy terbaca blog hasil nukilan Roy mengenai kisah hidupnya. Mereka juga tersentak dengan pengakuan anak bongsu mereka, Jefri yang sebenarnya mempunyai motif sendiri ketika bergelut dengan keadaan sekelilingnya tanpa kehadiran ibubapanya.

Apa akan terjadi pada keluarga ini seterusnya? Bahagia atau kehancuran yang bakal mereka tempuhi? Nantikan kemunculan filem ‘Aku Tak Bodoh’ di seluruh pawagam tanahair bermula 2 Disember ini.

Dibintangi oleh

Riezman Khuzaimi, Amy Mastura, Namron, Adibah Noor, Dato’ Jalaluddin Hassan, Suhairil Sunari, Wan Noor Aizat, Rohaizat Hassan


Info

Tarikh Tayangan : 2 Disember 2010
Layari laman web www.akutakbodoh.com untuk maklumat lanjut.

Jom baca ulasan di sini pulak.
*****

Aku nak tengok filem ni! Aku nak tengok! Siapa mahu belanja aku tengok wayang? Harga tiket wayang mahal dan pi tengok wayang itu tak baik.. (anak yang soleh ikut cakap mak). Hurm..dari sinopsisnya memang cerita ini menarik dan lawak lah. Aku suka , aku suka. Kalau tunggu DVD cetak rompak. Entah bila dia nak keluar.. Aduhai..

Ohya! Korang dah tengok ke belum? Macam mana? Syok ke tak? Sejak kebelangan ini, filem Melayu banyak yang menarik perhatianku kecuali 2 Alam. Entah kenapa 2 Alam ini tidak menarik walaupun aku belum menontonnya. Mungkin itulah pengaruh orang sekeliling yang menyatakan bahawa filem ini tidak best...kan?kan?
jom baca lagi

Sinopsis Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah |Senarai Pelakon Dan Ulasan







HKLBR mengisahkan tentang Husin yang telah lama bekerja di Singapura dan mengambil keputusan balik ke kampung halamannya iaitu Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam.

Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu.

Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin, menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang.
Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau. Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.

Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah’ di pawagam berhampiran anda bermula 9 Disember ini.

Dibintangi oleh

Awie, Johan Raja Lawak, Ummi Nazeera, Zami Ismail, Man Kadir, Avaa Vanjaa, Delimawati, Shy8, Sofi Jikan dan Pekin.

Jom baca ulasan yang menarik disini.

Sumber: gua.com.my


*****
Aku rasa filem ini memang menarik. Sebenarnya aku dah tanya kedai cetak rompak. Bila filem ini akan keluar CDnya? Orang itu cakap tahun depan. Terkejut beruk aku. Dia cakap tunggu giliran. Cerita Melayu yang cetak rompak punya dia keluar ikut turutan. Gila lah.. berapa lama lagi aku nak tunggu dvd cerita ini keluar..Huhu.. Filem Dua Alam ada yang cetak rompak ke? Aku rasa lanun pun malas nak cetak 2 Alam nie..Haha.. Adoi...

Nak tahu tak.. Filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2 yang cetak rompak punya dvdnya..Baru sahaja ada di pasaran..Ditempat aku laa.. Tempat korang macam mana? Kawan, mahu tengok tv sudah tidak ada nafsu. Itu cerita indonesia banyak sangat. Ini TV3 punya pasal lah. Jadi, layan dvd la.

Nota: DVD original..aku tak mampu beli dengan gaji RM15 sehari dan dengan duit sekolah RM3 sehari...Huhu
jom baca lagi

Sinopsis Filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2|



Sinopsis Filem Jangan Pandang Belakang Congak 2

Setelah berjaya menewaskan Mustika dan memulihkan Punai dan Asmat dalam JPBC yang lalu, Pak Mor terus berusaha untuk memperhebatkan ilmu yang ada padanya.

Pada suatu hari, ketika dia sedang membaca jampi menteranya, tiba-tiba tubuh Pak Mor kejang dan serentak dengan itu satu gumpalan asap keluar dari tubuh Pak Mor dan dari asap itu muncul Mustika.

Keadaan ini membuktikan bahawa Pak Mor dan Mustika sebenarnya mempunyai hubungan dan berpakat untuk mengambil kesemua harta dan saka-saka Pak Sudir setelah kematiannya.

Tujuan mereka mengambil kesemua saka-saka Pak Sudir, adalah untuk kekal muda selama-lamanya. Namun yang demikian, Punai dan Asmat cuba untuk menggagalkan rancangan mereka. Situasi ini memaksa Pak Mor dan Mustika bertekad untuk menghapuskan Punai dan Asmat.

Usaha untuk menghapuskan Punai dan Asmat sentiasa menemui jalan buntu. Mereka bijak menghalang diri mereka dari kawalan Pak Mor dan Mustika.

Pada satu hari, mereka telah berjumpa dengan seorang bomoh yang dikatakan mampu membantu mereka. Wak Ketari mempunyai ilmu kebomohan dan bersetuju untuk mengajar mereka. Tidak mudah untuk mempelajari ilmu dari Wak Ketari kerana dia turut mengenakan beberapa syarat serta peraturan untuk dipatuhi.

Punai dan Asmat menghadapi berbagai masalah semasa belajar kerana Wak Ketari seorang yang tegas dan garang. Sebelum mereka lulus, mereka dikehendaki menjalani satu ujian di mana mereka dikehendaki menangkap hantu.

Walaupun pada mulanya mereka keberatan menurut tetapi kemunculan Seha iaitu anak tunggal Wak Ketari mengubah pendirian mereka serta merta.

Dalam pada yang sama, Pak Mor dan Mustika terus berusaha menjejaki mereka bagi misi menghapuskan kewujudan Punai dan Asmat.

Adakah Punai dan Asmat berjaya dalam ujian yang diberikan oleh Wak Ketari? Bagaimana pula dengan usaha yang dilakukan oleh Pak Mor dan Mustika bagi menghapuskan Punai dan Asmat.

Jangan lupa untuk menonton Jangan Pandang Belakang Congkak 2 bermula 7 Oktober ini di pawagam berhampiran anda.

Info

 Filem yang menelan kos sebanyak RM 1.8 juta ini merupakan filem usahasama antara MIG dengan Golden Screen Cinemas.

Akan mula ditayangkan pada 7 Oktober 2010.


Dibintangi oleh


Mazlan Ahmad, Cat Farish, Lisa Surihani, Azlee Jaafar, Pak Pie, Bob Kuman, Nora Danish, Ruminah Sidek, Ebby Yus, dan Wangi The Fabulous Cat
jom baca lagi

Filem Resident Evil : Afterlife Memang Terbaik!







Bayangkanlah. Apabila Alice berlawan dengan raksasa apa ntah  yang  berbadan besar serta memakai penutup kepala dan membawa kapak yang amat besar. Sungguh menggerunkan. Namun,Alice dengan pantasnya menembak raksaan manusia itu dengan shotguns yang pelurunya ialah duit syiling.

Syiling? Yup,hebat betul. Oh ya! Aku tak pandailah nak ulas cerita ni. Apa yang dapat aku katakan,korang patut tonton filem ini. Tahukah korang. Kawan Amir dah 3 kali tengok filem nie. Gila lah! Haha!


Moh kita tengok sedikit videonya. Hehe!


jom baca lagi

Sinopsis FIlem Takken [The King Of Iron Fist Tournament] Yang Akan Beraksi Di Pawagam Pada 5 Ogos 2010

Tekken menceritakan tentang remaja (Jin Kazama) yang ingin membalas dendam atas kematian ibunya. Lalu dia pun mencari datuknya Heihachi Mishima yang handal untuk mendapatkan ilmu ilmu pertarungan, dia merayu datuknya supaya datuk dia ajarkan dia ilmu berlawan..




Kalau tidak, Macam mana dia nak menang pertandingan dalam Iron Fist itu nanti.,kan?Selepas Pemimpin Mishima membuat pengumuman tentang "King of iron Fist" Jin Kazama dapat tahu yang pembunuh ibunya OGRE ada dalam perlawanan tu, maka dia pun bersungguh sungguh menewaskan pesaing pesaingnya bagi mencapai impian dia tu dan membalas dendam.


Jom tengok pada 5 Ogos nanti
jom baca lagi

Drama/Filem Melayu Hampeh!


 
Salam geng blogger! Buat apa sekarang?? Masih blogwalking ke duk santai-santai? Semayang Jumaat/Zuhur dah beres ke? Kalau dah beres,meh baca nie. Korang perasan tak yang semua drama Melayu kat tv semuanya sama. Perasan tak? Tak kira lah tv1 ke,tv2 ke,tv3 ke.. Astro pun. Ceritanya hanya satu,pasal dendam pasal hantu.

Tak abis-abis sejak dulu lagi. Aku pun dah naik muat dengan cerita macam nie. Bukak tv3,tengok sesaat. Cerita yang disiarkan tidak lain tidak bukan pasal fantasi. Alam khayalan,hantu. Buatlah cerita yang berbeza-beza..kan?

Semua jenis hantu ada. Ha! Pasal iklan pulak,aduhai..tak habis-habis dengan iklan. Cerita tak lah lama mana tapi iklan berjam-jam. Contohnya cerita tue masanya 1 jam. Pada hakikatnya setengah jam je. Aku tahu memang iklan tue penting tapi mana lagi yang lebih penting. Iklan atau penonton? Kalau penonton dah tak suka..turun la ranking tv tue. Nasib baik rakyat Malaysia nie baik. Kan???

Selalunya bila dah bosan,aku pergi kedai beli CD la. Cetak rompak punya versi. Mana la ada duit nak beli yang original. Itu pun guna duit sekolah. Yang tak puas hatinya,tak ada cerita yang best! Aku lebih suka tengok filem Melayu tapi aku benci dengan filem Melayu sekarang. Kenapa?Sebab semuanya pasal tahyul dan tidak berfaedah.

Tidak berfaedah dan mengarut. Bukan hendak mengecilkan penerbit dan pembuat filem tue tapi kalau semua filem asyik cerita pasal benda yang sama je. Apa faedahnya aku tengok sebab aku dah jangka? Bosan la gini.Cerita yang baik tue bagus ar. Yang tak baik nie..yang entah papa...

Tidak semunya cerita Melayu tak best. Ada jugak yang best dan menarik perhatian.Kalaulah aku jadi penerbit. Fuh! Aku akan buat cerita yang gempak punya! Apa-apapun,majulah industri perfileman untuk Negara.Nak tanya..tak bosan ke dengan cerita yang sama je???
jom baca lagi