Memaparkan catatan dengan label TV2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TV2. Papar semua catatan

Siaran Cerita Tv1,Tv2,Tv3 Tak Best!!! Bahasa Malaysia Terhakis..

Salam!! Huhuhu..Kenapa ek pagi-pagi nie cerita kat semua tv tak best? Hish! Nak komplen!! Bosan weyh.. Pagi tadi pun tengok MHI je.... Bosan! Bosan!! Nak duk depan blog tapi idea tarak..Apa yang rakyat Malaysia suka nak baca pagi-pagi ek? Hurm....


Aku benci dah tengok siaran kat tv sekarang. Asyik-asyik iklan..Dulu suka tengok tv2 sebab tak banyak iklan..Sekarang nie..sama je... Tak syok ar..Ape kejadahnya letak iklan banyak-banyak..dah la iklan sama je sejak aku lahir.. tak de yang baru... betul aku cakap...Muak aku nengoknyer..

Kamu semua tak meluat ka?? Tak rasa nak hempas tv tue kat tanah?? Aku..nak hempas gak tv tue..tapi kesian..Beli mahal-mahal wat pe nak hancurkan..,kan? Nasib baek de tv..kalau tak..tengok dinding je kan.. Yang penting..aku dah tak layan...hanya berita je aku nengok...


Tengok cerita kat tv cam tak sesuai pulak.. Sebab drama Melayu cam drama Barat... Korang tau la kan.... Bagus aku tengok cerita Barat dari drama Melayu yang entah pape..Dosa tetap sama bila tengok aurat..Hish! Kena elakkan nie....

Kebanyakan siaran kat tv sekarang hanya menyanyi..cerita sal dendam. Siang malam sama je. Aku..sebagai pelajar nak gak tengok cerita yang berilmiah.. Ada..tapi jarang..Banyakkan laa.. Cerita Indonesia pulak berlambak.. Aku bukannya tak suka tengok Drama Indonesia nie cuma...cuma malas nak tengok!!  Drama Melayu dah abis ka? Dah tak laku ka?

Dulu..masa aku kecik-kecik..Banyak drama best dan menarik yang aku terlepas..Kalaulah ditayangkan semula kan bagus.. Orang atasan kat syarikat televisyen tak pikir ka? Awaq duk promote drama seberang? Deme tue tak de pulak promote drama kita..Kita pulak yang terhegeh-hegeh..

Sepupu aku..dah fasih cakap bahasa Indonesia tau..[tipu nie]Memang hebat ar penangan cerita diorang. Bahasa Malaysia pulak terpingir..Macam mana Bahasa Malaysia tidak terpinggir kalau drama Melayu tue asyik guna bahasa rojak.. I..U..I U.. 'U nak pergi mana??'' ''I nak pergi mampus''. hehe... 

Tengok..Kan bagus guna ''saya'',''awak''. Ini tidak..rojak.. Lagi satu...guna ''Gua''...''Lu''.. Ada satu dialog... ''Haa...Dah jumpa...Gua Babi..'' Yang sorang tue tanya..''Lu babi?''Haha..'' Adoi...terhakis la bahasa Malaysia macam nie..Rakyat Malaysia tak pandai cakap Bahasa Malaysia a.k.a Melayu. Akibat media,pengarah dan penerbit filem/drama jugak nie..betul tak? Tak betul..sila marah! ..

Tak tahu dah nak cakap apa..Siapa yang harus dipersalahkan??? Semuanya mengarut!! Kalau ada fakta yang salah..Sila perbetulkan sebab ini entri geram..ok? Hanya luahankan apa yang terbuku...Aku guna bahasa baku ..hehe..Sebenarnya..bahasa Malaysia aku lemah..tapi aku pandai bercakap loghat Kelantan...Melayu.. Bahasa Malaysia kini rumit..susah nak faham...kan? Sekian...

Mungkin Pendapat Saya Berbeza Dengan Pendapat Awak..
Apa pula pendapat awak? 
[kenapa takut untuk luahkan pendapat,sedangkan ia membantu?]
jom baca lagi