Memaparkan catatan dengan label Gadis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gadis. Papar semua catatan

Bagaimana Saya Hendak Menghormati Gadis Yang Tidak Pandai Menghormati Dirinya Sendiri?

Assalamualaikum. Ha, Nak marah ke idak nie? Sat! Nak pikir.. Tak nak marah laa.. Cuma nak tanya korang. Bagaimana caranya untuk Amir menghormati seorang gadis yang tidak pandai menghormati dirinya sendiri? Cuba bagitau sikit..

Amir hairan la dengar segelintir gadis-gadis remaja nie.. Kalau bab mulut,sah dah diorang nombor satu. Sekali ditegur..Berjuta juta juta dan juta kali kita ditegur balik.. Cermin diri sendiri laa.. Dan tidak suka diarah laa.. Aiyo.. Amacam nie? Nak tegur benda yang salah tak boleh ka? Kalau itu macam.. Baik saya tegur itu kucing jangan beranak banyak.. Ahaks. *Eh! Apa kaitan dengan kucing lak nie? Kakakakh..

Baiklah..Baiklah.. Serius nie.. Meh nak habaq mai.. Amir ada ar sorang kawan pompuan nie.. Seorang gadis la..Masih gadis atau tidak..Entah la. Amir tidak tahu. Namun,menurut firasat Amir, pompuan itu mungkin sudah ditebuk tupai..Kesian..Walallahualam...

Dari cara pemakaiannya..Agak okay tapi dari tingkahlaku nie..MasyaAllah. Susah la nak cakap..Berkepit sana sini..Berjalan dengan pakwe macam orang dah kawin. Kalau tegur takut pakwe dia marah.. Orang zaman sekarang mana boleh tegur..Nanti kena report polis. Polis? I takut kena tembak..Ahaks..

Hairan laa.. Macam mana kita nak hormat dia kalau dia tidak pandai menghormati dirinya itu? Macam mana nie..Bercium di khalayak ramai.. Amir tahu,itu bukan salah pompuan seorang tetapi salah pompuan itu dan lelaki itu. Tapi..Tidak ada kah rasa malu di dalam diri pompuan itu untuk berperilaku mulia atau lebih bagus? Nama je Melayu@Islam tapi perangai macam setan! Itu kata orang..

Tak tahu lah Amir nak cakap apa....Huhu.. Buat hal sendirik je bagus... Namun,amar makruf nahi mungkar..


Macam-macam lah dengan manusia nie..sudah hilang rasa hormatku pada  gadis zaman sekarang..
jom baca lagi

Kalau Lelaki Bijak..Kenapa..............?


Salam geng yang sama spesis dengan saya. Siapa lagi kalau bukan LELAKI. Baiklah..Bertemu kembali bersama saya Amir Izzat yang telah dua hari menyepi. Maafkan saya ya wahai kawan-kawan. Brodband sudah sampai limit. Sedang berusaha untuk mencari duit.Hehe..

Baiklah.. Merujuk tajuk di atas..Korang bacalah sendiri komen yang bawah ini..

[klik untuk jelas]

  • Kalau lelaki bijak,kenapa biarkan isteri mendedah aurat? Korang kan ada kuasa veto. 
  • Kalau lelaki bijak, kenapa biarkan anak dedah aurat? 
  • Kalau lelaki bijak, kenapa biarkan isteri dan anak-anak berpakaian ketat? 
  • Kalau lelaki bijak, dia tidak akan menyentuh perempuan yang bukan muhrim
  • Kalau lelaki bijak, dia lebihkan ibu dari isteri. 
  • Kalau lelaki bijak, dia didik isteri, adik perempuan dan anak-anak dia. 
  • Kalau lelaki bijak, dia tahu apa itu suami, apa itu bapa, apa itu abang dan apa itu wali, bukan setakat jabat tangan tok kadi aje..
**********************************************
Pendapat saya.

Saya kira,yang memberi komen ini adalah perempuan. Mungkin pengomen ini tidak berpuas hati dengan entri ini(wajib klik). Pada hemat saya lah, dari komen di atas. Memang benar ada lelaki yang tidak bijak tetapi tidak semuanya.

Entah la.. Apa yang hendak saya katakan dari komen di atas? Patut ka saya melenting dan marah? Tidak. Pada pendapat anda,betul kah apa yang dikatakan oleh pengomen diatas? Kalau betul. Sila beri pendapat anda.

Pendapat saya. Saya juga seorang abang dan saya memang menitik beratkan soal pakaian,aurat adik saya dan semua tingkahlaku adik saya memandangkan kesemua adik saya adalah perempuan. Jadi,adalah tugas saya untuk melindungi adik saya. Oleh yang demikian,saya termasuk la dalam golongan lelaki yang bijak la..kot.

Pasal dedah aurat isteri,lebihkan ibu dan soal perkahwinan itu. Maafkan saya. Saya tidak dapat menjawap berkenaan itu kerana saya masih bujang.. Hehe. Kalau boleh, dapat kerja nak cari sorang. Hehe. Sukar saya hendak membahas tentang hal ini. Walaubagaimanapun,yang sudah kahwin, yang sudah ada anak isteri yang semua yang dinyatakan oleh pengomen itu. Anda mampu menilainya..

Oh ya! Berkenaan kalau lelaki bijak, dia tidak akan menyentuh perempuan bukan muhrim. Namun,apa yang saya lihat di bangku sekolah. Perempuan pula yang tergedik-gedik menyentuh lelaki. Bagaimana pula? Pening...pening.

Kalau perempuan bijak..tentu dia akan mendengar nasihat seorang lelaki. Dan apabila dia mendengar nasihat seorang lelaki...perkara buruk tidak akan terjadi. Lantas, lelaki pun akan dikategorikan bijak. Tetapi dari arah mana tue ek?

Kalau seorang perempuan,wanita, dan isteri tidak menghormati seorang lelaki,suami dan pemimpin..Sukarlah seorang lelaki,suami dan pemimpin keluarga hendak menasihati,kan? 
Ibarat mencurah air di atas daun keladi la kalau macam nih,kan? Ha,anda faham tak? Kalau tak faham,susah laa... Sekian. Assalamualaikum!!!

jom baca lagi

Gadis! Anda Dikehendaki Tidur Sekarang Juga. Kalau Tidak....

 hiasan
 
Assalamualaikum dan selamat malam!

Mata aku dah nak tertutup nie…mengantuk sudah..Awal pagi esok nak kena bawak motor balik kampung. Lepas tue naik flight dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur..mungkin penat esok..jadi nak tidur awal.

Oh ya! Kepada aweks di luar sana. Masa ini anda tidak sesuai untuk berjaga kerana ia akan memberi kesan kepada wajah awak. Apa yang akan berlaku;?

Wajah awak semua akan berkedut dan kelihatan lebih tua dari usia yang sebenar., Anda setuju? Fakta tetap auta tetapi ia benar..Cuna anda tidur awal dan bandingkan semasa anda tidur akhir. Mungkin ada perbezaan yang ketara.

Orang yang tidur awal mukanya akan berseri dan segar di waktu pagi serta mata tak lebam. Orang yang tidur lewat mukanya pucat dan matanya kuyub.

Eh! Dah jadi pakar sakit puan la pulak aku nie. Eh! Bukan sakit puan tapi kecantikan..Amacam? Ada bakat tak aku? Ha,pi tidoq sekaran jugak!!! Nak cantik kan??????

nak makan burger!! lapar..

p/: Betul ke tidur lewat cepat tua? Anda ada fakta yang kukuh? Tetapi fakta ini lagi kukuh. Hikhik.
jom baca lagi

Gadis Remaja Mudah Melenting!! | Apa Pendapat Anda?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

‘’Hei kamu! Jangan sibuk hal aku..buat hal masing-masing!!’’. Marah perempuan itu pada aku… ‘’Kalau nak nasihat orang,cermin diri dulu….’’ Kawannya berkata.. ‘’Laa…kalau nak berdakwah..pergi masid lah!!!’’ respon perempuan yang duduk di atas kerusi…

‘’Kubur masing-masing der…’’ itulah sebahagian kata-kata yang dilemparkan oleh perempuan di dalam kelasku kerana menegur tindakan mereka memerli orang..tidak memakai tudung serta membuat onar di dalam kelas.

gambar hiasan
Masa tue,aku diam je la. Tak terdaya aku nak membalas. Kenapa aku malas nak  membalas? Sebab aku tahu perangai perempuan,terlalu sensitif bukan? Susah der..Walaupun kat situ aku tegur semuanya. ..termasuk lelaki. T

Tetapi lelaki tak pulak marah kat aku..Gadis remaja pula yang melenting. Adakah ia membuktikan yang gadis remaja panas baran? Tak dengar nasihat? Mudah melenting? Pernah seorang pelajar perempuan lari ke kantin apabila cikgu menegur pakaiannya... Lari? Hurm...

Sukar kan untuk menegur gadis remaja?
jom baca lagi

Kalau Tak Nak Saya Tengok ''Buah'' Awak,Kenapa Pakai Ketat??

Assalamualaikum kawanku!! Kali nie aku nak berbicara tentang perempuan dan pakaiannya.Tajuk aku “Kalau Tak Nak Orang Tengok Buah Awak,Kenapa Pakai Ketat?’’ sesuai tak? Sesuai kot..Aku rasa tajuk nie tidak lah keterlaluan sangat jika dibandingkan pakaian perempuan zaman sekarang yang memang ketat..dan MENGANCAM…terutamanya pakaian anak-anak gadis a.k.a REMAJA.


Tengok! Kan bagus bertudung tapi..Masyaallah... nampak benda yang tak sepatutnya..nie yang aku lemah....Tak tahu la nak cakap apa lagi..


Yang nie toksah cakap laa..Kalau korang jalan-jalan  kat mana..Mesti jumpa la gadis macam nie..Aku hairan..Gadis Melayu berpakaian gini..Kalau lah aku kawen nanti.. Gadis mana yang aku nak pilih ye..Gadis Melayu dah kira tak menjadi..Pilih la yang mana-mana..Asalkan baik..kan? Walaupun begitu..tak semua gadis macam orang lam gambar tue...Segelintir dan kebanyakan...

Aku sebenarnya sakit mata! Sakit mana melihat gadis bangsaku berpakaian gini..tak ada adat dan Maruah!! Ye! Tak ada maruah..dedah sana dedah sini..Seksa aku tengok walaupun hati tidak ingin melihat 'harta'' kepunyaan sang gadis yang bernilai itu..yang hanya patut dilihat oleh lelaki yang bergelar suami sahaja. Dimanakah sifat malu itu? Dimanakah nilai Islam yang diterapkan sejak kecil? Hendak salahkan ibubapa? Boleh..tapi tidak seratus peratus..Ibubapa jugak harus memainkan peranan yang penting..Nie tidak...mak ngan anak 2x5..Ini realiti brader..aku bukan cakap kosong..Mak ngan anak keluar jalan-jalan..sama je.. Aduhai..

Aku yang melihat nie terseksa.. Pakai tudung baju ketat nampak ''buah''. Tak sanggup wei aku lihat..tak sanggup..Cukuplah..Tapi aku pelik...Kalau tak nak orang tengok ''buah'' awak kan..kenapa awak pakai baju ketat-ketat sehingga menampakkan susuk tubuh badan awak yang menggiurkan?? Kenapa? Lepas tue..orang culik terus rogol..Sape yang nak dipersalahkan nie? Si gadis atau perogol atau kedua-duanya sekali???



Cubalah pilih pakaian seperti gambar diatas tue...menuntup aurat..Kalau nak beli baju tue..tak yah ar beli yang ketat-ketat..beli yang besar. FIkir la sikit ye gadis-gadis...Aku tak tahu dah nak cakap apa..Kalau aku tengok ''harta'' korang...aku rasa bersalah pulak..Padahal tertengok je..Bukan sengaja...Sedih..Sedih..Begini kah anak gadis bangsaku??? Beginikah Gadis Melayu yang dibangga-banggakan itu? Beginikah adat Gadis Melayu? Yang lebih sedih...Begini kah Gadis Muslimah?  Teruk..teruk..

 [Kan Cantik???]
Aku tulis bukannya apa..aku geram..aku pergi jalan-jalan dengan keluarga..Aku rasa pemandangan aku tercemar dengan gaya berfesyen gadis-gadis remaja zaman sekarang! Meluat! Rasa bukan duk di Malaysia lagi dah...Ingatlah Neraka..Ingatlah mak bapak korang..Maruah weyh...Maruah... Nie lah..kat sekolah cikgu ajar..tak nak dengar.. Bila dah besar..Menyusahkan!! Beringatlah..

p/s:Sape yang terasa cili tue,pi minum air banyak-banyak..Muhasabah diri la yek.. Kerna nila setitik,rosak susu sebelanga...Oh ya! Kalau aku nak kawen nanti..Ada lagi ke gadis Melayu yang benar-benar tulen??? Takut la nanti..tak de...kan?? Melepas la pulak..huhu...Allah buat molek doh..Nak ikut hukum manusia ke hukum Allah???

[gambar sumber dari Google. Kalau ini gambar anda,saya mintak maaf.Muka telah dikaburkan.Jangan risau.]
jom baca lagi