Memaparkan catatan dengan label Coretan Gua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Coretan Gua. Papar semua catatan

Aku Sudah Cukup Beradap di Blog Dan Dengan Blogger Lain!

Assalamualaikum kawan!

Aduhai..mengeluh nie.. Malam ini sungguh sepi.. Hajat di hati mahu tidur tetapi tidak terlelap. Entah apa lah yang difikirkan oleh minda gua. Nak kata teringatkan makwe,tak ada makwe. Nak kata teringatkan skandal dulu,ada la sikit-sikit...

Bila bosan tengah malam begini. Ditimpa pula dengan perkara yang meresahkan jiwa. Jiwa gua memang kacau beb. Tak ada orang ke nak biarkan hati gua dan minda gua nie tenang sekejap? Sesaat pun cukup lah. Kasi gua bahagia sikit.

Merujuk kepada tajuk skema yang gua buat kat atas itu. Gua hangin betul nie..Bukan marah tetapi gua tak sedap hati. Kalau hati ayam sedap jugak tapi hati gua asyik mengeluh..

"Senah...kenapa kau tinggalkan aku..kenapa????" keluh hati gua.

Erk? Siapa senah?

*****

Sebenarnya kan,gua nak kasi tau lu orang semua bahawa gua berblogingg ini hanya untuk suka-suka sahaja. Gua tak da niat langsung mahu sakitkan hati lu orang. Lainlah kalau lu orang hati jenis emo. Mudah terasa...Gua minta maaf beb! Gua bukan jenis yang suka pujuk orang..

" Alaa..bucu! Bucu! Meh sini.. Intan payung.. Janganlah merajuk.. Meh sini.." Takkan gua nak cakap ayat nie sambil peluk orang tue.. 

Aiya..Susah la nak cakap. Gua rasa la kan.. Gua memang dah cukup beradap di blog serta dengan blogger lain gua rasa..lebih tua dari gua. Gua dah cukup hormat beb.  Gua mahu kasi tahu lu ar,hati gua tak senang kalau panggil orang yang lebih tua dengan panggilan namanya. Itu biadap!

Tapi mak gua ada bagitahu.

"Anak ku sayang..Hormatilah orang yang lebih tua. Nescaya berkat hidup.." Yup,gua ikut nasihat mak gua tapi entah mengapa orang yang lebih tua zaman sekarang tidak pandai menghormati pandangan remaja macam gua. Gua hairan der!

Dalam dunia blog,gua cukup respek itu orang. Sama itu blogger. Yang tua gua pangil abang,kakak,cikgu dan kata ganti diri yang sesuai lah. Kalau yang rapat-rapat,gua guna "bro". Keakraban itu terjalin dan kemaluan itu tidak ada lagi bila sering berhubung.

Entah laa.. Kadang-kadang hati gua terdetik untuk memberontak. Mak gua cakap "Buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sesekali.." 

Memang betul kata mak gua. Lain kali buat buat jahat lah. Means,gua takkan hormat lu orang. Dalam entri wa,gua tulis yang HARAM lah. Entri sumpah seranah orang macam blogger sorang tue. Baru orang respek sama gua? Okayh! No hal brader.

Merepek panjang-panjang pun tidak guna jua melainkan perbuatan yang sia-sia. Gua rasa dah cukup baik dah..

" Woi Amir,dah la tue..dah cukup..orang yang baca nie pun menyampah dah ngan lu!!" jerit hati gua..lawan tokey nampak?

Mungkin juga. Sekian terima kasih. Minta maaf kalau ada silap. Apa yang ku minta dari kau hanya kehormatan,bukan kemaluan. OPs! Hormatilah pandangan remaja macam aku.

Nota kaki bau bucuk: Aku redha..dan pasrah.. Aku cuba untuk menjadi kurang ajar dan biadap. Deal?

jom baca lagi

Gua Segan Makan Bersama Awek





Cerita ini menggunakan kata ganti diri kedua “Gua-Lu”. 

Ketika sedang menikmati makanan yang dimasak oleh mak gua dekat meja yang berdekatan kantin. Fuh! Masakan mak gua memang first class in the word. Asal orang tue bergelak mak,mesti makanan kaw-kaw punye! Tapi gua bukan nak bercerita pasal makanan. Gua nak bercerita tentang aweks. Lu tahu apa itu awek? Bak kata Adnan Sempit,awek itu cikaaarroo…(cuba lu baca macam Adnan Sempit sebut).

Tiba-tiba seorang awek datang menuju ke tempat gua. Gua memang dah nerves nie. Bukan gua cuak. Apsal tetiba awek nie datang ke tempat gua? Hairan dan ajaib..

Dup! Dap! Dup! Dap!” Bunyi jantung gua berdegup…

Kalau gua kira,jantung gua berdegup sebanyak 250 km/sejam. Agak-agak la..Gua boleh lawan kereta F1 tak? Rembatan Ronaldinho belum tentu dapat mengalahkan kelajuaan jantung gua..

Semakin dekat awek itu melangkah semakin laju jantung ku berdegup. Gua syak yang awek tue ada muslihat yang tak baik kat gua. Gua tenung cara awek tue berjalan…Gua tenung mata dia….Fuh! Menawan! Memang sah awek tue ada niat tak baik kat gua. Mungkin keterunaan gua akan diragut sekejap lagi. Tetapi memandang gua ingat satu hadis Nabi… “Berprasangka baiklah terhadap orang lain”. Jadi,rasa syak gua kat awek tue dah berkurang..

Dalam sekelip mata. Awek tue dah sampai kat tepi gua. Memang gua nervous masa tue. Kalau dah awek datang cari lelaki,kompem gua kena sumpah seranah ataupun gua kena serang. Gua masih ingat gua kena maki sebab cubaan mengorat awek tak berjaya.. Dipulau gua..Malu seyh…Tapi nasib baik dia datang sorang diri.

Kalau tidak pun,awek tue mesti ajak gua ke tempat lain..Mungkin tergugat sedikit keimanan ini…

***********************************************************************************************************************************
Pup!” Awek itu menepuk bahuku…Pup? Bunyi ditepuk kot.

Eh! Ivienie..Ada apa?” Gua dengan muka yang buat-buat terkejut menanya beliau..Tersedak gua..

Tak da papa…Aku sebenarnya nak ajak ko makan sekali ngan aku..Kawan aku tak hadirt today..So,boring ar makan sorang..

Makan? Kat sini?’’ Dengan muka yang lagi terkejut..Tak sangka ada awek nak makan dengan gua…

Ya la..Kenapa? Tak leh ka? Jawapnya yang ku rasakan macam merajuk sedikit. Iya lah,perempuan…Biasa ar tue…

Alaa..Ileeek luu…(gaya Cat Farish dalam citer Stilletto). Boleh… Ha,meh duduk sini elok-elok..” Gua suruh dia duduk dekat kerusi depan gua.. Gua bersihkan dulu kerusi itu. Gua kira gua dah gentleman dah dengan membersihkan kerusi..Gua sorongkan pulak kerusi awek tue.. Fuh! Memang calon suami pilihan gua nie…

***********************************************************************************************************************************

Selepas itu,kami makan bersama… Masa makan..Gua rasa gua lah lelaki paling pemalu kat dunia..Memang tak boleh blah la dengan perasaan malu nie. Apa tidaknya. Makan bersama awek..Segan woo..Manalah lah tau awek tue tengok cara gua makan..

Gua takut awek tue menilai gua dari cara makan. Dah la gua makan lantak je. Sumbat terus tapi gua masih ikut sunnah Nabi. Kunyah 7 kali kalau nak cepat dan kunyah 40 kali kalau tidak mengejar masa. Tapi bila depan awek,gua rasa sesuap nasi yang gua makan. Gua kira 80 kali gua kunyah..Sopan gua beb.. Lu kena percaya cakap gua…

Barangsiapa yang ada telur kat sini yang sedang membaca. Lu boleh tau perasaan gua pabila makan bersama seorang awek…,kan?
jom baca lagi