Memaparkan catatan dengan label Alissa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Alissa. Papar semua catatan

Wahai Pihak TV3 Malaysia. Anda Sedar Atau Tidak Cerita Alissa Yang Merepek Apa Entah Itu Membosankan!!!!

Entri ini entri yang penuh emosi dan rasa kebosanan serta rasa meluat dan menyampah.

Entri ini bukan untuk pihak TV3 tetapi aku ingin meluahkan rasa ketidakpuasan aku. Begini, aku tahu bahawa Tv3 merupakan syarikat swasta serta siarannya pula percuma tetapi janganlah kerana TV3 ini percuma. Cerita atau drama yang disiarkan pun HENTAM sahaja. Contohnya drama Alissa. Aku tidak pasti sudah berapa lama Alissa ini melekat di kaca Tv3. Sudah lama rasanya,kan?

Oh TV3, sedarlah..Atau lebih tepat lagi. Bukalah matamu dan mindamu. Tidakkah pihak TV3 sedar bahawa drama Alissa itu membosankan jiwa-jiwa rakyat Malaysia? Cerita entah papa. Membazirkan masa. Kalau iya pun tidak mahu siarkan drama yang gempak-gempak. Sekurang-sukarang pada pukul 3 petang itu. Siarkan sahaja cerita Senario yang lawaknya boleh menghilangkan tekanan jiwaku apabila pulang ke rumah.

Ini tidak, balik rumah. Bukak tv,indon! indon! dan indon! Aku tahu la TV3 ini ramai peminatnya. Jadi,korang Tv3 berlagak lah? Sebabnya pilihan rakyat Malaysia..Kalau macam ini, aku lebih rela layan cerita dvd cetak rompak hari-hari. Ops! Bukan salah aku membeli DVD cetak rompak tetapi salah TV3.

Alah..Mesti korang(TV3) tanya. "Kenapa salah kami?" 

Aku jawap yea.

"Kerana drama yang disiarkan banyak dari Indonesia. Korang perasaan atau tidak TV3? Dalam Jom Rileks itu apa? Sinetron Indonesia juga kan? Buka lah mata oiii!!!! Cerita entah papa.."

Kalau aku cakap pihak Tv3 B***H. Nanti aku pula kena saman. Iya lah,pandangan dan pendapat rakyat tidak diterima. Aku tahu bahawa TV3 Malaysia tidaklah berani. Contohnya facebook TV3 Malaysia sekarang ini tidak lagi membenarkan kami rakyat Malaysia meluahkan pandangan dan pendapat di ruangan komen dan hanya boleh komen di ruangan posting TV3 Malaysia sahaja. Pengecut bukan?

Entah ar. Sebenarnya banyak lagi ketidakpuasan aku seperti masa iklan yang ditayangkan namun aku tidak kisah sangat kerana TV3 Malaysia kepunyaan pihak swasta. Jadi,anda berhak untuk menyiarkan iklan. Tetapi ingatlah..

Apa yang TV3 siarkan itu bukan ditonton oleh anggota Tv3 sahaja tetapi seluruh rakyat Malaysia. Jadi,janganlah siarkan drama yang anda(Tv3) minati sahaja seperti drama dari Indonesia. (Mentang-mentang peminat tegar sinetron Indonesia..habis seluruh rakyat Malaysia terpaksa menontonnya).

Akhir kata, kalau TV3 masih 'tidak sedarkan diri'. Aku pun tidak tahu hendak buat macam mana sebab aku tidak kuasa untuk mengubah pihak TV3 supaya mendengar luahan kataku ini. Aku percaya rata-rata rakyat Malaysia pun setuju   dengan kata-kata ku ini supaya menghentikan sinetron dari seberang. Kalau disiarkan kadang-kadang boleh la tetapi kalau setiap hari. Mahu muntah darah.

Itu sahajalah.Sekian terima kasih.

Nota: Akan dihantar ke page TV3. Yang pasti aku tidak menyakiti hati sesiapa.


jom baca lagi