Memaparkan catatan dengan label Segmen Tingkatkan Ukhwah Bersama Blogger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Segmen Tingkatkan Ukhwah Bersama Blogger. Papar semua catatan

Segmen - Isi Kekosongan Hati N I R Life Journey

Segmen ni aku buat untuk isi kekosongan di bahagian Entry followers aku..Sekarang ni ruang yang aku nak ubah suai ni adalah ruang L.O.L.. so siapa yang berminat boleh la join.. ok!!.. Aku akan bahagi  kan ruang ni kepada beberapa bahagiaan..

1- Aku ‘Glamer’ – Yang rasa blog dia sangat2 glamer..
2- Aku ‘Meletop’ – Blog yang melatop habiss..!!
3- Aku ‘Dapur Hangit’ – Khas untuk blog memasak..
4- Aku ‘Berteknik’ – Khas untuk blog  tutorial
5- Aku ‘Kumbang’  *
6- Aku ‘Black’  *
7- Aku ‘Bunga’  **
8- Aku ‘Pink’  **
* Untuk blogger lelaki
** Untuk blogger wanita
9- Aku ‘Bahagia’ – Untuk blog family..
10 – Aku ‘Buletin Hangat” – Untuk blog yang ber info, gallery dan etc..

So, kategori-kategori ni aku perlukan blogger-blogger sekalian untuk mengisinya.. 


Baiklah. Segmen ini dibuat oleh Kak Norfa. Kak Norfa ada tag Amir semalam ke bila. Amir tidak ingat. Maaf ye. Ok kak. Amir pilih no 8 .. Aku 'pink'. Hehe. Macam mana? Okay kan? 

Ringkas danmu dan senang sahaja entri ini. Barangsesiapa yang nak join untuk merapatkan silaturrahim. Boleh la ke sini.

Tag:

Amir tag semua orang yang baca entri ini.

Kata-kata: 

Kak Norfa..biarlah apa orang hendak kata janji kita gembira. Jangan kecewa..Jangan pasrah. Andai niat kita ikhlas pasti akan dipermudahkan segala urusan kita.

Kak..biarlah dengan kata-kata mereka. Kadang-kadang amir pun pasrah dengan dunia blogging.. (ingat otai je ke hebat?). Susah..susah..inilah pemikiran rakyat kita. Hendak buat macam mana.. Amir tidak tahu apa yang berlaku ke atas akak tetapi terimalah ia dengan redha.. Hehe.

Peace no war..
jom baca lagi

Saya Masih Bersekolah Dan Juga Seorang Blogger


Assalamualaikum kawan-kawan. Apa khabar? Terima kasih kepada yang berkunjung ke Amir kali ini. Pada kali ini, Amir buat satu entri khas yang bertajuk "Saya masih budak bersekolah dan juga seorang blogger" yang dianjurkan oleh Ben Ashaari.

Sebelum kita meneruskan lagi ke bahagian seterusnya. Marilah kita berkenalan dulu. Sesuai dengan syarat segmen ini.

Namaku Amirull Izzat. Berumur 17 pada Januari 2011. Nama korang pula apa?/ Huh? Minah? Joyah? Tak dak standard. Orang Melayu zaman sekarang mesti canggih (kononnya) baru hebat seperti David Bakam,Danish Daniel...(ayat perli nie). Baiklah.

Latar belakang persekolahan.




Aku bersekolah di Sekolah Menengah Vokasional Kuching. Mengambil jurusan Katering yang membolehkan aku belajar memasak serta menjadi seorang pramusaji. Sebenarnya aku ambil kursus Katering ini bukannya untuk menjadi seorang Chef atau tukang masak sepenuh masa tetapi sebagai landasan untuk aku meneroka dunia yang penuh pancaroba ini. Siapa tahu dengan ilmu yang aku pelajari ini akan ku buka sebuah restoran sebagai pendapatan sampingan. Tiada siapa yang tahu? kan? kan? - moral disini sediakan payung sebelum banjir.

Jawatan di sekolah.


Percaya atau tidak...Aku sebenarnya Ketua Pengawas SMV Kuching. Gila babi...(ayat Lisa terlepas cakap). Memang sukar untuk dipercayai.. Aku rasa aku tidak mampu untuk mananggung tanggungjawap yang sungguh besar ini. Bayangkanlah, seorang budak yang jahat..paling jahat menjadi Ketua Pengawas. Gila babi...(maaf..terpengaruh dengan artis. -sindir

Walaubagaimanpun, aku berfikiran positif.. InsyaAllah..aku akan laksanakan tugas ini dengan amanah pada tahun hadapan. -moral disini adalah jaga percakapan.


Aktiviti di sekolah.


Tahukah korang aku sebenarnya ahli kadet bomba. Haha! Dah la ketua pengawaas, jadi komander kadet bomba. Sakit jiwa macam ini. Silap haribulan, hospital bahagia pun tutup. Erk? Selain menjadi ahli kadet bomba, aku juga seorang atlet. Hari-hari main gim (dulu la).

Apa? Korang ingat Ben Ashaari je ke main gim? Aku pun main juga la. Haha tetapi badan aku tidaklah seketul macam Abang Ben kita tu. Body untuk menketulkan badan sedang dalam 'pembinaan. Hehe.

Baiklah. Sudah habis kita bercerita pasal AKU. Jadi,mari kita ke soalan kedua.

Kenapa ada blog?


Agak-agak korang la. Kenapa boleh terciptanya blog ini? Sebenarnya kan. Ada seorang yang mendorong kenapa aku boleh terlibat dalam dunia blogging. Hendak tahu siapa? Jom ke sini.

Pada masa sekarang kenapa aku ada blog ialah kerana aku ingin meluahkan padangan dan pendapat aku. Kenapa? Kerana aku rakyat Malaysia. Sebab itulah nama blog aku Aku Pembebel Jalanan. Korang tahu tak? Sebenarnya kan..jiwa aku nie jiwa rakyat (ayat tak leh blah!). Senang cerita laa..blog aku kadang-kadang ke arah politik dan sedang menuju ke arah itu. Selain itu, blog tempat menambah kenalan di Malaysia serta menajamkan lagi pemikiran aku serta melalui blog aku mampu mengasah karangan BM menjadi lebih baik. 

Jom ke soalan terakhir.

Apa pendapat aku tentang dunia blog?



Dunia blog? Penuh dengan kekejaman... "wah!!! Ayat frust ke ni bang?" Haha. Tidak lah! Dunia blog sangat indah...memang indah tetapi indah lagi sekarang daripada dulu. Untuk pengetahuan blogger baru, dahulu kan.. Dalam dunia blog nie, kalau kita maju sikit pasti ada  yang dengki. Betul kan Abang Ben? Abang Ben pun pernah rasa dan aku sendiri pun pernah rasa.

Tetapi sekarang..aman..tenang..dan damai.. Putih dan suci. Hehe! 

Apa lagi ek? Dunia blog sebenarnya banyak kategori. Sukar untuk aku memberikan pendapat tentang dunia blog sebab setiap kategori blog itu mempunyai perpeksi yang berlaian.

Politik..kotor...
Peribadi..syok sendiri (0rang cakap)
Berita... ilmu...

dan....banyak lagi lah. Walaubagaimanapun, dunia blog memang best tetapi jagan sampai tak makan berblogging.

Baiklah.Setakat ini sahajalah tintaku pada hari ini. Petang nanti mahu ambil ibuku di lapangan terbang Kuching. Beliau baru balik dari Kelantan. Sekian.

Nota: Terima kasih En Ben Ashaari.
jom baca lagi

Segme Tingkatkan Ukhwah Bersama Blogger: MJ

Assalamualaikum w.b.t

MasyaAllah.. Terabai sungguh segmen ini. Entah mengapa aku selalui abaikan tanggungjawap. Maafkan saya. Baiklah. Pada kali ini,kita akan berkenalan dengan seorang blogger yang digelar MJ. Apa makna MJ? Tak tahu tanyalah blogger itu sendiri. Hehe.

Serba sedikit mengenai MJ. MJ mempunyai sebuah blog bernama This Is My Tale. Header blog yang berwarna putih serta agak simple.


Cantik bukan?  Simple sahaja. Baiklah. Tanpa membuang masa korang dan Amir. Mari ikuti perbualan Amir dengan MJ nie.

 "Assalamualaikum tuan tanah..Apa khabar?" Aku memberi salam..

"Waalaikumussalam.. Sihat sahaja.." beliau pun menjawap sambil tersenyum. (aku tahu dia senyum)

"Saya datang nie nak temuramah sikit. Nama sebenar MJ nie apa?" tanyaku kerana nama MJ agak unik..

"Nama diberi ramai dah tau kan? Tapi untuk mudah, panggil saje MJ" jawap beliau.. Satu jawapan yang meninbulkan tanda tanya semua pihak. 

"Baiklah.. Berapa lama sudah berblogging.." soalku lanjut sambil menggaru kepala.

"Saya bukan blogger tegar. Bukan juge blogger lama. Menulis adalah hobi.Alhamdulillah, karier tetap membolehkan sy membantu orang lain.Mahu berbelog sampai sukses tapi ada kewajipan lain, jadi belog bersawang." terang beliau sambil tersenyum lebar. Agaknya berbangga dengan kerjaya sebagai blogger sambilan ini tetapi merendah diri. Aku suka.

"Samalah kita ya. Sebagai hobi..Cik MJ suka warna apa ?" apsal aku tanya pasal warna pulak nie? Aku pun kebingungan .

"Saya amat-amat suka hitam dan putih.. tapi banyak lagi suka putih.."

" Putih itu suci.. Bagus la pilihan warna Cik Mj. Saya suka wartna biru.." aku tahu dia tak tanya.

"Dalam penulisan entri di blog Cik MJ,Cik MJ lebih suka gunakan bahasa apa? Apa yang saya tahu ramai yang suka menggunakan bahasa Alien" soalan cepu emas.

"Saya menulis kadang-kadang ayat bahasa Melayu, kadang-kadang ayat komik." 

"Bagus la guna Bahasa Melayu..Bahasa Ibunda kita.. Guna ayat komik sekali sekala pun bagus jugak..santai ,kan?"

Selepas bersembang sedikit sebanyak dengan cik MJ. Cik MJ ada pesan kat korang..

Kalau saya salah, tegur je.. Maybe akan termarah sikit la, tapi sikit je =P
Semoga kalian semua success dalam hidup, dunia akhirat. Amin~

Itu la serba sedikit perbualan saya dengan cik MJ. Sebenarnya ia hanya rekaan. Namun bagi menghangatkan ketiak. Ops! Bagi menghangatkan perkenalan kita ini. Buat sesi temuramah pun best jugak,kan?Jadi,siapa nak berkenalan dengan MJ?  Sila angkat kaki sekarang.. hehe.. Selamat berkenalan..Minta maaf kalau ada salah dan silap.
jom baca lagi

Segmen Tingkatkan Ukhwah Bersama Cikgu Miera

Assalamualaikum w.b.t

Segmen tingkatkan ukhwah bersama blogger diteruskan lagi. Sebelum ini saya sudah memperkenalkan Kie-yu. Macam mana? Korang sudah beramas mesra dengan Kie-yu atau belum? Kalau belum,cepat-cepatlah..Nanti Kie-yu lari..Hehe.

Baiklah..Tanpa membuang masa korang.. Marilah kita berkenalan dengan Cikgu Miera..

Sebenarnya saya pun baru sahaja mengenali Cikgu Miera ini. Selama ini tidak kenal pun.. Nak kata saya kenal sangat dengan Cikgu Miera,tidaklah juga tapi boleh la. Tak apa..Saya akan beramas mesra dengan Cikgu Miera selepas ini.(jaga-jaga cikgu!) Harap-harap korang jangan salah faham.Kekeke!

Ketika saya mula membaca entri yang ditulis oleh Cikgu Miera ini.. Entri perkenalan ini.(klik la!).. Saya tersenyum sendirian. Mengapa? Sebab saya tidak sangka yang Cikgu Miera ini begitu mesra.. Mesra alam gitu-gitu. Happy semacam je. Hehe.

Cikgu Miera atau nama sebenarnya ialah Nurul Amira binti Ahmad sebenarnya seorang cikgu. Alamak! Dah nama Cikgu Miera. Mestilah seorang cikgu. Dilahirkan pada 4 Disember 1986..Mengajar pula di salah sebuah sekolah di Pulau Langkawi..

Itulah serba sedikit pengenalan dari saya kepada anda berkenaan Cikgu Miera. Jadi,kalau korang hendak berkenalna dengan lebih lanjut..Jom la kita terjah blog Cikgu Miera ini!! Jom...kita tingkatkan ukhwah..
jom baca lagi

Segmen Tingkatkan Ukhwah Bersama Blogger..Kie-Yu

Assalamualaikum w.b.t

Segmen tingkatkan ukhwah bersama blogger diteruskan lagi selepas memperkenalkan seorang blogger yang mesra dengan panggilan Kak Nabilah(klik la!)

Pada kali ini,kita akan berkenalan atau dengan erti kata lain..kita akan beramas mesra pula dengan seorang blogger yang cukup..cukup baik ..iaitu Kie-yu. Kie-yu? Peliknya nama. Datang dari mana? Japan? Korea? Ha,itu la yang korang tak tahu. 



Jadi,dengan segmen ini. Korang boleh la beramas mesra sebanyak mana yang korang nak. Kekeke! Jom kita kenal Kie-Yu. Kie-yu..empunya blog Rumah 4 Tingkat.

********************
Siapa Kie-yu?

Nama yang aku cipta khas untuk nama pena blog kesayangan. Tidak berniat nak menggunakan identiti sebenar dek kerana 1001 sebab. Ada 2 blogger nakal yang sudah tahu asal-usul nama ini melalui ruang chat Geng Blogger. Selalu juga mereka lepak di sini dan tinggalkan jejak. Bermula dari situ aku, dia dan dia semakin akrab. Inilah yang dikatakan membina ukhwah hanya kerana nama. Hee. 








Kenapa Rumah 4 Tingkat?



Soalan FAQ bila menjerit di ruang potpet-potpet. Ada yang kata kelakar dan ada juga yang kata ia unik. Terima kasih daun keladi. Lama juga aku dok fikir nama apa yang sesuai. Akhirnya kerana sentimental value yang ada pada tempat berteduh, aku jadikan idea utama. Bersama harapan bila satu hari nanti aku sudah tidak berada di sini, aku akan sentiasa ingat asal-usul dan susah payah yang dilalui suatu ketika dulu.



Dunia realiti.



Seorang budak perempuan wanita yang berumur. Angka 22 tahun agak berumur kan? Hee. Aku selalu disalah erti sebagai dude, bro, saudara dan lain-lain. Mungkin nama yang digunakan agak asing lalu terbitlah monolog dalaman "budak ni lelaki ke prempuan?".





Ada geng fesbuk tanya aku ni masih belajar atau sudah berkerja. Aku rasa macam belum jawab soalan dia. Jawapannya berbunyi - aku seorang pekerja. Masih belum menemui kerjaya impian. Ada sesiapa nak offer aku jadi pembantu peribadi? Resume sudah lama siap ni.





Secara ringkasnya aku boleh dikatakan sebagai survivor, mereng, kepoh, degil bla..bla..bla.. Nak tau lagi mendalam meh kita ketemu. --> tak reti macam mana nak describe diri sendiri dalam tulisan.

********************

Fuh! Taktala aku membaca entri ini. Agak terkejut sikit. Kenapa? Sebab...aku tak sangka yang Kie-yu adalah perempuan! Perempuan? Yup! Selama ini,kalau berbual dengan Kie-yu. 

Mesti aku guna ayat nie "Terima kasih bro.."," Bro,mintak tolong boleh...?"  Hahaha! Bila difikirkan balik,nak tergelak pun ada.. Tak sangka yang Kie-yu nie perempuan.. Tua lagi tue.. Tua? Alamak! Maaf..22 tahun.. Kira tua ar dari aku.. Umur aku? Hang cari la sendirik! Kih3..



Sebenarnya..Aku tak ingat bila aku kenal Kie-yu nie.. Tak silap aku.. dah berbulan lamanya kot. Apa yang aku nak katakan disini..Kie-yu memang baik. Kalau aku mintak tolong,kompem dia akan tolong.. (der..gua konpius..nak panggil kak Kie-yu ke Bro Kie-yu  nie?)

Betul wa cakap sama lu..Jadi,kalau korang rasa nak beramas mesra gitu-gitu.. Boleh la kenal dengan Kie-yu. Blognya juga ternyata menarik! Rumah 4 Tingkat.. Memang best! (ayat bodek ke nie? Tak lah!)

Jom ke blog Kie-yu..Aku nak korang kenal dia! Ini paksaan! Waah!! Tak da lah.. Kenal dengan ikhlas kan lebih bagus..Mengeratkan silaturrahim kerana..ada 10 kepentingan mengeratkan silaturrahim.

Pembebel Jalanan: Pssst...Kie-yu dah kahwin laa..kot. Hehe
jom baca lagi

Segmen Tingkatkan Ukhwah Bersama Blogger Nabilah|Dunia Suka Duka


Jeng-jeng... Segmen ini akan dimulakan dengan Blogger Nabilah..atau lebih mesra dengan panggilan Kak Nabilah.. Empunya blog Dunia Suka Suka.. nak tau tak apa tagline dia? "Pahit manis semua ku telan tapi tidak lah sampai termuntah.." Jangan pula korang termuntah bila datang ke blog kak Nabilah.Ekekek!.. Tagline tue ada makna tersirat..Orang yang arif je faham..Siapa faham sila angkat kaki tangan?

Sebenarnya kan.. Aku baru je kenal Kak Nabilah..tapi Kak Nabilah nie baik ar...Memang baik..Kenapa? Tak percaya? Belum kenal belum tauu..Nak tahu kenapa aku kata Kak Nabilah baik? Korang buat-buat baik ar ngan dia. Hehe. Baiklah..Kepada Kak Nabilah. Terima kasih sebab sudi menyertai segmen ini..Tanpa kak,segmen nie dah lama kot terkubur..Hehe..Tanpa membuang masa korang yang memang dah terbuang akibat membaca mukaddimah aku..Tue pendek je..Tak pa..lain kali aku buat panjang lagi..Ekeke!

Jom kita berkenalan dengan Kak Nabilah @ Dunia Suka Duka

Luahan jiwa seorang blogger..(tapi tak jiwang derr..)




Tiada apa-apa yang istimewa mengenai aku sebab aku juga insan ciptaan Allah seperti kamu semua..Yang ada kelebihan dan kekurangan..Detik 3 september 1989 merupakan detik yang bermakna dalam hidup aku..Detik inilah aku mula belajar untuk mencorakkan warna warni dalam hidup aku..Mak melahirkan aku dan membesarkan aku sehingga aku menjadi seperti sekarang..





Seorang yang sukakan keindahan alam yang menghijau,suka membaca segala jenis bahan bacaan but of course la mostly novel..Mak menghadiahkan geneticnya kepada aku sehinggakan aku sangat menyukai subjek matematik.

Aku seorang manusia yang mempunyai banyak impian..Kadang-kadang bersemangat nak kejar impian..Kadang-kadang terasa malas..Cuma nak biarkan masa berlalu..




Aku berasa yakin jika memakai pakaian berwarna hijau dan ungu..terasa warna itu menutupi segala kekurangan aku..dilahirkan sebagai anak ketiga,membuatkan aku berada di tengah-tengah.. tidak terlalu manja dan tidak terlalu matang..inilah aku..:)

Sudah tamat daa...Nak berkenalan tak?

Tara!!! Dah habis..Macam mana?Korang rasa dengan baca secebis kata-kata dari Kak Nabilah..korang dah kenal? Belum lagi laa..Jom ar kita beramas-ramas mesra dengan Kak Nabilah di blognya ini,Dunia Suka Duka. Aku harap..ukhwah antara kita semua..bloggers yang baca nie..akan terjalin dengan lebih lagi.. 

Ha,marilah kita berukhwah.. Sebab apa ukhwah nie penting? Sebab..ada 10 kepentingan menjalinkan ukhwah.. (sila klik) Tunggu apa lagi? Klik laa..kih3

Nota: Korang tak nak join sekaki ke beramas mesra ngan Amir?

jom baca lagi