Memaparkan catatan dengan label Cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cinta. Papar semua catatan

Rasa malas je nak berblog..Minggu depan exam..tension weyh....

Aku rasa aku nak berhenti berblog lah...Entah ngape...tak syok berblog nie.. Eh! Tak mahu berhenti berblog..cuma aku nak berhenti dari mengikut kehendak entri di pasaran...Blog aku sukati aku ar..Aku nak buat apa kan....

Jadi,di saat ini....ini sahajalah yang aku nak cakap....Ahaks

Bosannya saat ini... 

"Argh! Meme bose tahap nok mapuh doh ni.." gilo palo.

Sometimes i feel give up with my blog..Sometimes i enjoyed it..Entah la..Perasaan ini berubah-berubah..Maybe aku ini jenis yang malas menaip. That's why mood untuk berblog itu kadang-kadang ke laut. Haha.

Korang juga seorang blogger? Mesti korang pernah rasa apa yang aku rasa? Give up and frustrated. With what? Entah laaa...

Actuallt,next week i have exams...Final exams... or peperiksaan akhir tahun. Very important.  I want challenge the best student form4 in my school but.. i think thats just a dream laa.. Haha..Berangan je lebih...

Aik,apsal speaking nie? Dah la broken? Hurm..broken ka? I dont think so.. Okay kan? Just im sure with my grammar.. Haha.. And also with my pronounce.. (salah eja tak?)

Okay lah..time already gone..(erk?) So,i have to dengar lagu..Layan jiwang sekali...Hehe.. Sambil layan jiwang sambil mengenang nasib diri yang tak ada aweks. Toink2..

Argh! Susah hidup berseorangan ini.. Okay lah... farewell..... Hehe
jom baca lagi

Kerana Wajah Engkau

Aku terpaku...terpesona ketika melihat wajahmu...Namun tidaklah seghairah aku melihatmu buat kali pertama..

Wajahmu persis bab Puteri Gunung Ledang. Walaupun wajah sebenar Puteri Gunung Ledang itu tidak pernah ku tatapi namun wajah engkau mungkin setanding..

Bila hati engkau berbicara,luluhnya hatiku.Mula lah,timbul perasaan sayang..kasih dan mungkin cinta. Tetapi..apabila aku tahu kau hanyalah bersandiwara di sebalik wajahmu itu..Di sebalik tulisanmu itu.. 

Sungguh pedih rasanya..Bagaikan ditusuk berkali-kali.. "Argh! Kerna wajahmu aku tergoda...."

Di sebalik rasa cintanya aku terhadapmu.. Aku mula ingin mula mengenalimu.. Tetapi alangkah malangnya nasibku bahawa engkau tidak tidak wujud di alam nyata.

"Oh kekasih. Apakah sandiwara yang engkau mainkan?"

Dirimu bagaikan mimpi..Apabila terjaga..hilanglah ia. Apabila di gamati balik..susah untuk diingati...

Cintaku padamu mungkin seperti pasir di lautan..Pabila datangnya ombak..Terus membawa cinta ini bersamanya...

Selama ini..Aku terpaut akan bicaramu...

"Ah! Sungguh indah tutur bicaramu.."

Aku terpaut bukan kerana wajah..Tetapi kerana hati..

"Ya! Kerna hati..."

Andai aku terpaut kerna wajah... Andai suatu hati nanti..Wajahmu itu bukan milikmu? Apakah yang akan terjadi terhadapku??

"Argh! Pedihnya hati...sentapnya jiwa!"

Aku rela andai tidak tidak mengenali wajahmu..Aku rela andai cintaku berpaksi kerna tintamu...Biarkanlah aku hanyut dalam gelora cinta bayanganku....


*****

Selamat tinggal pada kenangan..Selamat tinggal pada kenangan..Terima kasih...Aku ucapkan untuk percintaan ini....


jom baca lagi

Memujuk Sang Kekasih

Pada suatu petang yang indah.. Aku mendeklamasikan sebuah sajak atau puisi atau syair. Argh! Aku pun hentam saja.

Oh Bulan..
Kau begitu indah sekali..
Cahayamu ketika bulan mengambang sungguh mempersona..

Lalu aku berkata kepada kekasih ku yang berada di tepi.

Oh Kekasih..
Wajahmu pun cantik bab bulan...

Tuuuuttttt!

"Eh sayang. I tak nak muka i macam bulan tau..Muka bulan memang berlubang-lubang..tak cantik lah!" protes awek aku sambil menarik muka tandanya merajuk.

Aku,kalau bab macam ini memang failed lah! Dalam matapelajaran Sejarah,Geografi dan seangkatannya aku gagal,inikan pula dalam bab hendak memujuk sang gadis? Cikgu tak ajar tak sekolah der..

Memandangkan aku ini berketurunan otak bergeliga. Aku pun pujuklah awek aku yang sorang nie. Memang payah!

"Oh sayang..Abang tidak sengaja..Abang ingat bulan itu cantik namun abang lupa cantik lagi Lisa Surihani. Ops! Bukan..cantik lagi kekasih abang yang satu ini.." ayat pertama nak pujuk dia..tapi tak jadi gak.

Dia pun berkata sambil bangun dari kerusi.

" Huh? Apa? Abang ada skandal ngan Lisa Surihani! Baik abang cakap siapa Lisa Surihani tue!!!" 

Aku memang dah nerbes tahap malam pertama. Eh! Tahap isteri mahu bersalin. (macam tau-tau je). Dia dah mengamuk sakan macam beraya sakan. Ini tidak boleh jadi. Aku kena pujuk lagi. 

"Ayat apa ye aku nak bagitahu dia nie? Hurm.." fikirku dalam kepala hotak.

Ha! Aku dapat idea.

"Ayang..Lisa Surihani tue bukan sesiapa..Skandal lama dulu. Itu dulu.. Sekarang abang dah ada ayang. Relaks ar.. Minumlah kopi secawan pasti nak lagi." aku cuba pujuk lagi sambil memegang dia punya..dia punya.. Hurm..Dia punya tanganlah.

Tapi kan..memang susah nak pujuk perempuan nie.. Aku dah cuba dah macam-macam cara tetapi tak dapat menyejukkan hati si gadis yang agak keras kepala. Awek sapa ntah yang keras kepala macam nie.  * Ops! Awek aku gak..

Pujuk punya pujuk.

" Tak apalah kalau macam itu. Ayang dah tak sayang abang. Abang cari yang lain lah. Kan lelaki boleh kawin empat." sekali aku beri ayat nie..

" Alaa bang. Janganlah..ayang gurau je la.. " pujuk awek aku. Haha! Sayang juga dia kat aku.

********

Susah kan kalau ada kekasih yang kuat merajuk dan susah untuk dipujuk? Betul tak? Lagi-lagi yang kuat cemburu. Memang berperang lamalah kalau tak pandai settel. Tapi..Nasib baik aku tak ada awek. 

"Huh! Cerita kat atas tue?"

Oh..itu cerita lama. Sebab itu ar aku 'bercerai' ngan dia. Hahah.. Lagipun, jangan bercinta kalau takut. Dan belajarlah untuk mencintai sebelum ingin dicintai. Kawan aku cakap " study most important than love". tapi cakap tak serupa bikin. Hahahaha!

Oh ya. Barang sesiapa yang pernah mempunyai kekasih. Senang tak nak pujuk pasangan anda? Terumanya perempuan. Kompem susah tahap kambing beranak empat. Hehehehe!

Pesan orang tua-tua: Minumlah Dutch Lady pasti tumbesaran tidak terbantut..Nak besar mana pun boleh! babai...


jom baca lagi

Kena Ngorat Dengan Awek Laa...

Salam geng! Oh tidak!! AKu telah ditackle dalam bahasa omputeh..Kalau dalam bahasa Melayu..aku telah dinodai..Eh! Bukan! Bukan! Ada sorang awek cuba nak ngorat aku laa.. Adoii…Macam mana nie? Couple itu haram. Apa yang harus aku lakukan? Patut ke aku membalas jelingan matanya yang tajam itu? Fuh! Gilalah..

Jelingan mata yang tajam..Wajahnya ku terbayang setiap masa.. Adoi..Aku pulak yang angau..Oh tidak! Adakah aku sudah jatuh cinta?? Tak boleh..tak boleh..Couple itu kan haram.. Hurm…Kalau tak terima,menduda la aku.. Ades..bila masa pulak aku dah kawen? Melepas la aku.. Awek tue la cantik..Meh aku kasi banyangan..

Lisa cantik kan?

Mata dia saiz mata Britney Spears..Tubuh dia macam Pamela Anderson. Suara dia macam Justin Bieber..(betul tak aku eja?) Eh! Apa kaitan dengan Justin Biebier nie?? Haha. Apa lagi? Cara dia berjalan macam Rozita Che Wan.Pernah tengok? Oh ya! Wajah dia macam Lisa Surihani laa.. Kena terima nie..Mana boleh jumpa awek camnie..kan?

Korang rasa macam mana?? Hipokrit sungguh aku nie…kan? Kan? Jarang awek mengorat lelaki..Ada makna??

jom baca lagi

Barulah Ku Tahu Rahsia Seorang Wanita..



''Pertemuan denganmu memang indah..saat itu ku rasakan dunia ini miliku.. Setiap malam ku termimpikan wajah mu nan ayu.. Kata-katamu bermain di telingaku... Tawamu mengiringi tingkahlaku ku... ''- sudah lama tak berjiwang.......


''Cinta letaknya di hati, meskipun tersembunyi, namun getarannya jelas sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan kita sehingga kadangkala kita melakukan hal terbodoh tanpa kita sedari.''
  • Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  • Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
  • Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
  • Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  • Korban : Wanita sanggup BERKORBAN apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. Wanita amat TABAH.
  • Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
  • Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. SUKA BERMANJA bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
  • Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  • Cinta : CINTA PERTAMA bagi wanita adalah yang paling dalam dan TULUS .
  • Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.
AMir Izzat - Benarkah ini rahsia wanita? Jika benar...berikanlah aku peluang untuk memahamimu... Hanya korang (perempuan)  yang tahu JAWAPANNYA.... makasih... love love love.. i want ur love...

jom baca lagi