Memaparkan catatan dengan label Puisi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Puisi. Papar semua catatan

Hidup Ini Tanpa Ibu Bapa

Ibu bapa adalah insan yang mulia yang mana jasa mereka amat besar dalam kehidupan seorang anak. Jasa mereka tidak dapat dibalas walaupun dengan segunung wang. Jasa mereka tidak dapat dibalas dengan emas seluas lautan. Tidak sama sekali.

Hidup ini tanpa ibubapa siapalah kita.
Hidup ini tanpa ibubapa siapalah anak kita.
Hidup ini tanpa ibubapa siapalah cucu kita.
Hidup ini tanpa ibubapa siapalah generasi kita hari ini.
Hidup kita dimulai dengan seorang ibu dan seorang ayah.

Tetapi..

Pabila seorang anak meningkat dewasa..
Ada yang bersikap kurang ajar,
Ada yang bersikap kejam,
Ada yang tidak ubah seperti binatang!!!

Namun sedarkah wahai anak-anak bahawa tanpa mereka siapalah kita?
Tanpa mereka kita tidak akan merasai betapa nikmatnya setitis air yang mengalir ke kerongkong kita pada hari ini!!!!!!!!

Sedarlah wahai anak-anak taklata dikau menghantar ibu dan bapamu ke rumah orang tua. Sedarlah bahawa Syurga itu semakin berjauh dengan dikau. Bahkan bau syurga pun tidak akan kau rasai.

Ingatlah!
Ingatlah!
Ingatlah!

 Tanpa mereka kau tia dak akan menikmati nikmatnya berkahwin.. Hehehe!

*****Stop*****

Beberapa hari yang lepas ana dan kawan ana pergi ke Rumah Orang Tua Seri Kenangan. Sedih dan sebak melihat ibubapa yang dihantar kesana apabila anak yang ditatang bagai minyak penuh tetapi anak-anak ni bila besar nak tatang mak bapak bagai minyak sebotol pun susah. Entah laa... apabila kasih sayang itu tenggelam dek dunia yang dikejar tetapi hilang kenikmatan. Ok lah! Selamat beramal. Hahaha!

****Habis****

Psshh..... terkejut den tengok followers den dah sampai seribu orang. Alhamdulillah lah. Ingatkan lambat lagi nak sampai pada angka sedemikian. Terima kasih wahai pembaca sekalian dan terima kasih juga kepada Abang Tengkorak Emas, Abang Kaizen, Abang Adha dan Abang Iqbal serta pengomen yang sudi mengomen di blog ini tanpa segan silu. Mohon maaf dipinta sebab tak dapat balas komen korang. Almaklumlah sibuk... Assalamualaikum!!!




jom baca lagi

Kerana Wajah Engkau

Aku terpaku...terpesona ketika melihat wajahmu...Namun tidaklah seghairah aku melihatmu buat kali pertama..

Wajahmu persis bab Puteri Gunung Ledang. Walaupun wajah sebenar Puteri Gunung Ledang itu tidak pernah ku tatapi namun wajah engkau mungkin setanding..

Bila hati engkau berbicara,luluhnya hatiku.Mula lah,timbul perasaan sayang..kasih dan mungkin cinta. Tetapi..apabila aku tahu kau hanyalah bersandiwara di sebalik wajahmu itu..Di sebalik tulisanmu itu.. 

Sungguh pedih rasanya..Bagaikan ditusuk berkali-kali.. "Argh! Kerna wajahmu aku tergoda...."

Di sebalik rasa cintanya aku terhadapmu.. Aku mula ingin mula mengenalimu.. Tetapi alangkah malangnya nasibku bahawa engkau tidak tidak wujud di alam nyata.

"Oh kekasih. Apakah sandiwara yang engkau mainkan?"

Dirimu bagaikan mimpi..Apabila terjaga..hilanglah ia. Apabila di gamati balik..susah untuk diingati...

Cintaku padamu mungkin seperti pasir di lautan..Pabila datangnya ombak..Terus membawa cinta ini bersamanya...

Selama ini..Aku terpaut akan bicaramu...

"Ah! Sungguh indah tutur bicaramu.."

Aku terpaut bukan kerana wajah..Tetapi kerana hati..

"Ya! Kerna hati..."

Andai aku terpaut kerna wajah... Andai suatu hati nanti..Wajahmu itu bukan milikmu? Apakah yang akan terjadi terhadapku??

"Argh! Pedihnya hati...sentapnya jiwa!"

Aku rela andai tidak tidak mengenali wajahmu..Aku rela andai cintaku berpaksi kerna tintamu...Biarkanlah aku hanyut dalam gelora cinta bayanganku....


*****

Selamat tinggal pada kenangan..Selamat tinggal pada kenangan..Terima kasih...Aku ucapkan untuk percintaan ini....


jom baca lagi

Untukmu Sahabatku..


Sahabat,
dulu kau dan aku sering bersama..
Namun,hanya disebabkan satu perkara,
kau pergi meninggalkan diriku.

Sahabat,
andai aku ada waktu,
ingin sekali aku bertanya padamu,
mengapa kau tinggalkan aku sahabat,
sedangkan aku amat mengasihi dirimu,
 
aku sedar wahai sahabat,
diriku banyak melukakan hatimu,
namun sedarkah dikau,
mencari seorang sahabat,
bagaikan mencari sebutir mutiara putih.

Namun sahabat,
aku tidak akan menyalahkan dirimu,
kerana perpisahan ini,
pasti akan wujud,
walaupun tidak diminta,
kerana setiap pertemuan,
pasti akan adanya perpisahan.
jom baca lagi

Entri Khas Buat Ayahku...

Ayah...Saat Amir menulis ini...Amir terkenangkan perngorbanan Ayah...Selepas melawat blog PrinceDuyong...Terdetik dihati ingin meluahkan atau membuat entri ini..Semoga ayah membacanya andai dapat...

Ayah Mahkota kasihmu
kutatap dan kudakap
Puing-puing rindu menyepuh istana hati
alangkah sepinya Pulau Pandan
betapa jauhnya Laut Oman
hari ini kukalung doa
berbahagialah ayah.


Ayah
Jasamu terpahat di mana-mana
nasihatmu tersimpan kukuh di hati
Semangatmu mengental di sanubari
dengan keringat dan air matamu
akar budaya diri ini kukuh
seperti tertegaknya keraton jawa.

Ayah

Istana bahagia ini ayah bina
bersama warna warni kehidupan
bersama rentetan kesengsaraan
semangat dan pengorbanan ini
menjadi nafas kedaulatan keluarga
Dan hari ini
teratai berkembang mekar
disinari mentari pagi
dirgahayu buatmu, ayah.

Dengan puisi ini...dapat mengambarkan segala-galanya...Ayah..terima kasih atas segala galanya..Terima kasih atas pengorbanan Ayah...Ayah...Maafkan diatas tingkahlaku Amir selama ini..Sesunggunya...Ayah la satu-satu ayah yang Amir ada..tiada siapa pun dapat menggantinya......

Ayah...Semoga ayah dan ibu panjang umur sentiasa.... Wahai temanku...marilah sama-sama kita berdoa kehadrat ilahi memohon keredhaan ibubapa dan keredhaan Allah..kerna keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa...Dan..doakanlah semoga penyakit 'gout' ayah AMir sembuh...terima kasih...
jom baca lagi

Entri Khas Buat Temanku..: Sabarlah...

Teman...Sukarnya untuk aku memahami dirimu..Walaupun kita baru sahaja berkenalan..Namun,ku rasakan keakraban itu semakin erat..Detik demi detik kian berlalu..Begitu banyak perkara berlaku...Sehinggakan dirku jatuh tersungkur meniti kehidupan ini...


Teman..walaupun aku tidak berada di tempatmu..walaupun aku tidak memahami perasaan..walaupun aku tidak mengerti apa yang berlaku pada dirmu..Namun,aku mengerti..Aku mengerti sakit yang engkau rasakan..Aku mengerti setiap dugaan terhadapmu....

Teman..Hanya bersabar sahaja dirimu akan tenang..Hanya sabar sahaja akan membuatkan dirimu bangkit kelak...Janganlah engkau mengalah sekarang!! Bangkitlah! Bangkitlah menuju ke arah cita-citamu..Jangan sesekali engkau berpaling ke belakang..Lupakan yang lalu...

Teman...suatu hari nanti..engkau akan dapat apa yang engkau idamkan..cuma bila dan waktu itu akan tiba..ia menjadi rahsia yang Maha Kuasa..Sabarlah..Sabarlah meniti kehidupan ini..Sabarlah mengharungi detik-detik kehidupan penuh pancaroba....

Teman...hanya ini sahaja yang dapat aku katakan...Aku..bukanlah penulis..bukannlah penasihat yang baik..Bukannlah seorang yang pandai berkata-kata..Namun,ini hanya kata-kata dari temanmu yang sentiasa disisi..Walaupun kita berjauhan...

p/s: kucar kacir ayat aku...hehe...khas untuk temanku....semoga bergembira..
jom baca lagi

Pintu-Pintu Langit


Pintu-pintu langit
Dibuka tapi terkunci
Dari kekasih untuk yang dikasih
Dari satu untuk semua
Dari ibu untuk anaknya


Pintu-pintu langit
Dengan darah dan air mata
Dengan suka dan tawa
Dengan ternampak bukan dimata
Dengan nafas dan nyawa
Dari satu untuk semua


Semua kembali ke sana
Semua menuju ke sana
Ke pintu-pintu langit

Pintu-pintu langit
Yang juah kan mendekat
yang dekat kan mengharap
Yang mengharap kan terus berdoa

[sumber sini]
jom baca lagi