Memaparkan catatan dengan label Ibu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ibu. Papar semua catatan

Hidup Ini Tanpa Ibu Bapa

Ibu bapa adalah insan yang mulia yang mana jasa mereka amat besar dalam kehidupan seorang anak. Jasa mereka tidak dapat dibalas walaupun dengan segunung wang. Jasa mereka tidak dapat dibalas dengan emas seluas lautan. Tidak sama sekali.

Hidup ini tanpa ibubapa siapalah kita.
Hidup ini tanpa ibubapa siapalah anak kita.
Hidup ini tanpa ibubapa siapalah cucu kita.
Hidup ini tanpa ibubapa siapalah generasi kita hari ini.
Hidup kita dimulai dengan seorang ibu dan seorang ayah.

Tetapi..

Pabila seorang anak meningkat dewasa..
Ada yang bersikap kurang ajar,
Ada yang bersikap kejam,
Ada yang tidak ubah seperti binatang!!!

Namun sedarkah wahai anak-anak bahawa tanpa mereka siapalah kita?
Tanpa mereka kita tidak akan merasai betapa nikmatnya setitis air yang mengalir ke kerongkong kita pada hari ini!!!!!!!!

Sedarlah wahai anak-anak taklata dikau menghantar ibu dan bapamu ke rumah orang tua. Sedarlah bahawa Syurga itu semakin berjauh dengan dikau. Bahkan bau syurga pun tidak akan kau rasai.

Ingatlah!
Ingatlah!
Ingatlah!

 Tanpa mereka kau tia dak akan menikmati nikmatnya berkahwin.. Hehehe!

*****Stop*****

Beberapa hari yang lepas ana dan kawan ana pergi ke Rumah Orang Tua Seri Kenangan. Sedih dan sebak melihat ibubapa yang dihantar kesana apabila anak yang ditatang bagai minyak penuh tetapi anak-anak ni bila besar nak tatang mak bapak bagai minyak sebotol pun susah. Entah laa... apabila kasih sayang itu tenggelam dek dunia yang dikejar tetapi hilang kenikmatan. Ok lah! Selamat beramal. Hahaha!

****Habis****

Psshh..... terkejut den tengok followers den dah sampai seribu orang. Alhamdulillah lah. Ingatkan lambat lagi nak sampai pada angka sedemikian. Terima kasih wahai pembaca sekalian dan terima kasih juga kepada Abang Tengkorak Emas, Abang Kaizen, Abang Adha dan Abang Iqbal serta pengomen yang sudi mengomen di blog ini tanpa segan silu. Mohon maaf dipinta sebab tak dapat balas komen korang. Almaklumlah sibuk... Assalamualaikum!!!




jom baca lagi

Tugas Ibu Sebagai Guru Memang Berat


Assalamualaikum. Kenapalah hati ini terasa ingin berbicara tentang guru? Melihat wajah mak yang keletihan dari sekolah membuatkan hati ini terasa sayu. Oh ya! Mak saya sebenarnya seorang guru Bahasa Melayu di sekolah Teknik Kuching. Tadi,mak saya ada mesyuarat pada pukul 2 petang. Memandangkan hari ini ada ujian. Jadi,kami pelajar sekalian dibenarkan pulang awal pada jam 1.45 petang lebih awal dari biasa. Selalunya pukul 3.00 petang baru keluar rumah. Itu pun belum sampai rumah. Ini lah tugas sebagai seorang pelajar yang terpaksa pulang lewat. Eh! Tersasul la pulak saya nie. Bukan hendak berbicara tentang diri saya tetapi berbicara tentang tugas seorang guru dan tugas sebagai seorang ibu yang ditanggung oleh mak saya.

Selepas saya keluar kelas saya akan menuju ke surau terlebih dahulu untuk menunaikan solat Zuhur. Tapi kan..apa yang saya lihat di sekolah saya. Tidak ramai pelajar yang beragama Islam pergi ke surau untuk menunaikan solat Zuhur ini. Tidak kira lelaki atau perempuan. Semuanya sanggup menunggu di pondok. Entah la..jikalau tidak tegur. Salah pula,jikalau tegur menjadi serba salah. Hurm.. Selepas solat,duduk kat pondok sembang dengan kawan. Kami bukan bual kosong tau. Kami berbual tentang blog. Kawan mintak ajar,saya ajar la. Kita hidup tak boleh kedekut ilmu,kan?

Tepat jam 5.30 petang. Semua guru keluar dari bilik mesyuarat. Lantas,saya mencari dimana mak saya berada. Nak balik awal laa..Lapar.Huhu. Pagi tadi makan nasi lemak je. Hurm.. Selepas seketika saya ternampak kelibat emak bercakap dengan seorang cikgu. Disebelah mak ada seorang budak perempuan yang mukanya agak saya kenali. “Macam pernah ku jumpa ya? Tapi dimana?” tanyaku dalam hati. Saya pun berjalan dengan lebih dekat lagi. Wah! Itu budak adik saya lah. Haha..


“Ma,nak kunci kereta’’ mintakku.. ‘’Nah’’ jawap mak saya sambil memberi kunci kereta. Cops! Nak guna saya atau aku dalam cerita ini? Baik guna aku.. Best lagi. Aku pun menuju ke bilik guru untuk mengambil beg aku dan laptop mak.. Sambil mengambil beg,aku menunggu mak aku masuk ke dalam bilik guru dan aku terdengar percakapan salah seorang guru yang kebetulan berada disitu. "Hurm…hari-hari gini. Pukul 6 datang. Pukul 6 balik..sama je.’’ Keluh guru perempuan itu. Hurm..mendengar ayat itu. Barulah aku tahu dan sememangnya aku tahu yang tugas seorang guru memang besar. Memang berat..tanpa memikirkan anaknya. Mereka sanggup bertahan untuk berada di sekolah walalaupun terpaksa.

Bagaimanalah nasib anak seorang guru? Bagaimanalah nasib suami/isteri seorang guru? Banyak cabaran dan dugaan seorang guru terpaksa hadapi. Banyak tau… Saya melihat guru itu melalui mak saya. Dia terpaksa menjadi seorang guru ketika di sekolah dan terpaksa menjadi seorang ibu dirumah. Memang sukar..dan memang besar pengorbanan seorang guru. Walalupun apa yang saya hendak sampaikan ini tidak lah sepanjang mana tapi cukuplah peristiwa yang berlaku di sekeliling menerangkan segala-galanya. Hormat lah guru wahai bangsaku..wahai masyarakatku..wahai sahabatku.. Tanpa guru siapalah kita. Tanpa ibu siapalah kita. Ibuku adalah guruku. Kepada masyarakat yang tidak tahu tugas guru,tolonglah senyap! Ok? hehe.Yang tak baik sila buang jauh-jauh. Yang baik sila  semat dalam hati dan ambil pedoman. W'salam.

[gambar sumber google]
jom baca lagi