Penerangan: Istilah " Fatwa Kaum Kera" ini aku dapat daripada blog Kereta Mayat. Jadi, kalau korang hendak tahu apa itu " Fatwa Kaum Kera" korang boleh la berkunjung ke sini. Ok?
***
Kisah ini bermula dengan seorang pemuda yang bernama Mat. Mat merupakan seorang pelajar yang hendak menduduki SPM pada tahun ini. Maka, bermula lah kisah suka duka Mat yang ingin menegakkan syariat Islam dengan lima orang gadis remaja yang boleh dikira sebagai adik bagi Mat.
Dipendekkan cerita. Ketika menghadiri aktiviti kokurikulum sekolah. Lima gadis remaja yang rasa dirinya ayu dan cantik itu telah membuka tudung lantas mendedahkan rambut yang pada pandangan seorang yang berpendidikan tidaklah cantik namun cukup cantik pada pandangan kaki hisap gam kasut.
Pada mulanya Mat tidak perasan kelima-lima gadis itu membuka tudung kerana pada awal aktiviti lima orang gadis itu datang ke sekolah dengan bertudung. Maka, dengan rasa penuh tanggungjawap dan ingin mencegah kemungkaran Mat pun bertanya lah kepada salah seorang daripada gadis berlima itu yang bernama Jenab (bukan nama sebenarnya ibunya).
Mat: Assalamualaikum cik adik. Kenapa bukak tudung ni?
Jenab: Alaa..panas la petang-petang macam ni.
Mat: Tapi kan..panas lagi api neraka.Bertudung sebenarnya tak wajib tapi yang wajibnya tutuplah aurat mu itu.
Jenab: Sukati kami lah. Kubur masing-masing. Kalau perempuan kena pakai tudung tudung, kenapa lelaki tak pakai songkok huh??
Maka, datanglah geng si Jenab tadi mengiyakan fatwa kaum kera yang telah dikeluarkan tadi. Mat yang tidak mahu menegangkan lagi keadaan terus diam la berlalu. Bukan tidak mahu berdebat tetapi Iman Syafie pernah berkata : "Aku mungkin menang berdebat dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku mungkin kalah jika berdebat dengan seorang manusia yang tidak berilmu." (kalau salah sila betulkan)
****
Wah! Wah! Wah! Korang ada baca apa kata Jenab ? " Kalau perempuan kena pakai tudung, kenapa lelaki tak pakai songkok?" Ewaaaaaaaaaaaah! Banyak cantik muka Jenab nie. Nak je i tonyoh dengan lada.. Nampak benor menipunya ..tapi lagi nampak kejahilannya.
Kenapa tidak dipertikaikan perkara lain?
Kalau perempuan ada haid, kenapa lelaki tak ada haid?
Kalau perempuan ada buah dada, kenapa lelaki tak ada buah dada? (Lelaki ada apa..tapi lemak lah. Haks!)
Kalau perempuan kena beranak, kenapa lelaki tak beranak?
Hish! Banyak betul fatwa kaum kera yang hendak dikeluarkan nie. Aku hairan dengan sikap manusia yang suka membenarkan perkara yang salah di sisi agama seperti Jenab ini. Orang seperti ini ibarat bodoh sombong bak kata cikgu aku dulu. Iya lah, diberi ilmu tidak mahu belajar. Diajar pula tidak mahu mengerti. Hidup menyusahkan orang. Iya, memang benar pintu rahmat Allah masih terbuka dan Allah Maha Pengampun tetapi perlu ke mengeluarkan fatwa kaum kera untuk menghalalkan cara.
Takkan la kaum lelaki kena berterus terang dengan perempuan sebab apa kebanyakan lelaki yang budiman menyarakan agar semua wanita yang beragama Islam ini menutup aurat. Walhal ini adalah perintah Allah.
" Pe'ah, aku tak tahan laa..hari-hari aku tengok peha engkau ni. Terliur la lugak. Nak rasa sikit boleh?"
" Mail! Sampai hatimu menodai aku. Kita putuskan saja hubungan kita. Kau gila seks!"
" Pe'ah..jangan tinggalkan abang. Abang cuma hendak merasa ayam KFC Pe'ah je..huhu"
Adoi.. Aku tak mahu mencarut..kang ada yang kata aku melucah. Malas la den nak fikir benda gini tetapi kisah yang aku tulis kat atas itu memang benar berlaku kat kawan aku.
Jadi, aku harap kalau semua sedara sesama Islam aku. Andai korang tak mahu ikut hukum Allah, tidak apa. Korang diam je bila orang bagi nasihat. Tak payah nak menjawap. Ini tidak, spesis orang kita la. Kita cakap A, dia membantah cakap B,C,D,E. Sekali lempang baru sedar! Pergh! Nyaman...
Jom ke page Syahirul.com ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang aurat kalau diri dah rasa bodoh sombong tak mahu dengar nasihat orang.
Banyak dah fatwa kaum kera yang aku dengar. Nantilah aku kongsikan lagi cuma aku harap mereka yang selalu mengeluarkan fatwa kaum kera ini bertaubatlah. Cubalah menerima hakikat bahawa apa yang korang amalkan itu sebenarnya salah. Jangan salahkan orang lain jika korang ni jahil atau bengap.
Nabi Saw pernah bersabda, mafhumnya: Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat"
Aku sebarkan ilmu yang aku tahu agar aku dapat menyelamatkan sedara seIslam ku. Islam itu agama penyelamat untuk semua. Kalau aku salah, tegur aku kerana aku tahu ada orang yang lebih bijak dan arif.
Tiada paksaan dalam Islam. Buatlah kerana Allah.
Nota kaki lima: Fuh! Penatnya menulis. Selepas ini aku akan jarang menulis di blog ini. Kalau korang ada apa-apa hendak berkongsi cerita. Hantar je kat email aku ni amirullizzat at gmail com. Maaf jika tulisan aku kali ini kasar kerana aku sekarang mengalami revolusi. Haks!
Layan Maher Zain sat..hehehe!
Layan Maher Zain sat..hehehe!
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair... -
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair... -
8 comments:
fatwa kaum kera ~ waww x)
err, apasal ada doa untuk org kawen pulak kat bawah tu ? cantik header btw. - dah lama tak jenguk sini, ketinggalan la sikit-
entry trbaru sy brsfat dr kaum kera tak? hehe
@Farah Hanim. Hehe. Kenapa? Baru pertama kali dengar kah?
Haa.. tetiba je rasa nak layan Maher Zain..tu yg letak lirik dia sikit..
p/s: terima kasih atas pujian itu. :)
@cik heroin. hurm, ana rasa tak lah..ok je entri tu..kekeke!
entri yang terbaik punya..
tapi tetiba plak ada lagu maher zain kan..hehe
entry yang hebat dan berani. keep it up :))
bila sesuatu dah jadi budaya, memang kejahilan yg akan menjawab..
jadi kita budayakan sesuatu yg baik bg lawan budaya yg tak baik
teruskan..jangan berhenti..berdakwah ada bermacam2 cara..kadang2 kita kena berlagak sombong tuk mengajar orang yg bodoh sombong
Catat Ulasan
Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??