Biarlah Ada Beza Sikit Kita Orang Islam Dengan Orang Kafir!

" Biar ada beza sikit kita orang Islam dengan orang kafir!!!!" marah Ustaz Hassan (bukan nama sebenar) pada pelajar perempuan yang tidak dapat menjawap persoalan asas solat tadi.

Aku yang  baru sahaja habis solat Zohor tersentak seketika dan akalmu mula berfikir sesuatu. 

" Betul jugak kata Ustaz..kita orang Islam mesti ada perbezaan. Baik aku tulis dalam blog" kata hatiku.

******

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualiakum wbt. Semoga antum semua diberkati Allah sekalian.

Ana cuma hendak bertanya kepada antum pembaca blog ini satu soalan. Apakah yang membezakan kita dengan orang kafir?? Sila jawap.

Apa jawapannya? Agama? Salah. Huh? Perilaku? Salah. Haa...jawapan makcik Senah tu..betul. Makcik Senah cakap SOLAT kan? Ia, solat. Betul. Sila tuntut hadiah selepas 20 tahun ye. Hehehe.

Jadi, yang membezakan antum dan ana dengan orang kafir adalah SOLAT. Tahu tak apa itu SOLAT? Kalau tidak tahu, belajarlah agama betul-betul dan janganlah jadi orang yang bodoh lagi jahil. Solat dalam Islam ada lima waktu. Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ingat ye! Ada lima waktu solat.

Cuba kita fikir balik. Kalau kita tak solat. Sama tak kita dengan orang kafir? Mestilah sama kan..jadi, kalau orang yang tak solat tue kafir lah ye? Yup, kafir lah. Sebab kebenaran telah datang kepada mereka. 

Orang kafir ni banyak jenis. Orang Islam yang tidak mengikut perintah Allah itu dipanggil kafir lah.

Ana tak mahu sentuh bab itu cuma apa yang ingin ana tekankan kali ini adalah perbezaan antara kita orang Islam dengan orang kafir. Mari kita renungkan pastu hantuk la kepada kat dinding kalau terasa. 

Nak tanya...

Tak malu ke kita orang Islam dengan orang kafir ?

Cuba kita lihat pakaian anak muda kita sekarang. Sama tak dengan orang kafir?
Cuba kita lihat perangai anak muda kita sekarang. Sama tak dengan orang kafir?
Cuba kita lihat kehidupan anak muda kita sekarang. Sama tak dengan orang kafir?
Cuba kita lihat akhlak anak muda kita sekarang. Sama tak dengan orang kafir?

Cuba kita tanya anak muda kita bacaan al-fatihah. Tahukah mereka? 
Cuba kita tanya anak muda kita bacaan iktidal. Tahukah mereka?
Cuba kita tanya anak muda kita bacaan semasa sujud. Tahukah mereka?
Cuba kita tanya anak muda kita bacaan tahiyyat akhir. Tahukah mereka?
Cuba kita tanya anak muda kita niat solat lima waktu. Tahukah mereka?

Cuba kita tanya ibubapa zaman sekarang. Apa yang lebih penting pelajaran akademik ataupun pelajar agama Islam?
Cuba kita tanya ibubapa zaman sekarang. Adakah mereka memberi anak-anak didikan agama yang kukuh?
Cuba tanya ibubapa zaman sekarang. Adakah mereka mununjukkan teladan yang baik terhadap anak-anak?
Cuba tanya ibubapa zaman sekarang. Adakah mereka menekankan aspek akidah dalam jati diri anak-anak?
Cuba tanya ibubapa zaman sekarang. Adakah mereka mengambil berat akan ibadah anak-anak?

Dan..

Cuba kita tanya diri kita sendiri. 
Adakah kita benar-benar menurut perintah agama?
Adakah kita sudah menegakkan agama Islam?
Adakah kita berbeza dengan orang kafir??

Jika...jika kita sudah melaksanakan apa yang Allah suruh. Pasti banyak perbezaan kita dengan orang kafir. Banyak..begitu banyak sekali. Namun, apa yang kita lihat pada hari ini semuanya sama. Cara kehidupan, berpakaian, akhlak dan sebagainya sama seperti orang kafir.

Jadi, apa bezanya orang ISLAM dengan orang KAFIR kalau akhlak dan perangai kita sama dengan mereka?? 

Marilah kita sama-sama berubah supaya ISLAM tampak GAH pada penganut bukannya menjadi seperti buih di lautan.

Nota:

1. Renungkanlah..kita hidup tak lama.

Berubahlah! Berubahlah! Biarlah ada beza sikit kita orang islam dengan orang kafir..





19 comments:

Peqaxlol ;DD berkata...

ek, nak tambah.
apa yg kita minum skang? sama tak dgn org kafir? hhuhuhhuhu.

alkohol.........

ika honey bunny berkata...

sekarang ni orang islam pun tak berkelakuan macam orang islam. huhu.

Farah Hanim berkata...

merindui zaman kekhilafahan islam T__T

hans berkata...

yups
betul tu

iz berkata...

oppsss...belum solat lagi..hehe..jom2..

Cik Aish berkata...

hai amir...saya tag awak khas dlm entry sy mlm ni tentang blog lelaki warna pink..:)

tengkorakemas berkata...

kita juga berpegang pada ajaran al-Quran dan sunnah..

Fatma Diyana MB. berkata...

blog menarik ! follow here :)

farzanazahidah berkata...

bismillah..
"... Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara mu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu ..."
(Surah Al-Hujurat: Ayat 13)
p/s:orang beragama islam tak ada yang bukan islam tapi ada yang kafir:)
renung2kan dan selamat beramal..

hans berkata...

komen lagi : betul3

hans berkata...

update2
hohoho

Ajeyy Rawk berkata...

good sharing bro ..

puteraduyong berkata...

amir...benar cakap ustaz...benar ulasan amir...doakan agar kita tidak sebegitu...

muhammad iqbal hakimi bin tahir berkata...

aku setuju dengan apa yang ko cakapkan ni mer..seseuai untuk renungan bersama..huhu

Siti Mashitah Saidin berkata...

ha.. btoi3.. cara idop da macam owg kafir... haish

lizz berkata...

hidup ni 1 proses mengenal diri bukannya nak berlumba sapa alim sapa tidak. sapa masuk syurga,sapa masuk neraka.

bila dah kata proses,kita bermula dari bawah.cuma,ikut nasiblah.kalau dari kecik parents kita beri didikan sempurna hal agama..insyaAllah..

tapi,bukan semua bernasib baik. parents aku tak ajar pakai tudung masa aku sekolah dulu pun. aku pakai baju ketat pun diorang tak marah. bukan tak suruh tapi tak tegas.so? aku kurang bernasib baik.

tapi,bila aku kata hidup tu 1 proses...aku belajarlah mengenal diri. walaupun ambil masa 25 tahun baru aku nak terhegeh-hegeh nak pakai tudung bebetul..tapi rasanya Allah tahu niat aku.

jangan samakan diri orang Islam dengan kafir. kafir takkan bau syurga langsung -..-

alamak,sorry terpanjang komen ittew.heheheheeh

wanie m'nJ berkata...

dunia akhir zaman..

manusia akhir zaman..

Sal Saari berkata...

setuju dengan aizat..

Sal Saari berkata...

opsss silap taip nama..amir izzat jadi aizat lak..

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??