29 Mei 2011: Terbang Dari Kuching Ke Kelantan

Sudah begitu lama blog ini sunyi tanpa berita. Mungkin tiada sesiapa yang sedar akan ketiadaanku. Siapalah aku ini, hanya blogger picisan yang menulis nota diri sendiri.

Esok.

30 Mei 2011. Tepat jam 5.30 pagi. Aku akan bertolak dari rumah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ,Sarawak. Dari sana aku akan menaiki penerbangan menggunakan pesawat MAS. Sebelum ini, Air Asia menjadi pilihan tetapi memandangkan kerajaan tersangatlah baik hati (kononnya) telah menaja penerbangan ini dari Kucing  -KLIA - Kota Bharu. Best kan kerajaan yang baik hati (kononnya) menaja penerbangan aku dan keluarga? 


Tahu tak macam mana aku dapat tajaan ini?

Sebenarnya gini, aku buat satu kertas kerja bertajuk " Bantulah Saya Pulang ke Kelantan ".

Aku cerita la kisah suka duka aku disni, tiada duit nak balik lah, cakap duk sini lama nak mampus sampai rindukan kampung, lepas tu cakap la duduk kat sini iman kena tebal sebab aweks sini menggoda jiwa aww. Kemudian, aku bodek la kerajaan sikit sebanyak bahawa kerajaan bawah pimpinan DS Najib ini semakin maju. Banyak lah aku kasi supaya dapat tiket ni.

Sebelum itu, aku mintak pindah tetapi tak dapat. Maka, aku mintak tiket je la. Ingatkan tak dapat tetapi alhamdulillah. Kerajaan sekarang perihatin (kononnya) sampai sanggup taja tiket penerbangan aku kali ini. Baik kan? Tetapi kerajaan tarik pulak tajaan untuk kos kontena jika berpindah. Banyak jugak la kerajaan tarik tetapi aku tak kisah. Aku sebagai rakyat Malaysia yang kononnya memahami kerajaan faham apa tindakan kerajaan. 

DS Najib perlu tanggung isteri dia kan? Opss! Salah pulak. DS Najib terpaksa fikir sampai pecah kepala nak kasi rakyat selesa. Iya, aku faham. Yang aku keliru sekarang, siapa perdana menteri kita sekarang? Haha! ( korang tentu faham).

Ok! Sambut balik pasal tiket itu. Jujur la aku cakap yang aku TIPU. Haha.

Sebenarnya tiket tu tiket penerbangan untuk guru. Mak aku dapat. Jadi, boleh balik bercuti lah cuma aku malas nak balik sebab aku tak mahu balik. Huh? Haha.. Malas nak balik sebab tak mahu tinggalkan awek kat sini. Kesian awek aku kat sini... tetapi kena balik gak sebab aku ada awek yang lagi cun kat sana.

Gambar? Takdak. Tapi awek aku tue motorsikal. Heheh!

3 comments:

♥suNa husNa♥ berkata...

hahaha..aku flght 28hb5..dari kuching ke penang gak.kalau tak leh terserempak kan..:P
kuching kt ne?abg ipar aku mengajar kat ikm kuching~

Amir Izzat berkata...

@♥suNa husNa♥ .. laa.. sebenarnya 28hb gak balik tp tiket xdak time tuh.. (pihak atasan kata).. tu yg balik 30hb.. kalau x,terjumpa la..kalau jumpa takut x kenal plak..hehe..

kuching nie kat Petra Jaya.. IKM kuching? batu lintang tu ea?? Haa..kalau situ, dekat dgn sklh aku ar. SMV Kuching..hehe..

khairunnisa ♥ berkata...

Flight kmk sebulan lagik T_T 28hb6. Sa sikmok balit.

sikmok tinggalkan pakwe. pakwe saya tu bilik saya. HAHA. hope slmt sampei cnun owh. :D

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??