Amie Artwork yang design nieh. |
Alkisah tersebutlah kisahnya Kelapa Dara Dua Bentara dengan Kepala Tebuk Tupai. Dengan kuasa yang Maha Esa, maka berbuah lah kedua-duanya sehingga beranak pinak menjadi banyak banyak. Bila fajar menyinsing,datanglah dua orang pemuda yang gagah perkasa memanjat pokok kelapa itu dengan bersungguhnya dek kerana tidak makan dan minum dua purnama.
Namun, pantang larang meminum air Kepala Dara & Kelapa Tebuk Tupai haruslah diikuti iatu harus membelahnya tanpa menggunakan parang. Maka, selepas bersaksikan burung hantu yang berkenyit mata, dua pemuda itu terus mengambil dua biji kepala. Si Mereng Kepalasiwak mengambil buah Kelapa Dara dan Si Mereng Kepalacawat mengambil buah Kelapa Tebuk Tupai. Maka, berbelahlah kedua-dua buah kepala dengan tetakan ibu jari kaki si Mereng Kepalasiwak itu lalu air kepala yang lazat itu mengalirlah melalui kerongkong dua pemuda itu.
Tiba-tiba,kelihatan si Mereng Kepalacawat termuntah-muntah dek air Kelapa Tebuk Tupai yang tidak enak rasanya tetapi Si Mereng Kepalasiwak terus meminum buah Kelapa Dara dengan tekunnya. Maka, berdukalah hati Si Mereng Kepalacawat kerana tidak dapat menghilangkan haus dua purnama itu.
Maka dengan itu , matilah Si Mereng Kepalacawat dek kehausan.
******
Maka, beruntunglah mereka yang meminum buah Kelapa Dara kerana walaupun anda tiada dara anda akan ada dara semula! Yeeeha!
Apa yang korang faham akan kisah Hikayat Kelapa Dara & Kelapa Tebuk Tupai?
Kisah ini boleh la ditafsirkan mengenai kehidupan kita. Jom kita pergi kepada isu yang lebih serius. Kalau tak mahu serius, tak apa. Take it easyly. (wah! Pandai dah kome cakap orang puteeh yer.)
Makan dengan A. Galak, hamba nak gelak. Hahahahaha! ( tak lawak)
Kisah ini boleh la kita terjemahkan dalam kehidupan kita yang mana:
1. Orang yang tidak bertudung dengan orang yang tidak bertudung adalah berbeza.
2. Orang yang solat dengan orang yang solat adalah berbeza.
3. Orang yang melakukan suruhan Allah dengan orang yang meninggalkan suruhan Allah adalah berbeza.
4. Orang yang memberi nasihat dengan orang yang mengutuk adalah berbeza.
5. Orang yang makan rasuah dengan orang yang tidak makan makan rasuah.
6. Orang yang mengumpat dengan orang yang tidak mengumpat adalah berbeza.
Biaaaaaaaaaaaarpun! (biarpun)
Mereka mempunyai perangai yang sama iaitu:
1. Mencarut
2. Tengok ceria lucah.
3. Skodeng Makcik Karipap.
4. Main judi.
5. Mencuri
6. Meliwat. ( Datuk mana yg suka meliwat? haha)
Mereka semua adalah berbeza.
Maaf jika korang masih tak faham. Apa yang hendak daku sampaikan adalah buah Kelapa Dara dan buah Kelapa Tebuk Tupai tetap berbeza walaupun buah ini asalnya kelapa.
Begitulah juga dengan:
1. Orang yang tidak bertudung dengan orang yang tidak bertudung tetapi tidak tutup aurat.
2. Orang yang solat dengan orang yang solat tetapi tidak ke masjid untuk berjemaah.
3. Orang yang melakukan suruhan Allah dengan orang yang meninggalkan suruhan Allah tetapi takbur.
4. Orang yang memberi nasihat dengan orang yang mengutuk tetapi riak.
5. Orang yang makan rasuah dengan orang yang tidak makan makan rasuah tetapi bersyukur.
6. Orang yang mengumpat dengan orang yang tidak mengumpat tetapi mencarut.
Yaaaaaaaaaaaaaa, mereka semua berbeza walaupun mereka melakukan dosa yang sama kerana mereka ada jugak ikut suruhan Allah.
" Janda dengn anak dara sama tak? " tanya Pak Mat pada korang. (tak lawak)
Oleh itu, walaupun orang itu membuat dosa sekalipun tetapi dia ada jugak ikut suruhan Allah daripada korang yang membuat dosa tetapi langsung tak pernah ikut suruhan Allah. Jangan perasaanlah korang nie sama dengan mereka. Sedar sikit.
" Sekurang-kurangnya orang yang bertudung tetapi mengumpat ni ada jugaklah ikut perintah Allah daripada tak bertudung lepas kutuk dalam blog akan orang bertudung. Oops!" celah Makcik Timah.
Oklah... aku harap korang faham lah. Rasa nak tidur la pulak. Sudah ler kerja banyak nie. Almaklumlah, tak lama lagi ada Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2011. Hehe.. Amir Izzat beradu dulu ye..
" Takkan la nak tunggu takdak dosa langsung baru nok tegur orang.." - ada sorang ustaz cakap.
" Sek mung keno tobat doh bilo oghe tegur mung wat tubik fatwa kaum beruk. SOh doh mung ni jahil. Gappo namorima manusia lagu nih. Mugo dok gituh!" - Amir Izzat cakap.
( Maka, tertidur lah Amir Izzat dengan bantal bucuknya yang berbentuk ikang duyung ) - ini lagi la tak lawak.
p/s: makan nasi dengan A. Galak, hamba nak gelak. Hahaha!
8 comments:
aku suka entry ko kali ni. betul la. bila kita tegur, bg nsht, slalu sgt dgr "mcm la ko tu baik sgt" atau "nk nsht org, cermin la diri sndri tu dulu"..
btul ko ckp, kalau semua org nk tggu takde dosa, baru nk nasihat org, huru hara la dunia ni..
tak berapa nak faham, tapi bolehlah jugak faham.. syabas!!
moga di entry akan datang cuba padatkan dan biarkan ia lebih mudah difahami
waalaikumsalam ..
emm mcm2 pesyen manusia nowdays..
manusia mmg sama but still x serupa
* salam kenalan
waalaikumussalam, amir
lama aku tak singgah
makin lawa blog ni
hehe
bila nak tukar bantal busuk tu?
bernas!..cara penyampain dengan menggunakan perumpamaan buat otak kita lebih berfikir..
mer..ada part typo..
" Orang yang solat dengan orang yang solat adalah berbeza."
=)
walau apa pun yang dijawab, ia tak akan patahkan semangat kita untuk menyeru kebaikan
ada juga nama A.Galak tu
:)
Meatball IKEA Halal
Catat Ulasan
Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??