Kamek Sayang Cikgu 5 Katering! Selamat Hari Guru 2011: Guru Penjana Transformasi Negara


Assalamualaikum wbt. Segala puji bagi Allah dan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Korang apa khabar? Sihat ke tidak? Hari ini solat ke tidak? Ada terbuat maksiat ke tidak? Yang paling penting, ada ingat Allah ke tidak dari bangun tidur sampailah waktu sekarang? 

" Amat beruntunglah orang orang hari ini lebih baik daripada hati semalam dan hari esok lebih baik daripada hati ini "

Yaahoo!! Beruntungnya.

Oh ya! Hari ini hari apa ye?

" Hari Isnin la der.."

Itu aku tahu la. Tetapi tahukah anda pembaca sekalian bahawa hari ini har yang sangat penting iaitu Hari Guru. Sedar ke dok nih?

" Tapi bro, sambut hari guru ni haram laa. Ini konspirasi Yahudi"

Haha! Nok sukko kawe denga boh!
(Nak ketawa aku dengar)

Sambut Hari Guru ini tak haram tetapi yang haramnya korang sambut hari guru ini dengan melakukan perkara haram jaddah. Pehe dok?

Nak tanya..korang bagi hadiah apa kat guru hari ni?

" Hurm..aku bagi senyuman je"

" Aku pulak bagi kad ucapan."

" Aku tak bagi papa..."

Huh? Haha! Mesti ada banyak jawapan lah dari korang. Tak apa, kita cakap dalam ruangan komen. 

Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil pelajar SMV Kuching ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru yang mengajar dan tidak mengajar kami semua. Kami juga ingin memohon maaf andai tersilap kata dan perbuatan. Selamat hari guru.

" Waah! Skemanya.."

Mestilah! Mana tahu kalau pengetua baca dan terus belanja aku KFC. Siapa yang untung? 

Pergh!

Tanpa guru kita takkan mampu membasuh berak (tak lawak), tak mampu membaca, tak mampu menulis dan sebagainya. Sebagai anak murid, kenanglah jasa guru. Okay?

Nasihat untuk cikgu.

1. Didiklah bangsamu seperti kamu membina masa depan negara.
2. Didiklah bangsamu dengan ikhlas bukan kerana terpaksa.
3. Didiklah bangsamu dengan senyuman agar mereka sentiasa ceria.
4. Didiklah bangsamu dengan akhlak yang mulia agar mereka mencontohimu.
5. Didiklah bangsamu dengan harapan mereka akan menyambung legasimu.
6. Didiklah bangsamu dengan sabar dan tabah walaupun mereka sentiasa melawan.

"  Tugas seorang guru adalah mendidik bukan sekadar mengajar matapelajaran. Apa guna seorang pelajar mendapat 10A atas ajaran gurunya tetapi akhlak dan moralnya tidak setaraf 10A itu. Guru haruslah mengajar dan mendidik. "

" Amirizzat cakap memang senang.. ingat senang ke jadi guru?"

" Semua kerja susah andai kita berkerja untuk mencari keredhaan Allah maka kerja itu akan menjadi mudah"

" Alaa..nasihat memang senang tetapi cuba kau jadi guru."

Nak kena sekeh ke? Hahaha! 

IKLAN: ANDA MAHUKAN KESEGARAN MULUT YANG BERPANJANGAN? JOM KE SINI.

Nasihat untuk pelajar pulak veris kasar:

1. Korang sebagai pelajar toksah la nak membebankan guru dengan masalah disiplin korang. 

2. Korang ikut je la cakap guru. Apa yang guru suruh itu semuanya elok. Ini tidak, makin bebal ada lah. 

3. Korang sebagai pelajar toksah la kutuk belakang cikgu-cikgu nie. Alaaa...macam tak biasa,kan? Hah! (aku terkutuk sikit je)

4. Kalau dah tahu diri tu tak pandai, sila lah hormat cikgu dan angkutlah semua ilmu yang cikgu ada. Peluang keemasan nie.

5. Kalau korang masih sekoalah rendah ataupun tingkatan satu. Baik korang pasang cita-cita yang realiti sekarang sebab bila korang dah masuk tingkatan 5 macam aku nie. Korang ada satu perasaan menyesal gila kentang( sebut: babi).


6. Kalau korang pernah tumbok cikgu ataupun terajang cikgu, baik korang pergi minta maaf sebab bila besar nanti korang akan kena tumbok dan terajang dengan anak buah korang ataupun bos korang. ( best kan? haha!)


7. Kalau korang rasa peraturan sekolah tak menepati citarasa korang, baik korang bukak sekolah sendiri je. Duk sekolah tu sorang-sorang.


8. Ketahuilah korang jika korang jenis yang cakap belakang itu bermakna korang seorang pengecut.


9. Kalau korang suka jenis tak suka beri salam dengan cikgu, baik korang bagi salam cepat sebelum cikgu korang mati ataupun sebelum korang meninggal.


10. Kalau korang masih tak dengar apa aku cakap, korang akan lihat sebuah negara yang akan musnah dan hancur dan mat rempit akan semakin banyak kat Malaysia 10/20 tahun akan datang. Percayalah!

p/s: Sesungguhnya amirizzat terlalu sibuk dan amirizzat yakin bahawa tiada siapa yang peduli akan blog ini. 

** Selingan**

Siapa pandai Bahasa Melayu Sarawak? Hehe.

Wahai cikgu 5 Katering,
Maafkanlah kamek urang mun kamek urang ada molah salah ka,
Nganok cikgu depan belakang ka,
Erti kata lain kamek orang tok macam sik dengan ilak kata cikgu bah.
Maafkan lah kamek orang.

Wahai cikgu 5 Katering,
Terima kasih sebab sudi ajar kamek urang,
Walaupun kamek urang mala jak berolah lam kelas pi cikgu tetap ngajar,
Walaupun adalah sekali juak cikgu ngerepak kamek orang,
Mun mok dicerita, nanglah sikmaok dengar tapi kamek orang amik hal ya sebagai nasihat.

Wahai cikgu 5 Katering,
Terima kasih atas segala ilmu nok cikgu ajar,
Apa nak dipadah cikgu akan mek urang ingat selalu,
Mun sik ingat lam hati, ingat lam palak jak lah. Hehe.
Pi kamek urang tok kadang-kadang blur bah. Haha.
Apa yang paling penting,kamek urang harap cikgu siklah anggap kamek urang tok macam sik berguna bah.
Mun cikgu ada wawasan dan berik harapan ngan mek urang.
Kamek pasti sidak 5 Katering tok pasti berubah.

Ya jak lah cikgu. Maaf sekali gik mun da salah ka apa ka or ternganok ka atau papa jak lah nak molah hati cikgu sakit. Hehe.

Ok lah. Mun nguras panjang-panjang lak, kenak ngerepak ngan pembaca tok. Neylah tauk mun sidak tok nganok kamek. Kamek sikhal.. embak tumbok terus bak kata Mal. Hahaha..
Chow lok pok. Assalamualaikum.

5 comments:

♥ solehah ♥ berkata...

nguras pnjg2 trus pangkong palak..haha..

oo.org swk duhal..haha.

Amir Izzat berkata...

Haha.. jangaaan! hehe..

kamek bkn orang swk pi diam kat swk jak..hehe..

terima kasih. :)

NauRah aLwaNi berkata...

Teringat cerita sebelum ni.. haha XD

Ada satu cikgu tu, apa murid2 cakap dia main ikottt sja. Masa tu kitorang tengah bincang soalan latihan Sains. Kawan2 saya yg lain tu mmg seronok bebenor laa sebab semua jwpn yg derang letak semuanya betul. Hampeh punya perangai.

Saya tegur la cikgu tu. "Cikgu, jawapan ni macam tak betul ja.. try cikgu baca soalan tu,". Then cikgu tu kata, "Jawapan tak betul? Abes tu apa jawpan yg betul?". Saya dengan bangganya menjawab, "Seed, bukan fruit."~

"Oh. Okey class, lihat soalan no. 3. Jawpan yg sebenarnya adalah seed ye. baca soalan tu bebetul. Okey lihat soalan no.4 pulak. Ape jawpannya?".

Errr cikgu kami takmau jawapan kami mau perbincangan... hahadoii laa..

Ape pun lepas habis kelas, saya gi mintak maaf dengan cikgu tu sebab gelakkan beliau. Takot pulak berdosa dgn dia, tak berkat nak amik PMR. =_____="

Liey Yatiey berkata...

eh eh , orang sarawak kah ?

Tanpa Nama berkata...

cekgu jamali?gik maseh ngajar di cyakah?

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??