Cantiknya Islam!

Bismillahirahmanirrahim..selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Kaifa halukum? Kaifa imanukum? Semoga antum(korang) sentiasa sihat dalam jagaan Dia yang tidak pernah tidur siang dan malam.

Pada tengah malam ini, ana (saya) tetiba je terbangun daripada tidur. Lantas ana teringat akan kata-kata Ustaz Kasim.Bunyinya seakan begini.

" Allah bangunkan kita pada tengah malam bukannya sia-sia tetapi ada sebab iaitu untuk bertahajud kepada Dia"

Haa! Tu diaaa..! Allah bangun kita semua pada tengah malam semuanya ada sebab. Amat beruntunglah orang yang tidur kemudian dibangunkan oleh Allah pada tengah malam lantas terus mengambil wuduk untuk solat bertahajud. 

Ok! Kita kembali lagi ke topik asal.

Kenapa tajuk ana " Cantiknya Islam"? Cuba antum fikir sekejap. Tak pun sesaat. Hehe. Sudah dapat jawapan? Tak dapat? Alaaa..fikir lagi. Ok laa..Macam ni sebenarnya. Ana sampaikan apa yang ana dengar daripada seorang Ustaz pada malam tadi. ( 8 Mei 2011). Jadi, ilmu yang disampaikan itu harus dikongsi agar semua orang tahu. Betul tak?

Tahukah kita kenapa kita perlu laksanakan hukum Islam?

Umumnya memgetahui bahawa amat sukar untuk melaksanakan hukum Islam/hudud di negara Malaysia ini namun tidak mengapalah. Kita fikir dulu kenapa kita perlu melaksanakan hukum Islam daripada hukum sivil?

Dalam hukum Islam, orang mencuri kena potong tangan. Kalau hukum sivil? 
Dalam hukum Islam, orang yang berzina kena rejam sampai mati kalau hok (yg) khawin doh. Kalau hukum sivil?

Pernah terfikir dok bakpe kita kena ikut hukum Islam?

Tahu ke dop antum semua bahawa hukum Islam ini ada hikmahnya. 

Kalau orang yang mencuri, kena potong tangan. Tapi sebelum nok (nak) potong kena siasat dulu. Mano boleh potong sebarangan.

Nabi pernah bersabda. Mafhumnya:

" Jika sekiranya anak aku Fatimah mencuri, nescaya aku sendiri yang akan potong tangannya"

Lihat! Ini anak Nabi sendiri. Inikan pulak kita manusia biasa. Berani ke kerat tangan anak? Tapi Islam ada tolak ansurnya. Bukannya jumpa orang tepi jalan terus kerat...dok gittu.

Ada dengar dok kisoh (kisah) Nabi Ibrahim yang nak sembelih anaknya? Kalau kita, berani dok? Tapi kita kena buat jugok. Sebab apa? Sebab itu perintah Allah. Bila ia menjadi perintah Allah, kita kena buat.

Hukum Islam ini pulok memang comel lah sebab kalau seseorang itu kena hukum dengan hukum Islam ini. Di padang masyar/akhirat nanti dia nih akan berjumpa dengan Allah dalam keadaan suci sebab dia(pesalah) telah dihukum di dunia mengikut hukum Islam.

Tapi...

Kalau dia(pesalah) kena hukum mengikut hukum sivil hok loni. Dosa dia tak berkurangan langsung. Nanti kat akhirat keno berat lagi. Fuh! Sakit lagi tapi kalau ikut hukum Islam. Selamat dok dia(pesalah) di akhirat? Mungkin selamat. Wallahualam.

Comel dok Islam???


Haaa...Islam ini cantik sebab merangkumi semua perkara. 
Tanyalah pasal perubatan. Dalam Al-Quran ada. 
Tanyalah pasal sains. Dalam Al- Quran ada.
Tanyalah pasal apa-apa pun. Dalam Al-Quran semua ada.

Tapi jangan pulok jadi bengong (mempersendakan agama) dengan tanyo soklan pelik.

" Ustak, dale Quran takdok pun kato dadoh harre?"
(Ustaz, dalam Quran tak ada pun kata dadah haram?"

Memang ar takdok tapi mari kita baca ayat nie.

Firman Allah S.W.T. dalam al-Qur’an surah al-Baqarah ayat 195 bermaksud:

… Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan …'

Haa! Doh tahu dadah tu merosakkan jiwa dan raga. Jadi, toksah hisap la ye.

Islam itu sempurna dan lengkap. Semuanya ada dalam Islam. Islam itu bukan sahaja pada ibadah jah deh tetapi dalam semua aspek. Antum gi mana-mana pun kalau antum tunjuk akhlak yang baik antum pasti akan dihormati dan ingatlah bahawa Allah tidak memandang kuasa dan pangkat yang kita ada tetapi akan amalan kita.

Bak kata Ustaz : " Allah buat molek belako..cumo kito jah nok ikut ko dok.."

Antum pehe(faham) ke dok(tak)???

Ana harap perkongsian ana bermanfaat untuk antum semua. Jadi, kesimpulannya. Apa yang Allah telah canangkan kepada kita itu semua molek belako.. Maka, ikutlah hukum Allah kerna ada hikmahnya. Ko guano? Banyak lagi ana nak berkongsi tapi ana takut antum semua tak larat nak baca..Hehe.

Baiklah. Ana nak mengulangkaji. Hari ini ada imtihan (peperiksaan).Doakan ana dapat menjawap soalan Bahasa Melayu dengan penuh "bernafsu" dan tidak tertidur. Doakan ana berjaya. hehe.

Akhir nur kalam, kita kena ingat kita hidup ini sebab apa? Itu je. Assalamualaikum..

"Siapa sokong kalau negara kita laksanakan hukum Islam??"

p/s: bersyukur pada Allah daku masih bernafas pada tarikh 9 Mei 2011. Mungkin hanya separuh hari? Wallahualam namun mati itu pasti.

10 comments:

alexa yussida berkata...

Islam itukan indah tapi yg mngaku die Islam tp xbuat ape ape itu yg tak indah..hurm

cik heroin berkata...

saya sokong. kalau semua negara laksanakan hukum islam, nescayaaaaaaaaaaaaa ramai org walaupun ada hati nak buat jahat tp akan trbantut jgk.

kaizenshinobi berkata...

hohoho.......... aku angkat tangan lelaju tanda setuju!

tengkorakemas berkata...

ada org Islam sendiri tak faham tentang Islam..katanya tak setuju dgn hukum hudud..

sedangkan hudud itu perlu tiada sebarang keraguan untuk melaksanakannya, bukti perlu teliti dan bukan senang2 nak letak hukum hudud..

tapi kalau barang dia hilang.."kalau aku jumpa sape cilok ipad aku mau aku bunuh!"

Fyzal berkata...

salam brother. agak lama tidak ke mari sebab aku baru lepas final exam. bicara soal hukum Islam, aku yakin Kerajaan boleh laksanakan satu hari nanti. sebenarnya usaha-usaha ke arah tersebut ada, cuma sekarang terlalu berdikit-dikit.

sebagai seorang yang berlatar belakangkan pendidikan undang-undang sivil, aku percaya yang kita perlukan ialah revolusi undang-undang ke arah undang-undang Islam. dalam usaha ini kita perlukan orang orang muda yang mengusahakannya terutamanya orang-orang muda Islam yang berpendidikan undang-undang Islam. jika dia berpendidikan undang-undang civil pun, dia punya semangat jihad dalam jiwanya. dan aku percaya ini akan mengambil masa dan aku optimis, satu hari nanti kita akan boleh melaksanakannya. InsyaAllah.

Farah Hanim berkata...

Islam itu syumul, ia merangkumi semua aspek dlm kehidupan ^^,

- loghat mende ni ? confused. kelantan ke terengganu ? -___-"

Judiene berkata...

Hurmm, baguh ar demo kecek hal Islam neh.
Jare ado blog hok kecek hal-hal lagu ni.
Kawe first time sapa sini, so, good good.
Hahahaha.

hans berkata...

sokong komen Alexa

Review Filem Kongsi

724422 @ matyo berkata...

salam bro. saya nk tukar link dgn bro. saya dah link blog ni dgn blog saya. ok??
http://nakkongsicerita.blogspot.com/

hans berkata...

alhamdulillah
entry yang penuh dengan ilmu dan pengajaran
teruskan


Analisis Hans : Maharaja Lawak Episod Ketujuh

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??