Aku Rindukan Kampungku, Kelantan Darul Naim

Sejak merantaui jauh nun disana, aku selalu teringatkan kawan-kawanku di kampung. Memang indah saat kami bersama. Aku rindu akan masakan mak long aku. Aku rindu semua yang ada di kampungku. Tiga tahun aku disana, mana mungkin aku lupakan kenangan yang tercipta.

Walaupun selepas aku merantaui, jarang sekali aku berhubung dengan sahabatku disana tetapi kerinduan itu makin menebal. Aku rindu untuk bercakap bahasa ibundaku. Aku rindu untuk bermain permainan orang Kelantan.( Cth. Choh). Aku rindu saat aku dan kawanku mandi di Lata Kertas. Aku rindu saat kami lepak bersama-sama. Aku mengerti bahawa itu semua tinggal kenangan.

Kini cuti pertengahan tahun kembali lagi. Aku kira sudah hampir setahun aku tidak pulang. Mungkin dua tahun. Argh! Aku lupa masanya kerna masa berlalu dengan pantas sekali. Aku harap cuti kali ini aku manfaatkan sebenar-benarnya. Memang aku terlalu rindukan mereka.

Suasana di kampungku amat berbeza dengan suasana di bandar Kuching ini. Aku dapat rasakan bahawa kehidupan di bandar ini membuatkan aku tiada masa untuk bersama kawan tetapi di kampung aku ada masa untuk lepak dan mengeratkan silaturrahim antara kami. Kami bermain guli bersama-sama, ronda-ronda bersama, mandi sungai bersama dan semuanya bersamalah. Dan kami amat erat sekali. Ukhuwah di antara kami memang erat..

Tapi di bandar, budak disini tidak mungkin bermandi manda di sungai. Tidak mungkin bermain guli. Tidak mungkin mahu berkelah di tempat air terjun dalam hujan. Tidak mungkin memukat ikan. Tidak mungkin membidas ikan. Tidak mungkin bermain permainan tradisional. 

Oh! Aku begitu rindu kampungku..aku begitu rindu masakan maklong ku. Masakan orang Kelantan yang enak sekali. Masakan yang ku makan selama 3 tahun. Terima kasih Mak Long dan Ayah Long kerna sudi menjaga Amir selama 3 tahun disana. Jasa dan budi Pak Long dan Mak Long tidak dapat Amir balas. Sungguh besar sekali..

Aku harap..cuti kali ini akan ada sesuatu yang bermakna buat diriku. Aku tidak mahu menghempuskan nafas terakhir ini jauh disana. Biarlah aku menghembuskan nafas yang terakhir ini disisi keluarga yang tercinta. Aku takut andai aku tidak dapat melihat wajah ayah, ibu, adik dan keluargaku. Aku mahu "pergi" dengan aman.

" Ya Allah...Engkau tetapkanlah imanku. Matikanlah aku dalam beriman dan bertaqwa kepadamu."

Dan..maafkanlah aku sahabat kerna kita tidak bisa menjadi seperti dulunya.


3 comments:

NauRah aLwaNi berkata...

Seronok bila bercerita tentang kampung. ;)
Teringat masa dulu.. lepak dengan kawan2 atas titi, terjun sungai, ronda2 satu kampung, redah jalan2 hutan yg sempit sambil bercerita pasal hantu, haha.. best gilak lah. Sampai comot2 pun tak kisah.

Tapi sekarang ni mana ada macam tu dah.. semua bawa haluan masing2. Kalau berjumpa pun tak brapa nak bertegur sapa, sejak kejadian 'itu'lah.. sedih sungguh..

Setiap kali pulang ke kampung, saya berharap hubungan kami pulih seperti biasa.. tapi harapan tinggal harapan..

Kemodenan yang membawa segelintir daripada kita untuk menjauh daripada Tuhan, menjauh daripada keikhlasan dlm besahabat.. ;(

p/s: Whoaa! Panjang gila komen. Sori. Terluah perasaan lak kat sini. =P

misz nuriz berkata...

kelik2 la etek..
sy pun lamo doh x kelik..uwaaaaaa...

tengkorakemas berkata...

jadi kat sarawak amir dok dgn sape?

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??