Bukan Tidak Mahu KeAdilan Tetapi Hidup Ini Perlukan Jaminan Barisan Kukuh

Bismillahirahmanirahmin.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Yang Berusaha ketua-ketua kampung Pisang. Yang dihormati ahli mensyuarat tingkat serta para pembaca yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat ilahi kerna kita masih dikurniakan kesihatan yang baik supaya kita dapat menjalankan tanggungjawap kita sebagai hambar Allah yang dicipta untuk beribadat kepada-Nya. Allah itu Tuhan kita jadi apa yang Allah suruh, kita harus ikut.

Berhubung dengan tajuk di atas " Bukan tidak mahu KeAdilan tetapi hidup ini perlukan jaminan barisan yang kukuh". Sebenarnya entri ada unsur politik sedikit dan masa depan generasi akan datang.

Bersyukur kita pada hari ini kerana kita masih hidup di bawah kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib yang memimpin negara ini dengan berdedikasi dan bersemangat serta berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan rakyat negara kita ini hidup aman damai dan harmoni.

Beginilah, kita terus kepada tajuk yang sebenar. Sebenarnya saya ada menerima komen daripada rakyat yang negerinya di bawah negeri pembangkang. Mereka mengatakan bahawa pembangkang sebenarnya tidaklah seburuk seperti yang disangka dan 'sejahat' yang saya fikirkan? Iya, memang betul. 

Ramai yang mengatakan bahawa Barisan Nasional tidak mampu untuk menerajui negara Malaysia lagi masalah-masalah ketidakpuasan rakyat terhadap isu-isu tertentu. Maka, parti yang sesuai untuk mereka pilih adalah pembangkang.

Wahai hadirin hadirat yang dikasihi Allah sekalian,

Sebenarnya saya tidaklah menyokong penuh terhadap Barisan Nasional dan tidak pula berpihak kepada Pakatan Rakyat. Andai kata Pilihan Raya Umum ke 13 nanti rakyat memilih Pakatan Rakyat itu adalah hak mereka namun apa yang rakyat harus fikir adalah Pakatan Rakyat mampu memenuhi kehendak rakyat dan mampu memberi apa yang rakyat inginkan serta mampu menjamin masa depan rakyat. Adakah Pakatan Rakyat mampu mentadbir negara ini sedangkan PAS,PKR dan DAP tidak sebulu?? Bagaimana mungkin sebuah kereta BMW dipasang enjin kancil. Sudah tentu susah untuk bergerak?

Kalau Pakatan Rakyat ini mempunyai barisan yang kukuh saya jamin mereka mampu mentadbir tetapi adakah mereka mampu???

Apa yang sedang saya fikirkan adalah ADAKAH Pakatan  MAMPU MENTADBIR negara ini sedangkan parti mereka sendiri pun terumbang ambing? Mungkin saya hanya berpihak pada sebelah pihak saja tetapi kita kena fikir benda yang jauh ke hadapan.

Memang benar pentadbiran kerajaan Barisan Nasional agak rapuh sedikit tetapi kita harus pilih yang terbaik. Saya sebagai rakyat Kelantan amat bersyukur kerana di kawasan kampung saya adalah milik UMNO dibawah Dato' Pa dan kawasan itu amat maju sekali.

Ada yang kata pentadbiran Pakatan lebih baik daripada Barisan. Itu terpulang kepada rakyat untuk memilih kerana itu hak mereka namun saya tidak mahu nasi menjadi bubur. 

DAP bersikap perkauman.
PKR ingin menghapuskan ketuanan rakyat.
PAS pula menjadi pak turut.

Jadi, pilihlah siapa yang terbaik untuk anda lah menentukan masa depan negara. Salah pemimpin, hancurlah negara. Jangan menyesal di kemudian hari. Walaupun saya tidak menyertakan fakta yang betul namun itulah yang saya rasa. Buat pilihan yang bijak demi generasi akan datang. Cuba lihat Pulai Pinang? Apa sudah jadi? Selangor?? Kedah?

Akhir kata, pilihan terletak di tangan anda. Tetapi ingat orang yang menjadi duri dalam daging adalah raykat yang cukup umur tetapi tidak mendaftar serta mengundi!

Perkara dalam fikiran ini " AKU TAKUT MARUAH NEGARA NANTI TERGADAI. JANGAN MUDAH PERCAYA DENGAN JANJI MANIS dan TAKUT ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA TIDAK MAMPU UNTUK HIDUP LAGI. PERCAYALAH.."

Mungkin saya akan luaskan skop pembacaan saya lagi agar saya mampu mengulas lebih lanjut. Tegurlah saya jika salah. Lontarkan komen anda demi negara Malaysia yang tercinta.

4 comments:

tengkorakemas berkata...

harapan aku supaya pihak2 terlibat sentiasa berusaha memajukan diri dan melihat keperluan rakyat

fyna berkata...

nice entry..

hamzah ian berkata...

tajuk yang agak berat ni..

~ Mr Ej ~ berkata...

berserah padanya yang maha Esa.

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??