Jangan Jadi Blogger Kalau Jiwa Mahu Ditatang Bagai Minyak Yang Penuh atau MANJA!

Bismillahirahmanirahim.

(Hari ini sangat sedih sebab laptop terpaksa diformat balik akibat aktiviti menternak virus terus berlaku tetapi hati tetap setia pada Windows XP. Hahaha!)


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Apa khabar pembaca blog Amir Izzat yang budiman? Maaf ler tidak balas komen korang sebab ana sekarang online guna laptop mak. Nanti lah terjah balik. InsyaAllah andai ada masa. Harap-harap antum semua tidaklah berkecil hati seperti sesetengah blogger yang MANJA yang mudah berkecil hati (kononnya,padahal mahu perhatian).

***sila celik mata anda pada perkataan MANJA***

Bercakap tentang blogger yang MANJA ini, ana amatlah terasa malu sebab blogger sebegini tidak patut menjadi blogger. Betul bah! Kerna mereka ini sentiasa mahukan perhatian dan belaian daripada blogger-blogger yang popular,terkenal dan yang telah lama bertapak dalam arena ini. Namun begitu, aku tidak hairan dengan sikap sebegini kerana dalam kehidupan yang nyata pun ada juga orang macam ini. Mahu perhatian setiap masa. 

Kenapa tetiba sahaja aku bercakap pasal blogger yang MANJA ini? Sebab mereka ini amat menjengkelkan dan banyak songeh. Walaupun hati dan jiwa ana yang kiut ini tidak mahu meneruskan penulisan ini tetapi akal yang waras ini tetap juga memaksa agar dunia blogging ini terus aman.

Ok! Jom kita serius sikit.

Kita sebagai seorang yang beragama Islam kena faham apa itu budi bahasa, sopan santun dan tatasusila kita sebagai orang yang beragama Islam. Kita kena faham adab-adab dan nilai murni yang Islam terapkan. Janganlah kita memperbodohkan diri kita kerana hal yang remeh temeh seperti kisah di bawah.

Kisah Pertama.


Seorang blogger yang bernama si A telah membuat satu entri berkenaan Perbezaan Blogger Yang Terkenal. Maka, di dalam entri itu terluahkan segala isi hati si blogger A yang tidak berpuas hati dengan blogger ,B,C,D dan E sebab tidak kena layan. Maka, tampalan(entri) itu dibaca pula oleh blogger G yang memang sudah tidak berpuas hati dengan blogger yang dinyatakan oleh blogger A. Kemudian, berkatalah blogger G dalam komennya.

"Iyalah Nyah, i memang setuju dengan u seratus peratus... Blogger B,C,D dan E memang perangai gitu. Dulu i pun peminat mereka tetapi selepas mereka tak layan i. Terus i tak follow dia. Menyampah tol nyah!"

Lalu, mengumpatlah mereka berkenaan blogger B,C, D dan E. Lantas, terhasillah satu dosa iaitu dosa mengumpat.

Selepas itu, datanglah seorang blogger yang bernama Amir Izzat dan mengomen pada tampalan blogger A.

" Assalamualaikum. Nama awak *** kan? Kalau nama awak Melayu tentu awak beragama Islam. Kita sebagai orang Islam kita kena tegur dengan cara yang baik. Guna cara lembut. Kalau boleh awak tegurlah secara persendirian. Tidak perlulah membuat entri sebegini. Kan ia mengaibkan. Blaa..blaa... Kalau saya buat entri " Blogger yang paling bodoh adalah awak, awak marah tak? Mestilah marah kan..macam itu juga dengan entri awak."

Macam itulah komen blogger yang bernama Amir Izzat. Kemudian, Amir Izzat telah diserang oleh blogger lain yang mengatakan Amir Izzat ini peminat blogger yang blogger A katakan itu dan menentang Amir Izzat.

Tidak lama kemudian, ramailah blogger yang menyatakan ketidakpuasan masing-masing pada ruangan komen pada tampalan blogger A. Ada macam-macam komen lah pasal blogger berkenaan. Pasal tak kena layan kat twitter lah, kat facebook lah, blogger itu sombonglah dan macam-macam lah diorang mengumpat.

WTFish!!! (ikut style Melayu skrg.)

***
Jadi, apakah pendapat antum semua? Siapalah yang memulakan perkara ini? Siapa yang salah? Adakah blogger A? Blogger B,C,D,E ? Ataupun Amir Izzat yang cuba menasihati blogger A?

***
Apa yang cuba ana sampaikan disini adalah:

1. Sikap blogger sendiri yang menulis menggunakan hati tetapi berbicara menggunakan otak. Sepatutnya kita menulis menggunakan akal fikiran dan meletakkan asas agama dalam penulisan kita agar tidak menimbulkan huru hara. Berbicara pun mestilah menggunakan akal. Ingat! Jagalah hati masing-masing.

2. Sikap blogger sendiri yang amat MANJA dan mahu ditatang bagai minyak yang penuh. Kita kena faham bahawa blogger lain juga adalah manusia.

3. Sikap blogger sendiri yang lupa ajaran Islam bahawa Islam menganjurkan pendamaian. Tidak puas hati, berdamai saja.

4. Sikap blogger sendiri yang mudah melenting apabila ditegur kerana merasakan diri adalah betul. Datanglah malaikat sekalipun apabila hati tidak bersih pasti ditentang juga. Inikan pula ana yang hina dina ini.

5. Sikap blogger sendiri yang tidak memikirkan perasaan orang lain tetapi hanya memikirkan perasaan diri sendiri sahaja.


***setakat itu sahajalah***

Namun begitu, tidak semua blogger bersikap sedemikian. Hanya segelintir sahaja yang mengeruhkan keadaan. Kita kena ingat Allah. Bila kita ingat Allah tentu kita tidak akan melakukan kemungkaran.

Kita kena terima hakikat bahawa benda yang kita rasakan betul itu salah. Niat tidak menghalalkan cara.

Ingat! Bila kita jadi blogger janganlah kita jadi MANJA sebab kalau mahu ditatang bagai minyak yang penuh, disini bukan tempatnya. Blogger juga manusia. 

Janganlah kita jadi blogger yang:
1. Yang sikit-sikit nak kutuk blogger lain.

2. Yang sikit-sikit nak tacing dengan blogger lain.

3. Yang sikit-sikit nak dengki dengan blogger lain.

4. Yang sikit-sikit nak blogger popular layan dia.

5. Yang sikit-sikit mahu diberi perhatian.

6. Yang sikit-sikit jadi bukit. Apa tue? Dosa ler. Wallahualam.

Kemon ar!!!! Kemon!

Ana sudah letih. Malas mahu membebel lagi. Ana mengundur diri dahulu. Yang pasti ana sedang serius.

" Man jadda wajada, waman zaraa hasada!"

- Usaha itu tangga kejayaan. Siapa yang berusaha dialah yang akan berjaya.

" Innasolatantaha anilfakhsah iwalmungkar" 

- "Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan fasik dan mungkar"

**luahan ikut hati**

" Sikit-sikit tacing  baik toksah jadi blogger."

Nota: Tegurlah aku dalam penulisan ini kadang-kadang nafsu amarah mempengaruhiku. Ambillah yang baik dalam tampalan ana ini. Yang buruk jangan ikut. Kalau antum tidak berpuas hati dengan ana, boleh sahaja berhubung di email ini. amirullizzat [at] gmail.com.

**********

Boleh tolong tak????

Dari Hans.


"Saya amat berharap agar kalian semua sudilah meluangkan sedikit masa untuk membantu saya menjawab soalan - soalan di bawah nih atau pun mempromosikan link Online Survey ini -> http://kwiksurveys.com/online-survey.php?surveyID=ILOLJL_cb9dd9b4 supaya lebih ramai lagi blogger akan tahu dan dapat menjawab soalan - soalan tersebut. Harap anda semua sudi membantu."

10 comments:

AISHA INANI berkata...

NICE POST!

hmm, hmm...
for me, kutuk la nak kutuk, tegor la nak tegore, but dont over the limit jgn hardcore sgt, baik2 laa sikit.

tp kalo hatt jenis gedik tuh org tegor cara baik pon gatai nak tacing. itu patut bagi penyepakk! muahahaha.

ruby zaizi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Hasrol Nizam berkata...

semua ni sebab emosi. bila ada yang dah lama pendam, then ada tempat luahan hati, maka terluah lah segala amarah semua tu.

kaizenshinobi berkata...

hahahahaha tuh bukan manja... tuh gedix... wakakaka

Ali ridha berkata...

susah payah aku belajar dari merata tempat.sehari datang la emel minta beri backlink.nak bagi pun boleh, tetapi mana boleh semudah itu.aku berusaha lama dalam 5 tahun kuasainya.tak kan 3 bulan berblog minta backlink Manja kartun PR8.tolong fikir la kesusahan abang ni adik baru belajar.hehe...

tengkorakemas berkata...

naikkanlah kain layar dengan penuh semangat, dunia blogging ibarat lautan yang luas, kalau hanya nak bergantung pada kapal persiaran yg mewah, pengalaman berharga tak dapat diperolehi,

jadilah independence seperti pelayar dan kelasi yang lain, mahupun lanun yg tidak mengganggu org lain selain hanya mahukan emas di dalam semua kapal..

*emas=entri/ilmu

kapal=blog

acad27 berkata...

I was here!

eszol raar berkata...

adakah memberi pendapat pada seseorang itu salah?

sbb tu manusia create comment box utk org lain memberi pendapat

i respect ur point of view

n u should respect about others too

ingat sikit bro

Lucifer berkata...

first of all, penulis yang anda maksudkan dia menulis dengan bukan kata maki, hanya mengkritik.

salah ke nak kritik?


manusia ni, maklum, nama bila masuk dalam entri apabila dipuji: terharu, bangga, n so on.

bila kena kritik: marah, emo, sakit hati.

apa itu aib?

mengkritik dengan menaikkan nama itu mengaibkan?


please see at a brighter view.

kalau betul dia nak mintak layanan blogger popular, penulis tu dah lama buat post-post kontroversi.

Bercakap tentang blogger yang MANJA ini, ana amatlah terasa malu sebab blogger sebegini tidak patut menjadi blogger. Betul bah! Kerna mereka ini sentiasa mahukan perhatian dan belaian daripada blogger-blogger yang popular,terkenal dan yang telah lama bertapak dalam arena ini. Namun begitu, aku tidak hairan dengan sikap sebegini kerana dalam kehidupan yang nyata pun ada juga orang macam ini. Mahu perhatian setiap masa.
anda macam stalk life dia melihat dia sentiasa mahu perhatian? baik-baik anda, bak kata anda, jatuh fitnah kan? sebab anda memaksudkan orang tersebut.

chalo.

azza azman berkata...

kritik lain dengan maki beb.... dia pun tak sebut nama blogger tu... rilex la..

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??