Hidup Ini Tanpa Ibu Bapa

Ibu bapa adalah insan yang mulia yang mana jasa mereka amat besar dalam kehidupan seorang anak. Jasa mereka tidak dapat dibalas walaupun dengan segunung wang. Jasa mereka tidak dapat dibalas dengan emas seluas lautan. Tidak sama sekali.

Hidup ini tanpa ibubapa siapalah kita.
Hidup ini tanpa ibubapa siapalah anak kita.
Hidup ini tanpa ibubapa siapalah cucu kita.
Hidup ini tanpa ibubapa siapalah generasi kita hari ini.
Hidup kita dimulai dengan seorang ibu dan seorang ayah.

Tetapi..

Pabila seorang anak meningkat dewasa..
Ada yang bersikap kurang ajar,
Ada yang bersikap kejam,
Ada yang tidak ubah seperti binatang!!!

Namun sedarkah wahai anak-anak bahawa tanpa mereka siapalah kita?
Tanpa mereka kita tidak akan merasai betapa nikmatnya setitis air yang mengalir ke kerongkong kita pada hari ini!!!!!!!!

Sedarlah wahai anak-anak taklata dikau menghantar ibu dan bapamu ke rumah orang tua. Sedarlah bahawa Syurga itu semakin berjauh dengan dikau. Bahkan bau syurga pun tidak akan kau rasai.

Ingatlah!
Ingatlah!
Ingatlah!

 Tanpa mereka kau tia dak akan menikmati nikmatnya berkahwin.. Hehehe!

*****Stop*****

Beberapa hari yang lepas ana dan kawan ana pergi ke Rumah Orang Tua Seri Kenangan. Sedih dan sebak melihat ibubapa yang dihantar kesana apabila anak yang ditatang bagai minyak penuh tetapi anak-anak ni bila besar nak tatang mak bapak bagai minyak sebotol pun susah. Entah laa... apabila kasih sayang itu tenggelam dek dunia yang dikejar tetapi hilang kenikmatan. Ok lah! Selamat beramal. Hahaha!

****Habis****

Psshh..... terkejut den tengok followers den dah sampai seribu orang. Alhamdulillah lah. Ingatkan lambat lagi nak sampai pada angka sedemikian. Terima kasih wahai pembaca sekalian dan terima kasih juga kepada Abang Tengkorak Emas, Abang Kaizen, Abang Adha dan Abang Iqbal serta pengomen yang sudi mengomen di blog ini tanpa segan silu. Mohon maaf dipinta sebab tak dapat balas komen korang. Almaklumlah sibuk... Assalamualaikum!!!




8 comments:

kaizenshinobi berkata...

woahhhhhhhhh! dah 1001 malam, eh? ngeh3

Hasrol Nizam berkata...

dah seribu? tahniah2.. aku pun bz sekarang ni. dengan slow internt connecion sekarang ni. dah banyak hari baru dapat balas komen orang.

anak jangan lupa mak ayah. kalau jauh tu, selalu2 lah telefon. macam aku, seminggu sekali mesti kol tanya khabar. dengan awek hari2 boleh bergayut, dengan mak ayah takkan 10 min pun tak sempat kan

muhammad iqbal hakimi bin tahir berkata...

tak dapat bayangkan hidup tanpa mereka.. =(


xpe mir..fokus mana penting dulu..tapi header tu style!..suka!

nurayunni berkata...

btl..tanpa ibu bapa siape la sy kan..

hans berkata...

yups
diorang banyak jasanya pada kita
walau apapun kita buat memang jasa2 tu takkan terbalas
jadi sayangi dan hormati ibu bapa kita selagi ada masa

P/S : Kepada Blogger - Blogger Sekalian...Saya Nak Minta Tolong Jawab Online Survey Nih... (^_^)Y

Adha berkata...

terkesima jap aq..kekadang bile pikir balik banyak dosa aq dah wat kat mereka..aq x dapat bayangkan kalu mereka pergi dulu sebelum aq..

woot woot dah 1004..:D

tengkorakemas berkata...

mereka yg lupakan ibu bapa..tak sedar yg ia bakal berulang kepada mereka sendiri kelak..

takpe Amir, ko spm, stdy baik2, jangan lepaskan peluang yg ada :)

Yildirim Fateh berkata...

@tengkorakemas
tanpa mereka hidup hambar..
tanpa mereka tiada cinta,,
tanpa mereka hidup gundh..
kasih merekA membawa ke syurga

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??