Serius Aku Tak Perasan Langsung Aku Dapat Buffered Earning Tahun Nie..Saya Sayang Nuffnang!

Fuh! Boleh tak kau bayangkan selepas 4 bulan kau berblogging, kau tak dapat langsung Buffered Earning dengan nilai yang banyak tetapi setakat seposen dua posen je. Lepas tu, bila dah lama kau tak dapat Buffered Earning, tentu kau akan rasa tertekan giler dan rasa tak ada gunanya aku berblogging jadi maka amat jaranglah kau mengemaskini blog kau yang dahulunya kau ini dikira blogger tegar. 

Entri kau semakin hari semakin berkurang kadang-kadang sampai sebulan tidak dikemaskini. Maka, tiba-tiba hati kau terdetik untuk melihat Earning Nuffnang yang sudah lama tidak dijenguk dan kau melihat jumlah yang tidak kau sangka sangkakan? Tentu kau gembira kan.

Yeah! Memang gembira. Itu yang aku rasakan. Huh? Tak faham lagi?

Macam nie.

Nama kau Ali. Ingat nama kau Ali. Bukan Abu. Kau ni seorang tukang kebun. Kau ada satu kebun yang luas yang dipenuhi dengan biji betik. Selama bertahun-tahun kau tanam betik tetapi tak tumbuh-tumbuh jugak. Maka kau pun rasa berputus asa. Lepas tu, kebun betik itu pun kau tinggalkan sampaikan semak samun tumbuh 6 kaki tingginya.  Sebenarnya kau ada isteri, maka berkatalah isteri kau. " Bang, cubalah pergi jenguk kebun kita tue. Mana lah tau sudah berbuah betik tue.. Ayang teringin nak makan betik nie.."

Maka kau yang bernama Ali ni pun pergi lah dengan lemah longlainya. Tetiba... " Fuyyooo! Biar betik ni kebun betik aku??" kau gumbira selepas melihat kebun betik yang kau usahakan telah membuahkan hasil. Gembira kan???? Kau nama Ali ek? Hahahaha!

Tak faham lagi ke? Ini versi suami isteri pulak.

Kau ada isteri. Isteri kau tu baru sahaja berkahwin dengan kau. Maka malam ini adalah malam pertama untuk kau dan isteri kau. Maka terjadilah proses kondensasi. Eeh! Maka terjadilah proses "membuat anak". Selepas sekian lama proses "membuat anak" itu berjalan. Tak juga lahir anak kau. Kau pun frust. 

Jadi, kau pun mintak dengan isteri kau untuk berkahwin satu lagi. " Ayang, hurm..abang nak mintak tolong 
boleh tak??"

" Apa dia bang?" tanya isteri kau yang cantik macam Dato' Siti. (cantik gak ar)

" Macam nie.. abang nak kahwin satu lagi boleh tak untuk menyambung zuriat kita"

" Huh! Apa?? Nehi! Tak boleh! Ayang tak setuju!!" jawap dengan muka yang masam.

Kau pun rasa tertekan. Bila kau rasa tertekan hendak mendapatkan zuriat maka kau berkahwin lah dengan seorang janda tanpa izin isteri kau walaupun kau tahu bahawa nak berpoligami kena mintak izin isteri pertama tapi kau main redah je. Jadi, kau pun bersetubuh lah. Selepas 9 hari kau kahwin, isteri pertama kau pun disahkan mengandung. Kemudian pula, isteri kedua kau pula mengandung. Maka mengandunglah mereka dengan gembira. Jadi, kau pun rasa gembira dan tak sangka kau ni belum mandul. Hahahaha!

Ooops! Terbabas pulak. Hehehe! Macam itu lah ceritanya. Kita tak sangka bahawa masih ada rezeki untuk kita dalam berblogging ini walaupun diri kita tak sabar nak dapat duit sebab syaitan duk hasut. Hehehe. Aku gumbira sebab Nuffnang masih ingat akan aku dan aku gembira aku masih ada sumber pendapatan. Ok! Assalamualaikum. Nak rehat sat.

7 comments:

A.I berkata...

i never get BE!
menyampah ada jugakkk. grr grr.

Fariehan Ibrahim berkata...

haha! stail r, siap ada cerita lagi. >.<
thniah, moga dpt BE lbih byk lagi lpas nie. ^^

kita pom dpt be baru gak even xupdate blog 3hari. ahaks! xD

wanie m'nJ berkata...

jeles aih!!

aku x pnh dapat lg..

bobiedanbad berkata...

sehari update 8 kli.
mesti akan dapat BE..
tahniah...

kaizenshinobi berkata...

ngeh3... rezeki2... hoho

bila mau blanja ni? wahaa!

Rohani Hashim berkata...

ahaha, sikit punya panjang cite eh amir.smpai tak perasan ada be...cayalah...

silumankembarahati berkata...

alhamdulillah..tu namanya rezeki bro.
hehehe..lawak lah bro..

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??